Panduan Memupuk Tabiat Menabung
1) Menabung sebelum berbelanja
- Menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda.
- Menabung secara automatik dengan menggunakan skim potongan gaji, auto debit atau cara lain yang serupa.
2) Dorong diri anda dengan menetapkan matlamat kewangan
- Tetapkan matlamat yang bermakna dan penting untuk menggalakkan diri anda menabung. Anda boleh menetapkan matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.
3) Jadikan tabiat menabung suatu cabaran
- Selepas meanbung 10% daripada pendapatan anda, cabar diri anda untuk meningkatkan jumlah tabungan secara beransur-ansur.
4) Simpan sebahagian daripada ‘durian runtuh’
- Setiap kali anda menerima wang seperti bonus atau hadiah wang tunai, masukkan sebahagian wang itu ke dalam akaun simpanan anda.
- Jika anda menerima kenaikkan gaji, tingkatkan jumlah tabungan bulanan anda.
Menabung untuk kecemasan kewangan
Dalam kehidupan seharian, kadang kala kejadian tidak diduga atau kecemasan boleh menyebabkan anda hilang keupayaan untuk mencari pendapatan. Malah ada kalanya anda mungki memerlukan sejumlah wang yang banyak dalam masa yang singkat untuk menangani masalah tersebut.
Lazimnya, tabungan kecemasan digunakan untuk menampung perbelanjaan sekiranya anda kehilangan pekerjaan atau mengalami masalah kesihatan serius dengan tiba-tiba ataupun perlu membaiki kerosakan rumah atau kereta. Jika anda kehilangan pekerjaan, semua bil masih perlu dibayar!
Dalam keadaan begini, adalah penting bagi anda mempunyai tabungan untuk menanganinya. Sebagai panduan, anda perlu mempunyai simpanan yang boleh menampung perbelanjaan asas anda untuk tiga hingga enam bulan. Keadaan akan bertambah buruk jika anda terpaksa meminjam untuk mengatasi masalah yang timbul.
Selain menabung untuk tujuan kecemasan, ia juga boleh membantu anda membeli barangan atau perkhidmatan yang bernilai besar sambil meningkatkan nilai harta bersih anda.
SELAMAT MENABUNG!!
Sila kongsikan jika bermanfaat.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

WASIAT DAN APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAINYA.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya.”

Manfaat 36 Penyakit Kritikal (Umum)
Senarai 36 penyakit-penyakit yang dianggap kritikal oleh mana-mana syarikat takaful di Malaysia

11 TIPS BAGAIMANA GUNA MEDICAL CARD ANAK
Ambil tahu apa yang boleh dituntut dan apa yang tidak

JENIS-JENIS HIBAH YANG PERLU ANDA TAHU
Jenis-jenis Hibah Dalam Islam. Hibah ialah pemberian hadiah yang dibuat semasa pemberi hibah MASIH HIDUP.











