![]() |
| Â |
Ciri-ciri orang yang perlu membuat wasiat
📌Orang yang berhutang
-Semua jenis hutang wajib dilangsaikan, hutang ini termasuklah hutang dunia dan akhirat seperti pinjaman perumahan, pinjaman pelajaran, cukai-cukai kerajaan, zakat, fidyah, kaffarah dan sebagainya.
📌Mereka yang mempunyai harta
-Sedikit ataupun banyak harta pusaka yang ditinggalkan mestilah ditadbir untuk diagihkan mengikut syarak kepada waris-waris yang berhak dan harta ini mestilah ditadbir mengikut proses undang-undang sivil dan syariah.
📌Mereka yang mempunyai anak bawah umur & OKU.
-Di dalam wasiat, pewasiat sendiri boleh melantik penjaga harta bagi memastikan hak anak-anak bawah umur @ OKU terpelihara selepas ketiadaan kita.
📌Mereka yang mempunyai anak angkat
-Di dalam wasiat, pewasiat boleh memperuntukkan harta pusaka maksimum 1/3 kepada anak angkat.
📌Mereka yang ingin beramal jariah
-Di dalam wasiat, pewasiat boleh bersedekah dan berwakaf di dalam wasiat.
📌Mualaf
-Di dalam wasiat, pewasiat boleh memberikan harta pusaka kepada keluarga bukan islam dengan kadar maksimum 1/3.
📌Keluarga yang sukar untuk mendapat persetujuan
-Mereka yang mempunyai keluarga yang sukar untuk berkumpul dan mendapat persetujuan dalam sesuatu perkara perlu membuat wasiat untuk melantik wasi di dalam wasiat.
Adakah anda tergolong dalam golongan di atas? Rancang harta anda sekarang!!!

Cara Gabung 6 Hutang Jadi 1 Bayaran
Macam Mana Debt Consolidation Selamatkan Gaji Bulanan Kau | Syaihan Sirotin syaihansirotin.com Kira Saving Saya → Debt Consolidation Dari 6 tempat bayar ke 1 bayaran

Kenapa Owner Rumah Sewa Pun Perlu Ada Takaful Rumahku
Takaful Rumah — Kenapa Owner Rumah Sewa Pun Perlu Ada | Syaihan Sirotin syaihansirotin.com Sebutan Harga → General Takaful Banjir sekali boleh habiskan perabut bernilai

Ramai lagi yang masih belum memiliki takaful medical card rupanya….
Ramai dikalangan rakyat Malaysia tidak menitikberatkan soal memiliki kad perubatan atau medical card.

Instrumen Perancangan Kewangan
“Adakah perlu untuk kita merancang kewangan?” dan, “Apakah keperluan ini dituntut oleh Islam?”
Borang Quotation










