![]() |
| Ā |
Ciri-ciri orang yang perlu membuat wasiat
šOrang yang berhutang
-Semua jenis hutang wajib dilangsaikan, hutang ini termasuklah hutang dunia dan akhirat seperti pinjaman perumahan, pinjaman pelajaran, cukai-cukai kerajaan, zakat, fidyah, kaffarah dan sebagainya.
šMereka yang mempunyai harta
-Sedikit ataupun banyak harta pusaka yang ditinggalkan mestilah ditadbir untuk diagihkan mengikut syarak kepada waris-waris yang berhak dan harta ini mestilah ditadbir mengikut proses undang-undang sivil dan syariah.
šMereka yang mempunyai anak bawah umur & OKU.
-Di dalam wasiat, pewasiat sendiri boleh melantik penjaga harta bagi memastikan hak anak-anak bawah umur @ OKU terpelihara selepas ketiadaan kita.
šMereka yang mempunyai anak angkat
-Di dalam wasiat, pewasiat boleh memperuntukkan harta pusaka maksimum 1/3 kepada anak angkat.
šMereka yang ingin beramal jariah
-Di dalam wasiat, pewasiat boleh bersedekah dan berwakaf di dalam wasiat.
šMualaf
-Di dalam wasiat, pewasiat boleh memberikan harta pusaka kepada keluarga bukan islam dengan kadar maksimum 1/3.
šKeluarga yang sukar untuk mendapat persetujuan
-Mereka yang mempunyai keluarga yang sukar untuk berkumpul dan mendapat persetujuan dalam sesuatu perkara perlu membuat wasiat untuk melantik wasi di dalam wasiat.
Adakah anda tergolong dalam golongan di atas? Rancang harta anda sekarang!!!

25 Hikmah Anda Perlu Berwasiat Dengan Segera.
Hikmah Disyariatkan Wasiat. Mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan kebajikan melalui harta yang ditinggalkan.

Bantuan Perubatan? Hanya kad ini yang anda perlukan…
Anda dibenarkan pulang. Tetapi biasanya, rawatan tidak berakhir di situ sahaja. Jadi bagaimana?

9 Tanda-Tanda Saat Kematian
Tanda kematian akan terlihat secara alami dari munculnya perubahan secara fisik dalam beberapa hari atau beberapa jam menjelang kematian.

Takaful Sakit Kritikal di Malaysia: Lindungi Kewangan Anda Sebelum Terlambat!
Penyakit kritikal boleh datang bila-bila masa. Ketahui bagaimana takaful sakit kritikal membantu anda hadapi kos rawatan tinggi dan lindungi kestabilan kewangan keluarga anda.
Borang Quotation










