Isteri hilang tempat bergantung |
Dilema Isteri Kematian Suami
Puan Hana (bukan nama sebenar) telah kematian suami sekitar tahun 2014. Mereka dikurniakan 3 orang anak perempuan dan 3 orang anak lelaki berusia diantara 8 hingga 19 tahun dan kesemuanya masih belajar. Semasa hayat suami, Puan Hana dan anak-anak hidup dalam keadaan selesa dan mewah dimana semua keperluan disediakan oleh suami dan apabila suami meninggal dunia kehidupan mereka berubah 360 darjah.
Telah lebih 4 tahun arwah suami meninggalkan beliau dan anak-anak tetapi urusan harta pusaka masih lagi belum selesai. Beliau bersyukur kerana kini telah dipertemukan dengan pihak yang mahir serta mendapat nasihat yang betul tentang cara pengurusan harta pusaka arwah suaminya walaupun terlewat.
Hukum perwarisan Islam iaitu Faraid telah ditetapkan secara jelas di dalam Al Quran surah An Nisa’ ayat 11 dan 12. Pembahagian harta melalui Faraid memberi hak kepada setiap waris yang ditinggalkan oleh si mati. Waris yang wajib mewarisi harta pusaka si mati adalah ibu, bapa, suami isteri dan anak-anak dan mereka ini tidak akan dinafikan hak mereka selagimana mereka beragama Islam.
Dalam kes Puan Hana di atas hak faraid beliau sebagai isteri adalah 1/8, hak faraid Ibu arwah suami adalah 1/6, manakala bakinya dibahagikan kepada 3 anak lelaki dan 3 anak perempuan dimana dua bahagian adalah hak anak lelaki dan satu bahagian adalah hak anak perempuan.
Pun begitu, perletakkan dan penerimaan hak Faraid tersebut perlu dilaksanakan melalui saluran undang-undang yang betul. Tanpa proses tersebut maka hak milik waris faraid tidak dapat didaftarkan dan di bahagikan secara rasmi. Harta-harta simati juga akan tetap terbeku dan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh waris berkenaan dan waris akan sengsara.
Pentadbiran Harta Pusaka
Undang undang Sivil perlu dipatuhi bagi membuat proses pencairan aset. Aset perlu dicairkan untuk menyelesaikan hutang serta melaksanakan pengagihan kepada semua waris yang berhak.
Permohonan Surat Kuasa Mentadbir perlu dilaksanakan untuk melantik seorang pentadbir harta pusaka dimana ia perlu dimohon di Mahkamah Tinggi Sivil atau Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Unit Pusaka Kecil) atau Amanah Raya Berhad (mengikut nilaian dan jenis aset yang ditinggalkan). Pentabdir pusaka adalah individu yang bertanggung jawab untuk mentadbir dan menguruskan harta dan liabiliti si mati.
Manakala undang-undang Syariah pula adalah untuk mengesahkan siapa waris yang berhak ke atas pusaka simati serta bahagian yang di warisi. Permohonan sijil faraid perlu di pohon di Mahkamah Syariah.
Kesimpulan
Mati adalah Pasti. Setiap yang hidup akan merasai kematian. Tetapi bila, dimana dan bagaimana kematian itu berlaku tiada kepastian keadaannya.
Oleh itu, Ayuh, Jangan Bertangguh. Buatlah Perancangan Harta semasa Hayat untuk kemudahan waris kesayangan yang ditinggalkan supaya pengalaman Puan Hana tidak berlaku kepada keluarga anda.
Lantiklah Wasi iaitu pentadbir harta pusaka yang akan mentadbir harta pusaka dan liabiliti anda.
Rancanglah bagaimana kaedah pengagihan yang anda inginkan untuk kesenangan waris kesayangan. Anda juga boleh menjana pahala melalui Wasiat dengan pemberian sedekah dan jariah/waqaf tertakluk kepada 1/3 daripada harta pusaka.
TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT KANSER
Seseorang yang mengalami tanda-tanda awal kanser harus melakukan pemeriksaan selanjutnya di klinik atau hospital.
Bahaya Tukar Nama Kepada Wakil
Bagi ibubapa yang mahu menukar nama tanah-tanah yang mereka ada, pastikan dimasukkan terus nama semua anak-anaknya di dalam geran tanah.
HUBUNG KAIT SURAT KUASA WAKIL DAN DEKLARASI HIBAH
SURAT Kuasa Wakil adalah satu surat cara yang digunakan dengan meluas, termasuk untuk urusan dan transaksi yang membabitkan hartanah.
Borang Quotation
Views: 7