Firman Allah swt: “Hendaklah kamu menanam bersungguh2 tujuh tahun berturut2, kemudian apa yang kamu potong biarkanlah dia pada tangkai2nya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur,zaitun dan sebagainya)” (Yusuf:47-49)
Ayat tersebut dikenali sebagai ayat perancangan yang mengungkap betapa pentingnya untuk merancang sama ada untuk diri sendiri atau untuk masyarakat awam apabila berhadapan dengan kejadian yang pasti datang di masa hadapan.
Perkara yang pasti berlaku adalah kematian. Apabila berlakunya kematian, pelbagai aktiviti harian akan terhenti. Tanpa perancangan yang sempurna, akan berlaku kepayahan kepada ahli keluarga yang telah ditinggalkan dan juga kepada si mati dalam kehidupannya di alam akhirat.
Dalam konteks mengelak kesusahan inilah kerja-kerja perancangan yang dibuat menjadi satu bentuk ibadah. Sebenarnya tiada syak untuk menganggap perancangan kewangan sebagai suatu ibadah kerana bukan sahaja boleh dielak tetap al-Falah (kejayaan) juga boleh dicapai melalui perancangan yang baik dan perlaksanaan yang sempurna.
Berbalik kepada ayat perancangan, pengajaran yang boleh diambil secara dasarnya ialah: seseorang itu mesti bekerja untuk mendapat hasil dan mengumpulkan harta; dan mesti membelanjakan hartanya dengan bijak dan menabung untuk masa hadapan.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Kenapa Ramai Orang Malaysia Masih Tak Ada Takaful? Ini 5 Sebab Sebenar
5 Sebab Ramai Orang Malaysia Tak Ada Takaful | Syaihan Sirotin syaihansirotin.com Konsultasi Percuma → Takaful 5 Sebab Ramai Orang Malaysia Tak Ada Takaful Kau

Bagaimana Takaful Membantu Usahawan Kecil?
Dengan persediaan yang betul, kita bukan sahaja melindungi perniagaan tetapi juga memastikan masa depan yang lebih cerah dan terjamin.

Proses Pengurusan Harta Pusaka Kecil
Segala urusan harta alih dan tak alih di bawah kurang RM2 juta hendaklah di buat di Pejabat Pusaka Kecil

Cara Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd
Artikel ini adalah panduan untuk Pewasiat membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee Bhd.
Borang Quotation










