Gaji Cukup-Cukup Sampai Hujung Bulan

Gaji Cukup-Cukup Sampai Hujung Bulan

7 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN!

Bagi pekerja yang makan gaji, sejumlah wang tertentu akan diterima pada setiap hujung bulan. Kadang-kadang, belum separuh bulan, wang tidak lagi berbaki. Kita pula tidak pasti ke mana wang tersebut dibelanjakan.

Justeru rancanglah perbelanjaan dengan melakukan amalan-amalan yang baik. Tujuh petua berikut membantu mengelakkan wang tidak cukup sebelum sampai hujung bulan.


1) SEDIAKAN BELANJAWAN
Asingkan wang untuk bayaran wajib seperti sewa rumah, utiliti dan bayaran pinjaman dan lain-lain dengan perbelanjaan lain seperti membeli-belah dan hobi. Catat duit keluar masuk agar kita tahu ke mana wang dibelanjakan. Caranya mudah dengan menggunakan aplikasi tersedia dalam telefon bimbit.

2) MENABUNG SECARA KONSISTEN
Selepas menerima wang, peruntukkan jumlah khusus tabungan tidak perlu besar tetapi konsisten. Contohnya, hanya menyimpan wang kertas RM5. Jadikan kebiasaan.

3) BUAT PERBANDINGAN HARGA
Jadikan amalan membandingkan harga sebelum membeli sebagai tabiat. Walaupun nampak leceh, sangat membantu ketika berbelanja. Terutama untuk membeli barangan elektrik dan barang keperluan rumah.

4) BELI BARANG KEPERLUAN SEBELUM KEHENDAK
Fikir dan pertimbangkan sebelum membeli barangan dalam bentuk kehendak Kadang-kadang bukan wang tidak cukup, tetapi kita yang berlebih-lebihan dalam berbelanja barang kehendak.

5) URUS PINJAMAN PERIBADI DAN KAD KREDIT.
Untuk mengelakkan muflis pada usia muda, jangan mengambil pinjaman peribadi melainkan apabila perlu. Khuatir nanti banyak wang akan dihabiskan untuk membayar semula pinjaman yang dilakukan.
 
6) PERHATIKAN GAYA HIDUP
Jangan tertipu dengan trend yang selalu berubah-ubah. Trend akan bertukar dengan cepat. Sedangkan kita perlu berbelanja mengikut keperluan diri. Jangan sampai demi memuaskan diri dengan gaya hidup bermewah-mewah, wang tidak cukup untuk dibelanjakan.

7) SELAIN PENDAPATAN PERTAMA
Tambah sumber pendapatan, selain daripada sumber pendapatan pertama.
 
BIJAKLAH MENGATUR KEWANGAN AGAR CUKUP UNTUK KEGUNAAN SEPANJANG BULAN. BUKAN BANYAK MANA WANG DITERIMA, TETAPI BAGAIMANA KITA MENGATUR PERBELANJAAN MENENTUKAN PERJALANAN PERBELANJAAN KEWANGAN PADA SETIAP BULAN.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Views: 10

Bagaimana Menyediakan Bajet?

Rancang Kewangan

Bagaimana Menyediakan Bajet?

Apa Itu Bajet?

Bajet adalah suatu pelan mengurus aliran tunai dan digunakan untuk membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan anda di masa hadapan. Secara ringkas, bajet menyenaraikan semua aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai yang dijangkakan untuk membantu anda membuat keputusan kewangan secara berhemat.
 
Kenapa anda perlukan bajet?
Berapa kalikah anda telah membuat pengeluaran daripada mesin ATM tanpa menyedari bahawa anda telah menggunakan kesemua wang anda dalam tempoh sehari dua? Lazimnya agak sukar untuk kita mengingatkan kembali ke manakah wang itu dibelanjakan. Kebiasaannya ramai orang tidak menjejaki perbelanjaan dan berbelanja lebih daripada pendapatan mereka. Itulah sebabnya bajet adalah penting.
 
Kebaikan mempunyai bajet?
  • Hidup mengikut kemampuan
  • Memupuk tabiat menabung
  • Menabung untuk digunakan semasa kecemasan kewangan
  • Menambah nilai harta bersih

Hidup mengikut kemampuan.

Keperluan dan kehendak.
Ingat, bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Oleh sebab pendapatan dan perbelanjaan berbeza mengikut seseorang individu, maka bajet anda seharusnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak anda.
 
Jadi, bagaimanakah caranya anda membezakan antara keperluan dan kehendak?
 
Keperluan adalah sesuatu yang anda perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya. Sementara kehendak pula adalah sesuatu yang anda inginkan tetapi tidak semestinya perlu.
 
Panduan menyediakan bajet.
Setelah mengetahui manfaat menyediakan bajet, sekarang anda sudah bersedia untuk membuat bajet sendiri. Semuanya dapat dilakukan melalui tiga langkah mudah berikut:
 
1) Senaraikan semua sumber pendapatan anda.
  • Catatkan gaji bersih selepas ditolak potongan KWSP, cukai dan PERKESO.
2) Senaraikan semua perbelanjaan anda.
  • Bahagikan perbelanjaan kepada tiga kategori – tetap, berubah-ubah dan berdasarkan budi bicara.
  • Simpan 10% daripada jumlah pendapatan anda sebelum berbelanja.
3) Tentukan kedudukan aliran tunai bersih anda.
  • Jika ada lebihan, syabas! Pastikan perbelanjaan anda yang sebenar mengikut bajet yang disediakan.
  • Jika terdapat defisit, semak semula bajet anda dengan mengurangkan perbelanjaan budi bicara sehinggan kedudukan aliran tunai menjadi positif.
  • Sebaiknya anda mempunyai lebihan wang untuk membina dana kecemasan.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Views: 6

error: Content is protected !!