
Rumah Terbiar - Harta Pusaka atau Harta Puaka?
Saya selalu tengok rumah elok, kawasan elok tapi jadi terbiar. Lama pulak tu tak terusik.
Pelik juga sebab bertahun-tahun tengok takkan lah tak ada orang nak duduk. Anak ke, saudara mara ke atau jual dekat orang lain ke.
Antara cerita saya pernah dengar pasal mana-mana rumah yang elok tapi terbiar ni sebab selepas pemilik rumah tersebut meninggal dunia, waris semua tak dapat dikenal pasti.
Mungkin waris duduk diluar negara, pernah berselisih faham dan ada yang tak ambil peduli pun pasal rumah atau harta pusaka ni.
Maka dibiarkan rumah tersebut rosak mereput. Sayangnya..
Dulu saya sendiri tak faham bab harta pusaka ni dan tak peduli sangat sebab saya kalau boleh nak cari sendiri duit atau harta.
Tapi bila tengok apa yang terjadi sekeliling, saya mula rasa pentingnya kita semua terutama Orang Islam belajar tentang Ilmu Wasiat dan Hibah.
Ibubapa kita mungkin tidak mahir bab nak menguruskan harta pusaka ni. Jadi kita sebagai anak kena belajar dan bantu supaya harta pusaka yang ada tidak terjadi seperti yang pernah kita lihat.
Siapa yang nak tau cara uruskan harta pusaka ni, saya memang galakkan korang dapatkan Ebook ’Bagaimana Kaya Dengan Harta Pusaka.’
Ebook ni ditulis oleh Ustaz Ghazali Ibrahim, seorang Pakar dalam Harta Pusaka.
Ustaz ajar tentang ilmu harta pusaka, cara menulis wasiat yang sah di sisi undang-undang dan cara nak cakap dengan ibubapa bab harta ni.
Ye lah.. Kang salah cakap diorang ingat kita tamak harta dan nak minta diorang meninggal cepat.
Sedangkan kita nak bantu mudahkan kerja dia berkaitan hartanah sekiranya apa-apa terjadi pada masa hadapan.
Ebook ni ajar semuanya detail dan mudah faham. Siap ada 8 Deraf (Template) untuk hasilkan pelbagai surat wasiat, hibah dan harta sepencarian suami isteri.
Korang beli dan satu masa nanti pasti berguna. Cepat dapatkan sebab harta Ebook ni tengah promo.

7 Kesilapan Kewangan Umum Yang Sering Berlaku Di Kalangan Masyarakat
Tidak kira banyak atau sedikit jumlah gaji anda, kuncinya mesti ukur baju di badan sendiri.

9 Perkara Yang Tiada Siapa Beritahu Pemilik Kereta Tentang Penjagaan Kereta.
9 Tips mudah penjagaan kereta anda. Ianya mampu mengurangkan kos penyelengaraan yang mahal.

Takaful Sakit Kritikal di Malaysia: Lindungi Kewangan Anda Sebelum Terlambat!
Penyakit kritikal boleh datang bila-bila masa. Ketahui bagaimana takaful sakit kritikal membantu anda hadapi kos rawatan tinggi dan lindungi kestabilan kewangan keluarga anda.

Bagaimana Menyediakan Bajet?
Bajet adalah suatu pelan mengurus aliran tunai dan digunakan untuk membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan anda di masa hadapan.
Kenali Siapa Waris Faraid Anda









Views: 22