Mencapai gred yang baik bukanlah kebimbangan utama anak anda……
Pertimbangkan angka-angka ini. Ijazah perubatan untuk 5 tahun yang memerlukan RM510,000 pada hari ini boleh mencecah tujuh angka dalam masa 18 tahun akan datang¹. Dan ini adalah untuk pengajian dalam negara! Kelayakan konvensional lain juga memerlukan pelaburan yang amat besar. Kursus berkembar Kejuruteraan contohnya, dijangka meningkat hingga RM400,000²,³ dalam masa 18 tahun akan datang. Untuk pengajian di luar negara pula seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom atau Australia, kosnya akan bertambah beberapa kali ganda pada tahap di mana kebanyakan ibu bapa sukar untuk mencapainya.
Bolehkah kita bergantung kepada bantuan kewangan apabila ia melibatkan jumlah yang  agak besar? Sebagai ibu bapa kita berharap agar anak-anak kita berjaya didalam pengajian mereka tetapi  kecemerlangan akademik sahaja tidak menjaminkan biasiswa. Pinjaman pendidikan boleh membantu, walau bagaimanapun graduan mungkin dibebani kos bayaran balik sebaik sahaja mereka tamat pengajian.
Seperti juga komitmen kewangan lain, cara terbaik untuk menyediakan pendidikan untuk anak anda adalah dengan bermula lebih awal dan menggunakan kaedah kewangan yang tepat. Pelan pendidikan takaful dicipta khusus untuk kepentingan anak anda. Disediakan dengan pelbagai manfaat kesihatan, perubatan dan hilang upaya, anda kini boleh membina dana pendidikan disertai dengan peluang pelaburan. Di samping itu, pelan ini akan terus dibayar bagi pihak anda sekiranya sesuatu yang tidak dijangka menimpa anda supaya pendidikan dan masa depan anak anda terjamin.
Pastikan simpanan anda sehebat masa depan anak anda. Untuk maklumat lanjut tentang pelan pendidikan takaful, hubungi 012-6727957 atau sila isi borang yang tertera di bawah untuk sebut harga PERCUMA hari ini!!
¹ Berdasarkan yuran kursus Perubatan Universiti Newcastle (cawangan Malaysia) termasuk kos sara hidup. Andaian kadar
inflasi tahunan: 5% setahun.; Tempoh kursus: 5 tahun; Negara pengajian: Malaysia.
² Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi. Andaian kadar tukaran: 1 Dolar AS = RM3.5.
³ Andaian kadar inflasi tahunan: 5%.
5 Formula Mengurus Harta Pusaka
Hendaklah menyegerakan pengurusan pusaka si mati dan janganlah bertangguh.
Kebenaran Sebenar Tentang Wasiat, Hibah dan Takaful
Fahamilah atau pelajarilah setiap fungsi instrumen perancangan pusaka, hukum faraid dan undang-undang pusaka.
Sambungan…..MRTA vs MLTA (Takafulink Investment)
Dalam istilah insurans konvensional, ia juga dikenali sebagai MRTA. Manakala MLTT pula merujuk kepada Mortgage Level Term Takaful
Tindakan Selepas Banjir
Penangan Cuaca Buruk Boleh Buat Satu Rumah Pening Kepala. Apa Tindakan Yang Perlu Buat Jika Berlakunya Musibah?
Borang Quotation
Views: 4