Sambungan…..MRTA vs MLTA (Takafulink Investment)

Sambungan…..MRTA vs MLTA (Takafulink Investment)

sambungan dari page MRTA VS MLTA (INVESTMENT LINK)

Perbandingan antara Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Takafulink bagi tujuan perlindungan hartanah anda…..

Biar saya tunjukkan dalam bentuk graf, mungkin lebih membantu.

1. Gambarajah menunjukan peminjam mengambil MRTA dan meninggal dunia sebelum pinjaman dilunaskan.



MRTA akan bertindak sebagai perlindungan kewangan kepada pinjaman kita. Jumlah perlindungan akan menurun mengikut baki pinjaman kita. Premium perlu dibayar sekaligus dan biasanya bank akan tawarkan pinjaman dan apabila premium tersebut dimasukkan ke dalam pinjaman, ia juga akan dikenakan interest. So, bank akan dapat untung lebih hasil dari interest premium MRTA tersebut.

Sekiranya berlaku kematian, baki pinjaman akan dibayar ke bank dengan menggunakan pampasan MRTA. Pewaris tidak perlu membayar baki pinjaman yang tertunggak selepas kematian peminjam.

2. Pinjaman dilunaskan sehingga habis tempoh meminjam dan tiada kematian berlaku.

Sekiranya tiada kematian berlaku sehingga tempoh akhir pinjaman, duit MRTA tidak akan dipulangkan, dan rumah tersebut menjadi hak milik peminjam

3. Takafulink digunakan untuk menggantikan MRTA.

Berbeza dengan Plan Takafulink, jumlah perlindungan tidak menurun mengikut baki pinjaman. Premium boleh dibayar secara bulanan, dan peminjam tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar untuk mengambil plan MRTA dan tidak terdedah dengan interest sekiranya premium MRTA dimasukkan sekali dalam pinjaman.

Sekiranya berlaku kematian, jumlah pampasan akan dibayar mengikut jumlah perlindungan dan boleh digunakan untuk membayar baki pinjaman. Lebihan dari pampasan tersebut boleh digunakan oleh pewaris terutama sekiranya yang ditinggalkan adalah isteri yang tidak bekerja dengan anak2 yang masih kecil. Sudah tentu lebihan pampasan ini amat bermakna bagi mereka.

Selain itu, waris juga dapat jumlah nilai tunai (simpanan) yang ada dalam plan takafulink pada tahun kematian.

Premium Takafulink sekata tidak seperti MRTA yang akan berkurangan mengikut nilai pinjaman,namun apa bila peminjam meninggal dunia.Syarikat takaful akan menyelesaikan baki pinjaman yang ada.Waris akan mendapat baki dari bayaran pampasan yang dibayar sebagai contoh.

PINJAMAN – RM500,000

NILAI PERLINDUNGAN – RM500,000

HIBAH – WARIS 100%

selepas 20 tahun peminjam meninggal dunia atau hilang upaya kekal (Total Permanent Disable), maka waris akan mendapat

NILAI PERLINDUNGAN – RM500,000

BAKI PINJAMAN – RM200,000(dibayar kepada bank)

BAKI NILAI PAMPASAN – RM300,000 + NILAI SIMPANAN PADA MASA ITU.

Sekiranya tiada berlaku kematian, jumlah perlindungan tetap sama, dan nilai tunai (simpanan) juga meningkat. Jadi, simpanan tersebut boleh dikekalkan dalam account takafulink sambil mendapat pulangan pelaburan. Lihat graf dibawah.

4. Sekiranya peminjam hidup dan membayar pinjaman sehingga tamat tempoh pinjaman.

kita lihat bagaimana jika pembeli melangsaikan/melunaskan pinjaman,pembeli bukan sahaja memiliki rumah yang dibeli malah akan mendapat kembali premium MLTA yang dibayar selama ini.

Atau dikeluarkan untuk mengurangkan baki pinjaman, so, tempoh pinjaman dapat dipendekkan. Lihat graf di bawah.

5. Nilai Simpanan

kita lihat rajah diatas dimana pada suatu masa baki pinjaman akan sama banyak dengan simpanan,pada masa ini peminjam boleh surrender polisi MLTA dan selesaikan semua baki pinjaman yang ada maka tempoh pinjaman akan menjadi lebih pendek.

Jadi terpulang kepada anda untuk menentukan apa yang anda nak buat dengan akaun takafulink anda. Ia menawarkan flexibility kepada pemegang polisi bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan mereka.

Maklumat ini hanya memberi penjelasan secara ringkas. Untuk mendapatkan maklumat lengkap sila hubungi saya Mohd Syaihan Sirotin, 012-6727957 atau email: syaihan@ctfg.com.my

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

What is 7+4?

What is 7+4?

Views: 4

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications