![]() |
| Tuntutan khairat kematian |
Tips: Senarai Tuntutan Khairat Kematian
Untuk pengetahuan PEWARIS
Ramai waris TAK TUNTUT KHAIRAT KEMATIAN sebab tak tahu dan gara-gara sikap si mati (termasuk kita yang hidup ni) tak pernah cerita join apa-apa skim pada ahli keluarga masa hidup.
Berikut saya senaraikan khairat kematian yang boleh waris terdekat tuntut setelah berlaku kematian si mati.
1. Khairat Kematian Khariah Masjid
– Sekitar Rm 500 – Rm 5,000
– Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah
2. Khairat Kematian PERKESO
– RM 2,000
– Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO
3. Khairat Kematian KWSP
– RM 2,500
– Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP
4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
– RM 3,000
– Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam
5. Khairat Kematian BRIM
– RM 1,000
– Syarat: si mati adalah penerima BRIM
6. Khairat Kematian ASNB
– RM 200 – RM 2,000
– Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati
7. Khairat Kematian Skim Takaful
– RM 2,000 – RM 5,000
– Syarat: si mati pencarum takaful
8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi
– RM 500 – RM 5,000
– Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi
Khairat kematian ini bertujuan untuk perbelanjaan mengurus jenazah yang telah ditanggung waris si mati.
Prosedur tuntutan dia tak rumit dan mudah. Dan proses bayarannya juga cepat sesuai dengan fungsinya untuk bantuan kewangan urusan
pengekebumian jenazah.
Dapat sesuatu ?
Boleh tolong saya share post ni supaya dapat bantu waris yang ditimpa kematian ahli keluarga.
#pewaris #khairatkematian #urusanhartapusaka
Dapatkan penjelasan mengenai amalan dan keadaan yang diiktiraf sebagai mati syahid yang sebenar menurut hadith-hadith sahih di dalam buku ini. Dapatkan segera sebelum kehabisan stok. Stok adalah terhad!

Ramai lagi yang masih belum memiliki takaful medical card rupanya….
Ramai dikalangan rakyat Malaysia tidak menitikberatkan soal memiliki kad perubatan atau medical card.

Kenapa Kita Digalakkan Menulis Wasiat?
Tujuannya adalah untuk memudahkan waris-waris kita menguruskan harta pusaka selepas kematian kita nanti.

Tahu dan sedar; mengapa anda perlukan insurans dan takaful?
Memiliki insurans takaful merupakan cara terbaik anda memperluaskan skop jaminan kewangan yang sudah anda miliki dari pekerjaan atau perniagaan anda.

7 Kesilapan Kewangan Umum Yang Sering Berlaku Di Kalangan Masyarakat
Tidak kira banyak atau sedikit jumlah gaji anda, kuncinya mesti ukur baju di badan sendiri.











