Tips Hadapi Kematian Dan Jenazah

Kematian tidak kenal usia muda atau tua

“SAHABAT PALING HAMPIR DENGAN KITA ADALAH KEMATIAN”

Bagaimana kalau tiba-tiba ada kematian di rumah kita?

Apa tindakan kita jika tiba-tiba berlaku kematian yang mengejut di rumah kita?

Tak kira siapa, jika ada kematian mengejut di kalangan ahli keluarga, jangan panik. Sebab ramai antara ahli qariah yang menelefonnya pada jam 3 atau 4 pagi untuk bagitau ada berlaku kematian, agak cemas tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dek sering mendapat panggilan sedemikian maka bilal biasanya akan minta si pemanggil bertenang dan mengambil beberapa langkah tertentu dalam menghadapi situasi sebegitu termasuklah:
 
■ Jangan cemas
■ Tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi.. InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah.
■ Sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
■ Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
■ Letak pisau/gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin
■ Kelopak mata kalau payah nak tutup, letakkan syiling
■ Tangan diikat dengan perca kain.
■ Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.
■ Jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar
■ Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki…boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah
■ Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
■ Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
■ Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.
 
Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.
 
Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520 (mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan (wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).
 
Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. Waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.
 
Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah-wajah mereka.
 
Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing-masing.
 
Harus bersedia menghadapi kematian. Mati itu pasti.
 
Wallahu’alam.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Views: 21

Tips: Senarai Tuntutan Khairat Kematian

Tuntutan khairat kematian

Tips: Senarai Tuntutan Khairat Kematian

Untuk pengetahuan PEWARIS

Ramai waris TAK TUNTUT KHAIRAT KEMATIAN sebab tak tahu dan gara-gara sikap si mati (termasuk kita yang hidup ni) tak pernah cerita join apa-apa skim pada ahli keluarga masa hidup.

Berikut saya senaraikan khairat kematian yang boleh waris terdekat tuntut setelah berlaku kematian si mati.

1. Khairat Kematian Khariah Masjid
– Sekitar Rm 500 – Rm 5,000
– Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah

2. Khairat Kematian PERKESO
– RM 2,000
– Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

3. Khairat Kematian KWSP
– RM 2,500
– Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP

4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
– RM 3,000
– Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam

5. Khairat Kematian BRIM
– RM 1,000
– Syarat: si mati adalah penerima BRIM

6. Khairat Kematian ASNB
– RM 200 – RM 2,000
– Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

7. Khairat Kematian Skim Takaful
– RM 2,000 – RM 5,000
– Syarat: si mati pencarum takaful

8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi
– RM 500 – RM 5,000
– Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi

Khairat kematian ini bertujuan untuk perbelanjaan mengurus jenazah yang telah ditanggung waris si mati.

Prosedur tuntutan dia tak rumit dan mudah. Dan proses bayarannya juga cepat sesuai dengan fungsinya untuk bantuan kewangan urusan
pengekebumian jenazah.

Dapat sesuatu ?
Boleh tolong saya share post ni supaya dapat bantu waris yang ditimpa kematian ahli keluarga.

#pewaris #khairatkematian #urusanhartapusaka 

Dapatkan penjelasan mengenai amalan dan keadaan yang diiktiraf sebagai mati syahid yang sebenar menurut hadith-hadith sahih di dalam buku ini. Dapatkan segera sebelum kehabisan stok. Stok adalah terhad!

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Inflasi Perubatan (Medical Inflation)

Inflasi kos perubatan dilihat lebih tinggi daripada barangan dan perkhidmatan lain kerana kemajuan teknologi dan rawatan, ubat-ubatan baharu, tempoh jangka hayat yang lebih lama yang memerlukan lebih banyak rawatan perubatan, dan lain-lain.

Read More »

Views: 7

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications