![]() |
| Tuntutan khairat kematian |
Tips: Senarai Tuntutan Khairat Kematian
Untuk pengetahuan PEWARIS
Ramai waris TAK TUNTUT KHAIRAT KEMATIAN sebab tak tahu dan gara-gara sikap si mati (termasuk kita yang hidup ni) tak pernah cerita join apa-apa skim pada ahli keluarga masa hidup.
Berikut saya senaraikan khairat kematian yang boleh waris terdekat tuntut setelah berlaku kematian si mati.
1. Khairat Kematian Khariah Masjid
– Sekitar Rm 500 – Rm 5,000
– Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah
2. Khairat Kematian PERKESO
– RM 2,000
– Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO
3. Khairat Kematian KWSP
– RM 2,500
– Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP
4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
– RM 3,000
– Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam
5. Khairat Kematian BRIM
– RM 1,000
– Syarat: si mati adalah penerima BRIM
6. Khairat Kematian ASNB
– RM 200 – RM 2,000
– Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati
7. Khairat Kematian Skim Takaful
– RM 2,000 – RM 5,000
– Syarat: si mati pencarum takaful
8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi
– RM 500 – RM 5,000
– Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi
Khairat kematian ini bertujuan untuk perbelanjaan mengurus jenazah yang telah ditanggung waris si mati.
Prosedur tuntutan dia tak rumit dan mudah. Dan proses bayarannya juga cepat sesuai dengan fungsinya untuk bantuan kewangan urusan
pengekebumian jenazah.
Dapat sesuatu ?
Boleh tolong saya share post ni supaya dapat bantu waris yang ditimpa kematian ahli keluarga.
#pewaris #khairatkematian #urusanhartapusaka
Dapatkan penjelasan mengenai amalan dan keadaan yang diiktiraf sebagai mati syahid yang sebenar menurut hadith-hadith sahih di dalam buku ini. Dapatkan segera sebelum kehabisan stok. Stok adalah terhad!

Panduan Memupuk Tabiat Menabung
Inilah antara panduan dan cara mudah untuk kita menabung, lebih-lebih lagi kita yang susah sangat untuk menyimpan

Perang Harta Pusaka: Mengapa 70% Waris Tidak Mendapat Hak Mereka & Cara Mengelakkannya!
Borang Quotation Kerjaya & Affiliate Perang Harta Pusaka: Mengapa 70% Waris Tidak Mendapat Hak Mereka & Cara Mengelakkannya! Pengenalan: Realiti Pahit Harta Pusaka di Malaysia

Ke Mana Wang 10% Anda Di Belanjakan?
Dengan mengurus akaun 10% anda sebenarnya telah pun menyelamatkan keluarga tersayang anda dari meminta-minta selepas ketiadaan anda.

5 Formula Mengurus Harta Pusaka
Hendaklah menyegerakan pengurusan pusaka si mati dan janganlah bertangguh.











