![]() |
| Tuntutan khairat kematian |
Tips: Senarai Tuntutan Khairat Kematian
Untuk pengetahuan PEWARIS
Ramai waris TAK TUNTUT KHAIRAT KEMATIAN sebab tak tahu dan gara-gara sikap si mati (termasuk kita yang hidup ni) tak pernah cerita join apa-apa skim pada ahli keluarga masa hidup.
Berikut saya senaraikan khairat kematian yang boleh waris terdekat tuntut setelah berlaku kematian si mati.
1. Khairat Kematian Khariah Masjid
– Sekitar Rm 500 – Rm 5,000
– Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah
2. Khairat Kematian PERKESO
– RM 2,000
– Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO
3. Khairat Kematian KWSP
– RM 2,500
– Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP
4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
– RM 3,000
– Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam
5. Khairat Kematian BRIM
– RM 1,000
– Syarat: si mati adalah penerima BRIM
6. Khairat Kematian ASNB
– RM 200 – RM 2,000
– Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati
7. Khairat Kematian Skim Takaful
– RM 2,000 – RM 5,000
– Syarat: si mati pencarum takaful
8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi
– RM 500 – RM 5,000
– Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi
Khairat kematian ini bertujuan untuk perbelanjaan mengurus jenazah yang telah ditanggung waris si mati.
Prosedur tuntutan dia tak rumit dan mudah. Dan proses bayarannya juga cepat sesuai dengan fungsinya untuk bantuan kewangan urusan
pengekebumian jenazah.
Dapat sesuatu ?
Boleh tolong saya share post ni supaya dapat bantu waris yang ditimpa kematian ahli keluarga.
#pewaris #khairatkematian #urusanhartapusaka
Dapatkan penjelasan mengenai amalan dan keadaan yang diiktiraf sebagai mati syahid yang sebenar menurut hadith-hadith sahih di dalam buku ini. Dapatkan segera sebelum kehabisan stok. Stok adalah terhad!

Statistik rakyat Malaysia tanpa perlindungan takaful
Statistik menunjukkan bahawa 55% daripada penduduk Malaysia tidak mempunyai perlindungan takaful yang memadai untuk keadaan darurat.

Kenapa Takaful Sakit Kritikal Penting? Pelajaran dari Kisah Nyata
Takaful sakit kritikal penting kerana ia membantu menggantikan pendapatan yang hilang akibat tidak mampu bekerja.

Adakah kita perlu memiliki insurans takaful dalam kehidupan kita sekarang?
Kewangan dan pendapatan kita adalah hak milik kita namun jika ia tidak dilindungi, ia mungkin akan hilang begitu saja.

9 Tanda-Tanda Saat Kematian
Tanda kematian akan terlihat secara alami dari munculnya perubahan secara fisik dalam beberapa hari atau beberapa jam menjelang kematian.











