Didedahkan!! Benarkah Insurans Takaful Penipu?

fraud insurans
keratan akhbar tentang isu kes tuntutan insurans tidak dibayar

Didedahkan!! Benarkah Insurans Takaful Penipu?

Insurans nak jual punya le bagus, nak claim macam-macam hal. Kenyataan negatif yang sering saya dengar apabila saya memperkenalkan diri saya, yang saya sebagai agent insurance pada awal pembabitan pada tahun 2009.

Tapi, Alhamdulillah, sekarang senario telah berubah sedikit, apabila orang ramai nampaknya semakin positif dan ingin mengambil tahu perihal yang berkaitan dengan insurance atau takaful ini.

Pada pengalaman saya, memang tidak dinafikan ada kejadian di mana client tak boleh nak buat claim dan sebagainya. Dan mereka merasakan ditipu seterusnya hilang terus kepercayaan mereka terhadap insurans takaful.

Jadi, saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian, terdapat beberapa sebab yang utama, kenapa insurance tidak meluluskan claim yang dibuat oleh client.

1. Policy Lapse

Policy lapsed ini bermaksud, policy tidak berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun insuras atau takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat insurans tidak akan membayar segala claim yang dibuat.

Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai policy kita lapsed, disebabkan tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan.

Satu lagi, kalau policy dah lapsed, walau pun kita hidupkan balik, kena tunggu 30 hari grace period semula. Dan kalau le client sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)…pada masa grace period tu, so, memang tak bleh nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupany belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Kan susah kalau jadi apa2 macam tu. Jadi, pastikan jangan sampai policy lapsed.

2. Manfaat tiada didalam jadual polisi

Ramai yang beranggapan, apabila mereka ada polisi insurans, mereka dengar agent cakap, “Semua Cover”…mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat insurans tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurans penipu atau agent penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual polisi.

Sebagai contoh, rata-rata polisi yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurans Takaful Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card…mereka dengan penuh yakin, “Saya dah ada”….tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam polisi. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian. Polisi yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan “MEDICAL CARD” seperti ini :


Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)…minta dia tunjukkan di mana medical cardnya. Kalau tiada medical card, maknanya memang tiada manfaat Medical Card dalam polisi anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.

Tidak dinafikan ada polisi yang membayar kos rawatan tapi tiada medical card, tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat claim semula kepada syarikat.

Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu? Berapa keping credit card kita nak pakai?

Bayangkan…lepas tu pulak, nak claim kena buat sendiri. Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insurans, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pegi semula ke syarikat insurans dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap….sanggup ke anda sebagai client buat semua itu. Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak claim, ada masa ke?

Kalau ada Medical Card, semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan sampai rumah, anda tunggu sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah sekiranya ada pembedahan yang akan dihantar oleh agent. Senang, mudah dan tak pening kepala.

Jadi kesimpulannya, tiada manfaat dalam polisi memang tidak boleh nak claim.

insurans penipu, takaful penipu
Jangan mudah terpengaruh

3. Pengecualian (Exclusion)

Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.

A. Pengecualian Umum (General Exclusion)

Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya…(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN Takaful).

B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)

Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurans/takaful atau dinamakan “Pre-Existing Condition”

Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.

4. Non-Disclosure

Sekiranya syarikat mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatakan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.

5. Waiting period (tempoh menunggu)

Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.

Tips untuk anda. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit specifik iaitu 120 hari selepas polisi berkuatkuasa.

Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut.

-Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu
-Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
-Diabetes Mellitus
-Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah)
-Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
-Hernia, buasir atau fistula
-Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin

Macam mana perkara ini biasa terjadi, sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi insurans berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, sekali kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, tak boleh nak claim. Sebab tidak cukup tempoh menunggu. Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurans takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.

Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.

Saya biasa kongsikan perkara ini kepada client atau prospect saya “Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dicover, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insurance takaful bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?…sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari altenatif lain dah tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi.” 🙂

Anda boleh juga merujuk ke artikel Syarat Tuntut Pampasan Insurans.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 1

Syarat tuntut pampasan insurans

insurances claims
tuntutan insurans

Syarat Tuntut Pampasan Insurans.

 

Dokumen lengkap, tiada unsur tipu mudahkan usaha pembayaran polisi

SERING kali pemegang polisi insurans mengeluh ketika membuat tuntutan insurans kerana mendakwa lewat dan sukar untuk membuat tuntutan. Tidak kurang yang mendakwa syarikat insurans menaburkan ‘janji palsu’ apabila saat tuntutan mahu dibuat atau mengenakan syarat ketat ketika tuntutan dipohon.

Benarkah dakwaan itu atau masalah berkaitan tuntutan sebenarnya disebabkan kesilapan dan kecuaian pemegang polisi yang tidak menyertakan dokumen lengkap atau tidak benar-benar memahami manfaat insurans yang ditawarkan?

Pengurus Kewangan dan Eksekutif Kanan, Prudential Assurance Malaysia Berhad , Mohd Haniff Mohd Ramza berkata, pemegang polisi yang sukar membuat tuntutan adalah disebabkan mereka tidak memberi maklumat lengkap atau sepenuhnya ketika membeli insurans.

Pada masa sama, ejen insurans pula tidak mengambil maklumat diperlukan seperti yang termaktub dalam borang insurans.

“Saya percaya jika semua maklumat diberikan pemegang polisi tepat ketika mengisi borang insurans seperti butiran kesihatan serta penyakit yang sedia ada, maka isu tuntutan tidak dibayar syarikat insurans tidak akan timbul,” katanya.

Mohd Haniff berkata, kaedah membuat tuntutan itu turut bergantung kepada setiap kes individu dan laporan perubatan pihak doktor jika ia membabitkan insurans hayat dan kesihatan.
“Jika pemegang polisi menggunakan kad perubatan, proses tuntutan adalah amat mudah dan cepat kerana pemegang polisi hanya perlu mendapat kelulusan pihak doktor untuk dimasukkan ke wad. Proses kemasukan wad menggunakan kad perubatan perlulah diikuti dengan bayaran pendahuluan antara RM200 hingga RM300 kepada pihak hospital dan pihak hospital pula akan mendapat kelulusan melalui pihak Prudential sama ada polisi pemegang polisi masih aktif.

“Perlu diingat, kad perubatan tidak boleh digunakan untuk tujuan kemasukan wad jika polisi insurans itu sudah tamat tarikh luputnya. Jadi, sebagai pemegang polisi mereka perlu sentiasa ingat membayar premium insurans tepat pada masanya untuk mengelak polisi daripada luput,” katanya.

Beliau berkata, di Prudential, pemegang polisi yang menggunakan kad perubatan harus mendapat kelulusan rasmi (Surat Jaminan Awal) daripada pihak Jabatan Tuntutan di syarikat berkenaan.

“Semua proses ini akan dikendalikan antara pihak hospital dan Jabatan Tuntutan di Prudential. Pihak ejen pemegang polisi boleh membantu mempercepatkan proses kemasukan wad menerusi panggilan ke Jabatan Pelanggan bagi mendapatkan status terkini proses itu.

“Sebelum pihak pemegang polisi keluar wad, pihak hospital perlu sekali lagi mendapatkan kelulusan terakhir bagi bayaran penuh bil hospital. Lazimnya, mana-mana syarikat insurans menetapkan pihak pemegang polisi perlu membayar 10 peratus ko-insurans daripada jumlah bil penuh hospital ketika keluar wad.

“Bagi pemegang polisi Prudential pula, ko-insurans 10 peratus akan dikenakan tetapi syarikat kami meletakkan had minimum bayaran ko-insurans antara RM300 hingga RM1,000. Dengan cara ini, pihak pemegang polisi mendapat manfaat yang lebih kerana walaupun bil sepenuh hospital kemungkinan mencecah RM50,000 tetapi pihak pemegang polisi hanya perlu membayar RM1,000 sebagai bayaran maksimum ko-insurans,” katanya.

Mengulas tempoh penyelesaian tuntutan insurans, Mohd Haniff berkata, jika pihak pemegang polisi membuat bayaran sendiri dulu ke atas bil hospital dan diikuti dengan tuntutan melalui borang ditetapkan, dokumen berkenaan perlu diisi doktor yang merawat pemegang polisi ketika dirawat di hospital.

“Bagi tuntutan kematian, kehilangan anggota badan dan 36 Penyakit Kritikal, semua borang tuntutan ini juga perlukan diisi doktor berserta semua laporan yang relevan contohnya laporan polis, laporan kemalangan, surat kematian/surat pengebumian, sijil kematian dan juga laporan perubatan.

“Proses mendapatkan tuntutan berkemungkinan mengambil masa selama sebulan jika ada dokumen yang tidak lengkap atau tidak cukup. Pemegang polisi perlu berhubung dengan pihak insurans ejen atau melalui pihak Jabatan Pelanggan untuk segala tuntutan,” katanya.

Bagaimana pula pandangan pengguna atau pemegang polisi insurans? Bagi pelanggan insurans Prudential yang hanya mahu dikenali sebagai Loke, soal lewat mendapat bayaran atau kesukaran membuat tuntutan insurans tidak timbul.

“Proses itu sangat mudah dengan adanya bantuan ejen insurans,” katanya yang disahkan menghidap barah otak dan selamat menjalani pembedahan membuang tumor.

Beliau yang kini kembali pulih juga lega kerana tidak perlu pening kepala memikirkan bayaran hospital.

“Ejen insurans, Sarah Ng amat prihatin kerana membantu menyelesaikan tuntutan insurans yang pada mulanya saya ingat hanya dapat dimanfaatkan oleh anak dan isteri apabila saya meninggal dunia. Saya lupa bahawa insurans yang saya bayar setiap bulan itu rupanya memasukkan perlindungan jika kita mengidap penyakit kronik.

“Selepasnya semuanya selesai, barulah saya sedar bahawa industri insurans amat membantu dan begitu cepat bertindak di saat-saat kita amat memerlukan mereka,” katanya.

Info: Maklumat tuntutan insurans Prudential

    • Tuntutan kemasukan wad atau Daily Allowance Benefit, biasanya mengambil masa dua minggu jika segala borang dan dokumen lengkap.
    • Bagi pampasan kematian pula mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan. Namun, pemegang polisi perlu maklum, semuanya bergantung kepada dokumen relevan diperlukan Jabatan Tuntutan Prudential lengkap, tiada sebarang unsur penipuan atau sebarang kegagalan mengisytihar maklumat ketika membeli insurans pada masa hari pertama.
    • Jikalau pemegang polisi ada membuat penipuan atau kegagalan mengisytihar penyakit sedia ada, atau pun pihak ejen insurans tidak mengisytiharkan maklumat sepenuh semasa pemegang polisi mengisi borang insurans, syarikat insurans berhak untuk tidak membayar apa-apa tuntutan kepada pemegang polisi.

Antara manfaat utama insurans kepada pemegang polisinya:

    • Perlindungan – Pembayaran pampasan kematian atau kehilangan anggota badan apabila pemegang polisi menimpa kecelakaan atau kemalangan. Bayaran pampasan dapat membantu keluarga pewaris semasa ketiadaan pemegang polisi. Bayaran pampasan ini boleh digantikan sebagai pendapatan bulanan semasa ketiadaan pasangan sama ada ibu/isteri dan/atau bapa/suami yang sudah meninggal dunia. Ia juga membantu pendidikan anak yang kehilangan ibu atau bapa.
    • Simpanan – Insurans hari ini bukan setakat memberi jaminan perlindungan tetapi juga skim simpanan masa depan pihak pemegang polisi. Elak persepsi negatif duit bayaran premium itu akan hangus. Ini kerana bagi jangka masa panjang, ia boleh dianggap simpanan masa depan atau untuk hari tua.
    • Kad Perubatan – Sebagai bantuan perubatan apabila pemegang polisi perlukan rawatan di panel hospital yang lazimnya hospital swasta. Rawatan perubatan di hospital biasanya melindungi pihak pemegang polisi yang mempunyai kad perubatan. Melalui kad perubatan ini, pemegang polisi dapat kelebihan menggunakan kad perubatan di mana mana panel hospital swasta di setiap negeri apabila terjadinya kecederaan akibat kemalangan atau pun dijangkiti penyakit kronik yang berpanjangan.
    • Pelan Kecemasan – Walaupun ramai memiliki perlindungan disediakan pihak majikan, pemegang polisi yang mempunyai pelan insurans sendiri boleh disifatkan mempunyai kelebihan kerana ada satu pelan ketika waktu kecemasan. Contohnya, pekerja tidak perlu risau ketika berlakunya keadaan seperti pengambilalihan syarikat, syarikat muflis, gabungan syarikat dan seterusnya boleh menyebabkan pihak pekerja hilang kerja.
    • Aset Masa Depan/ Pelan Persaraan – Insurans juga bagi saya boleh disifatkan sebagai asset masa depan atau pelan Persaraan kerana jikalau pemegang polisi sihat sepanjang hayat dan tidak pernah membuat sebarang tuntutan, pada akhir jangkamasa pelan matang, pemegang polisi masih akan mendapat satu jumlah wang simpanan yang dikenali sebagai (maturity value). Ini juga boleh dijadikan sebagai aset masa depan pemegang polisi. Ada juga pelan insurans berunsurkan pelaburan menyifatkan ini sebagai terma “cash value”.

Produk Insurans

    • Insurans hayat
    • Insurans am,
    • Insurans berkaitan pelaburan (investment-linked insuransce plan)
    • Insurans pelan bertempoh (endowment plan) contohnya sehingga 20 atau 30 tahun serta insurans berjangka pendek, maksudnya hanya melindungi jangkamasa setahun.

Artikel dipetik daripada Berita Harian Online.

 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 7

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications