5 Masalah Dalam Masyarakat Yang Boleh Dibantu Dengan Adanya Takaful.

 

5 Perkara Sebelum 5 Perkara

5 Masalah Dalam Masyarakat Yang Boleh Dibantu Dengan Adanya Takaful.

1- Mati Terlalu Awal (Dying Too Soon)

Meninggal dunia pada usia muda. Orang yang meninggal dunia akan meneruskan kehidupan ke Alam Barzakh, tapi yang ditinggalkan. Terutama individu yang baru berumah tangga dan mempunyai tanggungan isteri dan anak yang masih kecil. 

Cuba bayangkan bagai mana mereka ingin meneruskan kehidupan setelah kehilangan suami dan ayah. Suami dan ayah meninggal dunia, pendapatan untuk menampung keperluan kewangan keluarga pun akan terhenti. 

Suami dan Ayah tidak boleh diganti, tetapi pendapatan Suami dan Ayah boleh diganti sekiranya beliau mengambil plan takaful.

2- Hidup Terlalu Lama (Living Too Long)
Pendek umur pun masalah, panjang umur pun ada masalah. Masalahnya adalah, cukup ke simpanan kita utk teruskan penghidupan. 

Ramai masyarakat kurang sedar mengenai kepentingan menabung pada usia muda. Sebaliknya mereka lebih suka berbelanja daripada menyimpan.

3- Hidup Umpama Mati (Living Death)
Hidup akan tetapi umpama mati. Lumpuh kekal keseluruhan (TPD). Kita fikirkan….perlu tak untuk mempunyai sejumlah wang bagi menampung perbelanjaan harian sekiranya seseorang mengalami TPD. 

Kalau seseorang itu tidak mempunyai simpanan yang cukup, tiba-tiba mengalami TPD sama ada akibat kemalangan atau penyakit, bagai mana utk teruskan kehidupan. Siapa yang akan bantu sekiranya dah jadi mcm tu?. Mak Ayah?..Adik Beradik, saudara-mara…..ya..mereka akan bantu, tapi alangkah bagusnya kalau mereka hanya perlu membantu dari segi tenaga tanpa membantu dari segi kewangan. 

Sebab kewangan telah ditanggung oleh Pihak Takaful, termasuklah semua kos rawatan di hospital, semuanya di tanggung oleh Pihak Takaful.

4- Menjana Kekayaan (Wealth Creation)
Semua orang ingin mengumpul kekayaan, tapi masih ramai yang tak tau bagaimana.

Takaful boleh membantu anda merancang kewangan anda untuk mencapai objektif kewangan anda.

5- Pendidikan Anak-Anak (Child Education)
Hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak adalah PENDIDIKAN YANG SEMPURNA. 

Akan tetapi, tahukah anda, berapa kos yuran pendidikan di Universiti Tempatan atau Luar Negara sekarang nie? Takkan kita nak biarkan anak kita menanggung hutang selepas mereka tamat belajar, sedangkan masa tu mungkin mereka belum mempunyai pekerjaan lagi. 

Siapa yang ada pilihan kita atau dia (anak)? Dia tak de pilihan sebab Ibu Ayah yang mempunyai pilihan sama ada utk menyediakan simpanan pendidikan untuk anak atau tidak. 

Keperluan untuk itu amat mendesak.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 4

Apakah nilai kesihatan seorang manusia?

Apakah nilai kesihatan seorang manusia?

Adakah anda tahu berapa tinggi kenaikan kadar inflasi bagi kos perubatan di Malaysia beberapa tahun yang lepas?

Ianya lebih kurang 10% hingga 15% setahun!!

Berapa jumlah jaminan kos perubatan daripada insurans yang anda ada sekarang?? RM100,000 or RM200,000?? ataupun RM0.00??

Biarkan saya tunjukkan kepada anda beberapa contoh untuk mendapatkan satu gambaran lebih baik bagaimana inflasi perubatan meningkat 10% hingga 15% mempengaruhi kos perubatan dan kad perubatan anda.

“PROJECTION” KOS PERUBATAN 10 TAHUN DAN 20 TAHUN AKAN DATANG:

RM20,000 hari ini akan menjadi RM51,875 selepas 10 tahun (purata inflasi 10%)
RM20,000 hari ini akan menjadi RM80,911 selepas 10 tahun (purata inflasi 15%)
RM20,000 hari ini akan menjadi RM134,550 selepas 20 tahun (purata inflasi 10%)
RM20,000 hari ini akan menjadi RM327,331 selepas 20 tahun (purata inflasi 15%)

Daripada keputusan yang ditunjukkan secara langsung akan menyebabkan secara keseluruhannya ramai rakyat Malaysia tidak mampu untuk menanggung kos perubatan yang tinggi dan dengan kata lain, TIDAK MAMPU UNTUK JATUH SAKIT !!!

Ini kerana, dengan kos perubatan yang semakin meningkat dan terus meningkat, mereka yang mempunyai simpanan ataupun “coverage” kad perubatan yang tidak mencukupi akan terus menderita dan dibebani kos serta bil hospital yang tinggi.

Persediaan awal akan membantu anda menyelesaikan masalah ini dan dalam pada masa yang sama anda akan mendapat ketenangan fikiran yang tidak anda jangka. Tak salah untuk bertanya kerana tugas saya membantu anda untuk kebaikan diri anda dan keluarga anda.

Tiada gunanya wang yang banyak disimpan untuk masa hadapan tetapi akhirnya tidak dapat memenuhi impian yang anda impikan bersama keluarga dengan membelanjakan wang simpanan berkenaan kepada pembayaran kos perubatan.

Hubungi saya untuk berbincang bagaimana Pelan Takaful yang bersesuaian dengan bajet anda dapat memberikan manfaat serta kebaikan dan ketenangan fikiran untuk anda sekeluarga.

Sila isi borang di bawah untuk sebut harga PERCUMA hari ini!!
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 2

Syarat tuntut pampasan insurans

insurances claims
tuntutan insurans

Syarat Tuntut Pampasan Insurans.

 

Dokumen lengkap, tiada unsur tipu mudahkan usaha pembayaran polisi

SERING kali pemegang polisi insurans mengeluh ketika membuat tuntutan insurans kerana mendakwa lewat dan sukar untuk membuat tuntutan. Tidak kurang yang mendakwa syarikat insurans menaburkan ‘janji palsu’ apabila saat tuntutan mahu dibuat atau mengenakan syarat ketat ketika tuntutan dipohon.

Benarkah dakwaan itu atau masalah berkaitan tuntutan sebenarnya disebabkan kesilapan dan kecuaian pemegang polisi yang tidak menyertakan dokumen lengkap atau tidak benar-benar memahami manfaat insurans yang ditawarkan?

Pengurus Kewangan dan Eksekutif Kanan, Prudential Assurance Malaysia Berhad , Mohd Haniff Mohd Ramza berkata, pemegang polisi yang sukar membuat tuntutan adalah disebabkan mereka tidak memberi maklumat lengkap atau sepenuhnya ketika membeli insurans.

Pada masa sama, ejen insurans pula tidak mengambil maklumat diperlukan seperti yang termaktub dalam borang insurans.

“Saya percaya jika semua maklumat diberikan pemegang polisi tepat ketika mengisi borang insurans seperti butiran kesihatan serta penyakit yang sedia ada, maka isu tuntutan tidak dibayar syarikat insurans tidak akan timbul,” katanya.

Mohd Haniff berkata, kaedah membuat tuntutan itu turut bergantung kepada setiap kes individu dan laporan perubatan pihak doktor jika ia membabitkan insurans hayat dan kesihatan.
“Jika pemegang polisi menggunakan kad perubatan, proses tuntutan adalah amat mudah dan cepat kerana pemegang polisi hanya perlu mendapat kelulusan pihak doktor untuk dimasukkan ke wad. Proses kemasukan wad menggunakan kad perubatan perlulah diikuti dengan bayaran pendahuluan antara RM200 hingga RM300 kepada pihak hospital dan pihak hospital pula akan mendapat kelulusan melalui pihak Prudential sama ada polisi pemegang polisi masih aktif.

“Perlu diingat, kad perubatan tidak boleh digunakan untuk tujuan kemasukan wad jika polisi insurans itu sudah tamat tarikh luputnya. Jadi, sebagai pemegang polisi mereka perlu sentiasa ingat membayar premium insurans tepat pada masanya untuk mengelak polisi daripada luput,” katanya.

Beliau berkata, di Prudential, pemegang polisi yang menggunakan kad perubatan harus mendapat kelulusan rasmi (Surat Jaminan Awal) daripada pihak Jabatan Tuntutan di syarikat berkenaan.

“Semua proses ini akan dikendalikan antara pihak hospital dan Jabatan Tuntutan di Prudential. Pihak ejen pemegang polisi boleh membantu mempercepatkan proses kemasukan wad menerusi panggilan ke Jabatan Pelanggan bagi mendapatkan status terkini proses itu.

“Sebelum pihak pemegang polisi keluar wad, pihak hospital perlu sekali lagi mendapatkan kelulusan terakhir bagi bayaran penuh bil hospital. Lazimnya, mana-mana syarikat insurans menetapkan pihak pemegang polisi perlu membayar 10 peratus ko-insurans daripada jumlah bil penuh hospital ketika keluar wad.

“Bagi pemegang polisi Prudential pula, ko-insurans 10 peratus akan dikenakan tetapi syarikat kami meletakkan had minimum bayaran ko-insurans antara RM300 hingga RM1,000. Dengan cara ini, pihak pemegang polisi mendapat manfaat yang lebih kerana walaupun bil sepenuh hospital kemungkinan mencecah RM50,000 tetapi pihak pemegang polisi hanya perlu membayar RM1,000 sebagai bayaran maksimum ko-insurans,” katanya.

Mengulas tempoh penyelesaian tuntutan insurans, Mohd Haniff berkata, jika pihak pemegang polisi membuat bayaran sendiri dulu ke atas bil hospital dan diikuti dengan tuntutan melalui borang ditetapkan, dokumen berkenaan perlu diisi doktor yang merawat pemegang polisi ketika dirawat di hospital.

“Bagi tuntutan kematian, kehilangan anggota badan dan 36 Penyakit Kritikal, semua borang tuntutan ini juga perlukan diisi doktor berserta semua laporan yang relevan contohnya laporan polis, laporan kemalangan, surat kematian/surat pengebumian, sijil kematian dan juga laporan perubatan.

“Proses mendapatkan tuntutan berkemungkinan mengambil masa selama sebulan jika ada dokumen yang tidak lengkap atau tidak cukup. Pemegang polisi perlu berhubung dengan pihak insurans ejen atau melalui pihak Jabatan Pelanggan untuk segala tuntutan,” katanya.

Bagaimana pula pandangan pengguna atau pemegang polisi insurans? Bagi pelanggan insurans Prudential yang hanya mahu dikenali sebagai Loke, soal lewat mendapat bayaran atau kesukaran membuat tuntutan insurans tidak timbul.

“Proses itu sangat mudah dengan adanya bantuan ejen insurans,” katanya yang disahkan menghidap barah otak dan selamat menjalani pembedahan membuang tumor.

Beliau yang kini kembali pulih juga lega kerana tidak perlu pening kepala memikirkan bayaran hospital.

“Ejen insurans, Sarah Ng amat prihatin kerana membantu menyelesaikan tuntutan insurans yang pada mulanya saya ingat hanya dapat dimanfaatkan oleh anak dan isteri apabila saya meninggal dunia. Saya lupa bahawa insurans yang saya bayar setiap bulan itu rupanya memasukkan perlindungan jika kita mengidap penyakit kronik.

“Selepasnya semuanya selesai, barulah saya sedar bahawa industri insurans amat membantu dan begitu cepat bertindak di saat-saat kita amat memerlukan mereka,” katanya.

Info: Maklumat tuntutan insurans Prudential

    • Tuntutan kemasukan wad atau Daily Allowance Benefit, biasanya mengambil masa dua minggu jika segala borang dan dokumen lengkap.
    • Bagi pampasan kematian pula mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan. Namun, pemegang polisi perlu maklum, semuanya bergantung kepada dokumen relevan diperlukan Jabatan Tuntutan Prudential lengkap, tiada sebarang unsur penipuan atau sebarang kegagalan mengisytihar maklumat ketika membeli insurans pada masa hari pertama.
    • Jikalau pemegang polisi ada membuat penipuan atau kegagalan mengisytihar penyakit sedia ada, atau pun pihak ejen insurans tidak mengisytiharkan maklumat sepenuh semasa pemegang polisi mengisi borang insurans, syarikat insurans berhak untuk tidak membayar apa-apa tuntutan kepada pemegang polisi.

Antara manfaat utama insurans kepada pemegang polisinya:

    • Perlindungan – Pembayaran pampasan kematian atau kehilangan anggota badan apabila pemegang polisi menimpa kecelakaan atau kemalangan. Bayaran pampasan dapat membantu keluarga pewaris semasa ketiadaan pemegang polisi. Bayaran pampasan ini boleh digantikan sebagai pendapatan bulanan semasa ketiadaan pasangan sama ada ibu/isteri dan/atau bapa/suami yang sudah meninggal dunia. Ia juga membantu pendidikan anak yang kehilangan ibu atau bapa.
    • Simpanan – Insurans hari ini bukan setakat memberi jaminan perlindungan tetapi juga skim simpanan masa depan pihak pemegang polisi. Elak persepsi negatif duit bayaran premium itu akan hangus. Ini kerana bagi jangka masa panjang, ia boleh dianggap simpanan masa depan atau untuk hari tua.
    • Kad Perubatan – Sebagai bantuan perubatan apabila pemegang polisi perlukan rawatan di panel hospital yang lazimnya hospital swasta. Rawatan perubatan di hospital biasanya melindungi pihak pemegang polisi yang mempunyai kad perubatan. Melalui kad perubatan ini, pemegang polisi dapat kelebihan menggunakan kad perubatan di mana mana panel hospital swasta di setiap negeri apabila terjadinya kecederaan akibat kemalangan atau pun dijangkiti penyakit kronik yang berpanjangan.
    • Pelan Kecemasan – Walaupun ramai memiliki perlindungan disediakan pihak majikan, pemegang polisi yang mempunyai pelan insurans sendiri boleh disifatkan mempunyai kelebihan kerana ada satu pelan ketika waktu kecemasan. Contohnya, pekerja tidak perlu risau ketika berlakunya keadaan seperti pengambilalihan syarikat, syarikat muflis, gabungan syarikat dan seterusnya boleh menyebabkan pihak pekerja hilang kerja.
    • Aset Masa Depan/ Pelan Persaraan – Insurans juga bagi saya boleh disifatkan sebagai asset masa depan atau pelan Persaraan kerana jikalau pemegang polisi sihat sepanjang hayat dan tidak pernah membuat sebarang tuntutan, pada akhir jangkamasa pelan matang, pemegang polisi masih akan mendapat satu jumlah wang simpanan yang dikenali sebagai (maturity value). Ini juga boleh dijadikan sebagai aset masa depan pemegang polisi. Ada juga pelan insurans berunsurkan pelaburan menyifatkan ini sebagai terma “cash value”.

Produk Insurans

    • Insurans hayat
    • Insurans am,
    • Insurans berkaitan pelaburan (investment-linked insuransce plan)
    • Insurans pelan bertempoh (endowment plan) contohnya sehingga 20 atau 30 tahun serta insurans berjangka pendek, maksudnya hanya melindungi jangkamasa setahun.

Artikel dipetik daripada Berita Harian Online.

 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Inflasi Perubatan (Medical Inflation)

Inflasi kos perubatan dilihat lebih tinggi daripada barangan dan perkhidmatan lain kerana kemajuan teknologi dan rawatan, ubat-ubatan baharu, tempoh jangka hayat yang lebih lama yang memerlukan lebih banyak rawatan perubatan, dan lain-lain.

Read More »

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 7

Ke Mana Wang 10% Anda Di Belanjakan?

allocation, agihan, pendapatan
Pecahan Agihan Dari Gaji Anda

70 % Perbelanjaan

Kebanyakkan dari peruntukan perbelanjaan kita digunakan bagi tujuan di bawah:

  • Makanan (Foods)
  • Pakaian
  • Pinjaman
  • Kereta
  • Rumah
  • Peribadi (Personal Loan)
  • Court Mammoth
  • Lain-lain pinjaman kecil
  • Wang saku
  • Tambang Bas
  • Tuisyen Anak-anak
  • Elektrik
  • Telefon
  • Air
  • Cukai Pintu
  • Road Tax
  • Insurans kereta
  • Servis berkala
  • Sparepart (alat ganti kereta)
  • Makanan Tambahan (Food Supplements)
  • Kosmetik
  • Accessories
  • Minyak/ Tol/ Parking
  • Perubatan (Panadol)
  • Pendidikan
  • Utilities
  • Services
  • Cukai / Zakat
  • Luxuries (Kemewahan)

Segala Perbelanjaan di atas hanya terhad kepada 70% dari jumlah pendapatan anda.

Pengurusan wang 10% dari pendapatan anda.

Sekiranya wang 10 % di abaikan perkara di bawah boleh berlaku.

Senario 1

Ditakdir anda ditimpa musibah.

Contoh : Penyakit Jantung, memerlukan kos rawatan segera sebanyak RM 50,000. Dari akaun mana kita nak langsaikan belanja perubatan tersebut

Kemungkinan – 1

Simpanan yang dah bertahun-tahun untuk pendidikan anak, mengubah suai rumah atau persaraan terpaksa kita gunakan, belum tentu mencukupi.

Kemungkinan ke-2

Simpanan hari tua (EPF) yang sepatutnya digunakan persaraan selepas umur 55 tahun terpaksa kita keluarkan separuh daripadanya (melalui dana penyakit kritikal) Itupun belum tentu mencukupi.

*statistik EPF menyatakan 70% daripada pencarum EPF cuma bertahan selama 3 Tahun selepas persaraan dengan wang caruman EPF yang berpuluh tahun lamanya disimpan (hanya bertahan sehingga umur 58 sahaja). Inikan pula wang itu terpaksa di habiskan untuk belanja sakit. Cuba bayangkan!!!

Kemungkinan ke-3

Sekiranya simpanan dan wang EPF masih belum mencukupi akaun mana pula yang akan menjadi korban.

1. Tabung Pendidikan anak-anak.

2. Langsai rumah / lelong rumah.

3. Kereta.

4. Kredit Kad (Itupun kalau masih belum dipotong)

* semua aset di atas pun bukan 100% hak milik kita.

Contoh:- Down payment rumah dan kereta hanya 10% hak kita, baki 90% lagi hak bank. Berapakah hasil yang kita perolehi dari melupuskan aset di atas. Dahla semua terpaksa langsaikan untuk menjelaskan bil perubatan kita, apa lagi yang tinggal untuk anak-anak dan isteri. Bagaimana tempat tinggal mereka? Bagaimana dengan kemudahan untuk bergerak(kenderaan)?

Fikir-fikirlah.

PENYELESAINNYA.

Sekiranya 10% daripada pendapatan bulanan diuruskan dengan sempurna:-

    1. Wang perbelanjaan perubatan tak perlu risau. Dana perubatan kami menawarkan sehingga RM 4,000,000.
    2. Caruman bulanan anda akan diketepikan (tak perlu dibayar setiap bulan) dan perlindungannya akan berjalan seperti biasa sehingga umur 80 tahun).
    3. Dan caruman bulanan anda akan dibayar terus oleh pihak PruBSN Takaful ke dalam akaun pelaburan anda (jika menghidap penyakit kritikal) setiap bulan mengikut jumlah bulan caruman anda sehingga umur anda 80 Tahun.
    4. Jika ditakdirkan yang Maha Esa menjemput anda, wang khairat kematian (basic cover) beserta dana pelaburan anda menjadi milik orang yang anda tinggalkan.

Dengan mengurus akaun 10% anda sebenarnya telah pun menyelamatkan keluarga tersayang anda dari meminta-minta selepas ketiadaan anda.

Bertindaklah SEGERA!!!

———————————————————————————————————————————————————————————————————————-
123 Tips Mudah Berjimat Cermat Yang Mampu Membantu Anda Dalam Mengawal Kewangan Anda Dengan Lebih Berkesan!

 
 
Facebook
LinkedIn
Telegram
Twitter
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 1

Persaraan: Apabila anda gagal merancang…

kwsp, pesara, epf, persaraan
Demi masa depan

Persaraan: Apabila anda gagal merancang…

 
Anda menentukan persaraan anda sendiri. Setelah bekerja bertungkus lumus selama ini untuk membina kerjaya anda, anda layak menikmati persaraan yang terbaik.

Pilihan anda:
– KWSP : Tidak mencukupi?
– Terus bekerja : Pilihan terhad & gaji lebih rendah?
– Meminjam : Sumber terhad & isu pembayaran balik?
– Bergantung pada anak : Mereka mempunyai komitmen sendiri?

Pelan Takaful Persaraan mampu membina kehidupan persaraan yang selesa untuk anda! Hanya kerana pendapatan anda terhenti, tidak bermakna kehidupan anda juga terhenti.

Faedah:
– Kestabilan kewangan.
– Gaya hidup yang selesa
– Rasa terjamin

Apabila anda gagal merancang
– Tiada pendapatan
– Terpaksa berkerja
– Inflasi
– Kos perubatan ditanggung sendiri
——————————————————————————————————————————————————————————————————————————-
 
 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 3

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications