Penyakit Kritikal Paling Banyak Dituntut Di Malaysia

Fight For Cancer

Tak Sangka! Ini Penyakit Kritikal Paling Banyak Dituntut di Malaysia

Sakit kritikal boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa amaran, dan kos rawatannya semakin meningkat saban tahun. Inilah sebab ramai rakyat Malaysia mula menyedari kepentingan perlindungan takaful bagi memastikan mereka dan keluarga tidak terbeban dengan perbelanjaan perubatan yang tinggi.

Dalam artikel ini, kita akan melihat beberapa penyakit kritikal paling banyak dituntut di Malaysia berdasarkan data industri takaful dan insurans.

1. Kanser – Penyakit Pembunuh Senyap

Kanser adalah penyakit kritikal yang paling banyak dituntut dalam pelan takaful di Malaysia. Menurut statistik, kanser payudara dan kanser paru-paru adalah antara yang paling kerap berlaku di negara ini. Rawatan seperti kemoterapi, radioterapi, dan pembedahan boleh menelan kos ratusan ribu ringgit, menyebabkan ramai yang mengalami tekanan kewangan jika tiada perlindungan takaful.

2. Serangan Jantung – Ancaman Kesihatan Nombor Satu

Penyakit jantung terus menjadi punca kematian utama di Malaysia. Serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba, dan kos rawatan termasuk pembedahan pintasan jantung (bypass) atau pemasangan stent boleh mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit. Tanpa takaful, ramai pesakit terpaksa menggunakan simpanan atau berhutang untuk mendapatkan rawatan.

3. Strok – Kesan Jangka Panjang yang Membebankan

Strok bukan sahaja mengancam nyawa tetapi juga boleh menyebabkan ketidakupayaan kekal. Ramai pesakit strok memerlukan rawatan jangka panjang seperti fisioterapi, ubat-ubatan, dan penjagaan khas, yang semuanya memerlukan kos tinggi. Oleh sebab itu, tuntutan untuk penyakit strok dalam takaful semakin meningkat.

4. Kegagalan Buah Pinggang – Semakin Ramai Pesakit Bergantung pada Dialisis

Di Malaysia, bilangan pesakit yang memerlukan rawatan dialisis semakin meningkat akibat penyakit buah pinggang kronik. Rawatan dialisis boleh menelan belanja RM3,000 hingga RM6,000 sebulan, menjadikannya antara penyakit kritikal yang paling banyak dituntut dalam takaful.

5. Penyakit Paru-Paru Kronik – Kesan daripada Gaya Hidup dan Persekitaran

Penyakit paru-paru seperti COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease) dan fibrosis pulmonari semakin meningkat, terutama dalam kalangan perokok dan mereka yang terdedah kepada pencemaran udara. Kos rawatan yang tinggi serta kesukaran untuk bekerja selepas disahkan menghidap penyakit ini menyebabkan ramai pesakit bergantung kepada perlindungan takaful.

Kesimpulan: Lindungi Diri Sebelum Terlambat

Penyakit kritikal boleh datang tanpa diduga dan memberi kesan besar kepada kewangan serta kualiti hidup seseorang. Dengan memiliki pelan takaful sakit kritikal, anda boleh mendapatkan perlindungan kewangan untuk menanggung kos rawatan serta membantu keluarga menghadapi cabaran ini.

Jika anda masih belum mempunyai perlindungan takaful sakit kritikal, mungkin sekarang adalah masa yang sesuai untuk mempertimbangkannya. Kesihatan itu satu nikmat, dan perlindungan kewangan adalah langkah bijak untuk memastikan anda bersedia menghadapi sebarang kemungkinan di masa depan.

Facebook
X
LinkedIn
Threads
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Kanser Tidak Kenal Sempadan

sel sel kanser
Sel Sel Kanser

Kanser Tidak Kenal Sempadan

Demi tersayang, fahami kanser paru-paru…

Kanser paru-paru adalah masalah kesihatan lazim di seluruh dunia dan antara penyebab utama kematian.

Di Malaysia, kanser paru-paru adalah ketiga paling lazim selepas kasner payudara dan kanser usu besar (kolorektal). Ia selalunya lambat dikesan dengan kebanyakkan pesakit berada pada tahap akhir.

Kanser paru-paru terbentuk apabila sel paru-paru yang normal mengalamai beberapa peringkat perubahan atau mutasi menjadi sel kanser dan mula membesar dan tumbuh tanpa kawalan.

Sel kanser boleh merebak ke organ atau struktur berdekatan dengannya dan seterusnya ke anggota lain seperti nodus limfa, hati, tulang dan otak.

lung cancer

Ada 2 jenis kanser paru-paru iaitu:

  • Non-Small Cell Lung Cancer – jenis paling lazim membabitkan 75 hingga 85 peratus keseluruhan kanser paru-paru.
  • Small Cell Lung Cancer – jenis kurang lazim membabitkan 15 peratus daripada keseluruhan kanser paru-paru namun mempunyai kecenderungan untuk merebak lebih awal kepada bahagian organ lain.

Menghisap rokok sama ada aktif atau pasif adalah penyumbang utama kepada kanser paru-paru. Ini kerana, asap rokok mengandungi lebih 4,000 bahan kimia yang dikenal pasti sebagai penyebab kanser paru-paru.

Menghisap 20 batang rokok sehari mendedahkan seseorang kepada risiko mendapat kanser paru-paru sehingga 25 kali berbanding mereka yang tidak merokok. Menghisap cerut dan paip juga boleh meningkatkan risiko menghidap kanser paru-paru.

Pendedahan kepada bahan kimia/industri kimia seperti asbestos, kromium, nikel, arsenik, radium/radon dan eter di tempat kerja atau tempat lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kanser paru-paru.

rokok membahayakan kesihatan

Mencegah lebih baik dari mengubati

Sehingga kini, masih belum ada cara yang kos efektif untuk pengesanan kanser paru-paru pada peringkat awal. Oleh sedemikian, pencegahan adalah jalan terbaik dan yang paling berkesan.

  • Jangan atau berhenti merokok. Elakkan dari terdedah kepada asap rokok sekunder.
  • Sekiranya pekerjaan anda terdedah dengan bahan berbahaya, gunakan alat perlindungan.
  • Ikuti diet pemakanan seimbang.
  • Lakukan pelbagai aktiviti riadah dan kerohanian dan beri keutamaan terhadap kesihatan diri.

Simptom kanser paru-paru

  • Batuk yang berpanjangan atau batuk kronik
  • Sesak nafas
  • Nafas berbunyi (wheezing)
  • Sakit di bahagian dada, bahu dan belakang berpanjangan dan lebih sakit ketika bernafas.
  • Batuk berdarah atau kahak yang mengandungi darah (hemoptysis)
  • Perubahan pada suara menjadi serak.
  • Bengkak di bahagian leher, dada dan/atau muka.
  • Berat badan susut dan hilang selera makan.
  • Sentiasa berasa letih dan lemah.
  • Kerap mendapat jangkitan paru-paru (pneumonia)
  • Bentuk jari tangan dan/atau kaki merubah serta membonjol.

Kanser tergolong dalam kategori penyakit kritikal dan memenuhi tahap/kriteria di dalam mana-mana sijil takaful dari syarikat-syarikat takaful di Malaysia.

Menyedari keperluan perlindungan perubatan pada masa ini. Takaful menyediakan pelbagai pakej takaful dilengkapi manfaat tambahan mengikut kemampuan untuk memastikan anda dan keluarga anda sentiasa dilindungi.

Perlindungan untuk kanser bermula 30 hari selepas perlindungan sijil takaful anda diluluskan (tertakluk kepada terma & syarat).

Pakar Perunding Medikal, Prubsn Takaful, Dr Sharliza Mohd Salleh, berkata kos perubatan untuk penyakit kanser adalah tinggi dan disarankan agar masyarakat mengambil tahu serta memiliki pengetahuan berkenaan penyakit ini.

Kredit artikel: Berita Harian – 29 Mei 2017.

 

Facebook
X
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Threads
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT KANSER

dna cancer

TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT KANSER

KANSER antara penyakit paling digeruni masyarakat sekali gus ia memerlukan perhatian dan rawatan yang berkesan bagi mengelak bertambah kronik sehingga membawa maut.

Kanser boleh wujud di dalam pelbagai jenis dan bentuk, ianya mampu menyerang sesiapa sahaja pada sebarang peringkat umur, jadi adalah sangat penting bagi seseorang itu mengambil berat tentang sebarang perubahan yang di luar kebiasaan yang terjadi pada tubuh masing-masing.

Kebanyakan kanser akan membentuk tumor iaitu sejenis ketulan yang terdiri daripada sel kanser. Sel ini juga boleh merebak ke bahagian badan yang lain dan menjangkiti organ lain (metastasis).

Kebanyakan kanser menyerang secara perlahan dan senyap. Namun, ada juga kanser yang menyerang secara agresif.

Jangan ambil mudah sekiranya anda mengalami simptom seperti ini, sebaliknya segeralah dapatkan nasihat doktor.

1) KANSER PANGKAL RAHIM
– sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa
– sakit selepas bersenggama dan turun berat badan

2) KANSER PAYUDARA
– bengkak atau gumpalan di buah dada
– keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

3) KANSER USUS BESAR
– perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan
– sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air

awareness ribbon

4) KANSER PARU-PARU
– batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan

5) KANSER PERUT
– hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit

6) KANSER LIMPA
– sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak

7) KANSER OVARI
– haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam

8) KANSER OTAK
– sakit kepala muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening atau pitam, pelupa, perubahan personaliti

9) KANSER PROSTAT
– sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan

10) KANSER DARAH (LEUKIMIA)
– letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan

11) KANSER TEKAK
– suara garau atau serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher

cancer treatment

Namun, apabila seseorang itu mempunyai tanda berkenaan, ia tidak semesti kanser. Hanya pastikan ia bukan kanser dengan mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera

Sila kongsikan artikel ini jika ianya bermanfaat.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Apa Itu Harta Batil?

“Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil. Dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian dari harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui” (QS. al-Baqarah: 188).

Read More »

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
error: Content is protected !!