Kanser Tidak Kenal Sempadan

sel sel kanser
Sel Sel Kanser

Kanser Tidak Kenal Sempadan

Demi tersayang, fahami kanser paru-paru…

Kanser paru-paru adalah masalah kesihatan lazim di seluruh dunia dan antara penyebab utama kematian.

Di Malaysia, kanser paru-paru adalah ketiga paling lazim selepas kasner payudara dan kanser usu besar (kolorektal). Ia selalunya lambat dikesan dengan kebanyakkan pesakit berada pada tahap akhir.

Kanser paru-paru terbentuk apabila sel paru-paru yang normal mengalamai beberapa peringkat perubahan atau mutasi menjadi sel kanser dan mula membesar dan tumbuh tanpa kawalan.

Sel kanser boleh merebak ke organ atau struktur berdekatan dengannya dan seterusnya ke anggota lain seperti nodus limfa, hati, tulang dan otak.

lung cancer

Ada 2 jenis kanser paru-paru iaitu:

  • Non-Small Cell Lung Cancer – jenis paling lazim membabitkan 75 hingga 85 peratus keseluruhan kanser paru-paru.
  • Small Cell Lung Cancer – jenis kurang lazim membabitkan 15 peratus daripada keseluruhan kanser paru-paru namun mempunyai kecenderungan untuk merebak lebih awal kepada bahagian organ lain.

Menghisap rokok sama ada aktif atau pasif adalah penyumbang utama kepada kanser paru-paru. Ini kerana, asap rokok mengandungi lebih 4,000 bahan kimia yang dikenal pasti sebagai penyebab kanser paru-paru.

Menghisap 20 batang rokok sehari mendedahkan seseorang kepada risiko mendapat kanser paru-paru sehingga 25 kali berbanding mereka yang tidak merokok. Menghisap cerut dan paip juga boleh meningkatkan risiko menghidap kanser paru-paru.

Pendedahan kepada bahan kimia/industri kimia seperti asbestos, kromium, nikel, arsenik, radium/radon dan eter di tempat kerja atau tempat lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kanser paru-paru.

rokok membahayakan kesihatan

Mencegah lebih baik dari mengubati

Sehingga kini, masih belum ada cara yang kos efektif untuk pengesanan kanser paru-paru pada peringkat awal. Oleh sedemikian, pencegahan adalah jalan terbaik dan yang paling berkesan.

  • Jangan atau berhenti merokok. Elakkan dari terdedah kepada asap rokok sekunder.
  • Sekiranya pekerjaan anda terdedah dengan bahan berbahaya, gunakan alat perlindungan.
  • Ikuti diet pemakanan seimbang.
  • Lakukan pelbagai aktiviti riadah dan kerohanian dan beri keutamaan terhadap kesihatan diri.

Simptom kanser paru-paru

  • Batuk yang berpanjangan atau batuk kronik
  • Sesak nafas
  • Nafas berbunyi (wheezing)
  • Sakit di bahagian dada, bahu dan belakang berpanjangan dan lebih sakit ketika bernafas.
  • Batuk berdarah atau kahak yang mengandungi darah (hemoptysis)
  • Perubahan pada suara menjadi serak.
  • Bengkak di bahagian leher, dada dan/atau muka.
  • Berat badan susut dan hilang selera makan.
  • Sentiasa berasa letih dan lemah.
  • Kerap mendapat jangkitan paru-paru (pneumonia)
  • Bentuk jari tangan dan/atau kaki merubah serta membonjol.

Kanser tergolong dalam kategori penyakit kritikal dan memenuhi tahap/kriteria di dalam mana-mana sijil takaful dari syarikat-syarikat takaful di Malaysia.

Menyedari keperluan perlindungan perubatan pada masa ini. Takaful menyediakan pelbagai pakej takaful dilengkapi manfaat tambahan mengikut kemampuan untuk memastikan anda dan keluarga anda sentiasa dilindungi.

Perlindungan untuk kanser bermula 30 hari selepas perlindungan sijil takaful anda diluluskan (tertakluk kepada terma & syarat).

Pakar Perunding Medikal, Prubsn Takaful, Dr Sharliza Mohd Salleh, berkata kos perubatan untuk penyakit kanser adalah tinggi dan disarankan agar masyarakat mengambil tahu serta memiliki pengetahuan berkenaan penyakit ini.

Kredit artikel: Berita Harian – 29 Mei 2017.

 

Facebook
X
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Threads
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Views: 38

Instrumen Perancangan Kewangan

urus duit

Instrumen Perancangan Kewangan

“Adakah perlu untuk kita merancang kewangan?” dan, “Apakah keperluan ini dituntut oleh Islam?”

Jawapan kepada persoalan ini tentulah, ya dan ya. Hakikatnya, setiap lelaki dan perempuan, tidak kira bangsa, agama dan keturunan perlu merancang kewangan mereka.

Bagi individu, perkara yang pasti berlaku adalah kematian. Apabila berlakunya kematian, pelbagai aktiviti harian akan terhenti. Tanpa perancangan yang sempurna, akan berlaku kepayahan kepada ahli keluarga yang telah ditinggalkan dan juga kepada si mati dalam kehidupannya di alam akhirat.

HARTA BENDA ADALAH AMANAH DARI ALLAH YANG PERLU DITADBIR SEBAIK-BAIKNYA.

Dalam perancangan kewangan dan pengurusan risiko, langkah-langkah asas yang perlu ditangani adalah seperti berikut:

1. Andainya hutang (liabiliti) kita melebihi aset kita, maka hendaklah kita senaraikan bentuk hutang-hutang kita:

  • Pembiayaan perumahan.
  • Pembiayaan peribadi (Bank Rakyat@ Bank Islam).
  • Pembiayaan kenderaan.
  • Kad kredit.
  • Pinjaman pelajaran
  • Hutang dengan individu

2. Kemudian kita kenal pasti status hutang-hutang yang kita tanggung.

  • Hutang Pembiayaan Perumahan ada MRTA (Insurans Gadai Janji). Andainya kita meninggal dunia, pihak insurans akan melunaskan baki hutang kita. Maka, untuk hutang pembiayaan perumahan kita tidak perlu risau.
  • Begitu juga dengan hutang pembiayaan peribadi (Bank Rakyat@ Bank Islam) juga ada MRTA. Andainya kita meninggal dunia, pihak insurans akan melunaskan baki hutang kita. Maka, untuk hutang pembiayaan peribadi kita tidak perlu risau.
  • Untuk pembiayaan kenderaan memang tidak ada MRTA. Maka untuk hutang Pembiayaan Kenderaan kita perlu ambil-kira.
  • Untuk hutang kad kredit memang tidak ada MRTA. Maka untuk hutang kad kredit juga perlu kita ambil kira.
  • Untuk hutang pinjaman pelajaran juga tidak ada MRTA. Maka memang perlu kita ambil kira
  • Untuk hutang dengan individu juga perlu kita ambil kira. Bahkan bukti bayaran semula serta maklumat berkenaan seperti nama pemiutang, alamat rumah, nombor telefon hendaklah kita kumpulkan ataupun difailkan.

debt

3. Semasa hidup, hendaklah kita mencari jalan dan berusaha untuk melunaskan hutang-hutang yang tiada jaminan MRTA (Insurans Gadai Janji).

sign up insurances

4. Kita perlu mengambil Polisi Takaful.

  • Faedahnya adalah apabila kita meninggal dunia, wang pampasan takaful yang akan diterima oleh waris kita boleh digunakan untuk melunaskan hutang-hutang kita yang tiada jaminan MRTA, Contohnya hutang-hutang kereta, kad kredit, pinjaman pelajaran dan hutang dengan individu.
  • Sebagai panduan, sebelum kita mengambil polisi takaful, kita jumlahkan dulu jumlah hutang-hutang yang tiada jaminan MRTA. Sebagai contoh mungkin sekitar RM75,000. Maka jumlah pampasan polisi takaful yang wajar kita ambil ialah menyamai ataupun melebihi jumlah hutang tadi (RM75,000).
  • Selepas itu hendaklah kita dapatkan kadar caruman bulanan. Contohnya RM100 sebulan untuk pampasan takaful RM95,000. Andainya kita mampu membayar RMM100 kadar caruman bulanan tadi, maka kita bersegeralah ambil polisi takaful tersebut.
  • Andainya kadar tersebut di bawah kemampuan kita, maka berundinglah dengan wakil takaful untuk mendapatkan suatu kadar yang kita mampu. Apa yang pasti kita memang perlu ambil polisi takaful.
  • Menamakan polisi takaful kepada orang yang terdekat dengan kita seperti suami isteri. Kemudian amanahkan kepada isteri kita, contohnya: “Wang polisi takaful ini untuk melunaskan hutang hutang saya, yakni baki hutang kereta, kad kredit, pinjaman pelajaran dan hutang dengan si polan, si polan.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Views: 3

10 Tips Urus Wang Perlu Diaplikasi

urus kredit kad dengan baik

10 Tips Urus Kewangan Yang Perlu Diaplikasi

Mengurus kewangan memerlukan ketekunan dan displin yang tinggi. Namun sebelum anda memulakan pengurusan kewangan anda. Amat penting untuk anda mengetahui tentang beberapa tip penting yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengurusan kewangan anda. Berikut beberapa tip yang baik untuk diamalkan dalam pengurusan kewangan anda.

1) Menerima Gaji Sepatutnya

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan. Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka masa panjang.

Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan. Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

2) Rancang dan Patuhi Bajet

Rancang perbelanjaan, anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.

3) Lunaskan Hutang Kad Kredit

Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibebani dengan hutang yang lebih besar.

4) Mencarum Dalam Pelan Persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.

5) Menabung

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.

6) Melabur

Pastikan anda membuat pelaburan – jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dalam akaun simpanan.

7) Tingkatkan Caruman Skim Kemudahan Untuk Pekerja

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.

8) Semak Liputan Ins/Takaful

Ramai orang membeli ins/takaful dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan and mempunyai ins/takaful secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.

9) Kemas Kini Wasiat

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Ramai masyarakat kita hari ini masih belum sedar akan kepentingan perkara ini.

10) Simpan Rekod Kewangan Dengan Baik

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Views: 16

error: Content is protected !!