Apa itu takaful dan bagaimana ia berfungsi?

Apa Itu Takaful dan Bagaimana Ia Berfungsi?

Hai semua! Hari ini, jom kita sembang-sembang tentang sesuatu yang penting dalam kehidupan kita: Takaful! Mungkin ada yang sudah tahu, tapi tak salah kalau kita refresh balik, kan?

Apa Itu Takaful?

Takaful sebenarnya adalah satu bentuk perlindungan kewangan yang berlandaskan prinsip Islam. Perkataan “takaful” itu sendiri berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud “saling menjamin”.

Konsepnya mudah sahaja, iaitu berdasarkan kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam membantu sesama kita apabila ditimpa musibah. Jadi, jika anda rasa insurans konvensional tidak sesuai dengan prinsip yang anda pegang, Takaful adalah pilihan yang tepat!

📌 Intipati Takaful: Ia adalah sistem tolong-menolong dan perkongsian risiko berdasarkan prinsip Syariah. Wang dikumpul dan dikongsi untuk saling melindungi, bukannya sebagai transaksi jual-beli risiko.

Bagaimana Takaful Berfungsi?

Jom kita tengok macam mana Takaful berfungsi. Bayangkan anda dan beberapa orang lain berkongsi dalam satu ‘tabung’ besar. Setiap bulan, anda sumbangkan sedikit duit ke dalam tabung itu. Jika ada antara anda yang ditimpa musibah, duit dari tabung itu akan digunakan untuk membantu mereka. Best, kan? 😊

  1. Penyertaan: Mula-mula sekali, anda perlu menjadi peserta dengan menyertai pelan Takaful yang ditawarkan. Ada pelbagai jenis pelan, daripada perlindungan kesihatan hingga perlindungan nyawa. Pilih sahaja yang mana sesuai dengan keperluan anda.
  2. Sumbangan (Premium): Setiap bulan, anda akan membuat sumbangan (serupa konsepnya dengan bayaran premium insurans). Bezanya, sumbangan ini dikira sebagai derma (Tabarru’) untuk membantu peserta lain yang mungkin memerlukan bantuan nanti.
  3. Tabung Tabarru’: Sumbangan tadi akan dimasukkan ke dalam satu tabung khas yang dinamakan Tabarru’. Wang dalam tabung Tabarru’ inilah yang akan digunakan untuk membantu ahli yang memerlukan apabila berlaku musibah.
  4. Pengurusan Risiko: Jika ada peserta yang dimasukkan ke hospital, mengalami kemalangan, atau sebarang musibah lain, Takaful akan menampung kos-kos tersebut menggunakan dana daripada tabung Tabarru’. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya tiba-tiba berlaku perkara yang tidak diingini.
  5. Perkongsian Keuntungan: Jika ada sebarang keuntungan daripada pelaburan dana Takaful, ia akan dikongsi antara para peserta dan pengendali Takaful (Operator). Ini bermakna, anda juga berpotensi mendapat pulangan daripada sumbangan yang dibuat!

Kenapa Pilih Takaful?

Takaful adalah pilihan yang baik kerana:

  • Berlandaskan Syariah: Mematuhi prinsip-prinsip Islam (halal, tiada riba, gharar, dll).
  • Semangat Kerjasama: Memupuk semangat tolong-menolong dan tanggungjawab bersama (ta’awun).
  • Adil & Telus: Keuntungan daripada pelaburan dikongsi bersama peserta.
  • Perlindungan Komprehensif: Menawarkan pelbagai pelan sesuai keperluan individu & keluarga.
  • Menyumbang Kepada Komuniti: Sumbangan anda turut membantu peserta lain yang dalam kesusahan.

Kesimpulan

Dengan Takaful, kita bukan sahaja melindungi diri dan keluarga, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan komuniti Islam secara keseluruhan. Ia adalah alternatif yang beretika dan penuh berkat kepada insurans konvensional.

Jadi, tunggu apa lagi? Jika anda belum ada perlindungan Takaful, jom pertimbangkan untuk menyertainya. Mana tahu, suatu hari nanti kita pula yang memerlukan bantuan.

Semoga bermanfaat dan selamat ber Takaful! 🎉

Artikel ini menerangkan konsep asas Takaful untuk tujuan pendidikan. Untuk maklumat terperinci mengenai produk, sila rujuk kepada penyedia Takaful berlesen. Sentiasa buat kajian dan dapatkan nasihat kewangan sebelum membuat sebarang keputusan.

Tag: #Takaful #PerlindunganKewanganIslam #TabungTabarru #PrinsipSyariah #KewanganPeribadi

Facebook
X
Threads
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Views: 6

5 GOLONGAN YANG MENCARI EJEN TAKAFUL, NO.5 PALING BAHAYA!!

 
Anda di kategori mana?
5 GOLONGAN YANG MENCARI EJEN TAKAFUL, NO.5 PALING BAHAYA !
 
Sering kali kita mendengar dan melihat ejen takaful yang beriya memujuk orang untuk ambil takaful.
 
Tapi di sini, saya ingin kongsikan 5 golongan yang mencari ejen takaful.
 
1. Golongan yang sudah mempunyai kesedaran sendiri.
 
Saya boleh kata hanya 10% sahaja orang dalam golongan ini. Kebanyakannya, insan yang tergolong dalam kategori ini adalah insan yang pandai menguruskan kewangan sendiri dan keluarga.
 
2. Golongan yang mempunyai keluarga yang memang sudah mempunyai takaful.
 
Golongan ini pula boleh dikatakan hampir 30%. Kebanyakan mereka yang berusia awal 20-an tergolong dalam kategori ini.
 
Dimana, sejak dari kecil ibu dan ayah mereka sudah didik bila sakit masuk hospital swasta. Bila mereka sudah mempunyai kerjaya sendiri, mereka akan ambil takaful individu sendiri.
 
3. Golongan yang ikut-ikutan
 
Insan yang dalam golongan ini yang paling unik perangai mereka. Boleh dikatakan hampir 20% yang mempunyai perangai begini.
 
Bila rakan kerja atau rakan karib mereka sudah ambil takaful, secara automatik mereka juga terasa mahu ambil tanpa banyak soal.
 
Tetapi golongan ini yang paling bahaya, kerana selepas setahun dua mencarum dan tidak membuat sebarang tuntutan, mereka akan tutup polisi mereka dengan serta merta.
 
4. Golongan yang “Awareness from Impact”
 
Bila mana rakan atau ahli keluarga mereka sudah sakit kritikal dan tidak mempunyai dana yang cukup untuk membayar bil hospital, insan dalam golongan ini akan mula buka mata dan minda.
 
Golongan ini boleh dikatakan hampir 40% ambil takaful kerana ini. Kebanyakkannya insan dalam golongan ini adalah insan-insan yang sedap memakai takaful yang sudah di sediakan oleh syarikat mereka, tetapi mempunyai limit tahunan yang sedikit.
 
5. Golongan yang sudah terkena sakit
 
Golongan ini boleh dikatakan hampir 70%. Kebanyakan antara mereka yang:
 
i) sudah pergi ke hospital kerajaan dan perlu menunggu giliran operasi yang sangat lama
 
ii) mempunyai kad medikal syarikat, dan mendapati syarikat hanya cover sebahagian penyakit dan limit.
 
iii) dalam kecemasan dan terpaksa bawa ahli keluarga ke hospital swasta untuk mendapat rawatan segera.
 
Boleh dikatakan, daripda 70% itu. Hanya 10% yang diterima untuk sign up untuk mengambil takaful individu. 60% permohonan terbatal kerana sudah mempunyai rekod kesihatan yang tidak baik.
 
Jadi, anda tergolong dalam golongan mana?
 
Jika anda belum ada takaful individu lagi, boleh pm untuk mendapat konsultansi secara percuma.
 
Sila isi borang yang tertera di bawah untuk sebut harga PERCUMA hari ini!!
 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Views: 24

Mesej Tersirat Disebalik Kisah Dawai Kokot atau Ubat Stapler…

Dawai Kokot

Mesej Tersirat Disebalik Kisah Dawai Kokot atau Ubat Stapler…

Sape tau apakah besi halus yg kecik ni…

Inilah namanya DAWAI KOKOT atau juga UBAT STAPLER atau ada yg panggil BULLET STAPLER…

Tak kisah lah nak sebut yang mana tetapi tugasnya amat BESAR walaupun saiz badannya sangat KECIL…tanpanya belum tentu STAPLER yang besar itu dapat BEKERJA…
 
Jadi Tugas Ejen TAKAFUL juga bergitu….walaupun masyarakat tak pandang pun atau ada yg pandang sebelah MATA pun, sumbangan kami sangat BESAR kepada Masyarakat….
 
Semasa kami datang menerangkan dan juga mendaftarkan client-client…mungkin tiada pun satu ucapan TERIMA KASIH diberikan…TETAPI percayalah setelah ditimpa MUSIBAH dan kami terus datang menguruskan segala keperluan dan selepas beberapa ketika kami datang membawa sekeping CEK yang bernilai PULUHAN ribu malah ada pula RATUSAN ribu, baru la client ataupun WARIS client rasa betol-betul KEWUJUDAN ejen Takaful itu…
 
Tidak cukup dengan itu berpuluh-puluh ucapan terima kasih diucapkan pula…
 
Moral daripada coretan ini…”Janganlah lari apabila seorang Ejen Takaful itu datang kepada kamu kerana mereka datang membawa 1001 kebaikan dan keuntungan memiliki PERLINDUNGAN TAKAFUL”
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Views: 49

error: Content is protected !!