Harta sekecil nilainya, ianya tetap ada hak faraid.
Dalam pembahagian harta pusaka perlu dibuat senarai lengkap harta-harta si mati dari serendah nilai harta hinggalah setinggi nilai.
Biasanya kesilapan yang dilakukan adalah hanya ambil kira harta yang bernilai tinggi seperti rumah, tanah, kenderaan, saham dan sebagainya dan mengabaikan harta-harta yang bernilai kecil..
Contoh seorang lelaki meninggal dunia meninggalkan jam tangan, kain baju (yang masih
boleh digunakan), kasut, handphone, komputer, basikal dll. Kalau perempuan lagi lah banyak. Macam-macam benda boleh ambil, terutama sekali barang kemas si mati.
Bukanlah nak mengajar orang supaya berkira (calculative) tetapi ianya melibatkan HAK. Kena faham apa itu harta batil jika kita ambil yang bukan hak kita.
Bagi harta yang kecil nilai perlu diselesaikan secara muafakat. Nak bahagi ikut faraid sebuah basikal mungkin tak praktikal. Saling tolak menolak, redha meredhai dan izin mengizinkan. Tidak boleh seorang waris sebagai contoh mengambil seutas jam tangan simati tanpa mendapat keizinan dan pelepasan waris yang lain. Walaupun ianya bernilai 1 sen sahaja.
Jangan menganggap “diorang OK kot.. dok guna diorang tak kata apa pun!!”.
Ini harta kecil, bagi harta yang nilai tinggi lagi la bermasalah.
Syaitan akan sentiasa mencucuk jarum permusuhan dikalangan ahli waris agar bergaduh sesama sendiri . Maka silaturrahim dikalangan waris yang wajib dipertahankan akan terlerai. Syaitan akan menempa kejayaan jika ini berlaku.
Wallahualam.

Urus Daftar Milik Harta Pusaka Kepada Waris; Sijil Faraid Dan Surat Akuan Bersumpah Sahaja Tak Cukup
Masih ramai di antara kita tidak faham cara untuk menguruskan daftar turun milik harta pusaka kepada waris.

Sum Covered Tu Tak Perlulah Tinggi Sangat, Bukan Saya Dapat Pun…
“Pampasan kematian tu tak payah lah tinggi-tinggi…”

Kenapa Takaful Penting untuk Semua Peringkat Umur? | Panduan Lengkap
Ketahui mengapa takaful penting untuk semua peringkat umur – dari kanak-kanak hingga warga emas.

Testimoni Dari Kisah Benar Luahan Seorang Isteri (Waris) Tentang Urus Harta Pusaka Suaminya.
TESTIMONI DARIPADA SEORANG WARIS (ISTERI) YANG MANA ARWAH SUAMI BELIAU TELAH MENULIS WASIAT DAN MELANTIK AS-SALIHIN SEBAGAI WASI.
Borang Quotation










