Risiko Kesihatan dan Insurans Takaful

kes kanser, pesakit kanser, fakta kanser
Fakta Kanser

Risiko Kesihatan dan Insurans Takaful

BERDASARKAN kajian Universiti Harvard di Amerika, risiko seseorang individu mati disebabkan oleh penyakit kanser adalah satu dalam 510, sedangkan risiko seseorang itu mati disebabkan oleh kemalangan kereta adalah satu dalam 6,700. Manakala risiko kematian di rumah disebabkan tanah runtuh adalah satu dalam 48,000. Akan tetapi, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak memiliki insurans kesihatan atau insurans nyawa, jika dibandingkan dengan insurans kereta atau insurans rumah kediaman.

Kenapa kita perlukan insurans kesihatan? Kebanyakan rawatan pembedahan elektif (non-emergency), di hospital2 kerajaan terdapat sistem giliran menunggu (waiting list). Kelewatan sistem giliran tersebut tidak termasuk tarikh rawatan yang ditangguh atas sebab2 tertentu. Sebagai contohnya, untuk rawatan pembedahan jantung dan paru-paru, terdapat ramai pesakit yang terpaksa menunggu sehingga lebih enam bulan sebelum mendapat rawatan.

Semua syarikat insurans di Malaysia beroperasi di bawah peraturan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Oleh itu, sebarang kritikan atau aduan terhadap syarikat insurans boleh ditujukan kepada Bank Negara.

Terdapat pelbagai jenis produk insurans serta takaful kesihatan yang ditawarkan di Malaysia. Apa yang jelas adalah produk insurans kesihatan sekarang jauh lebih baik daripada produk insurans 20 tahun dahulu. Pengalaman saya sendiri menunjukkan semua syarikat insurans yang ada di Malaysia mempunyai daya saing serta tarikan produk insurans masing2.

Antara syarikat insurans yang terserlah dari segi kualiti produk dan mutu khidmat pelanggan adalah seperti Prudential, ING, Allianz, AXA dan AIA. Terdapat 10 perkara penting yang perlu diketahui tentang produk insurans kesihatan yang ditawarkan oleh syarikat2 insurans di Malaysia:

Produk Pelbagai (empat dalam satu)
Pastikan insurans kesihatan tersebut meliputi 1) pembiayaan kos rawatan hospital, 2) dana penyakit kritikal (critical illness), 3) insurans hayat dan insurans kemalangan, serta 4) pelaburan jangka panjang. Pulangan pelaburan yang akan diterima selepas 10 tahun menunjukkan insurans kesihatan tersebut tidak merugikan seperti insurans kereta atau insurans rumah kediaman.

Kad kesihatan (medical card)

Terdapat jenis kad yang tidak memerlukan deposit tunai untuk tujuan rawatan dan kemasukan hospital.

Jenis2 penyakit yang tidak dilindungi

Penyakit yang berkaitan peranakan (pregnancy), penyakit kelahiran (congenital), rawatan kosmetik (plastic surgery), ketagih alkohol atau dadah, penyakit HIV, tidak dilindungi insurans.

Tarikh matang polisi insurans

Kebiasaannya, pihak insurans akan membenarkan tuntutan dibuat selepas enam hingga 12 bulan mulai dari tarikh polisi tersebut diambil.

Panel hospital2 swasta yang diiktiraf

Seperti hotel, hospital juga ada yang bertaraf tiga, empat, atau lima bintang. Hospital bertaraf lima bintang menyediakan kemudahan rawatan pakar serta peralatan yang serba lengkap, canggih serta kemas kini. Tidak semua syarikat insurans dapat memberikan perlindungan rawatan di hospital lima bintang.

Bayaran premium secara bulanan atau tahunan

Ada syarikat insurans yang menyediakan kemudahan bayaran premium insurans secara ansuran bulanan melalui kad kredit, untuk menjamin pembayaran berterusan. Perlu diingatkan syarikat insurans tidak bertanggungjawab sekiranya ada individu yang lupa membayar premium.

Penambahan nilai tanggungan insurans

Perlindungan insurans di negara asing. Amat penting sekiranya individu tersebut kerap ke luar negara. Kos rawatan hospital di Eropah dan Amerika adalah amat tinggi.

Khidmat ejen insurans yang berterusan

Ejen-ejen insurans dapat menguruskan tuntutan dengan lebih cepat. Kewibawaan, mutu khidmat pelanggan serta kedudukan kewangan syarikat insurans tersebut.

Hakikatnya, pesakit2 yang ingin dirawat di hospital swasta akan berhadapan dengan dua jenis kesakitan iaitu sakit badan dan sakit nak bayar. Pengalaman pesakit2 saya sendiri membuktikan untuk membiayai kos rawatan pembedahan jantung di Hospital KPJ Ampang Puteri, pesakit yang tiada insurans atau surat majikan (guarantee letter) perlu menyimpan wang tunai sebanyak RM3,500 tiap2 bulan selama setahun.


Untuk mendapat rawatan pembedahan jantung yang sama, pesakit yang ada insurans kesihatan, mereka hanya perlu membayar premium insurans lebih kurang RM150-200 tiap2 bulan, bergantung kepada umur dan jenis polisi yang diambil. Pesakit pembedahan jantung juga layak untuk mendapat imbuhan dana penyakit kritikal berjumlah puluhan ribu ringgit. Bak kata pepatah, alah membeli, menang memakai.

Artikel oleh Dr.Mohd Fikri Abdullah,Pakar Perunding Bedah Jantung & Paru-paru, Hospital Pakar Ampang Puteri.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 3

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications