8 Tips Panduan Mencari Insurans Takaful

Pelbagai syarikat ins/takaful
8 Tips panduan mencari ins/takaful.
 
Sedikit tips untuk anda yang berminat untuk mendapatkan Takaful/Insurans Hayat yang masih mencari-cari plan yang sesuai dengan keperluan dan bajet. Namun jangan biarkan MASA SIHAT berlalu sehingga tiba MASA SAKIT kerana mungkin disaat itu permohonan anda tidak lagi diterima.
 
1. Buat perbandingan kadar sumbangan/permium. Pastikan perbandingan dari segi kadar premium dan manfaat yang ditawarkan. Perbandingan perlulah setara. Biarlah kereta dengan kereta, bukan kereta dengan basikal.
 
2. Fahami perlindungan yang ditawarkan serta terma dan syarat. Pastikan anda memahami apa polisi ins/takaful anda tawarkan. Fahami juga terma dan syarat seperti pengecualian risiko.
 
3. Elakkan sebarang perlindungan yang tidak diperlukan. Beli apa yang anda perlu dan rasa berisiko tinggi dalam kehidupan anda bukan kerana anda terpengaruh dengan manfaat yang anda sendiri tidak faham.
 
4. Pastikan Ins/takaful hayat itu sesuai dengan anda. Kaji polisi yang dicadangkan oleh agen dan dapatkan penerangan satu persatu dan anda boleh membuat pemilihan manfaat tambahan yang sesuai untuk anda.
 
5. Fahami dan pastikan tarikh polisi berkuatkuasa, tempoh menunggu, pengecualian. Ini penting kerana sebelum tempoh berkuatkuasa anda tidak akan dapat membuat tuntutan terhadap ins/takaful tersebut. Fahami juga tentang pengecualian penyakit sedia ada.
 
6. Isikan borang dengan cermat. Pastikan anda fahami dan baca dengan teliti sebelum menurunkan tandatangan.
 
7. Baca polisi anda setelah menerimanya dan simpan dengan cermat. Cuba fahami apa yang tertulis dalam polisi dan pastikan anda tahu risiko apa yang dilindungi.
 
8. Paling PENTING!, kenali agent anda!. Pastikan keserasian anda berurusan dengannya. Merekalah yang anda cari bila anda nak buat sebarang tuntutan (claim) nanti.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 8

Teras Tujuan Insurans Takaful Hayat

takaful protection, early stage
Ambil awal atau bertangguh lagi?
 

Teras Tujuan Insurans Takaful Hayat

Mengapa saya perlukan insurans takaful hayat?

Tujuan utamanya untuk perlindungan dari segi kewangan bagi sebarang akibat buruk mungkin dihadapi ekoran kematian pencari nafkah sebelum waktunya. Sebenarnya, anda bukan orang yang perlukan insurans takaful hayat. 

Yang memerlukannya ialah keluarga tersayang. Insirans takaful hayat bertujuan menggantikan pendapatan anda untuk tanggungan anda, iaitu anak, pasangan, adik beradik atau sesiapa saja yang akan menghadapi kesempitan kewangan jika anda meninggal dunia sebelum waktunya. 

Boleh dikatakan, ia bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan dalam kehidupan masyarakat moden hari ini.

Bagaimana jika saya tiada pendapatan untuk diganti?

Jika anda seorang ibu atau bapa yang menguruskan rumah tangga atau anda kini hilang pendapatan, secara teknikalnya tiada apa perlu digantikan. Bagaimanapun, jangan lupakan nilai tersirat ibu atau bapa yang menguruskan rumah tangga ini. 

Jika anda tiada untuk menjaga anak dan rumah, perbelanjaan tambahan masih perlu ditanggung bagi perancangan lain. Jadi, anda tidak boleh katakan tiada pendapatan perlu digantikan. Bahkan, pendapatan pencari nafkah keluarga masih hidup, boleh terjejas kerana dia mungkin perlu bercuti daripada kerja untuk semuanya teratur. 

Jika anda kini tiada pendapatan, ini tidak bermakna anda tidak akan memperoleh pendapatan pada masa depan. 

Potensi perolehan pendapatan anda pada masa depan juga perlu dilindungi. Ingat bahawa anda patut mengambil perlindungan insurans takaful hayat ketika anda merasakan anda tidak memerlukannya – ketika anda memerlukannya, ia sudah terlambat!

Adakah manfaat insurans takaful hayat hanya dibayar ketika kematian saja?

Selain perlindungan kematian, insurans takaful hayat juga lazimnya turut melindungi Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal. 

Jika anda disahkan oleh pengamal perubatan bahawa anda mengalami keadaan itu, anda akan dibayar jumlah pendahuluan daripada jumlah diinsuranskan, tertakluk kepada had tertentu.

Bagaimana dengan perlindungan kematian akibat kemalangan?

Ya, polisi insurans takaful hayat anda juga melindungi kematian akibat kemalangan. Bahkan, ia juga melindungi kematian akibat sebarang sebab. 

Ia juga melindungi Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal akibat kemalangan. Manfaat ini akan dibayar disamping mana-mana polisi. Kemalangan Diri lain yang mungkin anda miliki.

Bagaimana dengan perlindungan kematian akibat bunuh diri?

Ada Fasal Bunuh Diri dalam polisi anda yang menyatakan: “Kematian Hayat Yang Diinsuranskan akibat Bunuh Diri, semasa siuman atau tidak siuman, dalam tempoh satu tahun dari tarikh polisi dikeluarkan atau dari tarikh mana-mana penghidupan semulanya, mana-mana yang kemudian, akan menyebabkan polisi ini terbatal.” 

Ini bermakna selepas tempoh satu tahun itu, kematian akibat bunuh diri turut dilindungi.

Apakah kegunaan lain insurans takaful hayat?

Selain sebab disebutkan di atas, insurans takaful hayat juga digunakan untuk:

1. Membayar perbelanjaan akhir
Tiada yang percuma didunia ini – mati pun ada bayaran yang perlu dibayar untuk meninggalkan dunia ini! Bayaran ini ialah seperti kos ‘probet’ dan kos pentadbiran harta pusaka yang lain, hutang dan perbelanjaan perubatan yang tidak dilindungi oleh polisi insurans takaful kesihatan anda. 

Insurans takaful hayat sangat berguna untuk membiayai sebahagian kos ini dan memastikan keluarga anda mempunyai wang tunai yang secukupnya bagi meneruskan kehidupan mereka tanpa gangguan.

2. Sebagai warisan
Ketika kebanyakkan daripada kita bergelut untuk meneruskan hidup, persoalan meninggalkan warisan untuk orang tersayang jarang melintas di fikiran kita. 

Insurans takaful hayat adalah antara cara paling efisien bagi mewujudkan warisan untuk orang tersayang walau sekecil mana pun kemampuan anda. Anda cuma perlu tentukan berapa banyak yang mampu diperuntukkan sebagai premium anda dan memutuskan siapa anda mahu namakan sebagai penama dalam polisi insurans takaful hayat anda. 

Malah insurans takaful hayat juga mungkin satu-satunya instrumen kewangan yang mana anda membayar ringgit terdiskaun untuk mewujudkan warisan yang besar. Maksudnya – dengan nilai (bayaran) premium yang kecil, anda boleh mendapatkan jumlah perlindungan yang agak besar, bergantung pada umur anda dan jenis produk. 

Kelebihan tambahan ialah wang insurans takaful itu dikecualikan cukai! Selain itu, insurans takaful juga boleh digunakan untuk membuat sumbangan kepada badan amal kegemaran anda. 

Dengan menggunakan polisi ins/takaful hayat, anda sebenarnya membuat sumbangan yang lebih besar daripada jika anda mendermakan wang tunai yang sama banyak dengan premium polisi.

3. Mewujudkan sumber simpanan.
Insurans takaful hayat boleh bertindak sebagai satu bentuk ‘tabungan paksa’ terutama bagi mereka yang liat menabung. 

Kebanyakkan pelan ins/takaful hayat menyertakan ciri nilai tunai yang boleh anda keluarkan pada masa tertentu atau meminjam daripadanya. Ini berfungsi sebagai satu lagi tabungan dana bagi tujuan kecemasan atau barangkali untuk pendidikan anak anda atau persaraan anda sendiri. 

Bagaimanapun, tujuan utama memiliki ins/takaful hayat ialah sebagai alat perlindungan dan pengumpulan kekayaan. Ia bukannya pengganti program simpanan/pelaburan anda yang lain tetapi cuma melengkapi program itu.

Kesimpulannya, tiada instrumen kewangan lain di pasaran yang sama gunanya dengan insurans takaful hayat. Apabila kita melihat tujuan, kita mendapati ia sememangnya instrumen menakjubkan bagi melindungi orang tersayang.

-petikan dari artikel sihat BH- 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Inflasi Perubatan (Medical Inflation)

Inflasi kos perubatan dilihat lebih tinggi daripada barangan dan perkhidmatan lain kerana kemajuan teknologi dan rawatan, ubat-ubatan baharu, tempoh jangka hayat yang lebih lama yang memerlukan lebih banyak rawatan perubatan, dan lain-lain.

Read More »

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 1

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications