8 Tips Panduan Mencari Insurans Takaful

Pelbagai syarikat ins/takaful
8 Tips panduan mencari ins/takaful.
 
Sedikit tips untuk anda yang berminat untuk mendapatkan Takaful/Insurans Hayat yang masih mencari-cari plan yang sesuai dengan keperluan dan bajet. Namun jangan biarkan MASA SIHAT berlalu sehingga tiba MASA SAKIT kerana mungkin disaat itu permohonan anda tidak lagi diterima.
 
1. Buat perbandingan kadar sumbangan/permium. Pastikan perbandingan dari segi kadar premium dan manfaat yang ditawarkan. Perbandingan perlulah setara. Biarlah kereta dengan kereta, bukan kereta dengan basikal.
 
2. Fahami perlindungan yang ditawarkan serta terma dan syarat. Pastikan anda memahami apa polisi ins/takaful anda tawarkan. Fahami juga terma dan syarat seperti pengecualian risiko.
 
3. Elakkan sebarang perlindungan yang tidak diperlukan. Beli apa yang anda perlu dan rasa berisiko tinggi dalam kehidupan anda bukan kerana anda terpengaruh dengan manfaat yang anda sendiri tidak faham.
 
4. Pastikan Ins/takaful hayat itu sesuai dengan anda. Kaji polisi yang dicadangkan oleh agen dan dapatkan penerangan satu persatu dan anda boleh membuat pemilihan manfaat tambahan yang sesuai untuk anda.
 
5. Fahami dan pastikan tarikh polisi berkuatkuasa, tempoh menunggu, pengecualian. Ini penting kerana sebelum tempoh berkuatkuasa anda tidak akan dapat membuat tuntutan terhadap ins/takaful tersebut. Fahami juga tentang pengecualian penyakit sedia ada.
 
6. Isikan borang dengan cermat. Pastikan anda fahami dan baca dengan teliti sebelum menurunkan tandatangan.
 
7. Baca polisi anda setelah menerimanya dan simpan dengan cermat. Cuba fahami apa yang tertulis dalam polisi dan pastikan anda tahu risiko apa yang dilindungi.
 
8. Paling PENTING!, kenali agent anda!. Pastikan keserasian anda berurusan dengannya. Merekalah yang anda cari bila anda nak buat sebarang tuntutan (claim) nanti.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 8

Kos Perubatan Semakin Mahal? Betul Ke?

medical cost fact

Kos Perubatan Semakin Mahal? Betul Ke?

Kadang-kadang RM150 – RM200 sebulan habis cmtue je tak tau buat apa kan?

 
Apa kata kali ni Sign Up Pelan Takaful.
 
At least anda tahu kemana duit tue anda habiskan
 
In return pihak takaful sediakan anda DANA KECEMASAN berjumlah:
RM100,000 setahun
RM1,000,000 sepanjang hayat

Kalau anda rasa TAKAFUL tidak penting jom kita sama-sama tengok FAKTA di bawah :
 Serang Jantung RM50,000 – RM200,000
Strok RM20,000 – RM300,000
Kanser / Barah RM1,500 – RM3,000 per sesi
Kegagalan Buah Pinggang RM150,000 keatas
Lumpuh RM75,000 – RM120,000
Koma RM75,000 – RM120,000
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 13

Mengapa Wanita Berkahwin Perlukan Insurans Takaful?

Takaful untuk wanita

Mengapa Wanita Berkahwin Perlukan Insurans Takaful?

Salah satu sebab utama mengapa wanita berkahwin enggan membeli insurans takaful hayat adalah kerana mereka tidak mahu melihat suami menggunakan pampasan insurans takaful, untuk berkahwin lain setelah kematiannya. Pada mereka, membeli insurans takaful hanya akan `memudahkan’ si suami berkahwin dengan wanita lain dan sekiranya ini berlaku, maka putuslah sudah kasih sayang antara mereka berdua.

Dari pengalaman saya, inilah antara dilema yang banyak melanda hati wanita berkahwin dan walaupun kerisauan tersebut hanyalah satu perasaan kecil, saya cukup menghormati perasaan mereka itu.

Tetapi, terus-terang saya katakan, jika puan enggan memiliki insurans takaful hayat hanya kerana sebab di atas, puan sebenarnya telah melakukan kesilapan besar kerana banyak perkara penting yang puan terlupa untuk pertimbangkan.

Suami Bukan Penerima 100%
———————————-
Ramai wanita tidak tahu, apabila penamaan waris dibuat ke atas polisi insurans takaful milik orang Islam, individu yang dinamakan itu bukanlah penerima pampasan 100%, sebaliknya beliau hanyalah seorang `wasi’ atau pemegang amanah ke atas harta pusaka yang ditinggalkan.

Segala harta pusaka yang wujud dari polisi insurans takaful tersebut, perlu dibahagi-bahagikan mengikut sistem pembahagian pusaka Islam dan hukum Faraid. Dalam erti kata lain, setiap pewaris puan ada hak mereka terutamanya untuk anak-anak tersayang dan individu yang dinamakan sebagai pemegang amanah itu, perlu memastikan kesemua pewaris yang ada, mendapat hak mereka, walaupun mereka di bawah umur.

Mengikut hukum faraid, jika puan tidak mempunyai anak, hak suami adalah 1/2 dan jika mempunyai anak, hak suami hanyalah 1/4 sahaja. Jumlah ini agak kecil jika dibandingkan dengan baki lebihan (75%) yang akan diwarisi oleh ibubapa dan anak-anak puan (mengikut nisbah tertentu).

Jika puan tidak percayakan suami, puan boleh melantik Amanah Raya Berhad sebagai pemegang amanah supaya puan dapat pastikan, pembahagian pusaka dibuat secara adil nanti.

Dan sekiranya puan enggan membenarkan suami mendapat se-sen pun dari polisi insurans takaful puan (enggan dibahagi mengikut hukum faraid), puan sebenarnya boleh melakukan `hibah’ (pemberian hadiah ketika masih hidup) untuk diberikan terus kepada anak-anak puan.

Banyak pilihan yang puan miliki sebenarnya dan segala kehendak puan itu boleh dipenuhi jika puan berurusan dengan penasihat insurans takaful professional. Persoalannya mengapa isu `takut suami kahwin lain’ dijadikan alasan untuk tidak membeli insurans takaful, sedangkan puan memiliki pewaris lain (terutamanya anak-anak) yang perlu puan fikirkan akan kebajikan dan masa depan mereka?

Insurans Takaful Hayat Adalah Insurans Takaful Kehidupan
—————————————————————————-
Ramai wanita menyangka insurans hayat adalah insurans takaful kematian kerana pampasan hanya diberi apabila mereka meninggal dunia sahaja.

Insurans takaful hayat sebenarnya adalah satu insurans takaful `kehidupan’ yang bertujuan untuk melindungi keperluan asas puan semasa puan masih hidup. Jika puan meninggal dunia, ia akan melindungi keperluan asas pewaris puan yang masih hidup pula, terutamanya anak-anak.

Membeli insurans takaful bukan bermakna puan merancang untuk mati kerana ajal maut itu kerja Tuhan, bukan kerja penasihat insurans takaful. Sebagai wanita bijak, puan sepatutnya tahu perkara ini.

Tidak kira samada puan bekerja atau seorang surirumah sepenuh masa, gunakanlah insurans takaful untuk melindungi kebajikan puan selagi masih hidup. Insurans takaful adalah satu cara paling berkesan untuk mewujudkan wang sara hidup ketika puan sudah tidak berupaya, samada akibat menghidap penyakit kritikal atau menjadi lumpuh keseluruhan.

Jika puan masih sihat, masih segar dan masih anggun seperti sekarang pun, puan sudah takut suami akan berkahwin lain, bagaimana pula ceritanya jika semalam puan sudah hilang keupayaan sepenuhnya? Selama mana agaknya kesetiaan suami puan akan bertahan? Sejauh mana beban kewangan yang sanggup suami puan tanggung? Bukan niat saya untuk mempersoalkan kesetiaan suami puan, tetapi bukankah puan sendiri yang takut melihat suami berkahwin lain, pada asalnya?

Jika suami berkahwin lain setelah puan meninggal dunia, puan mungkin tidak akan berasa apa-apa. Tetapi saya cukup risau jika puan ditinggalkan atau diceraikan begitu sahaja setelah puan tidak berupaya. Saya risau kebajikan puan diabaikan setelah suami berkahwin lain sedangkan puan masih lagi hidup bersamanya. Sudahlah puan terpaksa menanggung derita akibat hilang keupayaan yang dialami, menjadi lumpuh tanpa sumber pendapatan yang berterusan amat perit untuk puan tanggung seorang diri.

Inilah realiti sebenar yang pernah berlaku ke atas sesetengah wanita. Mereka ditinggalkan atau diceraikan begitu sahaja setelah mereka mengalami hilang keupayaan. Derita yang ditanggung akibat diceraikan lebih teruk dari derita hilang keupayaan itu sendiri. Sebab itulah puan perlu memiliki insurans takaful untuk melindungi masa depan puan sepanjang hayat.

Di dalam hal kebajikan sendiri, jangan terlalu bergantung atau serahkan tanggung-jawab ini sepenuhnya kepada suami. Sebaliknya, bertindak bijak-lah dengan memastikan urusan kebajikan puan menjadi tanggung-jawab puan sendiri. Insurans takaful hayat hanyalah satu cara (kaedah) untuk membantu puan melaksanakan tanggung-jawab tersebut dengan berkesan, walaupun pada zahirnya, puan dianggap sebagai kaum wanita yang `lemah’.

*artikel from Majalah Mingguan Wanita*

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 3

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications