Proses Pengurusan Harta Pusaka KecilMengikut akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955; segala urusan permohonan dan pembahagian harta pusaka yang bernilai kurang di bawah RM2 juta samada harta tak alih sahaja atau harta tak alih campur harta alih hendaklah berurusan di mana-mana Pejabat Pusaka Kecil yang berhampiran kawasan anda.Prosedur dan proses permohonan harta pusaka kecil1. Senaraikan waris-waris yang berhak. Boleh cek di sini untuk kenal siapa waris faraid anda.– Kenali siapa waris faraid anda dan carta faraid2. Kumpulkan surat mati, surat nikah dan salinan kad pengenalan.3. Tunjukkan struktur faraid bagi setiap waris.4. Senaraikan semua harta alih dan tak alih.5. Kumpulkan semua dokumen harta seperti geran tanah, geran kenderaan, buku bank, penyata akaun bank dan segala dokumen harta yang lain.6. Dapatkan anggaran nilai harta, keluasan tanah dan jumlah simpanan.7. Senaraikan hutang-hutang simati, wasiat dan pesanan.8. Adakan perbincangan sesama waris berkaitan hak-hak simati.9. Tunjukkan struktur faraid setiap waris.10. Hak-hak faraid dijelaskan dalam bentuk keluasan tanah dan nilai harta.11. Bincang tentang hibah, hutang, wasiat dan tuntutan harta sepencarian.12. Praktikkan konsep takharuj dalam agihan. (Muafakat)13. Buat keputusan awal agihan harta kepada waris.14. Semak semua senarai dokumen supaya lengkap.15. Buat semakan geran tanah jika perlu.16. Beli salinan hakmilik (jika tiada) dan carian rasmi setiap tanah.17. Dapatkan resit cukai pintu bagi geran yang ada rumah (jika ada)18. Isi borang A (seperti gambar di bawah). Permohonan secara online JKPTG online (https://www.jkptg.gov.my/my/panduan/permohonan/pembahagian-harta-pusaka) |
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Perancangan Kewangan Adalah Suatu Ibadah
Perancangan kewangan adalah langkah pertama dalam mengurus kewangan anda.

Tiga Jenis Perlindungan Insurans Takaful Kenderaan Yang Perlu Anda Tahu
Masih Ramai Pemilik Kenderaan Di Malaysia Kurang Arif Tentang Perkara Asas Ini.

Realiti Penama KWSP
Tiada orang yang sayangkan seseorang itu kemudian tinggalkan orang yang disayang dalam keadaan susah & menderita. Rancang kerana sayang.

Kenapa Kita Digalakkan Menulis Wasiat?
Tujuannya adalah untuk memudahkan waris-waris kita menguruskan harta pusaka selepas kematian kita nanti.
Borang Quotation










Views: 424










