Kereta Masuk Banjir: Takaful Motor Biasa Cover Atau Tidak?

Kereta masuk banjir. Air sampai ke bonet. Kita tengok sijil tertulis “Comprehensive” lalu rasa lega — ingat semuanya akan dibayar.

Di sinilah ramai tersilap faham.

Perlindungan motor komprehensif memang lebih luas berbanding third party. Tetapi kerosakan akibat banjir dan beberapa bencana alam lazimnya memerlukan perlindungan tambahan yang dikenali sebagai Special Perils.

Kalau extension itu tak ada dalam sijil, perkataan “comprehensive” sahaja belum tentu menyelesaikan bil pembaikan akibat banjir.

Dalam dokumen motor semasa di Malaysia, perlindungan asas komprehensif biasanya melibatkan kerosakan kenderaan akibat kemalangan, kebakaran atau kecurian, bersama liabiliti pihak ketiga. Banjir pula lazimnya berada di bawah extension tambahan Special Perils.

“Comprehensive tak semestinya bermaksud semua risiko automatik dilindungi.”

Comprehensive vs Special Perils: apa beza?

ComprehensivePerlindungan asas yang lebih luasSecara umum melindungi kerugian atau kerosakan akibat kemalangan, kebakaran dan kecurian, serta liabiliti kepada pihak ketiga — tertakluk kepada terma sijil.
Special PerilsExtension untuk bencana alamBoleh memperluaskan perlindungan kepada kejadian seperti banjir, ribut, taufan, tanah runtuh dan peril semula jadi lain yang dinyatakan dalam endorsement.
Jawapan ringkasnya: kalau sijil motor Tuan/Puan hanya comprehensive tanpa Special Perils, jangan terus anggap kerosakan banjir memang dilindungi. Semak bahagian Additional Coverage / Endorsement / Special Perils dalam schedule sijil.

Kenapa benda ni selalu mengelirukan?

Sebab perkataan “comprehensive” bunyinya macam semua benda cover. Dalam bahasa harian memang nampak begitu. Tetapi dalam kontrak takaful atau insurans, skop perlindungan tetap bergantung kepada peril yang dinyatakan, pengecualian dan extension yang dibeli.

Contohnya, Takaful Malaysia menyenaraikan “Inclusion of Special Perils” sebagai manfaat tambahan, dan wording sijil 2026 mereka menyatakan bahawa dengan sumbangan tambahan, extension tersebut boleh meliputi kerosakan akibat banjir, taufan, ribut, gempa bumi, tanah runtuh dan beberapa kejadian alam lain.

Kereta dah masuk banjir. Apa patut buat dulu?

Paling penting: jangan cuba hidupkan semula enjin.
Jika air sudah masuk ke kawasan enjin atau intake, cubaan menghidupkan enjin boleh menyebabkan kerosakan lebih serius seperti hydrolock. Dapatkan towing dan pemeriksaan terlebih dahulu.
  1. Utamakan keselamatan. Jangan masuk semula ke kawasan banjir hanya untuk menyelamatkan kereta.
  2. Jangan restart enjin. Biarkan kenderaan dalam keadaan mati jika ia telah terendam.
  3. Ambil gambar dan video. Rekod paras air, kedudukan kereta dan keadaan kerosakan jika selamat untuk dibuat.
  4. Semak sijil. Cari sama ada “Special Perils” atau perlindungan banjir memang tercatat dalam schedule.
  5. Hubungi pengendali takaful. Laporkan kejadian dan ikut saluran towing/panel yang mereka tetapkan.
  6. Simpan dokumen. Rekod laporan, resit towing, gambar, quotation pembaikan dan dokumen lain yang diminta.

Macam mana nak semak sama ada kereta anda ada flood cover?

  • Buka sijil/policy schedule motor semasa.
  • Cari bahagian “Additional Coverage”, “Endorsement” atau “Optional Benefits”.
  • Cari frasa seperti “Special Perils”, “Inclusion of Special Perils” atau “Flood”.
  • Semak had, excess/deductible atau syarat yang dinyatakan jika ada.
  • Kalau masih tak pasti, minta ejen atau pengendali takaful sahkan secara bertulis.

Special Perils hanya untuk banjir ke?

Tidak semestinya. Skop bergantung kepada wording pengendali. Dalam wording motor semasa Takaful Malaysia, endorsement Special Perils mereka menyenaraikan banjir bersama beberapa kejadian seperti taufan, hurricane, storm, tempest, gempa bumi, tanah runtuh dan subsidence.

Sebab itu jangan bergantung pada nama extension sahaja. Baca apa yang benar-benar dinyatakan dalam sijil sendiri.

Towing dan cleaning sama ke dengan flood damage cover?

Tidak semestinya. Sesetengah produk menyediakan manfaat tambahan khusus untuk towing dan cleaning selepas kerosakan air. Contohnya, Takaful Malaysia mempunyai endorsement berasingan untuk towing dan cleaning akibat water damage, dengan had manfaat yang dinyatakan dalam schedule.

Manfaat seperti ini tidak semestinya bermaksud kos overhaul enjin, transmission atau komponen elektrik turut dibayar. Itu sebabnya kita kena bezakan antara towing/cleaning benefit dengan Special Perils damage cover.

Lima minit masa renew boleh selamatkan ribuan ringgit

Bila renew motor takaful, ramai terus tengok jumlah sumbangan dan NCD. Itu memang penting. Tetapi lima minit untuk semak add-on boleh jadi jauh lebih bernilai apabila musim hujan datang.

  • Special Perils / flood cover
  • Windscreen
  • Towing & roadside assistance
  • Agreed Value atau Market Value
  • Excess dan manfaat tambahan lain

Takaful yang murah tetapi tidak melindungi risiko yang kita memang terdedah kepadanya belum tentu menjadi pilihan paling murah apabila claim berlaku.

Soalan lazim

Kalau motor takaful saya comprehensive, adakah banjir automatik cover?

Secara umum, tidak. Banjir biasanya memerlukan Special Perils extension atau perlindungan tambahan yang dinyatakan secara khusus dalam sijil.

Kalau kereta terendam, boleh terus start enjin untuk test?

Elakkan. Jika air telah memasuki enjin atau intake, cubaan menghidupkan semula enjin boleh memburukkan kerosakan. Hubungi pengendali atau towing dahulu.

Macam mana nak tahu saya ada Special Perils?

Semak policy/certificate schedule di bahagian Additional Coverage, Endorsement atau Optional Benefits. Jika tidak jelas, minta pengendali atau ejen mengesahkan.

Adakah towing akibat banjir automatik termasuk sekali?

Tidak semestinya. Sesetengah produk menawarkan towing atau cleaning sebagai manfaat atau endorsement berasingan. Semak had dan syarat pada sijil.

Sebelum musim hujan, semak satu benda ini dulu.

Buka sijil motor Tuan/Puan dan cari “Special Perils”. Kalau tak jumpa atau tak pasti apa yang sebenarnya dilindungi, buat semakan sebelum renew — bukan selepas kereta dah tenggelam.

Syaihan Sirotin
Islamic Financial Adviser & Islamic Estate Planner
“Aku tak jual. Aku bantu selesaikan.”
Rujukan umum: PIAM (Persatuan Insurans Am Malaysia) mengenai perlindungan banjir motor dan proses tuntutan; Takaful Malaysia — Takaful myMotor / Certificate Wording 2026. Kandungan ini untuk pendidikan umum dan bukan representasi mana-mana produk tertentu.
Facebook
X
LinkedIn
Threads
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

PERLINDUNGAN TAMBAHAN YANG BOLEH DITAMBAH KEDALAM POLISI TAKAFUL/INSURANS KENDERAAN.

Kemalangan

PERLINDUNGAN TAMBAHAN YANG BOLEH DITAMBAH KEDALAM POLISI TAKAFUL/INSURANS KENDERAAN.

1. Perlindungan Cermin Kereta (Windscreen)

Cermin kereta adalah komponen yang sangat terdedah kepada risiko maka wajarlah ianya diinsuranskan. Perlindungan tambahan ini akan membayar kerugian anda bagi membaiki cermin yang retak atau menggantikan cermin yang pecah.

Premium bagi perlindungan ini ialah 10-15% of daripada jumlah diinsuranskan untuk cermin kereta. Jumlah ini selalunya adalah harga
cermin itu sendiri. Jadi jika harga cermin kereta anda ialah RM1000, anda perlu membayar tidak lebih dari RM150 setahun.

Perlindungan ini hanya untuk sekali guna sahaja. Jika anda telah pun membuat tuntutan, anda tidak ada lagi dilindungi selagi anda tidak
membelinya sekali lagi. Dan kerana perlindungan ini bersandarkan polisi komprehensif anda, apabila polisi komprehensif anda tamat tempoh, begitu juga polisi tambahan cermin ini.

2. Pemandu Tambahan (Named Driver)

Jika kenderaan anda selalu dipandu oleh orang lain selain anda, anda perlukan perlindungan  ini. Tanpa perlindungan tambahan ini, jika berlakunya kemalangan semasa kereta anda dipandu oleh suami/ isteri atau anak-anak anda atau sesiapa sahaja, polisi
utama kenderaan anda tidak akan membayar pampasan (atau hanya membayar sebahagian daripada pampasan) kepada anda.

~ nota : biasa 1st party / comprehensive sudah termasuk ALL DRIVER.

3rd party & TPFT: boleh letak second driver / orang yang selalu gunakan kenderaan tu.

3. Peril Khas (Special Perils)

Tahukah anda, jika kenderaan anda rosak teruk kerana dimasuki air akibat banjir, atau ditimpa pokok akibat ribut, polisi komprehensif anda tidak akan membayar kerugian anda? Inilah fungsinya perlindungan peril khas.

Perlindungan ini melindungi kenderaan anda daripada bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tanah runtuh, tanah gelincir, taufan dan
sebagainya. Pada kebiasaannya, premium bagi perlindungan ini ialah 0.5% daripada jumlah diinsuranskan. Tetapi ianya mungkin berbeza mengikut pengendali Takaful dan syarikat insurans.

Contohnya, jika jumlah diinsuranskan bagi kenderaan anda adalah RM 50,000, anda perlu membayar RM250 setahun. Bagi mereka yang tinggal
di kawasan yang kerap mengalami banjir, anda mungkin memerlukan perlindungan tambahan ini.

4 . Liabiliti Undang-undang (Legal Liability)

Terdapat 2 jenis perlindungan liability undang-undang di Malaysia. Kedua-duanya tidak diwajibkan tetapi jika anda kerap memandu ke
Singapura, anda diwajibkan membeli kedua-dua perlindungan ini sebagai tambahan kepada polisi utama anda.

(i) Liabiliti penumpang di sisi undang-undang

Perlindungan tambahan ini melindungi anda terhadap sebarang tindakan liabiliti undang-undang ke atas kelalaian yang dilakukan oleh penumpang anda.

Contohnya jika rakan yang anda bawa dalam kereta anda membuang botol kaca keluar tingkap lalu mengakibatkan kemalangan ke atas penunggang motosikal di belakang kereta anda. Ini boleh disebabkan anda disaman kerana menyebabkan kerosakan harta benda dan kecederaan ke atas penunggang itu.

Perlindungan tambahan ini akan melindungi anda terhadap liability sebegini. Premium tambahan bagi perlindungan ini ialah RM 7.50 setiap kenderaan.

(ii) Liabiliti undang-undang kepada penumpang

Perlindungan ini melindungi anda (atau pemandu tambahan) daripada liability undang-undang yang diambil terhadap anda oleh mana-mana penumpang anda.

Contohnya jika kereta yang dipandu anda mengalami kemalangan yang menyebabkan kecederaan ke atas penumpang anda. Jika mereka dapat
membuktikan kemalangan itu berpunca dari kecuaian anda, mereka boleh menyaman anda.

Perlindungan ini melindungi anda dari risiko sebegini dengan membayar kos kerugian ditanggung akibat liabiliti ini. Premium bagi perlindungan ini ialah 25% daripada jumlah premium polisi pihak ketiga.

5. Perlindungan Aksesori Tambahan (Car Accessories Cover)

Jika anda telah membelanjakan ribuan ringgit ke atas aksesori yang canggih untuk kereta kesayangan anda, mungkin anda perlukan perlindungan jenis ini.

Di bawah perlindungan ini, anda akan diberi pampasan jika berlakunya kecurian atau kerosakan (akibat kemalangan atau cubaan mencuri) ke atas aksesori yang diinsuranskan. Tayar yang dirosakkan atau dicuri tidak dilindungi polisi ini! Premium bagi perlindungan ini ialah 15% daripada jumlah nilai aksesori yang dilindungi.

6. Rusuhan & Kemusnahan Awam

Perlindungan ini melindungi kereta anda daripada kerosakan atau kehilangan yang diakibatkan oleh rusuhan dan kekecohan awam. Bayaran bagi perlindunagn jenis ini ialah 0.3% dari jumlah diinsuranskan.

7. Pampasan untuk Taksiran Masa Pembaikan (Compensation for Assessed Repair Time – CART)

Perlindungan ini memberi jaminan kepada pemegang polisi bahawa syarikat insurans akan membayar pampasan bagi masa di mana kenderaan
kehilangan pengunaan.  Tetapi pampasan hanya diberi jika anda bukan pihak bersalah dalam kemalangan tersebut.

Masa yang dibenarkan berdasarkan anggaran seorang adjuster bagi bilangan hari bekerja yang diperlukan untuk membaiki kenderaan akibat kemalangan, bukan bilangan hari kenderaan tersadai di bengkel. Pampasan ini membolehkan anda menyewa kereta pada hari-hari tersebut atau membayar tambang teksi.

Sekiranya anda ingin dapatkan pampasan bagi kereta sewa, perlulah kemukakan resit sah daripada syarikat sewa kereta berlesen. Model kereta yang disewa perlulah model yang bersamaan kenderaan yang rosak.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
error: Content is protected !!
Verified by MonsterInsights