9 Perkara Yang Tiada Siapa Beritahu Pemilik Kereta Tentang Penjagaan Kereta.

9 Perkara Yang Tiada Siapa Beritahu Pemilik Kereta Tentang Penjagaan Kereta.

JIKA anda sayangkan kereta yang anda beli dengan harga puluhan ribu ringgit dan bertahun-tahun menanggung hutang, Sila baca hingga habis artikel ini…

1) Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Bermula dengan P, R, N, D, 2, L (bergantung kepada model kenderaan) kebiasaanya tiga step di bawah “N” nombornya berlainan tetapi fungsi tetap sama.

Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam, On suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.

Setiap step perlu berhenti 2 saat. Kemudian daripada paling bawah naik kan ke “N”, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di “N” sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan. Biarkan selama 5 minit, jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam ke atas.

Bergantung kepada suhu meter, pastikan meter suhu naik 25% sebelum memulakan perjalanan. Tujuannya untuk memastikan semua pintu gear terbuka dan mengelakan karat berlaku di pintu-pintu gear yang jarang digunakan.

Kebiasaanya pemandu akan menggunakan step “D” sahaja, manakala step-step lain jarang digunakan atau tak digunakan langsung. AWAS!!! Petua ini tidak sesuai dilakukan di kawasan berbukit, pastikan di tempat yang rata sahaja.

2) Minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan(yang mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.

Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO (bergantung kpd model kenderaan) dan bersihkan sebersih-bersihnya. Elakan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO.

Ini kerana hendak mengelak adanya bendasing atau air dalam takung minyak AUTO. Jika dibiarkan terlalu lama ianya boleh memudaratkan kotak gear. Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan TULIN dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda.

Elakkan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangka masa panjang (harga murah tetapi selepas 3-4 tahun lagi anda merana)

3) Pastikan kaki anda tidak menekan brek dan gear berada di kedudukan “D” semasa berhenti di lampu isyarat, di mana-mana sahaja atau dalam kesesakan lalulintas yang teruk. Pastikan diletak di “N” sahaja.

Jangan di “P”, ini kerana boleh menyebabkan anda lambat memulakan perjalanan dan boleh menyebabkan orang di belakang anda marah. Sebab itu step “N” dan “D” diletak berdekatan dan tak memerlukan anda menekan butang “lock”@tombol antara gear untuk bergerak (butang tepi batang gear bersama butang OD).

Jika anda mengamalkan budaya kereta dalam gear dan tekan brek, boleh menyebabkan “clutch plate” cepat habis atau terbakar. Jangan sangkakan kereta AUTO tiada “clutch plate”. Ianya ada berbelas-belas keping (bergantung kpd model kenderaan).

Satu rosak anda kena tukar kesemua “clutch plate”. Tiada penjualan sekeping-sekeping di kedai alat ganti. Harganya amat mahal sekali (bergantung kepada model kenderaan). Tidak silap saya untuk model Wira pun RM500++.

perjalanan lancar

4) Sewaktu hendak memulakan perjalanan, selepas anda berhenti di mana-mana sekalipun, mulakan dgn step “2” atau step kedua selepas “N”. Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada “D” atau satu step di bawah “N”.

Amalkan begini juga di dalam kesesakan lalulintas. Ini dapat menjimatkan minyak anda dan memberi lebih kuasa kepada kereta anda sewaktu hendak mula bergerak. Step “2” umpama anda bermula dengan gear “1” untuk kereta manual.

Step “D” pula ibarat gear “2” atau “3” bagi kereta manual. Maknanya jika anda memulakan dengan “2” step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat” bukan nya dalam keadaan “terpaksa” jika bermula dengan step “D”.

Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.

5) Elakan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.

Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air.

Ianya juga boleh menyebabkan “clutch plate” anda terbakar. Jika anda terpaksa juga melalui jalan yang banjir (maklumlah di Lembah Klang ni faham-faham sendirilah) selepas itu pastikan anda berjumpa dengan mekanik anda untuk memastikan minyak AUTO tidak bercampur dengan air.

6) Elakkan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap (contoh: Genting Highland)

7) Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit, sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step “D”. Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada di bawah step “D”, sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.

8) Elakan “reversed” kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat. Gunakan gear “reversed” anda seminimum yang boleh. Penggunaan gear “reversed” yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.

9) Jangan guna “over drive” atau OD dalam pemanduan biasa. Gunakan semasa hendak memotong kenderaan di hadapan anda dalam keadaan perlu sahaja.

10) Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mulakan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.

Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada “timing belt”. Inilah salah satu punca “timing belt” putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.

INFO TAMBAHAN:

1) Untuk memastikan enjin kenderaan anda sekarang masih baik atau tidak. Hidupkan enjin kenderaan anda waktu pagi dan biarkan selama 10 minit, kemudian lihat di bahagian ekzos ada atau tidak air menitis keluar dari lubang ekzos.

Boleh juga ambil sehelai kertas putih yang kosong letakan di muncung ekzos anda kemudian tengok ada tak percikan air di kertas tersebut. Jika ada air menitis atau ada percikan air di kertas putih tadi maknanya enjin kenderaan anda masih dalam keadaan “sihat walafiat”. Jika tidak maknanya enjin kenderaan anda ada sedikit “keuzuran”.

2) Pastikan minyak enjin dan oil filter yang anda gunakan adalah minyak yang sama sepanjang masa dan pastikan ianya yang tulin. Banyak minyak enjin palsu di pasaran sekarang yang mana minyak enjin lama yang dikitar semula dan dipek seolah-olah minyak tulen.

Hati-hati jika anda ditawarkan minyak enjin yang terlalu murah. Pastikan bacaan kelikatan minyak enjin anda adalah sama setiap kali anda menukar minyak enjin. Walaupun jenama sama tetapi bacaan kelikatan adalah berlainan.

Istilah mekanik “minyak tebal dan minyak nipis”. Sila lihat di botol minyak enjin ada nombor seperti (contoh: 10W-40 ). Elakkan menggunakan minyak enjin yang melebihi 10,000 km.

Ini boleh membuatkan anda malas hendak periksa minyak enjin anda dan anda mungkin tidak menyedari minyak enjin anda sudah berkurangan atau kering. Jangan amalkan tambah minyak enjin yang terlalu kerap atau banyak.

3) Jangan sesekali bertukar minyak enjin daripada “fully synthetic” kepada “semi synthetic”. Ianya boleh merosakkan enjin anda, tetapi boleh daripada “semi synthetic” kepada “fully synthetic” tetapi bila dah gunakan “fully synthetic” jangan pulak kembali kepada “semi synthetic”.

4) Sebelum mematikan kenderaan anda off kan semua suis, penghawa dingin, radio, lampu atau system audio lain. Selepas off semua suis biarkan 3-5 saat, kemudian baru matikan enjin.

5) Air hendaklah sentiasa diperiksa, kerana air memainkan fungsi yang cukup penting dalam memastikan fungsi enjin berjalan dengan sempurna. Elakkan menggunakan air paip kerana ianya boleh menyebabkan keladak dalam radiator.

Gunakan air masak atau air yang telah disuling. Jika selama ini anda menggunakan air paip, saya cadangkan anda pergi servis radiator anda dan selepas itu gunakan air suling.

Jika anda bertanya kepada mekanik mereka akan jawab tiada masalah guna air paip, kerana mereka hendak kereta kita rosak dan mereka ada bisnes. (bukan semua mekanik begitu, siapa yang saya maksudkan anda faham-faham sendirilah)

6) Semasa parkir (parking) kenderaan anda pastikan tayar dan stereng kenderaan anda dalam keadaan lurus. Jangan sesekali parkir dalam keadaan tayar ke kanan atau kiri. Ini boleh menyebabkan “drive shaft” anda cepat rosak.

7) Penjagaan penghawa dingin. Anda boleh on “power” semaksimum yang mungkin (contoh 1,2,3,4) tetapi jangan on temperature semaksimum nya. Temperature hanya boleh digunakan sehingga 80% sahaja. Pastikan suis penghawa dingin ditutup semasa hendak memati atau menghidupkan kenderaan.

8) Sewaktu hendak menutup “hood” depan atau “bonet” kereta anda pastikan tangan anda dalam keadaan “center” sewaktu menekannya. Jangan sesekali berat ke kanan atau ke kiri. Ini boleh menyebabkan “hood & bonet” anda menjadi tidak sama atau bengkok.

9) Sediakan sebuah buku kecil dalam kereta anda untuk anda merekodkan sebarang pertukaran alat ganti yang lepas dan akan datang atau rekod penyelengaraan kereta anda.

Pastikan mekanik anda adalah mekanik yang mahir dalam penyelengraan model kenderaan tesebut. Amalkan guna mekanik yang sama sahaja kerana dia tahu dan mahir mengendalikan kereta anda dan dia tahu penyakit kereta anda yang lepas-lepas.

Lebih tepat lagi dipanggil istilah “satu tangan pomen sahaja”. Gunakan minyak petrol yang sama sahaja, jangan terlalu kerap menukar jenama petrol.

SEMOGA INFO INI BERGUNA BUAT ANDA SEMUA.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 4

20 Mitos Tentang Takaful Yang Popular dan Menyeramkan Orang Ramai

mitos, fakta
Mitos atau fakta
 

20 Mitos Tentang Takaful Yang Popular dan Menyeramkan Orang Ramai

 
Kalau kita tidak tahu hakikat sebenar, kita yang RUGI.
 
Moga bermanfaat untuk semua.
 
Jom Ambil Tahu!
 
1) AMBIL DUIT
 
-> Mitos – “Takaful nak ambil duit kita”
 
-> Hakikat – Takaful bantu uruskan duit kita.
 
2) ANAK KECIL
 
-> Mitos – “Anak masih kecil, Alhamdulillah sihat walafiat. Jauh lagi masa untuk berpenyakit. Lambat lagi nak tua”
 
-> Hakikat – Anak kecil sekarang berisiko tinggi untuk menerima penyakit berjangkit yang sukar untuk diubati dan memerlukan kos perubatan yang tinggi.
 
3) JAMIN ASET
 
-> Mitos – “Takaful manfaatnya bila dah mati atau sakit”
 
-> Hakikat – Kita boleh insuranskan kewangan dengan jumlah pinjaman bank untuk pembelian aset-aset kita. Ia memudahkan waris menjelaskan baki pinjaman.
 
4) BAYAR
 
-> Mitos – “Kalau buat takaful kita jadi miskin, agentnya jadi kaya raya”
 
-> Hakikat – Duit kita yang selamat kerana tidak perlu keluarkan duit sendiri bila ditimpa musibah. Dan tiap-tiap bulan kita bayar ke syarikat ins/takaful bukan ke agent.
 
5) BELAH BADAN
 
-> Mitos – “Kalau mati nanti, kena belah perut untuk siasat kematian sebab nak claim insurans”
 
-> Hakikat – Pampasan kematian hanya perlu sertakan sijil kematian. Proses bedah siasat adalah prosedur kes Polis bukan untuk claim takaful.
 
6) BELANJA
 
-> Mitos – “Ada duit lebih nanti barulah boleh buat takaful”
 
-> Hakikat – Menyimpan dahulu. Ada baki baru berbelanja. Agar tidak menyesal di kemudian hari kerana tiada perlindungan kewangan bila ditimpa musibah.
 
7) HOSPITAL
 
-> Mitos – “Hospital kerajaan kan ada, buat apa nak membazir dapatkan rawatan di hospital swasta”
 
-> Hakikat – Oleh kerana terlalu ramai yang datang untuk dapatkan bantuan perubatan, bantuan perubatan diutamakan untuk pesakit yang kritikal dan kronik.
 
8) KEMALANGAN
 
-> Mitos – “Kalau ambil takaful, biasanya orang tu mesti accident atau mati lepas tu”
 
-> Hakikat – Mati dan kemalangan itu sudah ketentuan Illahi. Syukur Allah dah detik kan hati untuk ambil takaful sebelum itu supaya ada dana untuk waris teruskan hidup.
 
9) KENAL
 
-> Mitos – “Tak nak lah jumpa dia sebab dia tu agent takaful tu”
 
-> Hakikat – Untung ada kawan atau saudara mara yang merupakan agent takaful kerana mudah untuk kita dapatkan bantuan dan pampasan bila diperlukan.
 
10) KUKUH
 
-> Mitos – “Takaful ni penipu. Bila kita dah sakit nak claim susahnya”
 
-> Hakikat – Kaji dulu syarikat takaful tersebut sebelum mohon. Pilihlah syarikat takaful yang sudah kukuh dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
 
11) MAJIKAN
 
-> Mitos – “Syarikat kan boleh tanggung kos perubatan dan beri pampasan pada kita dan keluarga jika kita sakit atau kemalangan”
 
-> Hakikat – Kos perubatan yang ditanggung oleh syarikat ada limitnya. Jika kita kritikal syarikat terpaksa berhentikan kita dari kerja kerana mereka tidak mahu rugi.
 
12) PENDIDIKAN
 
-> Mitos – “Kenapa perlu fikir tabung pendidikan? Kitakan ada biasiswa dan PTPTN untuk biaya anak ke sekolah hingga ke universiti”
 
-> Hakikat – Bila anak habis belajar, mereka terpaksa bekerja keras untuk membayar balik hutang pendidikan mereka kepada institusi peminjam wang pendidikan terdahulu.
 
13) SAKIT
 
-> Mitos – “Kalau sakit atau hilang upaya kekal, insya’Allah kita ada kawan-kawan dan saudara mara yang ramai untuk membantu”
 
-> Hakikat – Kawan-kawan dan saudara hanya mampu ziarah dan sedekah kan doa kerana mereka juga ada tanggungan untuk dibiaya.
 
14) SIASAT
 
-> Mitos – “Semua penyakit boleh dirawat di hospital kerajaan”
 

> Hakikat – Kena tunggu “waiting list” (berbulan) untuk set temu janji dengan doktor pakar bagi menyiasat apakah penyakit yang sedang kita hadapi.
 
15) SIHAT
 
-> Mitos – “Bila mati baru dapat takaful. Itu pun waris yang dapat”
 
-> Hakikat – Bukan sahaja kos perubatan di tanggung bagi menyembuhkan malah diberikan elaun harian inap di hospital dan pembedahan untuk galakkan sihat kembali.
 
16) BELUM SAKIT
 
-> Mitos – “Alhamdulillah sekarang sihat walafiat. Kalau dah sakit nanti barulah ambil takaful”
 
-> Hakikat – Syarat layak menerima pampasan dan pembiayaan perubatan adalah sihat tubuh badan ketika memohon takaful.
 
17) SIMPANAN
 
-> Mitos –  “Bazir bayar takaful setiap bulan. Baik simpan duit di bank aje. Nanti banyaklah simpanan kita”
 
-> Hakikat – Apabila sakit atau hilang keupayaan kekal sudah tidak mampu bekerja maka tidak dapat menambah simpanan malah perlu keluarkan simpanan.
 
18) SUSAH
 
-> Mitos – “Susah nak berurusan dengan pihak takaful bila kita nak masuk hospital atau buat claim”
 
-> Hakikat – Hanya perlu berikan kad perubatan ke kaunter pendaftaran hospital apabila mahu dimasukkan ke hospital.
 
19) TUA
 
-> Mitos – “Kalau buat takaful, kita kena bayar sampai tua”
 
-> Hakikat – Bayar takaful sehingga 70 tahun. Takaful lindung sehingga umur 80 tahun. Baki 10 tahun sudah tidak perlu bayar sendiri kerana sudah ada simpanan terhasil.
 
20) TUNTUTAN
 
-> Mitos – “Mana-mana agent takaful boleh tolong buatkan tuntutan kita”
 

> Hakikat – Hanya agent takaful yang telah kita lantik terdahulu yang boleh bantu uruskan hal tuntutan kita. Pilihlah agent yang terbaik dan mudah berurusan.
 
Hakikatnya Perlindungan Takaful meruapakan keperluan setiap individu masa kini di mana segala kos telah meningkat demi jaminan menampung dan menjalani kehidupan akan datang kerana sakit, hilang upaya atau meninggal dunia pasti terjadi. Sediakan dana sebelum kita atau waris benar-benar memerlukannya.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 52

10 manfaat Hibah Takaful (Contohnya Hibah Takaful RM1Juta) untuk keluarga….

10 manfaat Hibah Takaful (Contohnya Hibah Takaful RM1Juta) untuk keluarga….

Kali saya nak share sikit konsep Hibah Takaful kat bawah ni….cuba fahamkan..Anything let me know kay 

10 manfaat Hibah Takaful (Contohnya Hibah Takaful RM1Juta) utk keluarga..

🎈Hibah Takaful RM1juta ini adalah aset yang paling mudah dan cepat dicairkan setelah seseorang meninggal dunia.

🎈Hibah Takaful RM1juta cover immediately for accidental death upon commencement.

🎈Hibah Takaful RM1juta boleh di miliki dengan contribution bulanan yang mampu milik.

🎈Hibah RM1juta boleh dinamakan pada ahli waris atau tidak dan *tidak tertakluk* pada faraid, tiada kos dan TIDAK BOLEH DICABAR di Mahkamah.

🎈 Hibah RM1juta bertindak sebagai wealth protection atas aset aset peserta yg sedia ada. Jika hilang upaya kekal atau sakit kritikal, aset2 lain mungkin menipis, namun takaful akan menampungnya.

🎈 Hibah RM1juta memastikan keturunan keluarga muslim ada dana kecemasan RM1juta utk survival.

🎈 Hibah RM1juta dapat digunakan utk melangsaikan sebarang hutang piutang sekiranya ada.

🎈 Hibah RM1juta menjadi aset utk anak anak melanjutkan pelajaran pada masa depan jika sesuatu berlaku pada parent

🎈 Hibah RM1juta boleh memberi pasif income pada keluarga kelak. Bila keluarga dpt 1 juta dan disimpan dalam Tabung Haji contohnya, keluarga dapat menikmati dividen bulanan tanpa mengusik nilai RM1juta.

🎈 Hibah RM1juta juga boleh digunakan untuk amal jariah. Peserta boleh wasiatkan kepada keluarga agar wang ini diberikan sepertiga kepada badan badan kebajikan utk manfaat akhirat kita, in shaa Allah
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 2

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications