Ini salah satu contoh yang dapat saya terangkan pada klien minggu lepas. Rumah bernilai lebih RM 300,000 dibeli atas nama bersama, suami & isteri.
Tetapi yang membayar sepenuhnya adalah suami. Gabungan nama itu adalah cuma untuk melayakkan jumlah pinjaman. Biasalah di zaman sekarang ni, trend 1 rumah 2 nama sudah jadi kebiasaan kerana atas faktor-faktor ekonomi dan kewangan.
Tujuan rumah tersebut dibeli adalah atas dasar kasih sayang kepada isteri dan anak-anak, dengan harapan jika beliau tidak ada lagi di dunia ini, isteri dan anak-anak ada tempat untuk berteduh.
Belum ada apa-apa perancangan dibuat ketika bertemu saya. Katanya faraid saja.
Lalu saya tunjuk pecahan faraid padanya.
Air mukanya berubah. Yang disangkakan waris faraid cuma anak-anak dan isteri sahaja. Rupanya ibu dan ayah ada sekali. Beliau terlepas pandang.
Termenung beliau sejenak bagaimana hendak dibahagikan jika dalam situasi sebegini.
Kawan-kawan ada beli rumah atas nama bersama? Boleh ambil situasi ini sebagai contoh.
Senaraikan aset anda, dan fikirkan sebenarnya apa perancangan rakan-rakan dengan aset-aset tersebut. Kita boleh merancang ketika hidup. Tetapi tidak lagi setelah dijemput kembali.
Semoga bermanfaat buat semua.
Suami isteri beli rumah bersama, Macamana kalau salah seorang meninggal dunia?


8 Tips Panduan Mencari Insurans Takaful
Sedikit tips untuk anda yang mencari untuk mendapatkan insurans/takaful hayat.


Falsafah Zakat: Fahamilah Isyarat Allah Wahai Mereka Yang Berada
Zakat dan sedekah adalah kaedah terbaik untuk mengimbang keperluan hidup secara menyeluruh di kalangan manusia.


Prosedur Tukar Nama Geran Kereta Motor Pemilik Yang Meninggal Dunia
Pertukaran pemilikan kenderaan tersebut perlu dibuat sekiranya kenderaan itu menjadi kegunaan harian pengguna sekarang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.


Syarikat dah sediakan kad perubatan, tapi masih perlu kad perubatan sendiri. Mengapa?
“Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru amik”
Borang Quotation









Hits: 7