Jika Suami Isteri Beli Rumah Bersama

rumah joint nama
Jika salah seorang meninggal dunia apa kesannya?


SOALAN:

Saya dan suami ada membeli rumah dan meletakkan dua nama – nama suami dan nama saya. Pinjaman rumah atas nama saya. Bagaimana jika suami saya meninggal dunia dahulu?

JAWAPAN:
Bagi rumah yang atas dua nama, setiap pemilik secara langsung mempunyai hak milik sebanyak 50% seorang. Oleh itu apabila berlaku kematian pada salah seorang, maka bahagian pemilik yang telah meninggal dunia itu akan menjadi pusaka dan difaraidkan.

Jika hutang atas nama pemilik yang masih hidup, hutang tersebut akan terus dibayar oleh pemilik (penghutang) yang masih hidup walaupun 50% bahagian rumah tersebut telah ditukar kepada nama waris faraid pemilik yang telah meninggal dunia.
Jadi apa isunya di sini?

Isunya adalah 50% bahagian si suami tadi dah jadi harta pusaka. Maknanya 50% daripada rumah tersebut perlu melalui proses faraid. Jika suami masih ada parent, parent boleh tuntut hak mereka daripada bahagian faraid.

Bab duit bukan boleh buat main, RM10k pun orang dah gelap mata. Katakan parent suami tak nak lepas hak dan tuntut 50% bahagian mereka. Maka isteri perlu bayar RM250k (jika harga rumah rm500k) untuk memiliki rumah tersebut sepenuhnya.

persepsi vs realiti
Persepsi vs Realiti

Hati-hati…

Mampu ke isteri nak bayar 250k cash, jarang org mampu. Kalau ada yg kata mertua mereka baik, ye mungkin baik. Tapi ada satu kajian dri UMK, 9/10 hal harta pusaka tidak berakhir dgn baik. Jadi berhati2.

Apa akan jadi jika parent tetap bekeras menuntut hak mereka?

Rumah tersebut perlu dijual. Isteri ambil bahagiannya. Bahagian suami di bahagi mengikut faraid. Maka tinggallah si balu dgn anak-anak tanpa rumah.

Apa yg kita perlu buat?

1) Tahu siapa waris isteri/suami kita.

2) Buat dokumen perancangan harta contohnya wasiat. 

3) Buat hibah rumah jika dah terbeli joint loan atau memang nk joint loan. 

4) Buat harta sepencarian

5) Suami ambil takaful hibah dan letak nama isteri dan begitu juga pada isteri, amik takaful hibah dan letak nama suami. Jumlah pampasan bersamaan harga rumah.

Sila baca artikel yang berkaitan di bawah:
Implikasi Satu Rumah Dua Nama

Rundingan Perancangan Harta? 

Isi form di bawah:-

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 19

Implikasi Satu Rumah Dua Nama.

Ini salah satu contoh yang dapat saya terangkan pada klien minggu lepas. Rumah bernilai lebih RM 300,000 dibeli atas nama bersama, suami & isteri. 

Tetapi yang membayar sepenuhnya adalah suami. Gabungan nama itu adalah cuma untuk melayakkan jumlah pinjaman. Biasalah di zaman sekarang ni, trend 1 rumah 2 nama sudah jadi kebiasaan kerana atas faktor-faktor ekonomi dan kewangan. 

Tujuan rumah tersebut dibeli adalah atas dasar kasih sayang kepada isteri dan anak-anak, dengan harapan jika beliau tidak ada lagi di dunia ini, isteri dan anak-anak ada tempat untuk berteduh. 

Belum ada apa-apa perancangan dibuat ketika bertemu saya. Katanya faraid saja. 

Lalu saya tunjuk pecahan faraid padanya. 

Air mukanya berubah. Yang disangkakan waris faraid cuma anak-anak dan isteri sahaja. Rupanya ibu dan ayah ada sekali. Beliau terlepas pandang. 

Termenung beliau sejenak bagaimana hendak dibahagikan jika dalam situasi sebegini. 

Kawan-kawan ada beli rumah atas nama bersama? Boleh ambil situasi ini sebagai contoh.

Senaraikan aset anda, dan fikirkan sebenarnya apa perancangan rakan-rakan dengan aset-aset tersebut. Kita boleh merancang ketika hidup. Tetapi tidak lagi setelah dijemput kembali.

Semoga bermanfaat buat semua.


Suami isteri beli rumah bersama, Macamana kalau salah seorang meninggal dunia?
 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 15

Rumah nama bersama. Milik siapakah rumah ini?

Rumah nama bersama. Milik siapakah rumah ini?

Ada di antara kita pasangan suami isteri yang sering membeli rumah secara bersama. Kebiasaannya kita beli rumah tersebut untuk memastikan anak dan pasangan yang ditinggalkan ada tempat untuk berteduh. 

Tapi yang kita selalu terlupa, selepas berlaku kematian, ada waris faraid yang berhak ke atas harta tersebut. Jom kita tengok contoh ini. 

Fattah, seorang suami, Fazura seorang Isteri. Mereka memunyai 2 orang anak perempuan. Kedua-dua ibu bapa Fattah & Fazura sudah meninggal dunia tetapi Fattah mempunyai seorang adik lelaki yang berkerja sebagai Jurutera. Mereka berdua ini mempunyai sebuah rumah berharga RM 500,000 yang dibeli bersama. 

Memandangkan itu adalah rumah pertama mereka dan dimiliki secara bersama, mereka berhasrat untuk menghadiahkan
rumah tersebut kepada anak perempuan pertama mereka. Namun mereka tidak membuat sebarang perancangan. Hanya mereka berdua yang mengetahui perkara tersebut.
Ditakdirkan Fattah meninggal, bahagian faraid Fattah adalah seperti berikut:

1) Fazura – 1/8
2) Anak perempuan pertama – 1/3
3) Anak perempuan kedua – 1/3
4) Adik lelaki – 5/24


Ketika Fazura mahu menguruskan pusaka suaminya, Fazura telah memberitahu pada adik ipar lelakinya bahawa arwah Fattah ingin
menghadiahkan rumah tersebut kepada anak mereka. Tetapi adik lelaki Fattah mahu menuntut haknya ke atas rumah tersebut.

Lalu Fazura diberikan dua pilihan, sama ada membayar bahagian faraid adik ipar lelakinya dan Fazura serta kedua anak perempuannya boleh terus menetap di rumah tersebut. 

Atau, menjual rumah tersebut, pindah ke rumah lain dan membayar bahagian faraid adik ipar lelakinya.

Ini antara masalah yang sering berlaku apabila kita membeli rumah secara bersama, tidak membuat perancangan dan waris tidak mahu melepaskan hak dan sepakat dalam pembahagian harta.

Anda ada beli rumah secara bersama? Jangan lupa buat perancangan. Jangan aniaya waris anda.


“Merancang awal lebih baik dari mentadbir di kemudian hari”



Baca artikel yang berkaitan di bawah:
Implikasi Beli Rumah Bersama

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 4

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications