Ini salah satu contoh yang dapat saya terangkan pada klien minggu lepas. Rumah bernilai lebih RM 300,000 dibeli atas nama bersama, suami & isteri.Ā
Tetapi yang membayar sepenuhnya adalah suami. Gabungan nama itu adalah cuma untuk melayakkan jumlah pinjaman. Biasalah di zaman sekarang ni, trend 1 rumah 2 nama sudah jadi kebiasaan kerana atas faktor-faktor ekonomi dan kewangan.Ā
Tujuan rumah tersebut dibeli adalah atas dasar kasih sayang kepada isteri dan anak-anak, dengan harapan jika beliau tidak ada lagi di dunia ini, isteri dan anak-anak ada tempat untuk berteduh.Ā
Belum ada apa-apa perancangan dibuat ketika bertemu saya. Katanya faraid saja.Ā
Lalu saya tunjuk pecahan faraid padanya.Ā
Air mukanya berubah. Yang disangkakan waris faraid cuma anak-anak dan isteri sahaja. Rupanya ibu dan ayah ada sekali. Beliau terlepas pandang.Ā
Termenung beliau sejenak bagaimana hendak dibahagikan jika dalam situasi sebegini.Ā
Kawan-kawan ada beli rumah atas nama bersama? Boleh ambil situasi ini sebagai contoh.
Senaraikan aset anda, dan fikirkan sebenarnya apa perancangan rakan-rakan dengan aset-aset tersebut. Kita boleh merancang ketika hidup. Tetapi tidak lagi setelah dijemput kembali.
Semoga bermanfaat buat semua.
Suami isteri beli rumah bersama, Macamana kalau salah seorang meninggal dunia?Ā

Salah Faham Insurans dan Takaful
Takaful vs Insurans: Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu. Ada dalam kalangan anda mungkin tidak jelas dengan Takaful dan Insurans.

Ada 11 sebab mengapa anda perlu menyertai takaful
Berlandaskan prinsip Shariah, Takaful memberikan perlindungan kewangan jika sesuatu yang tak diingini berlaku kepada anda.

Jangan pandang remeh takaful kemalangan
Sesungguhnya, malang itu adalah tidak berbau dan boleh berlaku tanpa diduga…

Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak.
Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia.
Borang Quotation















