Medical Inflation (Inflasi Perubatan)
⬛ Di Malaysia, data dari tahun 1997 hingga 2016 telah menunjukkan peningkatan dalam perbelanjaan kesihatan lebih daripada 100 peratus.
⬛ Pada tahun 1997, jumlah perbelanjaan kesihatan berjumlah RM8,604 juta. Nilai ini berjumlah RM22,144 juta pada tahun 2006 dan RM51,742 juta pada tahun 2016.
⬛ Purata “Global Medical Trend Rate” ialah 8.4%. Tetapi purata Medical Trend Rate untuk Malaysia ialah 15.3% (kedua tertinggi di Asia).
3 faktor utama menyebakan kenaikan kos rawatan perubatan (inflasi perubatan)
1. Populasi Penduduk:
✓ Penduduk yang semakin tua menyumbang kepada peningkatan dalam kos penjagaan kesihatan.
✓ Orang tua lebih cenderung untuk menggunakan penjagaan kesihatan lebih kerap dan lebih intensif berbanding dengan golongan muda.
✓ 19.35% dari 32 juta penduduk di malaysia adalah orang tua yang berumur lebih daripada 50 tahun.
2. Faktor sosial dan gaya hidup
✓ Individu yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat memerlukan lebih banyak perkhidmatan penjagaan kesihatan, yang memaksa mereka untuk membelanjakan lebih banyak pada penjagaan kesihatan.
✓ 16.9 % daripada 20.7 juta orang dewasa di Malaysia menghidap penyakit diabetes. Tidak kira bangsa dan agama.
✓ Malaysia telah dilabelkan sebagai negara paling gemuk di Asia kerana kira-kira separuh daripada populasinya yang berlebihan berat badan.
✓ Perangkaan dari Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa rakyat Malaysia terdedah untuk menghidap penyakit jantung lebih awal iaitu pada awal umur 58 tahun, berbanding dengan negara-negara lain di rantau Asia.
3. Teknologi perubatan:
✓ Teknologi baru boleh meningkatkan hasil perubatan dan kepuasan pesakit tetapi menyebabkan peningkatan kos yang banyak.
✓ PwC (2012) menganggarkan bahawa teknologi baru akan meningkatkan kos perubatan keseluruhan sebanyak 25%.
✓ Dengan kemunculan inovasi dan teknologi perubatan yang baru, permintaan pengguna akan meningkat dalam mencari penjagaan kesihatan yang baik. Permintaan ini menyebabkan peningkatan permintaan insurans seiring dengan kos.
sumber :
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Bantuan Perubatan? Hanya kad ini yang anda perlukan…
Anda dibenarkan pulang. Tetapi biasanya, rawatan tidak berakhir di situ sahaja. Jadi bagaimana?

Tiga Jenis Perlindungan Insurans Takaful Kenderaan Yang Perlu Anda Tahu
Masih Ramai Pemilik Kenderaan Di Malaysia Kurang Arif Tentang Perkara Asas Ini.

WASIAT DAN APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAINYA.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya.”

Syarat tuntut pampasan insurans
SERING kali pemegang polisi insurans mengeluh ketika membuat tuntutan insurans kerana mendakwa lewat dan sukar untuk membuat tuntutan.
Borang Quotation

















