Kesan melengahkan penyediaan wasiat dan mati tanpa berwasiat.
Q: Apakah kesan seseorang itu melengahkan penyediaan wasiat dan mati tanpa berwasiat?
A: Kesan yang mungkin timbul adalah seperti berikut:
- Waris bertelingkah tentang siapa yang patut mentadbir harta.
- Tiada siapa yang mahu mendahulukan wang pembayaran bagi pentadbiran harta pusaka.
- Kos guaman yang tinggi.
- Pertikaian tentang pembahagian harta dalam kalangan waris-waris.
- Penyelewangan harta oleh pentadbir yang melibatkan harta anak bawh umur atau harta anak yatim.
- Hak harta sepencarian bagi suami atau isteri si mati tidak kesampaian.
- Harta yang diletakkan di bawah nama pemegang amanah disembunyikan.
- Senarai harta tidak lengkap.
- Senarai waris tidak lengkap.
- Cukai pendapatan si mati diabaikan dan tidak dibayar
- Harta terbeku
- Hubungan silaturahim dalam kalangan waris renggang.
- Berlaku kes saman-menyaman dalam kalangan waris.
- Berlaku kes pilih kasih dalam kalangan waris.
- Berlaku kes konflik kepentingan (conflict of interest) bagi pentadbir.
- Harta pusaka dijual di bawah harga pasaran.
- Waris-waris tidak memberi kerjasama.
- Senarai penghutang dan pemiutang tidak lengkap.
- Nazar atau pesanan pewasiat secara lisan dipertikaikan.
- Kedudukan pewaris dan kuasa pentadbir dipertikaikan.
- Pembahagian harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP dan Tabung Haji dipertikaikan.
- Waris berpecah belah antara satu sama lain.
- Waris yang tidak tahu di mana dokumen penting seperti geran tanah disimpan.
- Zakat harta tidak ditunaikan.
- Harta dilelong oleh bank atau pihak berkuasa,.
- Kes pusaka melarat sehingga dua atau tiga generasi (pusaka berlapis).
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Didedahkan! Mengapa Ramai Masyarakat Malaysia Membeli Pelan Pengganti Pendapatan.
Kenapa Pentingnya Pelan Penggantian Pendapatan (Income Replacement) Atau Pelan Perlindungan Pendapatan (Income Protection) Kepada Kita?

Kanser Tidak Kenal Sempadan
Dengan pengetahuan yang baik tentang kanser, seseorang itu boleh mengamalkan kehidupan yang lebih sihat untuk menghindarinya daripada berlaku.

ASSET, LIABILITY, REAL ESTATE dan ESTATE
Erti sebenar asset, liability, real estate dan estate

Bantuan Perubatan? Hanya kad ini yang anda perlukan…
Anda dibenarkan pulang. Tetapi biasanya, rawatan tidak berakhir di situ sahaja. Jadi bagaimana?
Borang Quotation










Views: 56
