Penama Insurans Takaful : Jangan Letak Nama Anak! (Mesti Baca!!)

Penama Insurans Takaful : Jangan Letak Nama Anak! (Mesti Baca!!)

Saya  menerima  satu  maklumat yang agak mengejutkan ketika saya menghadiri  satu kursus latihan baru-baru ini.

”Kira-kira 80% suami  akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama”, kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.

Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama  wanita.  Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut. Apabila diimbas sekali polisi-polisi klien-klien saya sebelum ini, memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai penama takaful mereka.

Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), selalunya wanita meletakkan nama ibu atau bapa mereka.

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penama.Dalam kes KWSP pula, nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.

Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima. Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut. Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.

Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja. Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain.

Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid. Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Saya pernah mendengar satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung balu berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka. Maka,  wang  pampasan  tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun.

Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati. Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan  dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.

Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.

Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini, bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu. 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

PEMBATALAN WASIAT

Borang Quotation Kerjaya & Affiliate as-Salihin Trustee Berhad PEMBATALAN WASIAT Pewasiat boleh membatalkan/menarik balik Wasiat beliau pada bila-bila masa semasa hayat beliau. Walau bagaimanapun, apabila

Read More »

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

What is 7+4?

What is 7+4?

Visits: 10

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications