Penama Insurans Takaful : Jangan Letak Nama Anak! (Mesti Baca!!)
Saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan ketika saya menghadiri satu kursus latihan baru-baru ini.
”Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama”, kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.
Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.
Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut. Apabila diimbas sekali polisi-polisi klien-klien saya sebelum ini, memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai penama takaful mereka.
Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), selalunya wanita meletakkan nama ibu atau bapa mereka.
Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penama.Dalam kes KWSP pula, nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.
Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima. Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut. Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.
Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja. Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain.
Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid. Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.
Saya pernah mendengar satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung balu berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka. Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun.
Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati. Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.
Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.
Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini, bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu.

RISIKO MEMILIKI TANAH PERTANIAN GERAN KONGSI SESAMA AHLI KELUARGA DAN ORANG LUAR
Banyak masalah yang mungkin timbul sekiranya anda memiliki tanah pertanian ‘geran kongsi’ dengan pemilik yang lain, sama ada sesama adik beradik ataupun ‘orang luar’.

Kesan melengahkan penyediaan wasiat dan mati tanpa berwasiat.
Apakah kesan seseorang itu melengahkan penyediaan wasiat dan mati tanpa berwasiat?

MENGAPA APABILA BELI RUMAH BERSAMA, INI YANG BERLAKU APABILA PASANGAN MENINGGAL DUNIA…..
Apakah hak seorang isteri selepas kematian suami? Kebiasaannya, apabila suami meninggal dunia, rumah yang di atas nama suami perlu akan mengikut faraid.

SANGGUPKAH JADI PENTADBIR?
Bila tak merancang pusaka ianya bakal membebankan waris-waris untuk uruskan. Sanggupkah jadi Pentadbir?
Borang Quotation









Views: 27