HIBAH: TABUNG HAJI DAN ASB

HIBAH: TABUNG HAJI DAN ASB
 
Apa implikasi hibah TH dan ASB pada penghibah dan penerima. Apa bezanya dengan Hibah Tunai Takaful?

A) Hibah Amanah Tabung Haji.
Tabunghaji.gov.my

Jika tiada hibah, duit tabung akan jadi harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut faraid.

Boleh di buat hibah:
Cth. Ali ada RM 100,000 TH
Di hibah pada isteri atau pada waris.
Ali boleh pakai duit tersebut seperti biasa sehingga Isteri atau penerima hibah Mati.

Tetapi jika isteri “Mati Dulu”, duit tersebut akan dikira sebagai pusaka si isteri, dan perlu dibagi Faraid  pada waris waris yang layak. (tidak di kembalikan kepada pemberi).

Jika Ali meninggal dahulu, maka duit TH tersebut akan di berikan mengikut penerima hibah tersebut.

PEMBATALAN HIBAH TABUNG HAJI

Pembatalan dan Pindaan Hibah Amanah tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah.
 
Walaubagaimanapun pembatalan dan pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya Penerima Hibah Amanah adalah daripada kalangan anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah yang masih hidup.

B) Hibah Duit Simpanan ASB
( pls refer: asnb.com.my)

Jika tiada hibah – akan jadi harta pusaka
Boleh di buat hibah untuk yang cash sahaja. (bukan yang pinjaman)

Cth:
– Ali buat hibah amanah ASB nya pada isteri (penerima)

Bila Ali Mati dahulu, duit akan diagih oleh PNB kepada waris dalam hibah.
Jika, penerima hibah mati dahulu, duit akan dikembalikan kepada Ali. Ali boleh buat hibah kepada penerima baru.

PEMBATALAN HIBAH ASB

Pembatalan dan Pindaan Hibah Amanah tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah.
 
Walaubagaimanapun pembatalan dan pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya Penerima Hibah Amanah adalah daripada kalangan anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah yang masih hidup.

Kesimpulan:

Hibah tunai takaful adalah Instrument Pembahagian Harta termudah, termurah, dan paling berkesan kepada orang yang di hasratkan. Penerima hibah boleh ditukar, dipinda.
 

Note: Untuk Penghibah
Membaca dan memahami segala terma-terma dan syarat-syarat yang diperuntukkan dalam Suratikatan Hibah Amanah dan borang-borang yang berkaitan.

Pemegang Unit (penghibah)mengakui dan memahami bahawa Hibah Amanah hanyalah alternatif di dalam pengurusan pewarisan Islam. Perlu diingatkan bahawa Hukum Faraid merupakan tunggak dalam pembahagian harta orang Islam. Oleh yang demikian, Pemberi Hibah perlulah berlaku adil dalam pembahagian hibah, terutama terhadap waris Faraid.

Sebagaimana firman Allah di dalam Surah Al-Israa 17:34 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungjawabannya.

*Please visit & like FB Pages Nota Kewangan Islam
 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

MENGAPA APABILA BELI RUMAH BERSAMA, INI YANG BERLAKU APABILA PASANGAN MENINGGAL DUNIA…..

faraid
pusaka ikut faraid

MENGAPA APABILA BELI RUMAH BERSAMA, INI YANG BERLAKU APABILA PASANGAN MENINGGAL DUNIA…

Kebiasaannya, suami isteri akan membeli rumah bersama untuk kuatkan dokumen. Di SPA/SNP pula akan ada dua nama. Nama si suami dan nama si isteri. Dua-duanya mengambil MRTA/MRTT (takaful).

Sekarang apa akan berlaku jika salah seorang meninggal dunia?

Jika harga rumah RM600,000. Rumah itu terbahagi 2 (sebab 2 penama):

50% Si Suami (RM300,000)
50% Si Isteri (RM300,000)

Jika suami meninggal dunia, 50% bahagian suami sudah tidak perlu dibiayai, kerana takaful sudah bayarkan. Betul kan? Manakala bahagian isteri, 50% selebihnya perlu terus dibayar oleh pihak si isteri.

Isu Yang Timbul Selepas Kematian Salah Seorang Penama
Bahagian si suami sudah pun menjadi HARTA PUSAKA. Jika suami masih ada mak ayah, mereka boleh tuntut hak mereka daripada 50% tersebut.

Saya baru dapat mesej, seorang balu yang baru kehilangan suaminya, anak ada dua. Mak dan ayah mertua tidak mahu lepaskan hak. Mereka tetap mahukan bahagian mereka dalam rumah. Si isteri tidak mampu bayar, kerana jumlah bahagian mereka hampir RM140,000!

Ya, RM140,000.

Sudahlah harta ini saja tinggal kepada balu dan anak-anaknya. Tetapi tetap mak ayah mertua tidak lepaskan. Bila ditanya kenapa?

“Ayah mahu sedekah duit kepada anak yatim dan bagi anak-anak ayah.”

Gamaknya, mertua beliau dan cucu beliau bukan anak yatim rasanya. Allah. Ini kes biasa yang ada di Malaysia. Penunggang agama tahap tertinggi. Ini baru mak ayah mertua, bagaimana pula kalau dengan adik-beradik mertua?

Di sinilah anda perlu mempelajari ilmu faraid. Kenali siapa waris suami anda dan isteri anda sekarang. Kenali perwatakannya. Namun, itu pun belum menjamin apa-apa.

Ayah Mertua Mahu Rumah Anak Yang Bakal Mati
Kes lain saya jumpa, ayah mertua kata buatlah rumah di atas tanah dia. Nanti dah siap, ayah mertua tukar nama. Tetapi sampai sekarang tak tertukar. Sudahlah si isteri guna tunai buat rumah dengan orang kampung. Tiada hitam putih.

Sekarang suaminya sudah lumpuh (anaknya si ayah ini) dan sudah nyanyuk kerana kemalangan. Tiap-tiap hari ayah mertua remind menantunya, jangan tukar bil elektrik. Sebab dia ingin rumah itu jatuh kepada dia jika anaknya sudah tiada nanti.

Saya rasa kasihan dengan si isteri itu. Anak sudah 4 orang. Sekarang isteri tengah memikirkan bagaimana nak dapatkan rumah yang telah dibina dengan duitnya. Moga Allah swt lindungi mereka dan mencukupkan rezeki mereka.

Apa Yang Anda Perlu Buat?

Untuk elakkan perkara di atas berlaku dan anda ingin pasangan hidup senang, tidak mahu merempat selepas anda tiada nanti, anda perlu:

1. Buat hibah bersyarat.

Si suami hibahkan bahagian (50%) beliau kepada si isteri. Si isteri pun hibahkan bahagian (50%) beliau kepada si suami. Hibahkan antara satu sama lain.

Jika suami meninggal dunia, bahagian suami akan dapat sepenuhnya kepada isteri. Jadi 100%. Begitulah sebaliknya. Selamat. Tidak pergi ke sesiapa sudah. Prosesnya anda perlu berjumpa consultant untuk melakukan hibah ini.

Rumah yang belum habis bayar pun boleh dihibahkan. Ini diambil atas ijtihad Dr Wahbah Zuhaili, dengan syarat hutang (loan) itu dilangsaikan jika meninggal dunia.

Apa maksudnya?

Perlu ada MRTA/MRTT. Kos tidaklah mahal. RM1600 sahaja untuk 1-3 geran rumah. Apalah nilai RM1600 dengan nilai rumah anda RM400,000-RM500,000.
Ini untuk orang tersayang anda juga, bukan untuk orang lain.

2. Bagaimana dengan harta sepencarian?

Untuk harta sepencarian, proses perlu di Mahkamah Syariah di mana kos amat tinggi. Biasa rate peguam buka kes sahaja RM5,000-RM10,000.

Untuk dapatkan hak penuh rumah, isteri perlu menunjukan bukti beliau ada sumbangan terhadap rumah tersebut.

Contoh:

Resit bayaran bulanan,
Resit renovation,
Resit yang berkaitan dengan rumah.
Pihak isteri perlu membawa perbuktian, barulah Hakim akan memberi pertimbangan sewajarnya. Sangat susah kes isteri dapat hak penuh terhadap rumah. Oleh itu, rancanglah sebaiknya tentang rumah ini kerana rumah paling kritikal jika berlaku perceraian atau kematian.

3. Boleh ke saya tukar terus kepada nama isteri atau anak?

Lebih selamat. Proses ini dibuat di Pejabat Tanah. Isi Borang 14A.

Jawapannya:

Tidak juga, kerana jika isteri mati warisnya juga boleh menuntut hak. Jika tukar kepada nama anak, anak pula mati awal daripada mak ayah.

Jika anak itu sudah berkahwin, sudah ada waris lain yang berhak. Contohnya, isteri atau suaminya.

Penyelesaian Terbaik
Penyelesaian yang terbaik ialah yang pertama iaitu hibah bersyarat.

Kepada suami dan isteri, buatlah perancangan sekarang. Kebanyakan yang ramai sangat jumpa saya ialah mereka yang telah menghadapi masalah sebegini.

Merasai keperitan keluarga retak kerana harta. Beza orang merasai dan tahu. Yang merasai sudah tentu tidak mahu warisnya susah begini. Yang tahu hanya tenang sahaja.

Alangkah sedihnya. Kita sudah berada di taman-taman syurga. Tetapi waris kita berada di neraka dunia. Merempat kerana tiada lagi rumah untuk berehat dan bersuka ria.

Sila tag dan share kepada pasangan anda jika anda termasuk dalam golongan ini.

Golongan di atas ini ialah golongan pertama kritikal perlu perancangan hibah.

Nasihat terakhir:

Hibah bukan lebih baik daripada faraid.
Hibah bukan penyelesaian segala-galanya.
Hibah bukan lebih baik daripada wasiat.

Setiapnya ada fungsi berbeza.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

JENIS-JENIS HIBAH YANG PERLU ANDA TAHU

JENIS-JENIS HIBAH YANG PERLU ANDA TAHU

Pewarisan pusaka adalah tajuk yang paling banyak disentuh sejak kebelakangan ini.

Sebenarnya, saya mahu mengajak  dan memberitahu bahawa ‘lets back to basic’ iaitu mengapa tujuan takaful pertama kalinya ditubuhkan. Ramai ingat, takaful adalah kad medikal itu sendiri. Walhal, pada asalnya takaful itu wujud untuk melindungi dua perkara penting sahaja;

(1) manfaat kematian

(2) manfaat lumpuh kekal.

Elaun hospital, kad medikal, limit tahunan, pendidikan, simpanan persaraan dan lain-lain sebenarnya adalah ‘rider’ atau manfaat tambahan kepada pelan asal.

Hari ini saya mahu menyentuh apakah jenis hibah yang anda perlu tahu.

    1. Hibah Biasa
    2. Hibah Amanah
    3. Hibah Bersyarat

1. Hibah Biasa
Hibah adalah hadiah. Hakikatnya, hibah adalah satu transaksi yang mudah. Ada pemberi, ada penerima dan ada barang (hadiah). Dalam konteks ini, pemilik harta mahu memberikan harta kepada seseorang. Harta itu mungkin dalam bentuk rumah, tanah-tanah atau ladang-ladang.

Sudah pasti, hibah adalah sesuatu yang perlu diberi dalam keadaan kedua-duanya masih hidup. Bagaimana hibah biasa ini dilakukan?

Mudah sangat. Contohnya, seorang bapa mempunyai tanah 10 ekar dan mahu memberikan kepada anaknya. Pergi sahaja pejabat tanah, tukar nama dalam geran.

Bapa telefon anak dan meminta pulang ke kampung.

“Ali (nama anak), bapak nak bagi kau tanah ini. Bapak nak hibahkan ke nama kau. Geran rumah ini sudah ada nama kau. Jadi tanah yang ada kelapa sawit ini dan rumah ini sebenarnya sudah milik kau. 

Aku tak ada nanti (meninggal dunia), ini bukan harta pusaka aku. Jadi, tidak perlu difaraidkan sebab nama rumah nama kau dah. Tetapi bapak nak duduk sini sampai bapak mati. Nak duduk mana lagi kalau tak rumah ini? Bapak minta tumpang di sini. Geran ini bapa simpan dulu.”

Ini adalah contoh hibah biasa.

Bapanya tinggal di situ sehingga hembusan nafas terakhir.

Kalau anak ‘jahat’ sedikit, bagaimana?

Anak rasa suka dapat tanah. Boleh jadi cagaran untuk dapatkan tunai. Boleh suntik modal pelaburan di tempat lain. Disebabkan geran itu ada di tangan bapanya, sukar untuk anak itu buat cagaran.

Dijadikan cerita, anak itu pergi ke Pejabat Tanah. Melaporkan bahawa geran hilang, dapatlah geran baru. Pergi ke bank untuk buat cagaran pinjaman modal RM500,000. Rupanya pelaburan itu adalah skim pelaburan cepat kaya. Hangus la duit tersebut. Pinjaman tidak dapat dibayar. Tanah dilelong beserta rumah. Bapanya terpaksa keluar dari rumah tersebut dan menyewa di tempat lain sehingga meninggal dunia.

Hibah begini (hibah biasa) memang ringkas. Tetapi risiko kalau penerima hibah itu tiada sikap bertimbang rasa maka kes di atas mungkin berlaku.

Hibah biasa untuk rumah, kereta atau tanah perlulah harta tersebut harta yang mutlak (sudah habis buat pinjaman, misalnya).

2. Hibah Amanah

Hibah biasa ada tiga perkara:

    1. Pemberi hibah.
    2. Penerima hibah.
    3. Barang hibah.

Tapi untuk Hibah Amanah ada empat perkara;

    1. Pemberi hibah.
    2. Pemegang Amanah.
    3. Penerima hibah.
    4. Barang hibah.

Bapaknya mahu memberi tanah dan rumah kepada anaknya. Disebabkan kalau diberi terus, anaknya akan gelap mata dan tidak pandai menguruskan harta tersebut – bapaknya tidak beri secara ‘direct’ atau terus kepada anaknya. Takut, anaknya jadi boros, tidak berhati perut dan rakus.

Menguruskan risiko tadi (kemungkinan tidak baik), bapaknya melantik seorang pemegang amanah yang dipercayai mampu memikul tanggungjawab besar ini. Bapaknya memilih seorang peguam dalam hal ini, nama peguam adalah Peguam Abu.

Bapaknya telah mengamanahkan Peguam Abu. Kalau berlaku kematian, harta itu akan dipegang amanah oleh Peguam Abu dan perlu menyerahkan kepada anaknya kelak.

Ini bukan menidakkan hak orang lain dalam faraid, tapi untuk merancang lebih baik kepada anaknya kelak.

3. Hibah Bersyarat

Hibah bersyarat adalah hibah yang khusus dan istimewa untuk takaful sahaja. Hibah bersyarat tidak boleh dilakukan untuk harta rumah, harta tunai, ladang-ladang atau kereta.

Hibah bersyarat juga perlu ada tiga perkara ini:

    1. Pemberi hibah iaitu pemunya sijil takaful.
    2. Penerima hibah iaitu penama, untuk tuntutan kematian.
    3. Barang hibah iaitu pampasan takaful.

Takaful keluarga (atau takaful nyawa) secara teorinya tidak mempunyai nilai tunai apabila pemunya sijil takaful itu hidup. Takaful akan menjadi barang hibah apabila berlakunya kematian – di sini barulah wujud barang hibah iaitu pampasan takaful itu sendiri.

Hibah Bersyarat mempunyai keistimewaan sendiri dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).

Hibah bersyarat adalah salah satu instrumen untuk harta pusaka, dimana keluarga boleh mendapatkan tunai dalam keadaan cepat berbanding pengurusan harta seperti rumah dan kereta. Akta itu sendiri, menjaminkan bahawa syarikat takaful perlu membayar dalam masa 60 hari.

Pilih instrumen hibah terbaik untuk pengurusan harta pusaka anda.

*Artikel Credit to Adib Yazid

Dapatkan buku “Praktis Hibah Di Malaysia” sekarang sementara stok masih ada.

Praktis Hibah Di Malaysia
Praktis Hibah Di Malaysia

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang hal Hibah Takaful?

Isi borang sebut harga (Quotation) di bawah ini:-

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
error: Content is protected !!
Verified by MonsterInsights