Hibah Bercagar: adakah sah atau tidak untuk dilaksanakan?

 

Rumah masih dalam hutang boleh di hibahkan?

Hibah Bercagar: adakah sah atau tidak untuk dilaksanakan?

SOALAN: 

Bolehkah saya membuat hibah sebagai satu dokumen perancangan untuk harta yang masih bercagar (hutang)? adakah sah atau tidak untuk dilaksanakan nanti? bagaimana pula jika harta tersebut mempunyai perlindungan insurans/takaful (mrta/mrtt), adakah masih tidak sah?

JAWAPAN: 

Sebagai permulaan adalah penting untuk kita fahami berkenaan bidang kuasa undang-undang hibah itu sendiri di Malaysia, seperti yang kita sedia maklum ada dua undang-undang yg diguna pakai di Malaysia, iaitu undang-undang sivil dan shariah. Sebagai pengetahuan, Hibah bidang kuasanya jatuh dibawah undang-undang Shariah di Mahkamah Shariah, undang-undang shariah berteraskan daripada Al-Quran, Hadith, Qias dan Ijma’ Ulama dalam panduan hakim untuk membuat keputusan pengesahan hibah tersebut.

Untuk memastikan bahawa hibah itu sah ada kriteria-kriteria atau rukun dan syarat yang perlu dipenuhi:

1. Pemberi Hibah

2. Penerima Hibah

3. Barang atau harta yang dihibahkan

4. Sighah iaitu Ijab dan Qabul

Maksud Harta Bercagar:

Cagaran bermaksud harta yang dibeli, digadai atau diserah hak(biasanya melalui proses yang sah seperti pendaftaran gadaian keatas hakmilik tersebut) pada institusi kewangan atau kerajaan atau individu sebagai jaminan sebagai menjamin kepentingan peminjam atau institusi kewangan atau kerajaan atau individu yang memberi pinjaman berkenaan untuk membolehkan bayaran pinjaman dikeluarkan kepada penjual atau pemaju.

Hartanah bercagar ini hanya akan dilepaskan dari gadaian dan/atau surat ikatan penyerahan hak akan hanya dibatalkan selepas peminjam (selalunya pemilik hartanah) menyelesaikan segala pinjaman yang menjadikan hartanah tersebut sebagai jaminan sekuriti atas pinjaman yang diluluskan oleh sesebuah institusi kewangan, atau orang perseorangan. Justeru, pemilik hartanah bercagar tidak boleh melakukan transaksi pindahmilik ke atas hartanah bercagar selagi mana pinjamannya tidak diselesaikan. Kekangan atau halangan ini adalah bagi menjamin keselamatan pinjaman yang dilepaskan oleh pihak pemegang gadaian, atau penerima serah hak. 

Bagi persoalan status hibah harta bercagar, mari kita fokus berkenaan rukun yang pertama (1) dan ketiga (3) iaitu pemberi hibah  dan barang atau harta yang dihibahkan. 

Pemberi hibah:📌

Hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd (matang dan berkemampuan menguruskan harta). Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh sebab pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.

Barang atau harta yang hendak dihibahkan 📌  Aset tersebut perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

a. Ia hendaklah barang atau harta yang halal. 

b. Ia hendaklah sejenis barang atau harta yang mempunyai nilai di sisi syarak. 

c. Barang atau harta itu milik pemberi hibah.

d. Ia boleh diserahmilikkan. 

e. Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya.

f. Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah. 

PANDANGAN MAZHAB SYAFIE DAN HAMBALI

persoalan utama yang timbul dalam kes hibah hartanah bercagar adalah tentang persoalan pemilikan harta pemberi hibah, iaitu dikategorikan sebagai pemilikan tidak sempurna (milk al-naqis), kerana harta tersebut bukan milik sepenuh pemberi hibah kerana masih ada lagi kepentingan atau hak pemegang gadaian. 

Atas asas ini, maka mazhab Syafie, dan Hambali menganggap hibah hartanah bercagar adalah tidak sah lantaran elemen qabd, dan tasarruf juga gagal dipenuhi dalam syarat hibah bersama ijab dan qabul. Tasarruf ialah sesuatu perbuatan yang mendatangkan kesan syarak terhadap sesuatu seperti jual beli, hibah, wakaf, dan sebagainya. 

Pandangan ini juga menyatakan bahawa hartanah bercagar merupakan jaminan yang berada di bawah kuasa pemegang gadaian. Oleh itu, hibah yang dilakukan ke atas hartanah bercagar dianggap sebagai sesuatu yang tidak memenuhi syarat pembentukan akad kerana dilakukan oleh orang yang tiada kelayakan untuk berbuat sedemikian.

PANDANGAN MAZHAB MALIKI DAN HANAFI

Walau bagaimanapun, terdapat ulama’ yang membenarkan hibah bagi hartanah yang milik orang lain, asalkan mendapat kebenaran pemilik hartanah tersebut. Keizinan pemilik hartanah tersebut pula tidak semestinya semasa akad hibah, tetapi boleh berlaku selepas ijab dan kabul. Kelayakan (wilayah) merupakan syarat al-nafadz(semasa akad berlangsung) yang boleh ditangguhkan hingga mendapat keizinan pemegang cagaran dan ia bukan sebagai syarat pembentukan akad.

Berdasarkan pandangan tersebut, ada yang berhujah bahawa hibah hartanah bercagar adalah dibolehkan. Hartanah bercagar masih bukan milik sempurna tuannya. Ada pihak ketiga yang berkepentingan iaitu penerima cagaran, selalunya institusi kewangan. Tetapi hibah masih sah, jika pihak institusi kewangan memberi kebenaran walaupun lama selepas akad hibah dibuat. Institusi kewangan akan bagi kebenaran selepas proses tebus hutang selesai. Tebus hutang boleh berlaku dengan sebab adanya takaful atau insuran yang melindungi hutang peminjam (selalunya pemilik hartanah) yang meninggal dunia.

KEPUTUSAN MAHKAMAH SYARIAH

1) Dalam kes Awang bin Abdul Rahman lwn. Shamsuddin bin Awang & lainlain, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu memutuskan bahawa hibah hartanah bercagar adalah tidak sah kerana ia bukan pemilikan sempurna harta tetapi sebagai satu tanggungan. 

2) Dalam kes Wan Noriah binti Wan Ngah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu juga menolak permohonan pengesahan hibah dalam kes hartanah yang masih di bawah pembiayaan Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia.

3) Berlainan halnya dalam kes Raihanah Binti Mohd Ali lwn. Kamaruddin bin Mohd Nor & Lain-lain [2008] 26(2) JH 253, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu telah menolak permohonan plaintif untuk mengesahkan hibah yang telah dibuat oleh adiknya (si mati) kepadanya atas alasan tiada bukti yang menunjukkan bahawa si mati telah meminta kebenaran daripada pembiaya skim BBA (bai’ bi thaman ajil) untuk membolehkannya menghibahkan hartanah tersebut kepada plaintif. Walau bagaimanapun, hakim syarie dalam alasan penghakimannya menyebut bahawa hibah ini boleh jadi sah jika kebenaran dari pemegang cagaran diperolehi. Mahkamah tidak menerima tentang fakta kewujudan takaful yang melindungi hutang pemberi hibah sebagai keizinan tersirat. Keizinan pemegang cagaran hendaklah dibuktikan secara jelas, dan pemohon dalam kes ini telah gagal membuktikan elemen ini.

4) Yang lebih menarik adalah dalam kes Yati Suraya lwn. Supiah Binti Abu, mahkamah syariah Negeri Sembilan membenarkan hibah hartanah bercagar walaupun tanpa izin pemegang gadaian asalkan hartanah bercagar tersebut dilindungi sepenuhnya oleh takaful/insuran. Ini adalah kes yang terbaru.

Berdasarkan kes-kes ini, bolehlah kita bahagikan keputusan mahkamah syariah kepada tiga (3) kecenderungan: 

1. Hakim syarie yang menolak hibah hartanah bercagar secara mutlak. Mereka melihat bahawa pemberi hibah tiada keahlian (wilayah) ke atas harta hibah dan tidak layak untuk melakukan tasarruf atas harta hibah. Pemilikan harta hibah adalah pemilikan tidak sempurna. Mereka cenderung kepada pendapat dalam mazhab Syafie, dan Hambali. Kewujudan insurans/takaful tidak dianggap sebagai satu keizinan daripada pemegang gadaian.

2. Hakim syarie yang membenarkan hibah hartanah bercagar sekiranya mendapat izin daripada pemegang gadaian, atau pemegang kuasa wakil. Keizinan ini hendaklah diperolehi secara zahir/tersurat. Mereka cenderung kepada pendapat dalam mazhab Hanafi. 

3. Hakim syarie yang membenarkan hibah hartanah bercagar asalkan terdapat takaful/insuran yang melindungi keseluruhan pinjaman terhadap hartanah terbabit walaupun tiada keizinan secara zahir daripada pemegang gadaian, atau pemegang kuasa wakil. Takaful/insuran yang melindungi harta hibah itu sendiri adalah keizinan secara tersirat yang akhirnya transaksi tabarru’ itu boleh menjadi kenyataan. Mereka cenderung kepada pendapat dalam mazhab Maliki.

RUMUSAN

1.Hibah harta bercagar mempunyai kemungkinan dan risikonya yg tersendiri dalam pengesahannya di Mahkamah Syariah,

2.Tidak salah membuat hibah untuk harta bercagar, tetapi kita wajib memahami risiko dan menerima kemungkinan hibah itu ditentang dan ditolak oleh makhkamah.

3. Penyataan “hibah harta bercagar adalah sah sepenuhnya atau tidak boleh dicabar” adalah satu penyataan yg tidak bertanggungjawab.

4. Status mrta/mrtt sebagai perlindungan hutang ke atas harta bercagar tidak boleh menjamin 100% sah sesuatu hibah.

5. Keputusan sah sesuatu hibah masih lagi tertakluk kepada keputusan hakim sama ada cenderung ke atas mazhab Syafie dan Hambali atau mazhab Maliki dan Hanafi

6. Keputusan hakim pada kes terdahulu tidak mengikat hakim yang lain dalam membuat keputusan yang baru dan mereka bebas untuk berijtihad.

7. Perundangan di Malaysia khususnya perundangan shariah perlu lebih proaktif untuk menyelesai masalah  Hibah ini untuk mengelakkan kekeliruan dikalangan masyarat dan kesukaran kepada pengamalan perundangan dan perancangan harta pusaka Islam dalam memberi khidmat nasihat dan penyediaan dokumentasi yg lebih tepat dan jitu.

 
Klik sini untuk pembelian

Buku Praktis Hibah di Malaysia

Alias Azhar, 2017

ISBN 978-967-2064-21-3, 136 hlm., RM 28.00

“Buku ini membahaskan instrumen hibah aspek konsep dan realiti amalannya di Malaysia. Secara asasnya, hibah bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan.”
 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 7

Tidak salah hibah harta, tapi jangan salah hibah

Pri-Hibah antara salah satu instrument harta dari as-Salihin Trustee
 
‘Saya dah tukar nama siap-siap kat anak…..’

Inilah realiti yang selalu berlaku di kalangan masyarakat Islam kita.

Tidak dinafikan, ia adalah satu cara merancang harta pusaka. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu dipandang serius.
………. …
Senario 1
Seorang bapa telah melakukan pindahmilik rumah kepada anaknya. Selepas satu ketika disebabkan masalah kewangan, si anak mengambil keputusan untuk menjual rumah tersebut. Si bapa terpaksa keluar dari rumah tersebut kerana ia bukan miliknya lagi.
……………
Senario 2
Disebabkan terlalu sayang kepada anak angkat dan khuatir nasib anak angkat selepas kematiannya, bapa angkat telah melakukan pindahmilik rumah kepada anak angkat itu. Namun, ditakdirkan anak angkat tersebut meninggal dunia dahulu, rumah tersebut menjadi harta pusaka kepada anak angkat. Bapa angkat bukan waris faraid, oleh itu rumah tersebut terpaksa dilepaskan.
 
“Tidak salah hibah harta, tapi jangan salah hibah.”
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 2

Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat? (Bahagian 1)

Hibah atau wasiat?

Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat? (Bahagian 1)

Hibah Atau Wasiat Dulu?

Hibah atau wasiat? Sebenarnya dua-dua ada fungsi dan peranan dia masing-masing. Susah nak faham kalau kita hanya bagi fakta-fakta sahaja. Saya kena buat part demi part sebab saya ada banyak kes dan kisah benar nak dikongsi. Supaya melalui kes dan kisah benar tu lebih mudah orang ramai nak faham aplikasi hibah dan wasiat yg lebih praktikal bukan berdasarkan teori sahaja.

Ok biasanya yang banyak bertanya pasal hibah dan wasiat ni golongan wanita para isteri-isteri. Sebab mereka tahu bahagian mereka paling sedikit. Sampai ada yang minta tolong saya..”Puan tolong la pujukkan suami saya supaya buat hibah.

Kalau saya yang cakap nanti dia ingat saya cuma nak harta dia dan nak suruh dia mati dulu dari saya..” Haa.. siapa yg pernah terfikir dialog di atas? Saya tak boleh pujukkan.. nanti jadi lain pulak. Yang saya boleh bantu hanya tolong bagi kefahaman dan kesedaran sahaja.

Tapi kali ni saya nak kongsikan 1 kes yang melibatkan orang lelaki sendiri. Seorang lelaki yang juga suami dan ayah kepada seorang anak perempuan datang berjumpa saya untuk buat hibah. Umurnya muda lagi tapi dah ada harta 2 biji rumah yang lokasinya agak strategik dan beberapa ekar kebun sawit. Profil kewangannya memag cantik dengan beberapa pakej insurans yang diambil dan beberapa pelaburan yang dibuat. Apa yang membuatkan beliau nekad nak buat hibah?

Ceritanya.. ”Isteri saya surirumah. Saya hanya ada seorang anak perempuan. Adik-beradik saya ramai lelaki dan ibu saya masih hidup. Baru-baru ni saya ada borak-borak santai bagitau nak merancang harta saya dengan keluarga. Adik-beradik saya tak setuju. Katanya diorang pun
ada hak ke atas harta-harta saya. Ibu saya pun ada cakap dia nak bahagian atas rumah saya.

Saya terkejut dan tak sangka! Sebab saya masih hidup dan harta-harta saya belum pun jadi harta pusaka lagi tapi mereka dah berkira-kira bahagian mereka. Hubungan saya dengan adik-beradik pun taklah rapat sangat sebenarnya. Sebab tu saya tak lantik mereka jadi saksi saya pun Puan. Tak sangka apa yang saya baca selama ni tentang perebutan harta terjadi kat keluarga saya sendiri. Bezanya saya masih hidup. Saya tak dapat bayangkan apa nasib isteri dan anak perempuan saya kalau saya tak buat apa-apa..”

Oo patutlah beliau nekad betul nak buat hibah. Betul lah..selagi tak kena batang hidung sendiri memang kita tak akan sedar. Agak-agak kalau si suami ni buat wasiat nak bagi semua harta dia kepada isteri dan anak perempuan dia sahaja..apa akan jadi pada wasiat dia? Cuba bayangkan.. selepas kematian dia dengan struktur faraid yang sama..

Agak-agak adik-beradik lelaki dan ibu dia cabar tak wasiat tu? Sebab mereka pun waris-waris si suami dan berhak dapat bahagian faraid. Kalau mereka tak setuju dengan wasiat tu, mereka boleh cabar wasiat tu di mahkamah syariah. Hanya mahkamah syariah sahaja yang ada bidangkuasa untuk tentukan samada wasiat tersebut boleh dilaksanakan atau tidak bukannya agensi yang menyediakan wasiat tu. Antara perkara penting yang mahkamah akan ambil kira :

1) Adakah wasiat itu mengikut hukum syarak? Tidak.
Kerana wasiat itu dibuat kepada waris iaitu isteri dan anak perempuan. Sedangkan wasiat sepatutnya dibuat kepada BUKAN waris. Tambahan lagi dibuat ke atas semua harta bukan 1/3 sahaja.

2) Jika wasiat dibuat kepada waris, adakah waris-waris yang lain setuju?
Jika waris-waris yang lain setuju tak ada masalah maka wasiat tersebut boleh dilaksanakan. Tapi dalam kes ini, jika ada waris yang mencabar maka wasiat itu akan terbatal dan tak berkuatkuasa.

Maka akhirnya harta-harta si suami tadi akan dibahagikan secara faraid. Dan bahagian isteri hanya 1/8. Apa akan jadi pada nasib isteri dan anak perempuan tadi jika masing-masing akan menuntut bahagian ke atas rumah tu? Adakah itu hasrat si suami tadi semasa menulis wasiat? TIDAK! Perkara tu takkan terjadi Puan..sebab saya masih hidup dan saya nak buat hibah sekarang! Fuhh tersedar dari lena dan igauan mimpi ngeri rupanya..

Adakah hibah tak adil dan melarikan hak waris-waris yg lain? Perlu difahami hibah dibuat semasa hidup. Dan harta tersebut bukan lagi harta pusaka. Kita berhak nak bertasarruf dgn harta kita sendiri. Nak bagi kat orang atau nak jual itu hak kita. Kecuali kalau kita dah mati, harta itu bukan harta kita lagi. Ia akan jadi harta pusaka. Barulah perlu ditadbir mengikut prosedur harta pusaka.

Nota 1 : Suami tu cuma hibahkan rumah2 dan kebun sawit kat isteri dan anak perempuan dia je. Sebab nak pastikan isteri dan anak dia ada tempat tinggal dan pendapatan lepas dia mati nanti. Harta2 dia yg lain macam ASB, saham2, wang tunai dll tu semua dia tak hibahkan pun. Tetap akan diagihkan secara faraid kpd waris2 yg lain.

Nota 2 : Yang saya faham hibah tu hadiah. Habis tu kalau dah hadiahkan semua harta2 kita kat orang, kita dah tak ada apa2 harta lagi
la kan? Kalau isteri dan anak tinggalkan saya macamana? Haa sebab tu nak buat hibah pun kena ada ilmu bukan pakai buat je. Hibah kan ada banyak jenis. Hibah mutlak dan hibah bersyarat. Keperluan setiap orang tak sama.

Hibah tu tak zalim. Yang zalim itu adalah orang yang tak nak cari ilmu yang betul tentang hibah dan wasiat. Hibah bukan melarikan pusaka tetapi merancang harta.

Kredit: Roslina Sabiyah & Co

Hadiahkanlah kepada orang yang kita cinta dan sayang semasa kita masih hidup!

Ikuti sambungannya di Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat (Bahagian 2)

Jom Belajar Faraid:

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 3

BICARA HIBAH!!??

 

hibah
Apa itu Hibah?

BICARA HIBAH?

“SAYA NAK TAHU PASAL HIBAH JE. SAYA TAK NAK TAHU PASAL WASIAT.”

Kata client mula-mulanya. Hibah ni HADIAH. Hibah ni pemberian aset tertentu kepada orang tertentu semasa kita masih hidup. Dalam keadaan sekarang, secara umum dan layman term-nya, hibah ni terbahagi kepada 3:-

1. HIBAH MUTLAK

Tukar nama siap-siap masa hidup, pergi ke Pejabat Tanah, buat permohonan tukar nama. Bayar kos-kos tertentu, selesai.

Risikonya kalau penerima nak jual ke nak halau ke apa ke pemilik dah takde hak.

Lagi satu risiko kalau penerima mati dulu, aset tu akan jadi pusaka penerima. Ada je kan kes yang anak mati dulu dari mak ayah.

2. HIBAH BERSYARAT (CONDITIONAL)

Contohnya nak bagi aset ni kepada anak, tapi mensyaratkan penerima hibah terima harta selepas kematian pemberi.

Kalau nak buat cara ni perlu ada dokumen, dan dokumen tersebut perlu melalui pengesahan hibah di mahkamah syariah.

Buatlah dokumen kat mana-mana pun. Nak buat sendiri pun boleh takde masalah.

Risikonya apa? Bila perlukan pengesahan, waris-waris lain perlu ditanyakan persetujuan dulu, kalau semua setuju tak jadi masalah.

Kalau ada waris yang tak bersetuju akan ada risiko nak transfer aset tu nanti.

Lagi satu nak kena tunggu surat kuasa ataupun probate untuk nak transfer aset tu nanti.

Dokumen memang boleh buat, tapi perlaksanaan itu masih uncertain dan boleh timbul isu juga.

Dan siapa yang nak pergi uruskan semuanya tu pun perlu diambik kira.

Hibah bersyarat ni pemberian secara terus, tak perlu melalui pihak ketiga. Terus nyatakan dalam dokumen tu aset ni nak bagi kepada orang ni.

Contoh lagi satu ialah hibah takaful. Pemberi hibah menyatakan nama penerima hibah siap-siap dalam sijil takaful.

Syaratnya pemberi kena mati dulu, bila mati barulah pampasaan takaful tu akan dapat ke penerima hibah yang dinyatakan.

3. HIBAH AMANAH

Aset yang nak diberikan tu di amanahkan kepada pihak ketiga sebagai pemegang amanah.
Contoh: ASB, TH dan juga as-Salihin pun menggunakan konsep yang sama.

Dokumen hibah tu tadi disertakan sekali dengan PA (power of attorney) dan pihak as-Salihin akan buat pertukaran nama selepas kematian pemberi kepada penerima hibah.

Dokumen hibah yang disertakan sekali dengan PA tidak perlu disahkan lagi di mahkamah syariah. Sebab PA yang dah diberikan tersebut akan terus didaftarkan di mahkamah tinggi sivil.

Bila dah daftar, aset tersebut boleh terus ditukarkan nama tanpa perlu mintak persetujuan waris-waris lain.

Perlu difahamkan juga, pertukaran nama aset melalui hibah akan dikenakan stem duty oleh pihak LHDN.

Cara pengiraan boleh tengok di bawah ni. Contoh aset 1 juta, nak buat pertukaran nama jumlah kos stem duty adalah 24k.

https://www.jpph.gov.my/mobile/pengiraandutisetem.php…

Kereta boleh dihibahkan? 

Boleh kalau secara mutlak. Pergi je buat pertukaran nama siap-siap kat JPJ masa hidup ni.

Kenapa kereta tak boleh dimasukkan dalam dokumen hibah bersyarat atau dokumen hibah amanah?

Sebab kita nyatakan nak bagi hibah ni bila mati, mana tahu bila kita dah mati nanti kereta pun dah jadi besi buruk.


Jadi tak sesuai lah nak masukkan kereta tu dalam dokumen hibah sebab dah susut nilai.


Itulah penjelasan secara ringkas mengenai hibah. Ramai yang nak hibah semua aset tetapi tak ramai yang betul-betul faham tentang hukum dan undang-undang hibah.

Dapatkan buku “Praktis Hibah Di Malaysia sekarang sementara stok masih ada.

Praktis Hibah di Malaysia
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 6

HIBAH: TABUNG HAJI DAN ASB

HIBAH: TABUNG HAJI DAN ASB
 
Apa implikasi hibah TH dan ASB pada penghibah dan penerima. Apa bezanya dengan Hibah Tunai Takaful?

A) Hibah Amanah Tabung Haji.
Tabunghaji.gov.my

Jika tiada hibah, duit tabung akan jadi harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut faraid.

Boleh di buat hibah:
Cth. Ali ada RM 100,000 TH
Di hibah pada isteri atau pada waris.
Ali boleh pakai duit tersebut seperti biasa sehingga Isteri atau penerima hibah Mati.

Tetapi jika isteri “Mati Dulu”, duit tersebut akan dikira sebagai pusaka si isteri, dan perlu dibagi Faraid  pada waris waris yang layak. (tidak di kembalikan kepada pemberi).

Jika Ali meninggal dahulu, maka duit TH tersebut akan di berikan mengikut penerima hibah tersebut.

PEMBATALAN HIBAH TABUNG HAJI

Pembatalan dan Pindaan Hibah Amanah tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah.
 
Walaubagaimanapun pembatalan dan pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya Penerima Hibah Amanah adalah daripada kalangan anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah yang masih hidup.

B) Hibah Duit Simpanan ASB
( pls refer: asnb.com.my)

Jika tiada hibah – akan jadi harta pusaka
Boleh di buat hibah untuk yang cash sahaja. (bukan yang pinjaman)

Cth:
– Ali buat hibah amanah ASB nya pada isteri (penerima)

Bila Ali Mati dahulu, duit akan diagih oleh PNB kepada waris dalam hibah.
Jika, penerima hibah mati dahulu, duit akan dikembalikan kepada Ali. Ali boleh buat hibah kepada penerima baru.

PEMBATALAN HIBAH ASB

Pembatalan dan Pindaan Hibah Amanah tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah.
 
Walaubagaimanapun pembatalan dan pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya Penerima Hibah Amanah adalah daripada kalangan anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah yang masih hidup.

Kesimpulan:

Hibah tunai takaful adalah Instrument Pembahagian Harta termudah, termurah, dan paling berkesan kepada orang yang di hasratkan. Penerima hibah boleh ditukar, dipinda.
 

Note: Untuk Penghibah
Membaca dan memahami segala terma-terma dan syarat-syarat yang diperuntukkan dalam Suratikatan Hibah Amanah dan borang-borang yang berkaitan.

Pemegang Unit (penghibah)mengakui dan memahami bahawa Hibah Amanah hanyalah alternatif di dalam pengurusan pewarisan Islam. Perlu diingatkan bahawa Hukum Faraid merupakan tunggak dalam pembahagian harta orang Islam. Oleh yang demikian, Pemberi Hibah perlulah berlaku adil dalam pembahagian hibah, terutama terhadap waris Faraid.

Sebagaimana firman Allah di dalam Surah Al-Israa 17:34 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungjawabannya.

*Please visit & like FB Pages Nota Kewangan Islam
 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 8

JENIS-JENIS HIBAH YANG PERLU ANDA TAHU

JENIS-JENIS HIBAH YANG PERLU ANDA TAHU

Pewarisan pusaka adalah tajuk yang paling banyak disentuh sejak kebelakangan ini.

Sebenarnya, saya mahu mengajak  dan memberitahu bahawa ‘lets back to basic’ iaitu mengapa tujuan takaful pertama kalinya ditubuhkan. Ramai ingat, takaful adalah kad medikal itu sendiri. Walhal, pada asalnya takaful itu wujud untuk melindungi dua perkara penting sahaja;

(1) manfaat kematian

(2) manfaat lumpuh kekal.

Elaun hospital, kad medikal, limit tahunan, pendidikan, simpanan persaraan dan lain-lain sebenarnya adalah ‘rider’ atau manfaat tambahan kepada pelan asal.

Hari ini saya mahu menyentuh apakah jenis hibah yang anda perlu tahu.

    1. Hibah Biasa
    2. Hibah Amanah
    3. Hibah Bersyarat

1. Hibah Biasa
Hibah adalah hadiah. Hakikatnya, hibah adalah satu transaksi yang mudah. Ada pemberi, ada penerima dan ada barang (hadiah). Dalam konteks ini, pemilik harta mahu memberikan harta kepada seseorang. Harta itu mungkin dalam bentuk rumah, tanah-tanah atau ladang-ladang.

Sudah pasti, hibah adalah sesuatu yang perlu diberi dalam keadaan kedua-duanya masih hidup. Bagaimana hibah biasa ini dilakukan?

Mudah sangat. Contohnya, seorang bapa mempunyai tanah 10 ekar dan mahu memberikan kepada anaknya. Pergi sahaja pejabat tanah, tukar nama dalam geran.

Bapa telefon anak dan meminta pulang ke kampung.

“Ali (nama anak), bapak nak bagi kau tanah ini. Bapak nak hibahkan ke nama kau. Geran rumah ini sudah ada nama kau. Jadi tanah yang ada kelapa sawit ini dan rumah ini sebenarnya sudah milik kau. 

Aku tak ada nanti (meninggal dunia), ini bukan harta pusaka aku. Jadi, tidak perlu difaraidkan sebab nama rumah nama kau dah. Tetapi bapak nak duduk sini sampai bapak mati. Nak duduk mana lagi kalau tak rumah ini? Bapak minta tumpang di sini. Geran ini bapa simpan dulu.”

Ini adalah contoh hibah biasa.

Bapanya tinggal di situ sehingga hembusan nafas terakhir.

Kalau anak ‘jahat’ sedikit, bagaimana?

Anak rasa suka dapat tanah. Boleh jadi cagaran untuk dapatkan tunai. Boleh suntik modal pelaburan di tempat lain. Disebabkan geran itu ada di tangan bapanya, sukar untuk anak itu buat cagaran.

Dijadikan cerita, anak itu pergi ke Pejabat Tanah. Melaporkan bahawa geran hilang, dapatlah geran baru. Pergi ke bank untuk buat cagaran pinjaman modal RM500,000. Rupanya pelaburan itu adalah skim pelaburan cepat kaya. Hangus la duit tersebut. Pinjaman tidak dapat dibayar. Tanah dilelong beserta rumah. Bapanya terpaksa keluar dari rumah tersebut dan menyewa di tempat lain sehingga meninggal dunia.

Hibah begini (hibah biasa) memang ringkas. Tetapi risiko kalau penerima hibah itu tiada sikap bertimbang rasa maka kes di atas mungkin berlaku.

Hibah biasa untuk rumah, kereta atau tanah perlulah harta tersebut harta yang mutlak (sudah habis buat pinjaman, misalnya).

2. Hibah Amanah

Hibah biasa ada tiga perkara:

    1. Pemberi hibah.
    2. Penerima hibah.
    3. Barang hibah.

Tapi untuk Hibah Amanah ada empat perkara;

    1. Pemberi hibah.
    2. Pemegang Amanah.
    3. Penerima hibah.
    4. Barang hibah.

Bapaknya mahu memberi tanah dan rumah kepada anaknya. Disebabkan kalau diberi terus, anaknya akan gelap mata dan tidak pandai menguruskan harta tersebut – bapaknya tidak beri secara ‘direct’ atau terus kepada anaknya. Takut, anaknya jadi boros, tidak berhati perut dan rakus.

Menguruskan risiko tadi (kemungkinan tidak baik), bapaknya melantik seorang pemegang amanah yang dipercayai mampu memikul tanggungjawab besar ini. Bapaknya memilih seorang peguam dalam hal ini, nama peguam adalah Peguam Abu.

Bapaknya telah mengamanahkan Peguam Abu. Kalau berlaku kematian, harta itu akan dipegang amanah oleh Peguam Abu dan perlu menyerahkan kepada anaknya kelak.

Ini bukan menidakkan hak orang lain dalam faraid, tapi untuk merancang lebih baik kepada anaknya kelak.

3. Hibah Bersyarat

Hibah bersyarat adalah hibah yang khusus dan istimewa untuk takaful sahaja. Hibah bersyarat tidak boleh dilakukan untuk harta rumah, harta tunai, ladang-ladang atau kereta.

Hibah bersyarat juga perlu ada tiga perkara ini:

    1. Pemberi hibah iaitu pemunya sijil takaful.
    2. Penerima hibah iaitu penama, untuk tuntutan kematian.
    3. Barang hibah iaitu pampasan takaful.

Takaful keluarga (atau takaful nyawa) secara teorinya tidak mempunyai nilai tunai apabila pemunya sijil takaful itu hidup. Takaful akan menjadi barang hibah apabila berlakunya kematian – di sini barulah wujud barang hibah iaitu pampasan takaful itu sendiri.

Hibah Bersyarat mempunyai keistimewaan sendiri dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).

Hibah bersyarat adalah salah satu instrumen untuk harta pusaka, dimana keluarga boleh mendapatkan tunai dalam keadaan cepat berbanding pengurusan harta seperti rumah dan kereta. Akta itu sendiri, menjaminkan bahawa syarikat takaful perlu membayar dalam masa 60 hari.

Pilih instrumen hibah terbaik untuk pengurusan harta pusaka anda.

*Artikel Credit to Adib Yazid

Dapatkan buku “Praktis Hibah Di Malaysia” sekarang sementara stok masih ada.

Praktis Hibah Di Malaysia
Praktis Hibah Di Malaysia

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang hal Hibah Takaful?

Isi borang sebut harga (Quotation) di bawah ini:-

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 12

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications