TESTIMONI DARIPADA SEORANG WARIS (ISTERI) YANG MANA ARWAH SUAMI BELIAU TELAH MENULIS WASIAT DAN MELANTIK AS-SALIHIN SEBAGAI WASI

kematian, waris, tujuan, urus pusaka
Ke Mana Arah Tuju Waris?
 

TESTIMONI DARIPADA SEORANG WARIS (ISTERI) YANG MANA ARWAH SUAMI BELIAU TELAH MENULIS WASIAT DAN MELANTIK AS-SALIHIN SEBAGAI WASI

 

Saya ingin berkongsi kisah benar yang dihadapi oleh diri saya sendiri setelah kematian suami saya.

 
Maka benarlah kematian itu sangat lah hampir dengan setiap jiwa. Pada tanggal 31/8/2015, suami saya telah meninggal dunia, meninggalkan saya dan tiga orang anak. Kematian beliau berlaku secara mengejut tanpa sebarang tanda-tanda awal. Saya dan anak-anak amat sangat sedih dan terkesan dengan kematian arwah suami yang selama ini menjadi tempat bergantung dan berlindung kami sekeluarga.
 
Saya panik memikirkan anak-anak masih kecil dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Saya juga dihantui oleh stigma pembahagian harta pusaka yang kebiasaannya mengambil masa yang lama dan rumit. Namun Alhamdulillah, perkara tersebut tidak berlaku kepada kami sekeluarga. Urusan pentadbiran harta pusaka arwah suami berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan. Arwah suami saya telah melakukan persiapan awal dengan melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai Wasi (pentadbir harta pusaka) bagi pihak beliau. Beliau telah menulis wasiat sebagai persiapan awal bagi memudahkan saya dan anak-anak disamping untuk mengelakkan konflik di kemudian hari.
 
Pada awalnya, kami sendiri tidak tahu apa tindakan yang harus diambil bagi menguruskan harta pusaka arwah suami setelah kematian beliau. Kami seperti kehilangan arah dan hala tuju. Saya sebagai isteri tidak pasti apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencairkan aset yang terbeku sebaik sahaja arwah suami meninggal dunia.
 
rancang harta, khidmat nasihat, wasiat
Khidmat dari as-Salihin Trustee Berhad

Namun tindakan pantas dari Islamic Estate Planner (IEP)(Perancang Harta Pusaka Islam as-Salihin) telah memudahkan segalanya. Beliau telah memaklumkan kepada kami sekeluarga bahawa pihak arwah suami telah menulis wasiat dan melantik as-Salihin Trustee sebagai Wasi sebaik sahaja beliau meninggal dunia.
 
as-Salihin Trustee telah melakukan bacaan wasiat kepada saya dan anak-anak serta waris faraid serta memaklumkan mengenai segala proses pentadbiran pengurusan harta pusaka. as-Salihin berjaya menerangkan proses-proses yang rumit dalam pengurusan aset terbeku dalam bahasa yang mudah difahami. Apa yang penting ialah pihak mereka menjadi penunjuk arah kepada kami sekeluarga ketika mana kami amat memerlukannya.
 
Malah pihak as-Salihin Trustee juga bertanggungjawab sebagai wasi yang telah mentadbir harta pusaka, menyelesaikan hutang piutang dan menguruskan pembahagian harta pusaka kepada waris faraid disamping memastikan hak-hak waris terpelihara terutama bagi anak-anak saya yang masih dibawah umur.
 
Melalui wasiat arwah suami saya, Allahyarham telah melantik saya sebagai pemegang amanah/penjaga harta anak-anak saya yang masih di bawah umur. Dengan perlantikan tersebut, saya boleh mengurus harta bagi pihak anak-anak saya dengan lebih baik dan lancar.
 
Seandainya tanpa bantuan as-Salihin Trustee, saya tidak pasti bagaimana saya akan menguruskan harta pusaka si suami secara bersendirian.
 
Kurang kemahiran dalam selok belok pentadbiran harta pusaka seperti tidak pasti dokumen apakah yang diperlukan, apakah yang perlu dilakukan seandainya geran telah hilang, pejabat manakah yang perlu dituju dan sebagainya merupakan cabaran utama bagi saya di dalam hal ini, dan saya berasa amat bersyukur kerana telah dipertemukan dengan as-Salihin Trustee Berhad dan amat-amat berterima kasih kepada mereka kerana telah bertungkus lumus membantu saya dan anak-anak dalam melancarkan pengurusan harta pusaka Allahyarham suami saya.

Yang benar,
Nor Hazami Binti Harun
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 2

Kenapa saya perlu tulis Wasiat?

Wasiat instrumen perancangan harta pusaka

Kenapa saya perlu tulis Wasiat?

Orang ramai amat digalakkan menulis wasiat. Persoalan yang selalu diajukan ialah kenapa?

1) Jika saya belum berkahwin, saya perlu menulis wasiat untuk melantik pentadbir (Wasi) harta pusaka saya supaya saya tidak membebankan ibu bapa dan saudara terdekat saya. Saya juga boleh membuat sedekah jariah daripada sebahagian harta pusaka saya.

2) Jika saya telah berkahwin, tetapi belum mempunyai cahayamata, saya perlu menulis wasiat untuk mengelakkan konflik diantara pasangan saya dengan ibu bapa dan ahli keluarga saya yang lain. Proses pentadbiran juga lebih mudah. Di samping itu, saya dapat memastikan semua waris mendapat hak mereka dengan cara yang betul.

3) Jika saya telah berkahwin dan mempunyai anak, saya perlu menulis wasiat untuk melantik pentadbir (Wasi) dan penjaga untuk anak saya yang masih di bawah umur 18 tahun. Saya boleh mengarahkan penjaga yang bertanggungjawab untuk menggunakan harta pusaka saya yang diwarisi oleh anak dengan sebaik mungkin dan mengelakkan penyelewengan.

4) Jika saya berpoligami, saya perlu menulis wasiat untuk mengelakkan konflik diantara kedua-dua keluarga saya dan melantik pentadbir (Wasi) yang boleh dipercayai untuk mentadbir harta pusaka saya agar hak semua waris saya iaitu isteri-isteri dan anak-anak saya dapat diberikan dengan adil.

5) Jika saya mempunyai anak angkat, saya perlu menulis wasiat untuk memberikan sebahagian daripada harta pusaka saya sepertimana yang dibenarkan Syara’ iaitu tidak melebihi 1/3. Dengan cara ini, kebajikan dan sara hidup anak angkat saya terutamanya mereka yang dibawah umur akan terjaga dan tidak terbiar sahaja.

6) Jika saya tidak mempunyai anak lelaki, saya perlu menulis wasiat untuk melantik pentadbir (Wasi) dan mengelakkan konflik di kalangan ahli keluarga saya iaitu pasangan dan anak perempuan saya dengan ahli keluarga yang lain seperti ibu bapa dan saudara kandung saya. Saya juga boleh memastikan hak mereka terjaga dan diuruskan dengan adil.

7) Jika saya berhutang, saya perlu menulis wasiat untuk memastikan hutang saya dijelaskan dengan menggunakan harta pusaka saya terlebih dahulu sebelum diagihkan.

8) Jika saya mempunyai perniagaan, saya perlu menulis wasiat untuk memberi arahan dan panduan kepada waris dan juga rakan kongsi saya berkenaan pengurusan saham dan pemilikan lain dalam perniagaan saya. Dengan cara ini juga dapat mengelakkan penyelewengan oleh rakan kongsi dan memastikan hak waris saya kepada pegangan di dalam perniagaan adalah terpelihara.

9) Jika saya mempunyai banyak harta, saya perlu menulis wasiat untuk memudahkan agihan harta pusaka kepada waris dengan memberi panduan yang baik selagimana tidak bercanggah dengan Syari’ah. Melalui wasiat juga saya boleh menyenaraikan semua aset dan hutang dan menjelaskan kepada waris bagaimana cara hendak menguruskannya.

10) Jika saya seorang muallaf, saya perlu menulis wasiat untuk memberikan sebahagian daripada harta pusaka saya kepada ahli keluarga yang bukan Islam seperti ibu bapa kandung dan saudara kandung saya. Islam membenarkan Wasiat kepada bukan Islam (iaitu bukan waris) untuk menerima tidak melebihi 1/3 harta pusaka. Islam tidak menghalang hubungan muallaf dengan ahli keluarga malahan menggalakkan berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Inilah sebab utama penulisan wasiat. Orang yang menulis wasiat ialah orang yang bijak kerana mengingati mati. Apabila kita mengingati mati, maka kita akan membuat perancangan supaya kehidupan kita di dunia ini tidak sia-sia dan apabila mati, tidak pula memberikan beban kepada waris yang masih hidup. Di samping itu juga, kita boleh membuat pelaburan akhirat melalui sedekah jariah dan ini menjadi pencen kubur, kehidupan di akhirat kelak.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 2

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications