Didedahkan! Mengapa Ramai Masyarakat Malaysia Membeli Pelan Pengganti Pendapatan.

hutang, debt, famili
Hutang yang ditinggalkan?

Didedahkan! Mengapa Ramai Masyarakat Malaysia Membeli Pelan Pengganti Pendapatan.

Utusan Malaysia: Orang ramai membeli Pelan Pengganti Pendapatan kerana berbagai sebab. Berikut adalah beberapa contoh mengapa orang ramai daripada berbagai lapisan masyarakat membeli Pelan Pengganti Pendapatan:-

Pemandu teksi yang menampung sara hidup keluarganya:
“Saya telah bekerja sebagai pemandu teksi selama sepuluh tahun.”

“Saya sudah lama terfikir hendak membeli Pelan Pengganti Pendapatan tetapi tidak berbuat demikian sehingga saya ditimpa kemalangan dan tidak dapat bekerja selama beberapa minggu.”

“Pendapatan saya tidak tetap. Saya akan hanya mempunyai pendapatan sekiranya saya bekerja. Jika saya sakit atau ditimpa kemalangan dan terpaksa pula masuk ke hospital, saya tidak dapat mencari nafkah. Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan isteri saya pula tidak bekerja.”

“Semasa saya sakit dan tidak bekerja, saya berasa amat bimbang akan nasib anak-anak dan isteri sekiranya saya meninggal dunia.”

“Ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya Pelan Pengganti Pendapatan untuk melindungi keluarga sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri saya.”

Seorang guru yang menjaga ibunya:
“Saya masih bujang dan telah mengajar selama lima tahun. Saya tidak mempunyai tanggungan lain kecuali ibu saya yang berumur lima puluh tahun.”

“Sebagai memenuhi tanggungjawab seorang anak, saya telah membeli Pelan Pengganti Pendapatan dan menamakan ibu sebagai penama. Sekiranya saya ditimpa kemalangan dan meninggal dunia, wang daripada Pelan Pengganti Pendapatan itu akan dapat membantu ibu untuk terus menikmati taraf hidup yang baik. Ibu juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaganya.”

Ahli perniagaan yang ingin melindungi keluarganya:
“Saya telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama lima belas tahun. Walaupun perniagaan saya maju, saya tidak mahu keluarga saya kehilangan taraf hidup yang dinikmati sekarang.” 

“Semua jenis perniagaan ada risikonya. Saya berasa amat bimbang jika satu hari nanti kemelesetan ekonomi yang teruk akan menyebabkan perniagaan saya gagal dan jatuh bankrap.”

“Saya tidak mahu pemiutang mengambil Pelan Pengganti Pendapatan saya dan menyerahkannya untuk mendapatkan tunai sedangkan pada itulah saya harus melindungi polisi-polisi tersebut.”

“Justeru itu, saya telah membeli Pelan Pengganti Pendapatan dan menamakan isteri dan keempat-empat orang anak saya sebagai penama. Di bawah Seksyen 166 Akta Insurans 1996, pelan tersebut menjadi polisi amanah.”

Jika sekiranya perniagaan saya gagal dan saya jatuh bankrap, pelan tersebut akan melindungi keluarga saya sekiranya saya meninggal dunia. “

Balu yang berasa bimbang akan kebajikan anak-anaknya:
“Suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan tiga tahun yang lalu ketika berumur awal empat puluhan. Kami mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah.”

Kami bersyukur kerana mendiang suami saya mempunyai Pelan Pengganti Pendapatan. Wang yang diperolehi daripada polisi tersebut telah digunakan untuk melangsaikan pinjaman rumah.”

“Walaupun begitu, saya masih terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara hidup kami sekeluarga. Oleh itu, saya juga telah membeli Pelan Pengganti Pendapatan untuk melindungi saya jika berlaku kemalangan, kecacatan dan juga kematian ke atas diri saya. Sebagai ibu, saya bertanggungjawab membuat perancangan untuk anak-anak saya.”

income replacement, ganti pendapatan, hibah takaful

Pelan Pengganti Pendapatan

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

7 Kesilapan Kewangan Umum Yang Sering Berlaku Di Kalangan Masyarakat

kesilapan kewangan, belia, anak muda, akpk
Kesilapan kewangan anak muda

7 Kesilapan Kewangan Umum Yang Sering Berlaku Di Kalangan Masyarakat

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.

Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri kita sendiri sudah berapa kali perkataan seperti “Tak Apa lah”, “Nanti La Dulu”, “Tunggu Lepas Kahwin la”, “Kasi Anak Besar dulu”, sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaik-pulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.

Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :

    • Apakah 3 matlamat kewangan anda?
    • Bila jangka masa pencapaiannya?
    • Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.

Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamer?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.

Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 : Perlindungan Takaful atau Insuran yang tidak mencukupi.

Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi

Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.

Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insuran/takaful dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan/perunding takaful bagi mengatasi dilemma pengurusan kewangan anda?

TINDAKAN SUSULAN!
Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan dan ambil tindakan sama untuk merancang sendiri atau membuat temu janji dengan seorang penasihat kewangan atau perunding takaful bertauliah.

——————————————————————————————————————–
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Asas Kesihatan

kos penjagaan, kos kesihatan, kos rawatan perubatan
kos rawatan perubatan di Malaysia

Asas Kesihatan

Insurans perubatan jaminan rawatan pesakit, ringan beban keluarga

TAHAP kesedaran untuk melindungi diri dan keluarga dengan Insuran Perubatan dan Kesihatan (IPK) di negara ini masih rendah jika dibandingkan dengan jiran di selatan tanah air. Keadaan ini didorong faktor kos perubatan yang sangat tinggi di negara berkenaan berbanding Malaysia yang sebahagian besar kos rawatan dan ubat-ubatan masih ditanggung kerajaan.

Walaupun hospital kerajaan mempunyai lebih kepakaran dan kelengkapan namun peningkatan jumlah pesakit yang perlu dirawat menjadikan proses berkenaan mengambil masa yang lama terutama bagi mereka yang disahkan mengalami penyakit kritikal yang memerlukan rawatan segera.

Di sini, IPK iaitu polisi yang melindungi kos rawatan perubatan swasta yang mungkin mahal, seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan, memainkan peranan. Polisi insurans ini juga memastikan anda tidak perlu bimbang mengenai kos penyakit kritikal tetapi juga bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Selain itu, IPK juga membayar sejumlah wang tertentu semasa menjalani rawatan.

Ketua Pegawai Produk dan Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Berhad, Heng Zee Wang (2011), berkata selain kesedaran sejak awal lagi untuk dilindungi IPK, pelanggan perlu tahu butiran penting seperti apa yang mereka mahu lindungi, memahami istilah yang terkandung dalam polisi, tempoh matang atau menunggu, bayaran bersama, tempoh membuat keputusan dan syarat berkaitan.

Malah, tegasnya, tidak cukup dengan minat terhadap polisi insurans itu saja kerana pelanggan juga perlu mengetahui skop perlindungan dan had-had polisi atau pelan berkenaan. Dengan maklumat ini, pelanggan dapat memastikan perlindungan menyeluruh untuk dirinya.

“Sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan polisi insuran, kami sarankan memilih polisi yang asas dan mengikut kemampuan seperti jenis polisi utama yang biasa ditawarkan iaitu Insuran Hospital dan Pembedahan, Insuran Penyakit Kritikal, Insuran Pendapatan Akibat Hilang Upaya dan Insuran Pendapatan Hospital.

“Insurans melindungi pelanggan daripada risiko dan keadaan yang tidak diduga yang boleh meragut nyawa. Oleh itu, adalah penting bagi anda untuk mengetahui jenis insurans yang terdapat di pasaran agar dapat memilih perlindungan yang sesuai,” katanya.

Lazimnya, kata Heng, pelanggan akan berurusan dengan seorang pengantara ketika membeli polisi insurans. Sama ada pengantara itu seorang ejen broker atau penasihat kewangan, ketahuilah perkara penting ketika berurusan dengan mereka untuk memastikan hak sebagai pengguna sentiasa terpelihara. Ini seperti mengetahui senarai panel hospital, cara membuat tuntutan, tarikh luput polisi insuran dan sebagainya.

“Mengenalpasti senarai panel hospital adalah antara perkara utama selain memaklumkan kepada ahli keluarga terdekat mengenai syarikat insuran dan jenis polisi insuran yang melindungi diri anda.

“Di sini, pentingnya hubungan baik antara pemegang polisi dengan ejen atau penasihat kewangan kerana mereka adalah pengantara yang akan menghulurkan sebarang maklumat mahupun bantuan setiap kali diperlukan,” katanya yang menegaskan maklumat dan dokumen lengkap mengelakkan sebarang masalah ketika membuat tuntutan.

Pemegang polisi juga, kata Heng, perlu tahu dan dimaklumkan mengenai pengecualian dalam polisi IPK dan perlu bertanya kepada ejen insuran sekiranya kurang faham. Antara pengecualian itu termasuk syarat pra wajib iaitu tidak mendedahkan masalah kesihatan sedia ada ketika membeli polisi; mengalami masalah mental, peperangan mahupun rusuhan, tempoh menunggu di mana anda tidak layak membuat tuntutan dalam tempoh empat bulan pertama perlindungan kecuali kecederaan akibat kemalangan dan banyak lagi.

Jelasnya, usaha menyedarkan masyarakat mengenai pentingnya perlindungan insuran bukan kerja mudah dan mengambil masa yang lama.

“Membeli insuran bukan seperti membeli barangan di kedai. Polisi insuran adalah jaminan yang dibeli bagi melindungi perkara yang belum pasti bila dan di mana ia berlaku, namun kesedaran awal terhadap kepentingan polisi insuran mampu mengelakkan insiden sudah terhantuk baru nak terngadah.

“Kami di Prudential mengambil langkah drastik dalam usaha memberikan pendedahan awal kepada masyarakat mengenai kepentingan polisi insuran demi masa depan yang lebih terjamin. Bertindaklah awal ketika usia masih muda dan sihat, kerana apabila usia sudah meningkat senja, agak sukar untuk mendapatkan polisi insuran yang sesuai selain harga premium yang ditawarkan agak tinggi,” katanya.

INFO: Panduan membeli insurans dan takaful

    • Pastikan anda membeli daripada syarikat insurans takaful berlesen dan ejen insurans takaful yang sah.
    • Buat perbandingan kadar premium.
    • Fahami had perlindungan, terma dan syarat polisi.
    • Pilih polisi asas dan mampu.
    • Periksa tarikh kuat kuasa insurans dan takaful
    • Isi borang permohonan dengan teliti.
  • Pastikan premium dibayar kepada syarikat insurans takaful dan bukan ejen.
  • Baca dan fahami polisi anda apabila anda menerimanya.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Salah Faham Insurans dan Takaful

takaful, insurance, islamic, syariah compliance
takaful – islamic insurance

Salah Faham Insurans dan Takaful

Mengapa Salah Faham terjadi?

Satu sebab kerana sebelum adanya Investment Link, insurans takaful tradisional mengenakan tempoh matang. Apabila kita mengeluarkan duit sebelum tempoh matang, akan dikenakan faedah. Apabila sampai waktunya tempoh matang, duit yang patut kita terima akan ditolak dengan faedah. Jadi ramai yang ingat insurans/takaful tipu mereka. Dengan Investment Link Prudential BSN Takaful, tiada tempoh matang, duit boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja.(ada syarat mudah)

Jika tak sakit, rugilah saya bayar insurans tiap-tiap bulan

Anggapkan seperti Insurans takaful kereta. Kenapa kita ada insurans/takaful kereta, walaupun mungkin kita tak kan accident & duit tu rugi begitu sahaja. Tapi kita takut kalau terjadinya accident, supaya kerugian ditanggung oleh syarikat insurans takaful. Samalah, jika anda sakit atau kemalangan, mampukah anda bayar bil rawatan yang tinggi? Prudential BSN Takaful akan menanggung bil hospital anda jika anda €”warded€”. Lebih bagus lagi, kami ada MEDICAL CARD, anda tidak perlu bayar-dulu-claim-kemudian. Tunjuk medical card di hospital panel kami, anda akan “warded” tanpa bayaran. Lebih bagus lagi, untuk jangka masa panjang, wang yang anda bayar setiap bulan, akan dilaburkan dan anda akan mendapat pulangannya .

Saya ada “coverage” oleh Majikan

Tahukah anda purata Kanser di Malaysia adalah 1 dalam 4 orang? Apabila kita didiognasis kanser, adakah majikan masih ingin kita bekerja dgn mereka? Jika bukan kanser, dengan kos hospitalize yang tinggi, adakah majikan akan menangguh keseluruhan kos? Adalah lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Lagi-lagi jika anda adalah Penyara Keluarga, pasti anda ingin meninggalkan wang, bukannya hutang, betul kan?

Life Insurance Takaful akan membayar Manfaat Kematian, boleh digunakan untuk menyara isteri dan anak yang ditinggalkan, juga untuk tujuan membayar hutang jika ada. Tambahan pula, jika tunggu hingga bersara, kemungkinan tahap kesihatan pada masa itu akan menyebabkan tiada syarikat insurans takaful yang sanggup ambil risiko untuk insured anda. Premium juga menjadi sangat mahal apabila melewati umur 40 tahun.

Bagaimana pula dengan persoalan berkenaan unsur-unsur gharar (tidak ketentuan)?

Prudential BSN Takaful diawasi oleh Syariah Committee dan mengamalkan “Syariah Compliance”. Dana Prudential BSN Takaful tidak bercampur dengan dana konvensional Prudential. Tidak perlu diragukan.

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Tahu dan sedar; mengapa anda perlukan insurans dan takaful?

insurans, takaful
 

Tahu dan sedar; mengapa anda perlukan insurans dan takaful?

Masyarakat kadang kala bertanya kepada saya – Mengapa mereka perlukan insurans takaful, sedangkan kehidupan mereka sudah selesa? Mereka memiliki pekerjaan atau perniagaan yang sudah mampu untuk menampung perbelanjaan sara hidup keluarga dan usia mereka juga masih muda.

Dalam erti kata lain, mereka tidak yakin dengan konsep insurans takaful, sedangkan kesihatan mereka masih baik dan mereka belum mahu mati lagi.

Kini, masyarakat sudah lama yakin dengan konsep insurans takaful.
Pertama, ingin saya jelaskan disini, insurans takaful hayat bukan insurans takaful kematian. Membeli insurans takaful bukan bermakna anda merancang untuk mati tidak lama lagi!

Sebaliknya, membeli insurans takaful itu bertujuan untuk anda melindungi kewangan keluarga anda, dari kerugian kewangan yang berpunca dari musibah tertentu seperti ditimpa penyakit kritikal atau kemalangan, lumpuh keseluruhan atau meninggal dunia. Bukan mati sahaja.

Kedua, saya tidak perlu menyakinkan anda tentang konsep insurans takaful kerana anda sebenarnya sudah lama yakin dengan konsep insurans takaful tersebut. Seperti pernah saya jelaskan sebelum ini, insurans takaful itu hanyalah satu ‘alat’ untuk anda melindungi kewangan anda. Konsep insurans takaful sedia-ada adalah untuk membantu anda menjamin sumber kewangan yang berterusan dan menutup kerugian kewangan yang berlaku di dalam kehidupan anda.

tahu, sedar, takaful, kategori, insurans
 

Anda mungkin tidak sedar bahawa, anda sebenarnya sudah lama yakin dengan konsep insurans takaful ini. Anda juga tidak sedar, selama ini, pekerjaan anda atau perniagaan andalah yang merupakan ‘insurans takaful’ kepada kehidupan anda. Bagi menjamin sumber kewangan yang berterusan, atau memenuhi keperluan kewangan yang timbul secara mendadak, anda bergantung kepada pekerjaan atau perniagaan yang anda lakukan sekarang.

Sama ada anda terpaksa bangun awal pagi, meredah kesesakan lalulintas atau kerja ‘overtime’ hingga lewat malam, anda lakukan ini semua kerana pekerjaan atau perniagaan anda itu, adalah satu ‘insurans takaful’ bagi anda menjamin sumber kewangan anda.

Sebab itulah saya katakan, saya tidak perlu meyakinkan anda tentang konsep insurans takaful kerana anda selama ini, sebenarnya sudah pun yakin dengan konsep insurans takaful.

Cuma persoalannya sekarang:-
1.Apa akan terjadi kepada kewangan anda apabila anda sudah tidak boleh bekerja/berniaga lagi?
2.Bagaimana anda hendak menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, apabila anda sudah tidak berupaya untuk bekerja/berniaga?

Inilah sebabnya mengapa anda perlu memiliki insurans takaful untuk memperluaskan skop jaminan kewangan yang sudah anda miliki, supaya anda tetap dapat menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, walaupun setelah anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada!

Jika sebelum ini, anda memiliki pekerjaan atau perniagaan sebagai satu jaminan kewangan, maka perluaskan keupayaan anda, dengan memiliki insurans/takaful sebagai satu jaminan tambahan. Ini supaya, di saat anda sudah tidak boleh bekerja, keluarga anda masih boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, dengan adanya bantuan kewangan dari insurans/takaful.

Daripada anda membiarkan keluarga anda hidup sengsara, meminta-minta daripada orang lain, hingga kadangkala terpaksa menjual maruah diri untuk menyara anak-anak, bukankah lebih baik jika anda mula memiliki insurans takaful dari sekarang?

Masyarakat selalu mudah berkata, tidak perlu risau kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Pungutan Zakat dan Baitul Mal ada untuk membantu mereka. Mereka menyangka ketiga-tiga organisasi ini, akan dapat menyelesaikan semua masalah kewangan yang mereka hadapi, di saat mereka sudah tidak boleh bekerja lagi.

Tetapi hakikatnya, berapa banyakkah sumbangan yang mereka akan terima? RM150 sebulan? RM300 sebulan? Adakah ianya mencukupi utk menampung keperluan harian keluarga?

Inilah hakikat kehidupan yang anda seringkali lupa dan mereka yang sudah menerima bantuan badan kebajikan pun, masih hidup meminta-minta di dalam media massa kerana bantuan sumbangan yang diterima tidaklah seberapa, sekadar cukup untuk keperluan asas sahaja.

Kesimpulan:
Anda perlu terima hakikat bahawa musibah boleh menimpa tanpa mengira usia dan anda perlu melakukan sesuatu sebagai persediaan menghadapi apa jua kemungkinan didalam kehidupan anda.

Memiliki insurans takaful merupakan cara terbaik anda memperluaskan skop jaminan kewangan yang sudah anda miliki dari pekerjaan atau perniagaan anda.

Bukan sahaja insurans takaful dapat menyediakan duit sara hidup di saat anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada, ia juga dapat membantu anda menunaikan tanggungjawab anda terhadap keluarga tersayang.

Petikan artikel dari Ringgit & Sen (Siri Belajar Insurans) 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
error: Content is protected !!