![]() |
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja |
Cara-cara urus tuntutan duit KWSP selepas kematian pemilik.
Apabila ahli KWSP meninggal dunia, penama, wasi, pentadbir, atau waris terdekat kepada ahli itu boleh memohon untuk mengeluarkan simpanan si mati, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.
Bagi ahli yang ada penamaan, penama boleh memohon mengeluarkan simpanan ahli dengan syarat penama telah mencapai umur 18 tahun. Jika belum cukup umur, penjaga boleh mengemukakan permohonan dan surat rayuan.
Surat rayuan ini perlu menyebut alasan kepada permohonan itu, iaitu kenapa simpan itu perlu dikeluarkan sedangkan penama masih belum cukup umur. Sama ada permohonan diluluskan atau tidak, terserah kepada budi bicara KWSP.
Apa pula yang akan berlaku jika penama itu meninggal dunia sebelum atau selepas ahli itu mati? Bagi menjawab soalan ini, ada dua keadaan. Pertama, jika ahli beragama Islam dan kedua jika bukan Islam.
Bagi ahli beragama Islam, jika penama meninggal dunia sebelum atau selepas ahli itu mati, maka waris terdekat ahli yang meninggal dunia itu yang layak memohon. Ini disebabkan penama bertindak sebagai wasi atau pentadbir kepada simpanan KWSP ahli itu.
![]() |
Status Penama KWSP |

Panduan Memupuk Tabiat Menabung
Inilah antara panduan dan cara mudah untuk kita menabung, lebih-lebih lagi kita yang susah sangat untuk menyimpan

WASIAT, NAMPAK KELEBIHAN DAPAT KELEBIHAN
Fahami fungsi instrument perancangan pusaka, wasiat, hukum faraid dan undang-undang pusaka

20 Mitos Tentang Takaful Yang Popular dan Menyeramkan Orang Ramai
Kalau kita tidak tahu hakikat sebenar, kita yang RUGI.

5 Perkara Wajib Yang Anda Perlu Tahu Jika Menulis Wasiat.
Buat apa buat wasiat kalau boleh ditentang?
Borang Quotation










Views: 283