Mengapa Wanita Berkahwin Perlukan Insurans Takaful?

Takaful untuk wanita

Mengapa Wanita Berkahwin Perlukan Insurans Takaful?

Salah satu sebab utama mengapa wanita berkahwin enggan membeli insurans takaful hayat adalah kerana mereka tidak mahu melihat suami menggunakan pampasan insurans takaful, untuk berkahwin lain setelah kematiannya. Pada mereka, membeli insurans takaful hanya akan `memudahkan’ si suami berkahwin dengan wanita lain dan sekiranya ini berlaku, maka putuslah sudah kasih sayang antara mereka berdua.

Dari pengalaman saya, inilah antara dilema yang banyak melanda hati wanita berkahwin dan walaupun kerisauan tersebut hanyalah satu perasaan kecil, saya cukup menghormati perasaan mereka itu.

Tetapi, terus-terang saya katakan, jika puan enggan memiliki insurans takaful hayat hanya kerana sebab di atas, puan sebenarnya telah melakukan kesilapan besar kerana banyak perkara penting yang puan terlupa untuk pertimbangkan.

Suami Bukan Penerima 100%
———————————-
Ramai wanita tidak tahu, apabila penamaan waris dibuat ke atas polisi insurans takaful milik orang Islam, individu yang dinamakan itu bukanlah penerima pampasan 100%, sebaliknya beliau hanyalah seorang `wasi’ atau pemegang amanah ke atas harta pusaka yang ditinggalkan.

Segala harta pusaka yang wujud dari polisi insurans takaful tersebut, perlu dibahagi-bahagikan mengikut sistem pembahagian pusaka Islam dan hukum Faraid. Dalam erti kata lain, setiap pewaris puan ada hak mereka terutamanya untuk anak-anak tersayang dan individu yang dinamakan sebagai pemegang amanah itu, perlu memastikan kesemua pewaris yang ada, mendapat hak mereka, walaupun mereka di bawah umur.

Mengikut hukum faraid, jika puan tidak mempunyai anak, hak suami adalah 1/2 dan jika mempunyai anak, hak suami hanyalah 1/4 sahaja. Jumlah ini agak kecil jika dibandingkan dengan baki lebihan (75%) yang akan diwarisi oleh ibubapa dan anak-anak puan (mengikut nisbah tertentu).

Jika puan tidak percayakan suami, puan boleh melantik Amanah Raya Berhad sebagai pemegang amanah supaya puan dapat pastikan, pembahagian pusaka dibuat secara adil nanti.

Dan sekiranya puan enggan membenarkan suami mendapat se-sen pun dari polisi insurans takaful puan (enggan dibahagi mengikut hukum faraid), puan sebenarnya boleh melakukan `hibah’ (pemberian hadiah ketika masih hidup) untuk diberikan terus kepada anak-anak puan.

Banyak pilihan yang puan miliki sebenarnya dan segala kehendak puan itu boleh dipenuhi jika puan berurusan dengan penasihat insurans takaful professional. Persoalannya mengapa isu `takut suami kahwin lain’ dijadikan alasan untuk tidak membeli insurans takaful, sedangkan puan memiliki pewaris lain (terutamanya anak-anak) yang perlu puan fikirkan akan kebajikan dan masa depan mereka?

Insurans Takaful Hayat Adalah Insurans Takaful Kehidupan
—————————————————————————-
Ramai wanita menyangka insurans hayat adalah insurans takaful kematian kerana pampasan hanya diberi apabila mereka meninggal dunia sahaja.

Insurans takaful hayat sebenarnya adalah satu insurans takaful `kehidupan’ yang bertujuan untuk melindungi keperluan asas puan semasa puan masih hidup. Jika puan meninggal dunia, ia akan melindungi keperluan asas pewaris puan yang masih hidup pula, terutamanya anak-anak.

Membeli insurans takaful bukan bermakna puan merancang untuk mati kerana ajal maut itu kerja Tuhan, bukan kerja penasihat insurans takaful. Sebagai wanita bijak, puan sepatutnya tahu perkara ini.

Tidak kira samada puan bekerja atau seorang surirumah sepenuh masa, gunakanlah insurans takaful untuk melindungi kebajikan puan selagi masih hidup. Insurans takaful adalah satu cara paling berkesan untuk mewujudkan wang sara hidup ketika puan sudah tidak berupaya, samada akibat menghidap penyakit kritikal atau menjadi lumpuh keseluruhan.

Jika puan masih sihat, masih segar dan masih anggun seperti sekarang pun, puan sudah takut suami akan berkahwin lain, bagaimana pula ceritanya jika semalam puan sudah hilang keupayaan sepenuhnya? Selama mana agaknya kesetiaan suami puan akan bertahan? Sejauh mana beban kewangan yang sanggup suami puan tanggung? Bukan niat saya untuk mempersoalkan kesetiaan suami puan, tetapi bukankah puan sendiri yang takut melihat suami berkahwin lain, pada asalnya?

Jika suami berkahwin lain setelah puan meninggal dunia, puan mungkin tidak akan berasa apa-apa. Tetapi saya cukup risau jika puan ditinggalkan atau diceraikan begitu sahaja setelah puan tidak berupaya. Saya risau kebajikan puan diabaikan setelah suami berkahwin lain sedangkan puan masih lagi hidup bersamanya. Sudahlah puan terpaksa menanggung derita akibat hilang keupayaan yang dialami, menjadi lumpuh tanpa sumber pendapatan yang berterusan amat perit untuk puan tanggung seorang diri.

Inilah realiti sebenar yang pernah berlaku ke atas sesetengah wanita. Mereka ditinggalkan atau diceraikan begitu sahaja setelah mereka mengalami hilang keupayaan. Derita yang ditanggung akibat diceraikan lebih teruk dari derita hilang keupayaan itu sendiri. Sebab itulah puan perlu memiliki insurans takaful untuk melindungi masa depan puan sepanjang hayat.

Di dalam hal kebajikan sendiri, jangan terlalu bergantung atau serahkan tanggung-jawab ini sepenuhnya kepada suami. Sebaliknya, bertindak bijak-lah dengan memastikan urusan kebajikan puan menjadi tanggung-jawab puan sendiri. Insurans takaful hayat hanyalah satu cara (kaedah) untuk membantu puan melaksanakan tanggung-jawab tersebut dengan berkesan, walaupun pada zahirnya, puan dianggap sebagai kaum wanita yang `lemah’.

*artikel from Majalah Mingguan Wanita*

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 3

Biar Kami Bayar Kos Rawatan Hospital

Biar Kami Bayar Kos Rawatan Hospital Anda

Pernahkah anda terfikir, sekiranya berlaku kecemasan di mana anda, pasangan atau anak anda, jatuh sakit atau ditimpa kemalangan, bagaimana anda menguruskan kecemasan itu? Apakah persediaan yang sudah anda lakukan?

 

BAGAIMANA KALAU ANDA PERLUKAN RAWATAN SEGERA?

Saya cuma nak mengingatkan anda yang penyakit dan kemalangan itu boleh berlaku bila-bila masa, tak kira usia. Walaupun hakikat ini pahit untuk ditelan, tapi saya terpaksa mengingatkan anda juga!

Dalam kehidupan sekarang, dengan kualiti udara dan air yang kotor, barang makanan & minuman yang penuh dengan bahan pengawet, sistem penternakan & perladangan yang penuh dengan penggunaan bahan kimia, tabiat buruk seperti merokok, tidak bersenam serta cara pemakanan yang tidak sihat dan berlemak, tidak hairanlah ramai orang mudah jatuh sakit hari ini, tak kira tua atau muda.

Mungkin selama ini anda menyangka, anda tidak perlu buat persediaan kerana semua itu tidak akan berlaku. Jika ia berlaku pun, anda menyangka anda boleh menanganinya dengan mudah. Hospital kerajaan berlambak, majikan pun ada. Kawan-kawan ramai, mereka pasti boleh tolong punya.

Saya bukan kata hospital kerajaan tak bagus. Cuma dalam keadaan di mana anda perlukan rawatan segera, hospital kerajaan MUNGKIN bukan satu pilihan yang baik kerana anda terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan. Paling malang sekali, jika anda diminta tunggu giliran 2-3 bulan untuk rawatan penyakit kritikal seperti kanser dan sebagainya. Maklum sajalah, hospital murah, berderet orang nak masuk sana, yang jauh lebih kritikal dari keadaan anda. Nak tak nak, terpaksa jugak bawak ke hospital swasta untuk dapatkan rawatan segera.

Kos perubatan di hospital swasta hari ini, sangat mahal terutamanya kos rawatan penyakit merbahaya. Kadangkala sampai boleh mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit. Dan apabila anda menghadapi masalah sedemikian rupa, saya pasti fikiran anda sendiri berkecamuk – mana nak cari duit sebanyak itu?

 


Nak meminjam dari bank, interestnya tinggi dan pinjamannya pula terhad. Nak pinjam dari kawan, setakat 100-200 mungkin boleh, tapi kalau dah berpuluh ribu, siapa yang sudi pinjam?Nak jual rumah dan kereta, itu sajalah harta yang ada, kalau dijual, terjejas pula kehidupan sedia ada. Nak mohon belas kasihan orang, belum tentu ada sesiapa yang sudi menolong, itu pun kalau masalah kita dapat perhatian orang. Kebanyakan orang buat tak tahu atau sekadar beri sikit sikit sahaja, sekadar dapat tampung keperluan asas sahaja. Nak minta bantuan badan kebajikan, mereka pun tak mampu nak beri banyak sebab banyak lagi permohonan lain yang perlu dibantu juga. Saya percaya, anda pasti pening kepala, bila menghadapi dilema sedemikian rupa!

Sebelum saya mula bercerita – Kalau ada orang tolong bayarkan kos perubatan hospital anda, anda suka tak? Duit deposit hospital, surat jaminan 24jam, bil perubatan hospital, semuanya saya tolong uruskan, anda suka tak?Kalau anda suka, baguslah kerana itulah khidmat saya. Kebanyakan orang sangka saya ini macam jual barang. Sebab tulah ramai yang buat tak tahu atau tak buat apa apa.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal!! 🙂

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
=

Views: 2

SyaihanSirotin.com Hai, tekan loceng untuk terima promosi dan update dari website ini :-)
Dismiss
Allow Notifications