Mitos Tentang Takaful Yang Perlu Diperbetulkan

 

Mitos Tentang Takaful yang Perlu Diperbetulkan

Dalam dunia yang semakin kompleks ini, kita sering kali terdedah kepada pelbagai maklumat yang salah atau kurang tepat, terutamanya apabila melibatkan topik yang penting seperti takaful. Sayangnya, masih banyak mitos mengenai takaful yang berlegar-legar di kalangan masyarakat kita. Sebagai seorang yang prihatin, saya merasa kecewa melihat betapa ramai yang terpedaya dengan mitos-mitos ini. Mari kita teliti beberapa mitos yang perlu kita perbetulkan segera.

Mitos 1: Takaful Hanya untuk Orang Kaya

Ini adalah salah satu mitos yang paling mengecewakan. Ramai beranggapan bahawa takaful hanya sesuai untuk mereka yang berpendapatan tinggi. Hakikatnya, takaful adalah untuk semua, tanpa mengira tahap pendapatan. Objektif utama takaful adalah untuk melindungi diri dan keluarga kita daripada risiko kewangan yang tidak dijangka. Pelbagai pelan takaful disediakan untuk memenuhi keperluan dan kemampuan individu, jadi tiada alasan untuk tidak mempertimbangkan perlindungan takaful.

Mitos 2: Takaful Sama Seperti Insurans Konvensional

Walaupun takaful dan insurans konvensional mempunyai objektif yang sama, iaitu untuk memberikan perlindungan kewangan, cara kedua-duanya beroperasi adalah berbeza. Takaful berasaskan prinsip kerjasama, tanggungjawab bersama, dan saling bantu-membantu, selaras dengan prinsip Syariah. Dana peserta digunakan untuk membantu peserta lain yang memerlukan, manakala dalam insurans konvensional, syarikat insurans mengambil risiko dan keuntungan. Penting untuk kita memahami perbezaan ini supaya kita dapat membuat pilihan yang lebih bijak.

Mitos 3: Proses Tuntutan Takaful Sangat Rumit

Sebilangan orang menganggap bahawa membuat tuntutan takaful adalah satu proses yang rumit dan memakan masa. Ini tidak benar. Syarikat takaful kini semakin komited untuk memperbaiki proses tuntutan mereka agar lebih mudah dan pantas. Malah, kebanyakan syarikat takaful menawarkan khidmat pelanggan yang berdedikasi untuk membantu peserta sepanjang proses tuntutan. Jadi, jangan biarkan mitos ini menghalang anda daripada mendapatkan perlindungan yang diperlukan.

Mitos 4: Takaful Tidak Menguntungkan

Ada juga yang berpendapat bahawa takaful tidak memberikan pulangan yang baik. Ini adalah salah faham yang perlu diperbetulkan. Selain daripada perlindungan, pelan takaful juga menawarkan elemen simpanan dan pelaburan. Dengan pengurusan yang bijak dan pemilihan pelan yang tepat, takaful boleh memberikan pulangan yang berbaloi dalam jangka masa panjang.

Kesimpulan

Adalah penting untuk kita sebagai masyarakat yang berinformasi untuk tidak mudah terpengaruh dengan mitos-mitos yang tidak berasas ini. Takaful adalah satu instrumen kewangan yang penting dan bermanfaat jika kita memahami dan menggunakannya dengan betul. Jangan biarkan kekeliruan menghalang kita daripada melindungi diri dan orang yang tersayang. Mari kita sebarkan maklumat yang tepat dan memperbetulkan segala salah faham tentang takaful.

Facebook
X
LinkedIn
Telegram
Threads
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Views: 4

11 TIPS BAGAIMANA GUNA MEDICAL CARD ANAK

Musibah boleh berlaku bila-bila masa sahaja

11 TIPS BAGAIMANA GUNA MEDICAL CARD ANAK

Banyak yang whatsapp tanya mengenai bagaimana nak uruskan kemasukan anak yang sakit ke hospital swasta menggunakan medical card. Ok meh saya share tips-tips nya.

1. Utamakan kesihatan, bukan claim. Maksudnya, janganlah disebabkan kita nak claim semata- mata (sebab kalau warded saja baru boleh claim dari medical card) menyebabkan kita bertangguh nak bawa anak kita untuk dapatkan rawatan awal.

2. Monitor keadaan anak di rumah. Kalau boleh, jangan hantar ke taska sebab boleh berjangkit dengan Didi & Friends dia pula. Seeloknya, stand by satu thermometer untuk kanak-kanak dekat rumah, boleh rekod suhu badan. Pastikan boleh feeding. Monitor untuk simptom yang lain.

3. Bawa ke klinik berhampiran untuk diperiksa oleh doktor. Jangan terus bagi baki antibiotik yang dah lama mereput dalam peti ais tu. Kita bukan tahu ianya sesuai atau tak. Dapatkan nasihat dari pegawai perubatan. 

4. Kalau nak cepat dan mudah, memang kebanyakan parents akan bawa ke klinik swasta dulu. Jika ada panel klinik yang majikan tanggung, kuranglah beban nak bayar bil kan. Tak apa, anak ni rezeki dan amanah, keluar duit sikit untuk kebajikan dia. Nanti akan diganti dengan rezeki lain.

5. Jika doktor kata anak ok dan tak perlu rujukan ke hospital, alhamdulillah. Maksudnya keadaan masih terkawal, tak perlu admit ke wad. Salah konsep nak anak masuk wad semata- mata boleh claim dan tak rugi rasa bayar medical coverage. Kesian tengok tangan dia yang bambam nanti kena cucuk unnecessarily. Bertabahlah mak ayah !

6. Tapi, andainya keadaan memaksa anak untuk diwadkan supaya rawatan lebih baik boleh diberikan, takda la kita rasa terbeban pulak memikirkan bil yang akan ditanggung nanti kan? Do the best we can so that anak ni boleh dapatkan yang terbaik. Antara indikasi kebiasaan untuk kemasukan anak ke wad adalah poor feeding, lemah, irritable, dehydrated, demam berpanjangan, dan lain- lain lagi.

7. Doktor di klinik akan tuliskan memo atau surat rujukan pada hospital sekiranya pada pandangan profesional beliau, anak tu perlu mendapatakan rawatan yang lebih. Ada surat tu akan memudahkan urusan kemasukan ke wad dan proses memohon Guarantee Letter dari syarikat insurans atau takaful anda.

8. Bukan semata- mata ada medical card saja sewenang- wenangnya boleh admit ya. Sebab kejap lagi kalau terus ke hospital dan doktor decide tak perlu admit, bil tu anda kena setel sendiri dan tak boleh claim. 😅 Dan kalau semua orang terus ke hospital untuk kes bukan kecemasan akan menambahkan kesesakan di hospital sebagai tertiary centre.

9. Pack barang siap-siap just in case kena admit. Takde la kena patah balik semula untuk pack barang kan.

10. Seeloknya, hubungi agen anda supaya beliau boleh bantu terangkan proses mengikut syarikat dan plan masing- masing. Kalau dengan medical card yang saya ambil untuk anak ni, sebarang bil klinik sebelum kemasukan ke wad boleh claim semula. Akan dikira sebagai pre- hospitalisation treatment. Just bagi resit dan isi borang claim. So, tak ada masalah.

11. Setelah doktor decide untuk admit, follow arahan seterusnya dari staf. Mungkin kena buat beberapa test dahulu. Biasanya, staff akan minta anda tunggu sebentar sementara doktor isi borang insurans dan periksa bilik availability. Tunggu pengendali takaful terima request for Guarantee Letter dan approve.  Kemungkinan anda masih perlu memberikan deposit sendiri juga antara rm300-500 bagi menanggung bil bukan perubatan. Tapi ianya bergantung pada hospital dan plan yang anda ambil. Macam saya hari tu, hospital meminta RM300 dimana saya dipulangkan semula RM288 selepas ditolak yuran pendaftaran. Ok la, bil RM4000 lebih kot !

Lagi sekali, jangan concern sangat pasal bil rawatan anak. Ambil tahu apa yang boleh dituntut dan apa yang tidak. Mohon bantuan agen anda untuk terangkan proses semula dan assist anda. Agen mesti akan cuba yang terbaik untuk bantu anda. 

Kenapa approve time lambat sedikit? Sebab company minta dokumen lain yang tidak dihantar bersama iaitu surat rujukan. Jangan gelabah kalau lambat approve. Selalunya sebab ada maklumat lain yang syarikat minta dari hospital.

Bila dah boleh discaj nanti, FINAL GUARANTEE LETTER pula akan menyusul dengan total kos dia.

UTAMAKAN KESIHATAN, bukan CLAIM. 😘

 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Views: 16

Tips memilih Insurans atau Takaful

Photo by Adrianna Calvo from Pexels

Tips memilih Insurans atau Takaful

Sesetengah orang membeli ins/takaful secara melulu, tanpa menilai dahulu apakah faedah ins/takaful yang mereka perlukan. Adakalanya faedah ins/takaful yang dibeli, bertindih dengan faedah kewangan sedia ada. Dan adakalanya , mereka membeli ins/takaful tanpa memahami apakah faedah kewangan yang terkandung di dalam polisinya. Pada mereka, asalkan ada ins/takaful, cukuplah.

Sesungguhnya, jika kita ambil mudah dan tidak berusaha untuk memahami kandungan polisi ins/takaful yang dimiliki, kita mungkin akan menghadapi masalah kewangan di kemudian hari.

Semak faedah kewangan sedia ada sebelum membeli ins/takaful hayat. Buatlah penilaian terlebih dahulu. Kita perlu menyelidik apakah faedah kewangan yang sudah diperoleh sedia ada daripada majikan atau majikan pasangan.

Dengan membuat penyata faedah kewangan, kita dapat melihat sendiri sejauh mana kewangan kita sudah dilindungi, dan mengenalpasti kelemahan lain yang terdapat dalam perancangan kewangan kita.

Bagaimana untuk memilih?

Secara umumnya, faedah-faedah ins/takaful yang terdapat di pasaran sekarang adalah seperti berikut:-

1. Faedah sara hidup jika meninggal dunia
2. Faedah sara hidup jika mengalami hilang upaya kekal
3. Faedah sara hidup jika menghidapi penyakit kritikal
4. Faedah kemalangan jika meninggal atau hilang upaya
5. Faedah kemalangan jika hilang anggota
6. Faedah elaun mingguan akibat kemalangan
7. Faedah elaun harian hospital
8. Faedah perubatan dan pembedahan hospital

Faedah ins/takaful perlu dibuat berdasarkan jenis keadaan yang bagaimana boleh menyebabkan kita mengalami kerugian kewangan yang paling kritikal? Dalam erti kata lain, jenis musibah yang bagaimana boleh menyebabkan anda ditimpa bencana kewangan yang paling teruk, hingga menggugat kehidupan seharian.

Tips untuk memilih

1. Lindungi keperluan asas terlebih dahulu. Satu cara paling efektif untuk melindungi keperluan asas adalah dengan melindungi sumber pendapatan, iaitu gaji bulanan atau hasil perniagaan. Dengan melindungi sumber pendapatan anda, keperluan asas seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan dapat disediakan berterusan. Jika tidak dilindungi secukupnya, kehidupan boleh bertukar sengsara.

2. Jangan bazirkan wang melindungi perkara kecil yang boleh ditanggung sendiri atau sudah ditanggung oleh majikan. Gunakan insurans/takaful untk melindungi perkara-perkara besar yang boleh menyebabkan kita mengalami bencana kewangan. Sebagai contoh, melindungi kewangan kita daripada kos perubatan hospital lebih penting daripada kos perubatan klinik. Ini kerana bil klinik biasanya kecil sahaja dan sudah ditanggung majikan atau mampu ditanggung sendiri

Renung-renungkan dan selamat beramal 😉

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Views: 4

error: Content is protected !!