Suatu Ketika…Main Sama-Sama, Sekarang Tidak Lagi…

zaman kanak-kanak
Zaman kanak-kanak

Suatu Ketika…Main Sama-Sama, Sekarang Tidak Lagi…


Masa kecil-kecil…main sama-sama.
Bergaduh sesama adik beradik itu biasa…
Tak sampai berapa minit, berbaik semula…main semula.

Sama-sama main kejar-kejar atas tanah ayah, halaman rumah ayah.
Masing-masing sayang mak ayah.
Ikut cakap mak ayah.

Waktu tu… kalau mak ayah pesan supaya;
ā€œJangan gaduh-gaduh… Bila mak ayah tak ada nanti,
Tolong jaga adik, jaga abang, jaga kakak ya…”

Semua akan jawab…

ā€œBaik, mak… Kami akan ikut cakap makā€
ā€œBaik ayah, kami akan ikut pesan ayahā€

Tapi kenapa lepas ayah pergi…. jadi lain.
Kenapa lepas mak pergi…. jadi lain.

Dulu…
Atas tanah ini lah tempat meriahnya bermain berkejaran bergelak ketawa.

Dulu…
Atas pangkin rumah ini lah tempat abang, adik dan kakak berkumpul adik beradik, mengubat rindu mak ayah.

Dulu…
Di halaman inilah semua bekerjasama bergotong royong,
Tolong mak ayah bersihkan daun-daun kering,
Berlari-lari tolong mak ayah tangkap ayam untuk dibuat sembelih.

Kini…
Masing-masing dah malas nak bertegur sapa,
Asal bertegur sapa saja… bergaduh pasal harta.
Masing-masing dah tak nak bertembung muka,
Hanya kerana tanah sekangkang kera,
Hanya kerana sebuah kereta buruk,
Hanya kerana sedikit wang dalam akaun simpanan,
Langsung bergaduh adik beradik.

ā€œAbang Long tak kira… Abang Long nak bahagian Faraid abang, tapi hutang arwah ayah tu kira ayah dengan Tuhan laa…. Abang tak nak bertanggungjawabā€. – Kata Abang Long.

ā€œKalau abang Long kata macam tu, Angah sebagai anak lelaki pun nak bahagian Angah jugak. Kereta tu korang boleh pakai, Angah tak nak. Tapi Angah nak jugak nilai kereta tu ikut Faraid.ā€ – Kata Angah.

ā€œTapi… rumah dan tanah ni dulu ayah pernah cakap, supaya bagi kat Kak Lang, sebab Kak Lang tak ada suami… ibu tunggal… tak ada keluarga. Kan masa tu korang semua dah setujuā€. – Kata Kak Lang

ā€œItu masa ayah ada, Kak Lang…. masa tu lain. Sekarang adik nak pakai duit untuk business adik ni. Adik ada banyak hutang sana sini nak bayarā€. – Kata adik bongsu lelaki pula.

ā€œDuit dalam akaun Tabung Haji arwah ayah tu Kak Chik punya. Kak Chik yang masukkan duit tiap-tiap bulan, untuk ayah pergi haji. Korang mana ada bagi apa pun. Kak Chik berhak dapat balik. Itu duit titik peluh Kak Chikā€œ – Kata Kak Chik pula.

Banyak lagi realiti kehidupan.
Tak mengenal panjangnya serban, mahupun labuhnya hijab.

Tak mengenal akrabnya pertalian, mahupun pernah tidur sebantal.

Dulu lain, sekarang jadi lain.
Bukan masalah Faraid,

Tetapi…

MASALAH MANUSIA…

Masalah manusia yang tidak sempat merancang?

ATAU

Masalah waris yang tidak sepakat?

😭😭😭😭

PM untuk khidmat perancangan dan pengurusan pusaka.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
error: Content is protected !!
Verified by MonsterInsights