Prosedur Tukar Nama Geran Kereta Motor Pemilik Yang Meninggal Dunia

prosedur tukar nama
Tukar nama geran kereta motor
 

Prosedur Tukar Nama Geran Kereta Motor Pemilik Yang Meninggal Dunia

 
Individu yang mahu menukar hakmilik kereta atau motorsikal daripada nama asal pemilik (owner) geran kenderaan yang telah meninggal dunia perlu mengikut prosedur ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
 
Pertukaran pemilikan kenderaan tersebut perlu dibuat sekiranya kenderaan itu menjadi kegunaan harian pengguna sekarang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
 
Selain membolehkan pembaharui cukai jalan dibuat dan perlindungan insuran sepenuhnya ketika menggunakan kenderaan tersebut di jalan raya.
 
Sebagai peringatan, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya cukai jalan tamat tempoh tetapi kenderaan tersebut masih digunakan di atas jalan raya.
 
Pusaka Kenderaan & JPJ
 
Pemilik Kenderaan Meninggal Kurang dari 3 Tahun
 
Pembaharuan roadtax bagi kenderaan yang pemiliknya meninggal dunia hanya boleh diperbaharui sekali sahaja dalam tempoh 6 bulan oleh waris. Pembaharuan hanya boleh dibuat di kaunter JPJ sahaja (Tak boleh perbaharui di pejabat pos dan MYEG).
 
Selepas 6 bulan tamat, pembaharuan roadtax hanya boleh dibuat atas budi bicara JPJ, maksima selama 3 tahun. Dalam tempoh 3 tahun ini, waris perlu menyelesaikan pertukaran hakmilik kenderaan. Selepas 3 tahun pemilik meninggal dunia, roadtax tidak lagi boleh diperbaharui kecuali apabila hakmilik telah bertukar..
 
Pemilik Kenderaan Meninggal Lebih dari 3 Tahun
 
Jika masih ada pinjaman, waris perlu menyelesaikan pinjaman kenderaan itu dahulu. Jika pinjaman sudah selesai atau tiada pinjaman baru boleh tukar hakmilik. Selepas selesai tukar nama, boleh perbaharui insurans dan roadtax seperti biasa.
 
Proses Tukar Nama/Hakmilik Pemilik Meninggal Dunia
1. Selesaikan dahulu pembahagian harta
 
Kenderaan pemilik yang telah meninggal dikira sebagai harta pusaka. Perlu proses penurunan kuasa mentadbir terlebih dahulu sebelum pertukaran nama/hakmilik boleh dibuat. Salah satu dari dokumen samada dari Mahkamah Tinggi / Pejabat Pesaka Kecil / Amanah Raya Berhad di perlukan untuk memulakan proses pertukaran nama/hakmilik pemilik meninggal dunia. Adalah antara berikut  :

* Surat Geran Probet (Grant of Probate)

* Surat Kuasa Pentadbir/Wasi Pusaka 

* Perintah Pengagihan

2. Ujian Puspakom
 
Seterusnya, anda memerlukan geran asal atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) untuk ujian kenderaan Puspakom.

3. Buat Insurans Kenderaan atas Nama Pemilik Baru

Sebelum ke JPJ untuk proses tukar nama, pastikan anda beli insurans kenderaan dahulu atas nama pemilik baru. Jangan lupa bagitahu ejen insurans kereta dalam proses tukar nama.

4. Proses Tukar Nama
 
Anda dinasihatkan hadir sendiri di JPJ untuk urusan tukar nama. Boleh juga  menggunakan wakil.

5. Buat Roadtax

Setelah dapat geran baru, boleh terus bayar roadtax di kaunter JPJ. Selesai.
 
Nota : JPJ hanya benarkan satu nama saja untuk di daftar tidak seperti hartanah dan rumah.

Sumber dan maklumat lengkap boleh layari di https://www.mysumber.com/tukar-milikan.html

———————————————————————————————————————

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

SANGGUPKAH JADI PENTADBIR?

pentadbir atau wasi
 

SANGGUPKAH JADI PENTADBIR?

Bila tak merancang pusaka ianya bakal membebankan waris-waris untuk uruskan.

Bagaimana?

1. Waris perlu senaraikan semua aset-aset dan hutang yang ada. Dah dapat senarai perlu cari dokumen original tentang aset-aset tersebut. Kalau melibatkan hartanah perlu buat land search di mana hartanah tu berada.

2. Waris perlu buat kiraan dan anggaran untuk nak menentukan nilaian harta bagi nak mohon surat kuasa samada di Pejabat Pusaka Kecil, Mahakamah Tinggi atau Amanah Raya Berhad.

3. Waris perlu melantik salah seorang individu untuk menjadi seorang pentadbir. Kerja pentadbir bukan kerja mudah. Waris tu sendiri ada kerja dia selagi hidup, nak ditambah pulak dengan kerja sebagai pentadbir pusaka.

4. Bila dah lantik sesama waris pentadbir tersebut perlu buat permohonan untuk nak lantik dirinya sebagai pentadbir atas persetujuan waris-waris lain.

5. Kalau melibatkan kes Mahkamah tinggi perlu dapatkan khidmat peguam pulak.

6. Bila dah buat permohonan tunggulah si pentadbir untuk dapatkan perintah surat kuasa.

7. Dah dapat surat kuasa apa nak kena buat? Inilah permulaan kerja-kerja pentadbir untuk uruskan segala macam peninggalan harta pusaka si mati.

Biasa dengar pentadbir ‘give up’?

Ada dengar pentadbir buat kerja tak selesai-selesai?

Pernah jumpa kes pentadbir meninggal separuh jalan sebelum urusan pusaka selesai?

Harta kita tanggungjawab kita, buatlah perancangan pusaka sendiri.

Lantik lah wasi yang berkelayakan dan profesional yang mampu uruskan pusaka kita dengan sempurna.

Ada yang berpengalaman pernah jadi pentadbir? Berapa tahun baru selesai urusan pusaka secara keseluruhan?

Urustadbir pusaka melibatkan MASA, TENAGA dan WANG RINGGIT serta dapatkan KERJASAMA sesama WARIS.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

KERJASAMA WARIS BAGI MENGURUSKAN HARTA PUSAKA

konflik waris
Konflik Waris

[ KERJASAMA WARIS BAGI MENGURUSKAN HARTA PUSAKA ]

Dalam pentadbiran pusaka kerjasama daripada ahli waris amatlah penting bagi melancarkan pentadbiran harta pusaka.
Waris-waris perlulah menyediakan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh pihak wasi/pentadbir yang dilantik untuk proses permohonan surat kuasa dan sijil faraid.
Prosedur pertama yang wajib dilalui adalah permohonan sijil faraid (bagi muslim) di mahkamah syariah dan surat kuasa mentadbir atau probate di mahkamah tinggi sivil.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan Sijil Faraid di mahkamah Syariah dan permohonan surat kuasa mentadbir di mahkamah tinggi atau unit pusaka kecil pejabat tanah adalah Senarai harta terkini yang ditinggalkan beserta dokumen sokongan beserta jumlah, senarai hutang termasukcukai pendapatan, zakat, haji yang belum ditunaikan dan fidyah puasa, salinan kad pengenalan atau surat beranak setiap waris faraid.
Jika salah seorang waris telah meninggal dunia sebelum si mati maka salinan sijil kematian diperlukan sebagai bukti kematian dan salinan sijil nikah. Bagi permohonan sijil Faraid ada negeri yang perlukan laporan penilaian hartanah daripada penilai berdaftar.
Kegagalan menyediakan dokumen-dokumen diatas meyebabkan proses permohonan tersebut didak berjalan lancar.
Pembaca-pembaca semua dinasihat untuk menyimpan dokumen-dokumen berkenaan dengan baik dan silalah berkongsi maklumat tersebut dengan pasangan masing-masing supaya apabila kita maka tiada suami/isteri tidak susah mencari maklumat-maklumat tersebut.
Oleh Puan Amna Fazillah (Naib Presiden as-Salihin Trustee Berhad)

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

7 Sebab Utama Harta Pusaka Dibekukan Yang Patut Anda Ambil Tahu.

“SEBAB UTAMA HARTA PUSAKA DIBEKUKAN”

Ada antara kita tertanya-tanya. Betulkah ada harta pusaka yang dibekukan. Kenapa pula harta pusaka itu boleh dibekukan?

Jom kita sama-sama berkongsi “SEBAB UTAMA HARTA PUSAKA DIBEKUKAN”.

1. Waris-waris tidak dimaklumkan tentang proses tuntutan pusaka.

Waris ini tidak tahu dan tidak ambil tahu ke mana mereka perlu pergi untuk membuat tuntutan harta pusaka tersebut. Secara kebiasaanya, waris hanya akan mula mencari maklumat apabila kes kematian sudah berlaku dan telah lama berlaku hingga kematian berperingkat.

2. Pengurusan harta pusaka melibatkan kos yang tinggi.

Mengikut Akta Probate & Pentadibiran 1959, pihak yang mengurus dan mentadbir harta pusaka boleh mengenakan caj maksima sebanyak 5% dari nilai semasa harta tersebut. Kalau harta RM1 juta, maka kos pengurusan yang boleh dikenakan adalah RM50,000. Jadi disebabkan kos yang tinggi ini,ramai waris berputus asa untuk meneruskan proses tuntutan harta pusaka ini. Caj ini biasanya dikenakan oleh pihak yang menguruskan proses tuntutan harta pusaka tersebut seperti peguam dan syarikat trustee.

3. Tiada kesepakatan dan muafakat antara waris.

Sekiranya semua waris yang terlibat bersetuju tentang pembahagian harta pusaka ini, maka proses tuntutan akan menjadi lebih mudah dan cepat. Tetapi, keadaan akan menjadi parah bilamana waris saling bertikam lidah dan berkelahi semasa waris bagi merebut harta pusaka itu.

4. Tidak mempunyai masa.

Urusan tuntutan harta pusaka ini perlu dilakukan di Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad atau di Mahkamah Tinggi. Jadi untuk ke satu-satu tempat,perlukan masa yang lama. Itu belum dikira jika ada kesalahan dokumen atau dokumen tidak lengkap. Tambahan pula, ada dikalngan waris tinggal jauh. Lagi menyukarkan proses tersebut.

5. Tidak mengetahui hukum faraid

Ilmu faraid sangat penting didalam pengurusan harta pusaka. Walaupun ilmu ini tidak pernah diajar secara terperinci semasa di sekolah mahupun di peringkat universiti. Akan tetapi perlulah kita mengambil tahu tentangnya walaupun sedikit agar kita tidak memakan harta yang bukan hak milik kita.

6. Aset sekangkang kera

Terlalu banyak kes yang berlaku apabila simati meninggalkan aset yang sedikit. Waris terus tidak mengendahkan. Membiarkan begitu sahaja. Sepatutnya, apa yang perlu dilakukan ialah. Membuat tuntutan dan menjual aset berkenaan. Jika tidak mahu mengambil hasil jualan, dermakan kepada yang memerlukan.

7. Proses tuntutan harta pusaka memakan masa yang lama

Sebab paling utama ialah tidak ada kesepakatan dan muafakat antara waris atau waris yang berhak menerima sudah meninggal dunia terlebih dahulu. Maka, waris seterusnya adalah anak kepada penerima tersebut yang mungkin sudah ada kehidupan masing-masing di tempat lain.

Kesimpulannya, buatlah perancangan harta anda dengan baik semasa anda hidup. Supaya tidak menjadi pergaduhan atau perbalahan kepada waris anda pada masa akan datang.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

ASSET, LIABILITY, REAL ESTATE dan ESTATE

wakaf, sedekah, zakat
Harta wakaf
 

ASSET, LIABILITY, REAL ESTATE dan ESTATE

Saya ingin berkongsi kepada anda beberapa perkataan yang digunakan dalam kewangan yang biasa kita dengar tapi masih ramai yang tak berapa pasti apakah maksud yang mudah untuk anda faham. Penjelasan saya dalam blog ini bukan untuk tujuan ilmiah aras tinggi, tapi lebih kepada ilmu praktikal, iaitu, untuk anda semua faham dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

ASSET
Aset adalah sesuatu sumber yang kita ada yang boleh memberikan kita pendapatan.

Sebagai contoh, kita ada simpanan dalam Amanah Saham Bumiputera dan setiap tahun pihak ASN Berhad memberikan dividen berdasarkan berapa jumlah simpanan kita yang masih ada dalam account.

Aset juga boleh ada dalam bentuk barangan. Sebagai contoh, kita ada peralatan dan peralatan tersebut disewakan dan kita mendapat duit sewa lebih daripada jumlah duit kita keluarkan untuk perbelanjaan barangan tersebut.

Aset juga boleh ada dalam bentuk bangunan seperti rumah sewa, bangunan komersial, tanah dan sebagainya. Selain ia boleh disewakan, nilai nya juga meningkat dari semasa ke semasa…

Aset juga boleh ada dalam bentuk logam berharga seperti emas, perak dan sebagainya.

Ada juga aset yang bukan dalam bentuk barangan, seperti saham, harta intelek, lesen dan sebagainya.

Secara umumnya, apa2 yang boleh mendapatkan pendapatan kepada kita, ia boleh dikatergorikan sebagai aset.

Terdapat pelbagai jenis asset…antaranya adalah yang mudah dicairkan seperti “TUNAI” dan juga emas, perak dan barang perhiasan. Dan ada juga yang lambat untuk dicarikan seperti Rumah, Tanah dan harta2 tak alih yang lain.

LIABILITY
Liablity ini pulak adalah sesuatu yang kita kena tanggung dan kita kena keluar duit untuk uruskan. Contoh, kereta yang kita pakai untuk kegunaan sendiri..kita kena bayar maintenance, kena repair kalau rosak dan sebagainya.

Atau

Rumah yang kita duduk yang mungkin lebih dari keperluan. Sebagai contoh, kita mungkin boleh duduk rumah yang sederhana, tapi kita duduk rumah yang besar dan mewah. Memang bergaya, tapi kita perlu tanggung belanja nak uruskan atau baiki rumah tersebut. Bagaimana harga rumah tu yang meningkat, bukankah itu juga asset?..Ya, dari segi nilai memang naik, tapi kita tetap kena tanggung setiap bulan dan rumah tu tidak memberikan kita sebarang pendapatan.

So, jangan ingat rumah yang kita duduk adalah aset. Rumah yang kita sewakan dan kita dapat +ve cash flow, baru lah dipanggil asset, kalau tak, tetap kita kena tanggung ia adalah liablity. Ramai yang tersalah faham…seronok beli rumah besar2….kemudian duduk sendiri, guna sendiri…sendiri kena tanggung semua. Macam tu jugak dengan kenderaan..beli kenderaan mahal2….kemudian, pakai sendiri dan tidak medapat pulangan atau pendapatan…

REAL ESTATE
Real Estate adalah sesuatu yang merujuk kepada hartanah fizikal dan tidak boleh dialihkan (harta tak alih) seperti rumah, bangunan, tanah dan yang berkaitan.

ESTATE
ESTATE adalah semua harta seseorang setelah mereka meninggal dunia. Bahasa mudahnya adalah ESTATE adalah HARTA PUSAKA. Jadi, semasa seseorang itu hidup, semua harta beliau dinamakan ASET…tapi apabila sudah meninggal dunia, harta beliau akan jadi harta pusaka atau ESTATE.

Apa kaitan ketiga-tiga perkara di atas dengan pengurusan harta pusaka dan hibah?

Ia sangat berkaitan, kerana sekiranya sesorang itu memiliki 3 perkara ini, ia perlu diuruskan dan dibahagikan kepada waris. Kalau tidak, ia akan menyusahkan dan merugikan banyak pihak dan yang paling bahaya adalah sekiranya masalah tersebut berlarutan dan tiada siapa yang selesaikan seperti pergaduhan antara waris, sumber tidak dapat dimanfaatkan dan membazir masa, tenaga dan wang ringgit.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

PROSES PENGUMPULAN HARTA SELEPAS KEMATIAN PEMILIK

proses pengumpulan harta selepas kematian pemilik
Harta Beku 60 Billion

PROSES PENGUMPULAN HARTA SELEPAS KEMATIAN PEMILIK

Hari ini, statistik menunjukkan nilai pusaka yang terbeku di Malaysia adalah sebanyak RM 66 billion. Daripada jumlah ini, 90 peratus daripadanya adalah hak milik orang Islam.

Jumlah ini bukanlah sesuatu yang sedikit. Sebaliknya, dengan jumlah ini jika dilaburkan dalam unit amanah atau simpanan, KADAR KEUNTUNGANNYA sahaja boleh membina 10 buah universiti dan para pelajarnya dapat belajar secara PERCUMA selama 20 tahun.

Tetapi hari ini, apa yang generasi kita lalui adalah terpaksa meminjam di sana sini untuk membolehkan mereka menyambung pelajaran. Ini dapat dilihat bahawa kerugian adalah berpihak kepada umat Islam secara keseluruhannya.

Oleh itu, suka untuk saya berkongsi salah satu cara bagi mereka yang LANGSUNG TIDAK MEMBUAT APA-APA perancangan ketika hidup, bagaimana warisnya dapat menguruskan pusaka arwah.

Adakah perlu untuk menguruskan pusaka arwah? Jawapannya ya. SANGAT PERLU. Kenapa? Kerana menurut agama Islam, ada tiga perkara yang perlu disegerakan selepas kematian seorang umat Islam iaitu:

1.  Mengebumikan jenazah.
2.  Membayarkan hutang si mati.
3.  Menguruskan pusaka arwah.

proses lama, senarai harta simati
1 saat mengubah segalanya
Kenapa diletakkan menguruskan pusaka sebagai perkara yang perlu disegerakan? Ini adalah kerana khuatir jika waris termakan harta yang bathil dan berlakunya kematian berlapis.
 
Antara tugas waris untuk proses pengumpulan harta adalah seperti berikut:

1.  Membuat senarai aset yang dimiliki oleh arwah. Ini adalah termasuk aset alih (tunai, barang kemas dan barang berharga lain) dan aset tak alih (hartanah).

2.  Setelah dibuat senarai aset, kenalpasti pemilikan aset. Sebagai contoh, ada sesetengah memiliki rumah dan tanah secara berkongsi. Sekiranya berkongsi, bermakna hanya bahagian arwah yang akan melalui proses pusaka.

3.  Waris juga perlu mengenalpasti aset yang masih memiliki hutang atau bercagar dengan pihak bank seperti rumah, tanah dan kenderaan. Jika ada, waris perlu menyemak dengan pihak bank sama ada arwah mempunyai takaful yang cukup untuk melangsaikan hutang aset-aset terbabit.

4.  Bagi aset tunai yang mempunyai penama seperti tabung haji dan kumpulan wang simpanan pekerja, asingkan senarai kerana aset ini tidak perlu melalui proses tuntutan pusaka. Tetapi sekiranya si mati tidak meletakkan penama bagi aset ini, ianya perlu melalui proses perolehan kuasa terlebih dahulu.

5.  Kemudian, jumlahkan semua aset si mati yang ada. Ini adalah sangat penting untuk mengenalpasti di manakah aset si mati akan diuruskan.

Bagi proses perolehan kuasa, terdapat tiga agensi yang berbeza untuk membuat tuntutan. Cukup sampai di sini dulu ya. Nanti kita sambung lagi dimanakah proses pengurusan pusaka boleh dilakukan.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat? (Bahagian 1)

Hibah atau wasiat?

Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat? (Bahagian 1)

Hibah Atau Wasiat Dulu?

Hibah atau wasiat? Sebenarnya dua-dua ada fungsi dan peranan dia masing-masing. Susah nak faham kalau kita hanya bagi fakta-fakta sahaja. Saya kena buat part demi part sebab saya ada banyak kes dan kisah benar nak dikongsi. Supaya melalui kes dan kisah benar tu lebih mudah orang ramai nak faham aplikasi hibah dan wasiat yg lebih praktikal bukan berdasarkan teori sahaja.

Ok biasanya yang banyak bertanya pasal hibah dan wasiat ni golongan wanita para isteri-isteri. Sebab mereka tahu bahagian mereka paling sedikit. Sampai ada yang minta tolong saya..”Puan tolong la pujukkan suami saya supaya buat hibah.

Kalau saya yang cakap nanti dia ingat saya cuma nak harta dia dan nak suruh dia mati dulu dari saya..” Haa.. siapa yg pernah terfikir dialog di atas? Saya tak boleh pujukkan.. nanti jadi lain pulak. Yang saya boleh bantu hanya tolong bagi kefahaman dan kesedaran sahaja.

Tapi kali ni saya nak kongsikan 1 kes yang melibatkan orang lelaki sendiri. Seorang lelaki yang juga suami dan ayah kepada seorang anak perempuan datang berjumpa saya untuk buat hibah. Umurnya muda lagi tapi dah ada harta 2 biji rumah yang lokasinya agak strategik dan beberapa ekar kebun sawit. Profil kewangannya memag cantik dengan beberapa pakej insurans yang diambil dan beberapa pelaburan yang dibuat. Apa yang membuatkan beliau nekad nak buat hibah?

Ceritanya.. ”Isteri saya surirumah. Saya hanya ada seorang anak perempuan. Adik-beradik saya ramai lelaki dan ibu saya masih hidup. Baru-baru ni saya ada borak-borak santai bagitau nak merancang harta saya dengan keluarga. Adik-beradik saya tak setuju. Katanya diorang pun
ada hak ke atas harta-harta saya. Ibu saya pun ada cakap dia nak bahagian atas rumah saya.

Saya terkejut dan tak sangka! Sebab saya masih hidup dan harta-harta saya belum pun jadi harta pusaka lagi tapi mereka dah berkira-kira bahagian mereka. Hubungan saya dengan adik-beradik pun taklah rapat sangat sebenarnya. Sebab tu saya tak lantik mereka jadi saksi saya pun Puan. Tak sangka apa yang saya baca selama ni tentang perebutan harta terjadi kat keluarga saya sendiri. Bezanya saya masih hidup. Saya tak dapat bayangkan apa nasib isteri dan anak perempuan saya kalau saya tak buat apa-apa..”

Oo patutlah beliau nekad betul nak buat hibah. Betul lah..selagi tak kena batang hidung sendiri memang kita tak akan sedar. Agak-agak kalau si suami ni buat wasiat nak bagi semua harta dia kepada isteri dan anak perempuan dia sahaja..apa akan jadi pada wasiat dia? Cuba bayangkan.. selepas kematian dia dengan struktur faraid yang sama..

Agak-agak adik-beradik lelaki dan ibu dia cabar tak wasiat tu? Sebab mereka pun waris-waris si suami dan berhak dapat bahagian faraid. Kalau mereka tak setuju dengan wasiat tu, mereka boleh cabar wasiat tu di mahkamah syariah. Hanya mahkamah syariah sahaja yang ada bidangkuasa untuk tentukan samada wasiat tersebut boleh dilaksanakan atau tidak bukannya agensi yang menyediakan wasiat tu. Antara perkara penting yang mahkamah akan ambil kira :

1) Adakah wasiat itu mengikut hukum syarak? Tidak.
Kerana wasiat itu dibuat kepada waris iaitu isteri dan anak perempuan. Sedangkan wasiat sepatutnya dibuat kepada BUKAN waris. Tambahan lagi dibuat ke atas semua harta bukan 1/3 sahaja.

2) Jika wasiat dibuat kepada waris, adakah waris-waris yang lain setuju?
Jika waris-waris yang lain setuju tak ada masalah maka wasiat tersebut boleh dilaksanakan. Tapi dalam kes ini, jika ada waris yang mencabar maka wasiat itu akan terbatal dan tak berkuatkuasa.

Maka akhirnya harta-harta si suami tadi akan dibahagikan secara faraid. Dan bahagian isteri hanya 1/8. Apa akan jadi pada nasib isteri dan anak perempuan tadi jika masing-masing akan menuntut bahagian ke atas rumah tu? Adakah itu hasrat si suami tadi semasa menulis wasiat? TIDAK! Perkara tu takkan terjadi Puan..sebab saya masih hidup dan saya nak buat hibah sekarang! Fuhh tersedar dari lena dan igauan mimpi ngeri rupanya..

Adakah hibah tak adil dan melarikan hak waris-waris yg lain? Perlu difahami hibah dibuat semasa hidup. Dan harta tersebut bukan lagi harta pusaka. Kita berhak nak bertasarruf dgn harta kita sendiri. Nak bagi kat orang atau nak jual itu hak kita. Kecuali kalau kita dah mati, harta itu bukan harta kita lagi. Ia akan jadi harta pusaka. Barulah perlu ditadbir mengikut prosedur harta pusaka.

Nota 1 : Suami tu cuma hibahkan rumah2 dan kebun sawit kat isteri dan anak perempuan dia je. Sebab nak pastikan isteri dan anak dia ada tempat tinggal dan pendapatan lepas dia mati nanti. Harta2 dia yg lain macam ASB, saham2, wang tunai dll tu semua dia tak hibahkan pun. Tetap akan diagihkan secara faraid kpd waris2 yg lain.

Nota 2 : Yang saya faham hibah tu hadiah. Habis tu kalau dah hadiahkan semua harta2 kita kat orang, kita dah tak ada apa2 harta lagi
la kan? Kalau isteri dan anak tinggalkan saya macamana? Haa sebab tu nak buat hibah pun kena ada ilmu bukan pakai buat je. Hibah kan ada banyak jenis. Hibah mutlak dan hibah bersyarat. Keperluan setiap orang tak sama.

Hibah tu tak zalim. Yang zalim itu adalah orang yang tak nak cari ilmu yang betul tentang hibah dan wasiat. Hibah bukan melarikan pusaka tetapi merancang harta.

Kredit: Roslina Sabiyah & Co

Hadiahkanlah kepada orang yang kita cinta dan sayang semasa kita masih hidup!

Ikuti sambungannya di Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat (Bahagian 2)

Jom Belajar Faraid:

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Kenapa saya perlu tulis Wasiat?

Wasiat instrumen perancangan harta pusaka

Kenapa saya perlu tulis Wasiat?

Orang ramai amat digalakkan menulis wasiat. Persoalan yang selalu diajukan ialah kenapa?

1) Jika saya belum berkahwin, saya perlu menulis wasiat untuk melantik pentadbir (Wasi) harta pusaka saya supaya saya tidak membebankan ibu bapa dan saudara terdekat saya. Saya juga boleh membuat sedekah jariah daripada sebahagian harta pusaka saya.

2) Jika saya telah berkahwin, tetapi belum mempunyai cahayamata, saya perlu menulis wasiat untuk mengelakkan konflik diantara pasangan saya dengan ibu bapa dan ahli keluarga saya yang lain. Proses pentadbiran juga lebih mudah. Di samping itu, saya dapat memastikan semua waris mendapat hak mereka dengan cara yang betul.

3) Jika saya telah berkahwin dan mempunyai anak, saya perlu menulis wasiat untuk melantik pentadbir (Wasi) dan penjaga untuk anak saya yang masih di bawah umur 18 tahun. Saya boleh mengarahkan penjaga yang bertanggungjawab untuk menggunakan harta pusaka saya yang diwarisi oleh anak dengan sebaik mungkin dan mengelakkan penyelewengan.

4) Jika saya berpoligami, saya perlu menulis wasiat untuk mengelakkan konflik diantara kedua-dua keluarga saya dan melantik pentadbir (Wasi) yang boleh dipercayai untuk mentadbir harta pusaka saya agar hak semua waris saya iaitu isteri-isteri dan anak-anak saya dapat diberikan dengan adil.

5) Jika saya mempunyai anak angkat, saya perlu menulis wasiat untuk memberikan sebahagian daripada harta pusaka saya sepertimana yang dibenarkan Syara’ iaitu tidak melebihi 1/3. Dengan cara ini, kebajikan dan sara hidup anak angkat saya terutamanya mereka yang dibawah umur akan terjaga dan tidak terbiar sahaja.

6) Jika saya tidak mempunyai anak lelaki, saya perlu menulis wasiat untuk melantik pentadbir (Wasi) dan mengelakkan konflik di kalangan ahli keluarga saya iaitu pasangan dan anak perempuan saya dengan ahli keluarga yang lain seperti ibu bapa dan saudara kandung saya. Saya juga boleh memastikan hak mereka terjaga dan diuruskan dengan adil.

7) Jika saya berhutang, saya perlu menulis wasiat untuk memastikan hutang saya dijelaskan dengan menggunakan harta pusaka saya terlebih dahulu sebelum diagihkan.

8) Jika saya mempunyai perniagaan, saya perlu menulis wasiat untuk memberi arahan dan panduan kepada waris dan juga rakan kongsi saya berkenaan pengurusan saham dan pemilikan lain dalam perniagaan saya. Dengan cara ini juga dapat mengelakkan penyelewengan oleh rakan kongsi dan memastikan hak waris saya kepada pegangan di dalam perniagaan adalah terpelihara.

9) Jika saya mempunyai banyak harta, saya perlu menulis wasiat untuk memudahkan agihan harta pusaka kepada waris dengan memberi panduan yang baik selagimana tidak bercanggah dengan Syari’ah. Melalui wasiat juga saya boleh menyenaraikan semua aset dan hutang dan menjelaskan kepada waris bagaimana cara hendak menguruskannya.

10) Jika saya seorang muallaf, saya perlu menulis wasiat untuk memberikan sebahagian daripada harta pusaka saya kepada ahli keluarga yang bukan Islam seperti ibu bapa kandung dan saudara kandung saya. Islam membenarkan Wasiat kepada bukan Islam (iaitu bukan waris) untuk menerima tidak melebihi 1/3 harta pusaka. Islam tidak menghalang hubungan muallaf dengan ahli keluarga malahan menggalakkan berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Inilah sebab utama penulisan wasiat. Orang yang menulis wasiat ialah orang yang bijak kerana mengingati mati. Apabila kita mengingati mati, maka kita akan membuat perancangan supaya kehidupan kita di dunia ini tidak sia-sia dan apabila mati, tidak pula memberikan beban kepada waris yang masih hidup. Di samping itu juga, kita boleh membuat pelaburan akhirat melalui sedekah jariah dan ini menjadi pencen kubur, kehidupan di akhirat kelak.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Wasiat Hanya Kepada Bukan Waris?

Hanya 1/3 untuk bukan waris

 WASIAT HANYA KEPADA BUKAN WARIS?

Wasiat bukan hanya 1/3.Yang 1/3 itu adalah limit untuk berikan kepada bukan waris faraid yang tak boleh ditentang. Tapi kalau nak bagi kepada bukan waris faraid lebih daripada 1/3 pun takpa asalkan waris faraid setuju.

Pastu keseluruhan pusaka boleh diagihkan ikut hasrat (tak ikut faraid), tapi memerlukan persetujuan waris-waris faraid. Kalau ada waris yang tidak setuju, contohnya sorang, maka yang sorang tu berhak untuk tuntut bahagian dia sahaja. Ertinya waris lain yang tak tuntut, setuju untuk teruskan agihan harta ikut hasrat pewasiat. 

Siapa wasi kita?

 Tapi yang pentingnya wasiat ini ialah perlantikan wasi. Yakni sesiapa yang akan uruskan segala urusan nanti termasuk selesaikan hutang dan amal jariah serta pengagihan pusaka.

Nilai aset itu akan ditentukan masa berlaku kematian nanti. Masa sekarang ini tak perlu nilai sebab kita tak tau tarikh bila kita mati, mungkin berapa puluh tahun lagi nilai dah berbeza. Itu nanti syarikat amanah yang akan tentukan.

Contoh: Dalam wasiat, kita boleh nyatakan rumah bagi anak. Tanah bagi mak dan kakak. Wang tunai diagihkan mengikut faraid atau nak gunakan wang tunai tersebut untuk diri kita balik sebagai amal jariah kita contohnya sedekah atau waqaf.

Dalam wasiat boleh nyatakan apa perancangan kita dengan harta kita. Ramai yang disalah fahamkan tentang 1/3 ini sampai semua orang ingat wasiat tak boleh kepada waris.
Penilaian semula fatwa wasiat

 Ini fatwa tentang kebolehan berwasiat kepada waris jika semua waris setuju.

Artikel VII dalam klause wasiat as-Salihin Trustee

 Ini adalah antara klause dalam wasiat as-Salihin Trustee yang mengikut hukum syarak dan undang-undang yang mana waris-waris perlu diminta persetujuan dulu sebelum melaksanakan wasiat.

Oleh itu semua waris perlu tahu dulu. Jika setuju, wasiat boleh dijalankan.

Bila ramai yang disalah fahamkan tentang wasiat, hibah mula disebut-sebut dan dicanang-canangkan. Tetapi sebut tak habis. Bukan semua benda boleh hibah ikut undang-undang. Ada syarat-syaratnya antaranya kena bebas hutang. (Harta tak alih iaitu rumah atau tanah).

Oleh itu wasiat sebenarnya dokumen sementara kita. Kita rancang siap-siap, andaikata tak sempat dilaksanakan masa kita hidup. Kalau sempat nak hibah masa hidup, boleh buat pertukaran nama siap-siap.

Wasiat ialah kes dimana kita rancang begitu begini. Kalau semua waris bersetuju selepas kita mati dan tak jadi isu untuk dilaksanakan. Credit to Sufyan Bakir.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

7 Sebab Mengapa Harta Pusaka Menjadi Harta Puaka

Urus harta anda sebelum meninggal dunia

 7 Sebab Mengapa Harta Pusaka Menjadi Harta Puaka

1) Ramai umat Islam tidak faham Konsep Pemilikan Harta dalam Islam
  • Semua harta di dunia ini adalah milik Allah SWT
  • Manusia hanya sebagai Pemegang Amanah
  • Manusia akan disoal tentang harta yang dipegangnya; bagaimana diperolehi, bagaimana digunakan dan bagaimana diagihkan selepas ketiadaannya.
2) Pewaris (orang yang akan meninggalkan pusaka) tak faham Hukum Faraid
  • Hukum Faraid adalah Hukum Allah SWT yang telah ditetapkan ke atas harta orang Islam apabila berlaku kematian ke atasnya.
  • Hukum Faraid telah termaktub di dalam ayat 11, 12 dan 176 Surah An-Nisaa’.
3) Pewaris salah faham konsep Wasiat
 
Wasiat yang bercanggah dengan Hukum Faraid.
  • Wasiat pesanan (selalunya secara lisan).
  • ‘Mengamanahkan’ seseorang yang dipercayai untuk membuat pembahagian harta mengikut hasratnya yang jelas bercanggah dengan Hukum Faraid.
4) Pewaris membuat Hibah yang tidak cukup syarat
 
Hibah (Pemberian semasa hidup) yang tidak jelas atau tidak cukup syarat.
  • Di dalam kes pemberian tanah, apabila terdapat hibah yang tidak tukar nama, kemungkinan besar pemberian tersebut akan dipertikaikan kerana bukan hanya pindahmilik tidak dilakukan, kawalan ke atas harta pun tidak dapat dibuktikan.
5) Pentadbir pusaka tidak amanah, tidak berkeupayaan atau tidak pro-aktif (tidak bersungguh)
 
Masalah yang berkaitan dengan Pentadbir Pusaka.
  • Pentadbir Pusaka tidak amanah
  • Pentadbir Pusaka tidak pro-aktif (tidak bersungguh)
  • Pentadbir Pusaka tidak berkeupayaan
6) Waris (orang yang berhak menerima pusaka) tidak berkerjasama
 
Masalah yang berkaitan dengan waris.
  • Waris terlalu sibuk
  • Waris tidak mahu harta pusaka dijual
7) Penama (Wasi) yang tidak amanah atau tidak tahu Hukum/Fatwa Penama
 
Masalah dengan isu Penama
  • Penama tidak faham Hukum Faraid
  • Penama tidak amanah
  • Penama tidak tahu tentang Fatwa Borang Penama.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
error: Content is protected !!