HUBUNG KAIT SURAT KUASA WAKIL DAN DEKLARASI HIBAH

surat kuasa
Power of Attorney & Pri-Hibah by as-Salihin Trustee Bhd

HUBUNG KAIT SURAT KUASA WAKIL DAN DEKLARASI HIBAH

SURAT KUASA WAKIL (Power of Attorney) :

Surat Kuasa Wakil adalah satu dokumen perlantikan wakil kuasa oleh pemberi kuasa kepada penerima kuasa untuk urusan tertentu di mana pemilik harta melantik seorang wakil yang akan bertindak bagi pihak beliau untuk menguruskan harta-harta beliau beserta kuasa-kuasa tertentu yang diberikan kepada wakil tersebut.

Contohnya kuasa yang boleh diberikan adalah kuasa untuk memindah milik harta pemilik harta, menandatangani perjanjian jual beli, menandatangani perjanjian sewa beli, kuasa untuk memohon pengeluaran wang di institusi kewangan atau penutupan akaun serta membuat pelaburan dan lain-lain kuasa yang berkaitan harta-harta tertentu.

Surat Kuasa Wakil ini boleh diguna pakai untuk harta alih dan harta tidak alih samada harta tersebut bercagar atau tidak bercagar.

Anggapan bahawa Surat Kuasa Wakil ini adalah satu instrumen pemberian atau hibah adalah SALAH. Sebaliknya ia adalah satu instrumen yang diguna pakai untuk membuat sebarang urusan berkenaan pemberian/hibah harta tersebut setakat kuasa yang diberi. Penerima kuasa wakil tersebut bukanlah benefisiari bagi harta tersebut tetapi beliau hanya mempunyai kuasa untuk bertindak membuat urusan berkenaan harta tersebut setakat kuasa yang diberi.

Pengesahan Surat Kuasa Wakil :

Surat Kuasa Wakil ini telah sah, wujud serta berkuatkuasa setelah ia disahkan/disaksikan oleh salah seorang daripada pihak berkenaan yang
dinyatakan di dalam Seksyen 3 Akta Surat Kuasa Wakil 1949. Ia juga perlu di daftarkan di Mahkamah Tinggi Sivil dan disimpan satu salinan di Pejabat Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil.

Section 3 Powers of Attorney Act 1949

Authentication of powers of Attorney :

(1) No instrument purporting to create a power of attorney executed after the commencement of this Act shall have any validity to create
such power within West Malaysia unless:

(a) if executed within West
Malaysia, the instrument is executed before, and is authenticated in the appropriate form set out in the First Schedule hereto by-
(i) A Magistrate
(ii) A Justice of the Peace
(iii) A Land Administrator
(iv) A Notary Public
(v) A commissioner for Oaths; or
(vi) An advocate and solicitor; or
(vii) An officer, acting in the course of his employment of a company
carrying on the business of banking in West Malaysia and incorporated by
or under any written law in force in West Malaysia

Section 4 Powers of Attorney Act 1949

Deposit of Power of Attorney :

(1) Except as hereinafter provided no instrument purporting to create a power of attorney shall, after the commencement of this Act, have any
validity to create such power within West Malaysia until :

(a) a true copy of the said instrument duly compared therewith and marked by the Senior Assistant Registrar within the words “true copy” has been
deposited in the office of a Senior Assistant Registrar.

Surat Kuasa Wakil Menurut Islam

Surat Kuasa Wakil adalah bersamaan konsep Wakalah di dalam Islam iaitu mewakilkan seseorang /organisasi untuk menguruskan sebarang tugas atau urusan bagi pihaknya. Akad Wakalah ini memberi kuasa kepada wakil atau agen menjalankan sesuatu kerja bagi pihak yang diwakilinya.

Konsep Wakalah diguna pakai dalam bidang perbankan Islam serta Takaful dimana ia memberi kuasa kepada institusi berkenaan untuk melakukan
transaksi tertentu. Manakala di dalam bidang guaman syarie Wakalah digunakan untuk memberi kuasa kepada Peguam Syarie untuk mewakili anak
guam dalam Mahkamah Syariah. Setiap bidang berkenaan mungkin menggunakan nama yang berbeza tetapi tujuan dan maksud yang sama.

Pendapat dan tanggapan bahawa Surat Kuasa Wakil tu sebagai tidak menepati hukum Islam dan undang-undang Islam adalah tidak benar kerana
jelas bahawa Surat Kuasa Wakil itu menepati dan bersamaan dengan konsep Wakalah di dalam Islam iaitu perlantikan wakil untuk melakukan urusan harta tertentu.

Di dalam al Quran juga ada menyebut berkenaan wakalah :

Surah al Kahfi Ayat 20;
“…..sekarang utuslah salah seorang daripada kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar, kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual disitu), kemudian ia membawa sedikit habuan untuk kamu.”

Surah Yusof Ayat 55;
“Jadikanlah aku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir), sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirnya.”

DEKLARASI HIBAH

Deklarasi Hibah adalah dokumen pemberian harta daripada pemilik harta kepada penerima
harta dan ia berkuat kuasa semasa hayat penghibah . Harta hibah telah menjadi hak milik penerima hibah. Apabila penghibah meninggal dunia maka harta hibah tersebut bukan lagi harta atau pusaka penghibah. Urusan pindah milik atau pentadbiran harta hibah tersebut juga tidak perlu melalui proses pentadbiran pusaka.

Deklarasi Hibah yang ditawarkan oleh as- Salihin Trustee Berhad akan disertakan bersama Surat Kuasa Wakil. Ini bertujuan agar sebarang transaksi harta hibah seperti pindahmilik, pengeluaran wang di institusi kewangan atau penutupan akaun boleh diuruskan mengunakan Surat Kuasa Wakil tanpa melalui proses mahkamah untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet atau permohonan sijil Faraid. Urusan pindah milik dan pengagihan harta hibah akan dilaksanakan dengan lebih cepat, mudah dan lancar.

Deklarasi Hibah tersebut adalah menepati rukun dan syarat Hibah yang ditentukan oleh hukum Islam serta telah diluluskan oleh Lembaga Penasihat Syariah as-Salihin Trustee Berhad yang berwibawa dan pakar dalam bidang undang-undang Islam dan undang-undang Sivil.

Manakala Surat Kuasa Wakil menepati konsep Wakalah Muqayyad iaitu Wakalah yang terikat dengan syarat, masa dan keadaan tertentu. Surat
Kuasa Wakil ini juga disempurnakan mengikut mengikut syarat-syarat penyaksian Islam dimana ia disaksikan oleh dua (2) orang saksi lelaki Muslim dewasa dan salah seorang daripada mereka mestilah Pesuruhjaya Sumpah atau Peguambela dan Peguamcara.

Surah Al-Baqarah ayat 282 menyebut berkenaan Penyaksian dalam Mualamat :
“….dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu.”

Oleh demikian, dakwaan bahawa Deklarasi Hibah yang ditawarkan oleh as-Salihin Trustee Berhad adalah tidak menepati hukum Islam kerana
menggunakan Surat Kuasa Wakil yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil dan tidak mendapatkan perintah pengesahan hibah daripada Mahkamah Syariah adalah TIDAK BENAR.

Ditekankan bahawa Perintah Pengesahan Hibah hanya perlu dipohon daripada mana-mana Mahkamah Syariah
sekiranya pertikaian ditimbulkan oleh mana-mana pihak terhadap Deklarasi Hibah tersebut. Pihak yang mempertikaikan tersebutlah yang wajar membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk membuktikan dakwaan beliau.

Untuk makluman, walaupun pengesahan hibah telah diperolehi daripada Mahkamah Syariah, pindah milik harta hibah kepada benefisiari selepas kematian penghibah hanya boleh dilaksanakan menggunakan salah satu daripada instrumen berikut iaitu Surat Kuasa Wakil atau Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet dan Perintah Pembahagian (mana yang berkenaan) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil atau Unit Pusaka Kecil.

as-Salihin Trustee Berhad diwujudkan adalah untuk membantu orang Islam merancang harta pusaka agar ia dapat diuruskan dengan mudah, lancar dan tanpa perlu melalui proses yang panjang. Semua produk yang dibangunkan serta ditawarkan oleh as-Salihin adalah telus mengikut hukum syarak serta peruntukan undang-undang di Malaysia supaya ia boleh dikuatkuasa tanpa sebarang masalah dan tanpa perlu melalui proses yang rumit dan panjang demi menjaga kemaslahatan umat Islam.

Akhir kata, Islam itu mudah selagimana sesuatu perkara itu tidak bertentangan dengan hukum Syarak dan membawa mudarat maka ia harus dilakukan dan tidaklah menjadi satu kesalahan.

Disediakan oleh

Amna Fazillah Ismail
Timbalan Presiden
as-Salihin Trustee Berhad
26 Jun 2018

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

SIAPAKAH YANG PERLU MEMBUAT WASIAT?

pesanan terakhir
 

Ciri-ciri orang yang perlu membuat wasiat

📌Orang yang berhutang
-Semua jenis hutang wajib dilangsaikan, hutang ini termasuklah hutang dunia dan akhirat seperti pinjaman perumahan, pinjaman pelajaran, cukai-cukai kerajaan, zakat, fidyah, kaffarah dan sebagainya.

📌Mereka yang mempunyai harta
-Sedikit ataupun banyak harta pusaka yang ditinggalkan mestilah ditadbir untuk diagihkan mengikut syarak kepada waris-waris yang berhak dan harta ini mestilah ditadbir mengikut proses undang-undang sivil dan syariah.

📌Mereka yang mempunyai anak bawah umur & OKU.
-Di dalam wasiat, pewasiat sendiri boleh melantik penjaga harta bagi memastikan hak anak-anak bawah umur @ OKU terpelihara selepas ketiadaan kita.

📌Mereka yang mempunyai anak angkat
-Di dalam wasiat, pewasiat boleh memperuntukkan harta pusaka maksimum 1/3 kepada anak angkat.

📌Mereka yang ingin beramal jariah
-Di dalam wasiat, pewasiat boleh bersedekah dan berwakaf di dalam wasiat.

📌Mualaf
-Di dalam wasiat, pewasiat boleh memberikan harta pusaka kepada keluarga bukan islam dengan kadar maksimum 1/3.

📌Keluarga yang sukar untuk mendapat persetujuan
-Mereka yang mempunyai keluarga yang sukar untuk berkumpul dan mendapat persetujuan dalam sesuatu perkara perlu membuat wasiat untuk melantik wasi di dalam wasiat.

Adakah anda tergolong dalam golongan di atas? Rancang harta anda sekarang!!!

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Apa Itu Harta Batil?

dosa tercipta
Dosa tercipta bila makan harta batil

Apa Itu Harta Batil?


Ramai yang call & Wasap…
Harta Batil tu apa yek…?

Harta batil ialah memakan atau mengambil hak orang lain…

Jom baca kisah-kisah benar

Kisah 1:
Ali mati mempunyai 5 anak. Yang sulung lelaki….rumah pusaka masih atas nama si mati. Rumah disewakan atas persetujuan semua dan setiap tahun buat kenduri adik beradik dgn duit hasil sewaan. Selepas beberapa tahun, tiada lagi kenduri adik beradik. Duit pun tidak diagih pada waris, si abang hanya diam membisu. Inilah dinamakan memakan harta batil.

Kisah 2 :
Hassan mati meninggalkan 2 anak dari isteri A. Dan 6 anak dari isteri B. Si isteri B mengagihkan harta si mati kepada anak-anaknya sahaja. Dan anak isteri A tidak mendapat hak mereka. Di sini isteri dan 6 anaknya sudah memakan harta batil.

Kisah 3 :
Jalil meninggal dunia. Sebelum kematiannya beliau telah bercerai dan mempunyai anak tunggal lelaki. Penama KWSP adalah ibu Jalil. Selepas mengambil 100% duit KWSP Jalil. Si nenek berjumpa bekas menantunya dan menyatakan arwah dah wasiatkan duit KWSP keatas namanya jadi katanya duit tu haknya, 1 sen pun dia tak akan beri pada anak lelaki tunggal si mati. Si ibu si mati dah mengambil hak anak yatim iaitu memakan harta batil.

Kisah 4 :
Haji Kassim mati meninggalkan 8 anak. Dan mempunyai 15 relung tanah bendang. Tanah diurus si anak sulung. Permulaan dengan persetujuan waris duit hasil sewaan tanah bendang RM12k setahun digunakan untuk baiki rumah pusaka. Selepas selesai baiki rumah pusaka, hasil sewaan si kakak tidak agihkan kepada adik beradiknya. Bila ditanya katanya disedekahkan kepada masjid tanpa berbincang dengan adik-anaknya. Disini si kakak dah pun mengambil hak orang lain.

Kisah 5 :
Anak sulung Haji Bakar mati dalam kemalangan dan meninggalkan anak bawah umur. Haji Bakar adalah penjaga harta cucunya. Semua duit cucunya Haji Bakar simpan di dalam Tabung Hajinya. Tanpa memberitahu kepada anak-anaknya yg lain. Selepas kematiannya, semua harta termasuk duit cucu di dalam tabung haji telah di agihkan kepada anak-anak Haji Bakar. Di sini semua anak-anak Haji Bakar dah pun mengambil hak anak yatim.

Kisah 6 :
Milah kematian suami dan mempunyai seorang anak perempuan.  Duit takaful atas nama bapa si mati.  Selepas kematian, pihak takaful telah membayar pampasan kepada bapa si mati. Ibu si mati telah agihkan duit takaful tu kepada suaminya, dirinya dan semua anak-anaknya tanpa memberi pada isteri si mati dan anak tunggal perempuan. Di sini adik beradik si mati bukan waris faraid tapi dah mengambil hak waris faraid.

Kisah 7 :
Hajjah Peah meninggal. Mempunyai 1 anak perempuan dan 3 anak lelaki. Salah sorang menantu perempuan telah mengambil periuk dan set pinggan mangkuk yang cantik tanpa pengetahuan anak-anak simati. Di sini menantu telah mengambil hak org lain.

Kisah 8 :
Haji Dolah mempunyai 7 anak, seorang dari anaknya suka meminjam wang dari Haji Dolah tanpa memulangkan semula dan apabila Haji Dolah mati si anak yang meminjam duit hanya diam tanpa memberitahu pada adik beradiknya yang dia meminjam duit arwah. Hutang tersebut menjadi sebahagian dari harta pusaka si mati. Maka hidupnya berterusan dalam memakan harta batil.

Dan banyak lagi kisah-kisah yang saya perolehi dari client, kawan dan sahabat handai saya.

Disebabkan TAMAK…JAHIL DALAM FARAID…TIADA PESANAN ATAU WASIAT BERTULIS….

Waris memakan harta batil, bukan waris mendapat hak waris faraid. Semua inilah di panggil memakan harta batil.

Terus terang saya katakan terlalu ramai orang kita hidup dlm memakan harta batil…HARTA HARAM…MAKA ROSAKLAH SELURUH KETURUNANNYA DEK KERANA HARTA BATIL…

Renung-renung dan fikir-fikirkanlah.
Allah membalas dosa memakan harta batil di dunia lagi. Jika keluarga anda selalu mendapat pelbagai musibah…duduk sejenak….renung….apakah anda TERGOLONG DALAM GOLONGAN MEMAKAN HARTA BATIL???

Jika ya…jangan malu…PULANGKANLAH HAK WARIS yang teranianya…
Balasan bukan hanya diri anda tetapi seluruh keturunan anda bakal menerima musibah, mungkin berat rezeki, mungkin mendapat sakit, mungkin berat jodoh. Semua tu rahsia Allah. Wallahualam.

Jom buat perancangan harta pusaka supaya anda mati penuh dengan kejayaan. 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

FARAID TIDAK ADIL ATAU KITA YANG JAHIL?

FARAID TIDAK ADIL ATAU KITA YANG JAHIL?!

Fahami hikmah penetapan bahagian Faraid.
Asas Hukum Faraid

Kenapa lelaki dapat lebih ?

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

📍Sebagai bapa, lelaki bertanggungjawab atas nafkah anak-anaknya.
📍Sebagai suami, lelaki bertanggungjawab atas nafkah isterinya.
📍Sebagai anak, lelaki bertanggungjawab atas nafkah ibu bapanya.
 
Tanggungjawab lelaki lebih besar sesuai dengan bahagian yang mereka perolehi !

Adik beradik boleh mendapat bahagian sekiranya si mati tiada bapa, anak lelaki & cucu lelaki ?

📍Sesuai dengan penetapan bahagian Faraid, adik beradik bertanggungjawab menggalas tugas sebagai penjaga kepada ahli keluarga si mati !
 
JANGAN SALAH ANGGAP, FAHAMI TANGGUNGJAWAB!
Facebook
X
Threads
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Poster Pusaka

Poster Pusaka Faraidh 50x70 cm. Harga RM 15. Info lanjut boleh rujuk klik link di bawah:

Kenali Siapa Waris Faraid Anda

MAKLUMAT PERIBADI

Setiap maklumat anda tidak akan dikongsi, didedahkan kepada pihak ketiga. Data ini adalah hanya untuk kegunaan admin laman web ini sahaja.
Nama Penuh Anda
No Telefon Anda
Alamat Email Anda
Nyatakan Lokasi atau Tempat Tinggal Anda
Nyatakan apakah pekerjaan anda sekarang
Nyatakan berapa pendapatan bulanan anda

MAKLUMAT PERIBADI UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila jawab Ya atau Tidak untuk setiap soalan dibawah

MAKLUMAT AHLI KELUARGA UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila isi maklumat dibawah dengan kiraan yang betul untuk dapatkan peta faraid yang tepat.
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak perempuan anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik beradik lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik-beradik perempuan anda
Nyatakan berapa anggaran jumlah harta pusaka anda untuk diagihkan

14 CARA SELESAI MASALAH KOS PECAH BAHAGIAN DAN TUKAR SYARAT TANAH GERAN KONGSI

Isu Pecah Bahagian Tanah
BAGAIMANA HENDAK SELESAIKAN MASALAH KOS PECAH BAHAGIAN DAN TUKAR SYARAT TANAH GERAN KONGSI YANG MAHAL?

1. Isu kos pecah bahagian dan tukar syarat tanah geran kongsi sering dijadikan alasan oleh masyarakat untuk tidak melakukan urusan tersebut sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah pemilikan geran kongsi. 

2. Mereka juga sering menyalahkan pihak lain seperti juru ukur yang mengenakan caj yang tinggi, kos permohonan di pejabat tanah yang tidak munasabah dan pelbagai syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk menyempurnakan urusan tersebut sebagai alasan untuk tidak melakukan urusan pecah bahagian dan tukar syarat tersebut. Sedangkan satu usaha ke arah itu pun mereka tidak lakukan. Hanya pandai komplen itu dan ini sahaja.

3. Akhirnya, tiada apa yang mampu mereka lakukan selain memberi alasan demi alasan. Dan mereka masih selesa untuk terus mempraktiskan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang. Kononnya itulah cara yang paling mudah dan jimat bagi mereka. Akhirnya, bila timbul masalah dan perbalahan dikemudian hari, barulah kalut nak cari lawyer sana sini. Apabila lawyer caj yuran guaman tinggi mereka salahkan peguam pula. Kesudahannya sampai akhir hayat mereka, tanah geran kongsi tersebut kekal begitulah keadaannya.

4. Baik, betul ke kos urusan pecah bahagian dan tukar syarat itu mahal? Saya dimaklumkan oleh seorang anak guam saya yang telah melakukan urusan tersebut, sebenarnya kos untuk melaksanakan urusan tersebut  tidaklah terlalu tinggi. Untuk satu tanah pertanian geran kongsi berkeluasan 2 ekar lebih, untuk urusan pecah bahagian dan tukar syarat kepada 10 lot banglo menelan kos lebih kurang dalam RM70K sahaja, di mana pecahannya secara umum termasuklah kos juru ukur dan konsultan sebanyak lebih kurang RM20K, manakala kos bayaran premium kepada pejabat tanah lebih kurang dalam RM50K.

5. Jika dikongsi seramai 10 orang, setiap orang hanya perlu mengeluarkan kos sebanyak RM7K sahaja. Kos RM7K untuk mendapatkan satu lot banglo amatlah berbaloi berbanding dengan nilaian satu lot banglo tersebut yang boleh mencecah puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit.

6. Jika semua pemilik bersama nampak akan kelebihan besar yang diperolehi sekiranya urusan pecah bahagian dan tukar syarat itu dilakukan, saya yakin mereka pasti akan berikhtiar untuk mencari sedikit modal untuk melaksanakan urusan tersebut.

7. Mungkin bagi sesetengah orang jumlah tersebut agak besar. Tetapi bagi saya padanlah dengan hasil pulangan yang anda bakal perolehi. Dan yang lebih penting lagi ianya selamat dan hak serta kepentingan anda akan dilindungi oleh undang-undang.

8. Sekiranya anda masih berpandangan urusan pecah bahagian dan tukar syarat ini mahal anda mungkin boleh lakukan cara-cara alternatif seperti berikut. Pun begitu ianya masih memerlukan kos. Pendek kata tak de benda dalam dunia ni yang free atau murah. 

9. Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:

A. Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang  berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut.

Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.

Sekiranya Surat Wakil Kuasa (PA) telah ditandatangani oleh semua penama kepada seorang PA di kalangan penama-penama tersebut, maka hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.

Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.

B. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.

Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.

Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.

C. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.

Jika majukan sendiri,  boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.

Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan  syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.

10. Walau apapun, apa yang saya nyatakan ini hanyalah sekadar panduan sahaja. Memang betul, ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.

11. Mind setting yang betul, perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain disamping saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.

12. Sifat ego, suka menyalahkan pihak lain dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk mudah dan untung jangka masa pendek sahaja.

13. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak terhadap bahagian masing-masing di samping ianya lebih selamat dan dilindungi oleh undang-undang.

Soal kos takkan tak boleh selesai kot?

14. Tepuk dada, tanya iman. Nak buat atau tak. Terpulang pada diri anda sendiri. Sekurang-kurangnya saya dah lepas tanggungjawab saya menyampaikan apa yang saya tahu sebagai panduan kita bersama.

Wallahuaklam.

Terima kasih,

Credit Artikel to
SALKUKHAIRI ABD.  SUKOR
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

RISIKO MEMILIKI TANAH PERTANIAN GERAN KONGSI SESAMA AHLI KELUARGA DAN ORANG LUAR

Risiko kongsi geran tanah
 

RISIKO MEMILIKI TANAH PERTANIAN GERAN KONGSI SESAMA AHLI KELUARGA DAN ORANG LUAR

 
Banyak masalah yang mungkin timbul sekiranya anda memiliki tanah pertanian “geran kongsi” dengan pemilik yang lain, sama ada sesama adik beradik ataupun “orang luar”.

Walaupun nama anda ada dalam geran tersebut, tetapi ianya tetap tidak memberi kelebihan sepenuhnya kepada anda.

Antara kelemahan memiliki tanah pertanian geran kongsi adalah:

1. Keluasan dan kedudukan sebenar bahagian tanah anda tidak dapat ditentukan dengan jelas dalam geran.

Ini kerana dari segi undang-undang, semua pemilik bersama di dalam satu geran kongsi akan berkongsi setiap bahagian dan sudut daripada tanah tersebut.

2. Pemilik bersama tidak boleh mendirikan rumah atas bahagian tanahnya. Ini kerana sebagaimana yang saya nyatakan di atas, keluasan dan kedudukan sebenar bahagian anda di atas tanah tersebut tidak dapat disahkan.

Keduanya, untuk tanah pertanian, hanya sebuah rumah/ bangunan sahaja boleh didirikan di atas satu ekar tanah. Itu pun dengan syarat rumah/ bangunan tersebut bukanlah suatu binaan kekal dan hanya bertujuan untuk menjaga kebun semata-mata dan keluasannya hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keluasan tanah tersebut.

Bayangkan kalau semua pemilik bersama nak dirikan rumah kediaman atas tanah tersebut. Sudah pasti ianya bertentangan dengan peruntukan undang-undang justeru pembinaan tersebut adalah dianggap tidak sah dari segi undang-undang.

3. Anda tidak boleh menggadaikan tanah tersebut kepada bank untuk tujuan mendapatkan sebarang pinjaman, melainkan dengan persetujuan bersama kesemua pemilik.

Dan seandainya tanah tersebut digadaikan kepada bank, geran asal tanah tersebut akan dipegang oleh pihak bank. Dan secara otomatiknya segala hak dan kepentingan pemilik bersama yang lain juga akan terkesan.

Jika peminjam gagal jelaskan bayaran pinjaman, keseluruhan tanah tersebut akan dilelong.

4. Biasanya hanya seorang pemilik sahaja yang akan pegang geran. Sekiranya pemilik bersama yang lain ingin memindah milikkan bahagian mereka kepada pihak ketiga, mereka terpaksa terlebih dahulu mendapatkan geran asal daripada pemilik yang pegang geran tersebut.

Biasa berlaku perbalahan sesama pemilik bersama, apabila pemilik  yang pegang geran tersebut enggan memberi pinjam geran asal kepada pemilik bersama untuk tujuan pindah milik kepada pihak ketiga. Alasannya takut geran hilang.

5. Walaupun pemilik bersama boleh menjual bahagian masing-masing  daripada tanah tersebut kepada pihak ketiga, namun masalah mungkin akan timbul terutamanya untuk memindah milikkan bahagiannya kepada pembeli sekiranya pemilik bersama yang pegang geran enggan bekerjasama.

Tambahan pula sekiranya pembeli tersebut adalah “orang luar”, bermungkinan besar agak sukar untuknya nya membangunkan tanah tersebut tanpa kerjasama dengan pemilik bersama yang lain.

Maka, cara terbaik untuk menyelesaikan masalah di atas adalah melalui TUKAR SYARAT KEPADA STATUS BANGUNAN DAN PECAH BAHAGIAN.

Tapi biasalah, mesti anda akan kata ianya akan melibatkan kos yang tinggi dan kebanyakan orang tak mampu kan?

Bagaimana pula jika tidak semua pemilik bersama bersetuju untuk buat urusan tukar syarat dan pecah bahagian tersebut?

Isu tersebut nanti saya akan ulas dalam tulisan saya yang akan datang. Insya Allah.

Sekian, terima kasih.

Credit Artikel to

SALKUKHAIRI ABD SUKOR

Timbalan Presiden

Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

RUMAH DUA NAMA BUKAN HARTA SEPENCARIAN

harta sepencarian atau pusaka?
Harta sepencarian atau pusaka?

RUMAH DUA NAMA BUKAN HARTA SEPENCARIAN

Anggapan mengenai pembelian rumah 2 nama (suami & isteri) dikira sebagai Harta Sepencarian adalah SALAH sama sekali! 

Aset yang didaftarkan atas 2 orang pemilik bermaksud setiap satu pihak mempunyai 50% sahaja pemilikan daripada aset tersebut. 

Harta hanya boleh dikira sebagai Harta Sepencarian melalui pengisytiharan waktu hidup @ tuntutan di Mahkamah Syariah sahaja, bukan automatik milik pasangan.

Permasalahan yang kerap berlaku :

📍Pasangan boleh hilang tempat berlindung apabila berlaku kematian salah satu pihak dan bahagian 50% perlu diagih mengikut hukum Faraid.

📍Harta masih dalam pinjaman, berlaku kesukaran pindahmilik harta apabila takaful/insurans hanya melindungi 50% bahagian si mati sahaja, dan harta hanya boleh dipindahmilik setelah harta 100% bebas tangunggan hutang.

📍Lebih memilukan apabila pinjaman dilakukan oleh satu pihak sahaja, dan kematian berlaku ke atas pihak yang bukan peminjam. Takaful/insurans tidak melindungi bahagian tersebut dan pindahmilik tidak akan boleh dilakukan sehingga hutang dilangsaikan.

Rancang harta anda dan lindungi yang tersayang. Anda penentu masa depan mereka. Wariskan kesenangan, bukan bebanan !!!

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

PERANAN TAKAFUL DALAM PERANCANGAN HARTA PUSAKA

Peranan takaful dalam perancangan harta pusaka
 

Apa itu takaful dan apa kaitan pula takaful dengan perancangan harta pusaka..?

Secara am nya takaful adalah suatu bentuk medium perlindungan dan perancangan harta pusaka adalah suatu medium untuk pengagihan..

Takaful dan Perancangan harta pusaka sangat saling memerlukan antara satu sama lain.

Tapi pada pandangan orang kita, bila kita cerita bab takaful dalam mind set dah pikir..owh takaful ni hanya untuk cover medical dan life sahaja

Dan ada dikalangan kita juga masih kurang jelas dengan peranan takaful dalam kehidupan dan khusus nya juga dalam pengurusan harta pusaka

Ya betul, kita tidak boleh lari dari sakit dan mati..sememang nya kita sudah pun mengikat 1 kontrak bahawa kita perlu hadapi suatu yang pasti iaitu Mati

Bila kita cerita bab perancangan, perancangan yang kita buat itu perlu teliti dan difahami..perancangan dilakukan bila hadir nya risiko selepas kematian kita….dan apa cara nya untuk mengurangkan risiko ini..?

Risiko ini datang dalam banyak perkara antara nya;
1. Rumah yang dalam hutang
2. Pendapatan keluarga terputus akibat kematian si suami
3. Ibu mertua datang tuntut harta si anak
4. Penyediaan wang untuk anak sambung belajar
5. Tiada kepakaran dalam menguruskan pindah hak milik rumah
6. Bila anak meninggal bapa tak nak rumah anak tapi nak duit sahaja sebagai ganti
7. Kos pengurusan pentadbiran harta pusaka
8. Business partner meninggal
9. Kos penyelesaian cukai simati
10. Wang perubatan ibu bapa, jika sebelum ini anak yang tanggung tapi anak meninggal dulu
11. Hutang dengan rakan-rakan, keluarga
12. Pembayaran urusan badal haji, fidyah dan kifarah

Pendek kata semua risiko tersebut perlukan wang atau perlindungan takaful dan ia perlu disempurnakan

Jom kita ambil contoh:
Abu ada:-
– Isteri
– Anak- anak
– Ibu bapa
– Sebuah rumah yang masih berhutang
– Kereta dan motosikal yang masih berhutang
– Tanah pusaka
– Syarikat
– Sedikit wang simpanan dan EPF

Andai kata dia meninggal dunia apakah solution untuk Abu untuk melakukan perancangan dan bagaimana Abu perlu memainkan peranan Takaful.

Kerana dalam menjalankan perancangan, Abu perlu memikirkan tentang risiko dan antara yang perlu Abu lihat adalah;

1. Income replacement – pendapatan gantian bagi keluarga Abu
2. Debt cancellation – perlupusan hutang-hutang Abu
3. Income tax optimization – pembayaran cukai
4. Contigency education – rancangan kos pembelajaran anak-anak Abu
5. Estate redemption – penyediaan wang untuk tebus pusaka
6. Estate administration kos – penyediaan kos urus tadbir harta pusaka
7. Medical plan – kos rawatan untuk keluarga
8. Pembayaran penyucian untuk diri sendiri – haji badal,wakaf atau sedekah

Boleh disimpulkan Takaful ini ibarat wang gantian bagi menyelesaikan risiko-risiko yang berlaku. Kalau nak pakai duit cash yang kita ada belum tentu kita ada simpan cash yang banyak..silap-silap hutang kita lagi banyak daripada asset atau harta

Jom belajar dan rancang.

Keluarkan diri dari kejahilan.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Prosedur Menuntut Harta Sepencarian

Tuntutan Harta Sepencarian

Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian


Menurut Seksyen 2, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah persekutuan) 1984 (Akta 303) harta sepencarian ditakrifkan sebagai:
“Harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.”

Harta sepencarian bukanlah hak yang akan diperoleh secara automatik tetapi ia perlu dituntut. Jika ia tidak dituntut, maka hak tersebut akan terlepas selepas proses pembahagian harta diselesaikan.

Tuntutan harta sepencarian juga perlu dibuat pada kadar segera agar ingatan pihak-pihak yang menuntut masih baik dan bukti-bukti penting masih utuh atau sebelum saksi-saksi penting meninggal dunia.

Dalam banyak kes, mahkamah menolak tuntutan harta sepencarian disebabkan tiada bukti yng kukuh serta keterangan saksi yang tidak konsisten dengan tuntutan yang dibuat.
 
Bagaimana Menuntut Harta Sepencarian?

Seseorang isteri boleh menuntut harta sepencarian dalam keadaan berikut:

1) Sewaktu suaminya memohon untuk berpoligami; atau

2) Selepas pasangan suami isteri bercerai; atau

3) Selepas kematian salah seorang daripada suami atau isteri.
 
Langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah:

1. Pastikan bahawa wujud harta yang diwujudkan atas nama suami. Sekiranya harta tersebut diletakkan atas nama isteri, maka ianya sudah tidak perlu dituntut. Suamilah yang perlu menuntut ketika itu.

2. Dapatkan salinan bukti pemilikan aset-aset yang hendak dituntut itu. Contoh jika anda henda menuntut hartanah atau rumah, anda mestilah mempunyai geran tanah atau rumah. Lengkapkan dokumen-dokumen yang ada sebagai pembuktian jika tiada dokumen, ianya agak sukar untuk dibuktikan.

3. Sediakan resit-resit pembayaran atau bukti sumbangan anda kepada pasangan anda.Sekiranya anda ada menyumbang wang untuk membantu membuat bayaran kepada pihak bank seperti membuat pinjaman bank membantu pasangan anda dari segi sebahagian perbelanjaan, sila simpan dengan rapi dokumen pinjaman bank atau slip wang masuk bank atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

4. Membuat temujanji dengan peguam syarii. Hal yang berkaitan dengan syariah, berjumpa dengan peguam sivil bukanlah tindakan yang tepat kerana mereka tidak mempunyai tauliah untuk beramal di mahkamah syariah. Ini kerana bidang kuasa berkait harta sepencarian hanya wujud di mahkamah syariah.

5. Serahkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan lengkap kepada peguam syarii.
 
Selepas Pelantikan Peguam.

Selepas anda membuat pelantikan peguam, berikut adalah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak peguam syarii:

1. Menyediakan dokumen saman dan penyataan tuntutan.

2. Memfailkan saman dan pernyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah di negeri masing-masing.

3. Kes dibawa ke proses perundingan penyelesaian (sulh). Jika pihak-pihak gagal mencapai persetujuan, maka kes ini akan melalui proses perbicaraan di Mahkamah.

4. Mahkamah akan menetapkan tarikh sebutan.

5. Saman dan Pernyataan Tuntutan akan diserahkan kepada pihak suami (jika isteri yang membuat tuntutan). Jika suami telah meninggal dunia, saman tersebut perlu diserahkan kepada setiap waris faraid yang terdiri daripada anak-anak, ibubapa, suami dan mungkin juga kepada saudara mara suami (jika tiada anak lelaki).

6. Pasangan anda atau waris-waris melantik peguam, maka pasangan anda atau waris-waris anda akan membela diri dengan memasukkan pembelaan.

7. Selepas itu, Mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan.
 
Apabila menghadiri perbicaraan, anda perlu membawa dokumen-dokumen berikut:

1. Kad pengenalan asal.

2. Dokumen-dokumen asal.

3. Dua orang saksi atau lebih.
 
*Mahkamah merupakan pihak berkecuali. Oleh yang demikian, sesiapa yang mendakwa sesuatu perkara mestilah membekalkan bukti atau saksi-saksi bagi menguatkan pernyataan anda. Sesuatu pernyataan yang tidak disokong dengan bukti tidak akan dieprtimbangkan oleh Mahkamah.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Adakah Hibah Lebih Baik Dari Wasiat?

MASIH ADA BERSANGKA HIBAH LEBIH BAIK DARI WASIAT.

JOM BETULKAN FAHAMAN.
 
Hibah memang baik, jika betul-betul nak bagi aset tertentu kepada orang-orang tertentu.
 
Wasiat pun ada fungsi-fungsi nya selain nak bahagi harta kepada waris.
 
Jom baca bacaan santai moga sampai bagi betui-betul faham.
Tapi awas panjang.
 
Saya jawab persoalan yang dinyatakan, ‘as usual’ tulis huruf besar sebab nak ‘differentiate between’ soalan dan jawapan.
 
Bukan sebab marah ye.. tak payah marah-marah. Yang penting kita faham dan jangan salah faham.
Kalau nak tahu ilmu ni, tanyalah yang di dalam bidangnya. Jangan buat andaian sendiri-sendiri.
 
——————————-
Q: Assalamualaikum, maaf ganggu.
A: WAALAIKUMUSSALAM..
 
Q: Just nak share kalau kita sediakan wasiat. Dokumen wasiat kat Malaysia ni tak boleh diguna pakai.
A: MULA-MULA KENA FAHAM DOKUMEN WASIAT DI MALAYSIA NI. DALAM DOKUMEN WASIAT BUKAN SAHAJA ADA BAB PENGAGIHAN HARTA.
 
TETAPI ADA BANYAK FUNGSI-FUNGSI LAIN YANG PENTING DALAM DOKUMEN WASIAT.
 
ANTARANYA IALAH :
1) PERLANTIKAN WASI
2) PERLANTIKAN PENJAGA HARTA ANAK BAWAH UMUR
3) SENARAIKAN HUTANG-HUTANG YANG BAKAL DITINGGALKAN
4) WASIAT 1/3 KEPADA DIRI SENDIRI SEBAGAI AMAL JARIAH ATAU KEPADA BUKAN WARIS.
5)TINGGALKAN PESANAN DAN HASRAT KEPADA WARIS-WARIS YANG ADA KELAK.
 
Q: Wasiat tu boleh dicabar sekiranya ahli waris tidak bersetuju dengan wasiat tersebut.
A: BETUL TU. SETIAP DOKUMEN PERANCANGAN PUSAKA MEMANG BOLEH DICABAR.
TAPI KITA KENA LIHAT CABAR DARI SUDUT APA.
 
KALAU TENTANG PENGAGIHAN HARTA, WARIS-WARIS FARAID BOLEH MENUNTUT HAK FARAID MEREKA
JIKA ADA YANG YANG MENUNTUT. ITU TAK MENJADI MASALAH KEPADA YANG BERHAK.
 
TETAPI, UNTUK NAK CABAR PERLANTIKAN WASI DALAM WASIAT TIDAK SEMUDAH DI KATA.
MASIH BOLEH DICABAR, TETAPI PERLU KE MAHKAMAH, BUKAN HANYA CABAR DI MULUT.
 
DAN JIKA SESEORANG ITU BERWASIAT, AS LONG AS SEMUA WARIS FARAID BERSETUJU DENGAN PENGAGIHAN YANG DINYATAKAN DALAM WASIAT, IANYA TAK MENJADI ISU, DAN WASIAT TERSEBUT BOLEH DILAKSANAKAN.
 
KEYWORD DIA IALAH KERJASAMA DAN KESEPAKATAN ANTARA WARIS.
 
A: Sebab dalam Islam dah ada hukum faraid.
Q: HUKUM FARAID MEMANG DAH ADA DALAM AL-QURAN DENGAN PENGAGIHAN YANG JELAS. SIAPA KITA NAK MENIDAKKAN FARAID IAITU HUKUM YANG ALLAH DAH TETAPKAN.
 
TETAPI FARAID HANYA TERPAKAI UNTUK HARTA PUSAKA BILA DAH MENINGGAL. BUKAN MASA HIDUP.
 
HUKUM FARAID SENDIRI TAK DAPAT BERJALAN SECARA AUTOMATIC. IA PERLU KEPADA PENTADBIRAN HARTA PUSAKA TERSEBUT OLEH YANG MASIH HIDUP.
 
FARAID HANYALAH SEBAGAI GUIDELINE AGIHAN HARTA YANG DAH DITETAPKAN.
CONTOHNYA MACAMMANA NAK AGIHKAN KERETA IKUT FARAID? DIPECAHKAN-PECAHKAN?
KALAU NAK BUAT HIBAH BOLEH, UNTUK KERETA PERGI JE KE JPJ DAN PERGI TUKAR NAMA TERUS JIKA SANGGUP.
 
MACAMMANA PULAK NAK AGIHKAN RUMAH IKUT FARAID? PECAHAN FARAIDNYA MEMANG DAH ADA.
TAPI SIAPA YANG NAK BUAT KIRA-KIRANYA?
SIAPA DAPAT BAHAGIAN MANA?
 
NAK DIHIBAHKAN JUGAK RUMAH? BOLEH, AS LONG AS DAH HABIS BAYAR, BOLEH PERGI PEJABAT
TANAH BUAT PERTUKARAN NAMA PEMILIK.
ITU JUGA DINAMAKAN HIBAH.
 
Q: Sebaik-baiknya kita sediakan hibah.
A: HIBAH JUGA ADALAH SALAH SATU INSTRUMENT PENGAGIHAN HARTA PUSAKA.
HIBAH INI ADALAH HADIAH. PEMBERIAN ASET TERTENTU KEPADA ORANG TERTENTU SEMASA MASIH HIDUP. BUKAN SELEPAS KEMATIAN.
 
Q: Sebab hibah bila cukup rukun dan syarat tak boleh dicabar dan pewaris akan dapat apa sepertimana yang dikehendaki oleh pemilik harta semasa hidup.
A: UNTUK KES YANG DAH TUKAR NAMA SIAP-SIAP BETUL. SEBAB HARTA YANG DAH DIHIBAHKAN TU DAH TERKELUAR DARIPADA PUSAKA DAN WARIS FARAID LAIN TIADA HAK LAGI UNTUK MENUNTUT.
 
BETUL TU, NAK LAKSANAKAN HIBAH PERLU IKUT RUKUN DAN SYARAT-SYARATNYA.
KALAU NAK BAGI ASET TERTENTU KEPADA WARIS TERTENTU BOLEH BUAT MELALUI HIBAH.
TIADA SATU PUN DOKUMEN YANG DIBUAT DI DUNIA NI TAK BOLEH DICABAR.
 
BEGITU JUGA DENGAN DOKUMEN HIBAH. SANGGUP ATAU TAK SANGGUP JE WARIS NAK MENCABARNYA SEBAB NAK CABAR PERLU KE MAHKAMAH KOS DAN SEBAGAINYA.
 
Q: Bila sebut wasiat. Kena faham wasiat dalam Islam sebenarnya wasiat untuk amal jariah 1/3 dari harta yang kita ada untuk diberikan contoh wasiat amal jariah kepada anak yatim, fakir miskin.
A: ITULAH ANTARA FUNGSI WASIAT YANG MANA AMAL JARIAH 1/3 TAKDE YANG DINYATAKAN DALAM DOKUMEN HIBAH. DALAM DOKUMEN WASIAT ADA…
 
PENGAGIHAN HARTA KEPADA WARIS DI DALAM DOKUMEN WASIAT HANYALAH DALAM BENTUK HASRAT DAN
PESANAN.
IANYA MASIH TERTAKLUK KEPADA PERSETUJUAN WARIS FARAID.
 
TEPAT SEKALI. KELEBIHAN BERWASIAT TELAH DITERANGKAN KAT ATAS. AMBIK PELUANG UNTUK BERWASIAT SUPAYA ADALAH SEDIKIT DARIPADA HARTA KITA BOLEH DIMANFAATKAN KEPADA DIRI KITA SEMULA UNTUK BEKALAN DI ALAM SANA KELAK MELALUI AMAL JARIAH.
 
RANCANGLAH PUSAKA MENGIKUT WARIS DAN HARTA YANG KITA ADA.
INGAT UNTUK DIRI SENDIRI JUGA.
 
Q: Wasi hanya sebagai pengantara dan orang tengah yang uruskan harta kita.
A:BETUL TU. WASI ADALAH 2ND MAN YANG KITA LANTIK SEMASA HIDUP UNTUK URUSKAN SEGALA PENINGGALAN PUSAKA KITA DENGAN SEMPURNA.
 
KALAU TAK LANTIK DALAM WASIAT NAK LANTIK KAT MANA? DOKUMEN HIBAH KAH?
 
Q: Jadi point yang saya nak share. Encourage orang untuk buat hibah bukan wasiat.
A: HIBAH ADA FUNGSI DIA TERSENDIRI. BEGITU JUGA DENGAN WASIAT ADA FUNGSINYA YANG TERTENTU. GUNAKAN MENGIKUT KESESUAIAN.
 
BUKAN PUKUL RATA ENCOURAGE BUAT HIBAH DAN BUKAN WASIAT. ITU ADVISE YANG KURANG LENGKAP LAGI TU.
 
Q: Sebab ikut akta harta dalam Islam (saya tak ingat akta tahun bila). Wasiat tu memang boleh dicabar.
A: ULANGAN, TIADA SATU PUN DOKUMEN PERANCANGAN PUSAKA YANG TIDAK BOLEH DICABAR HATTA HIBAH. BEGITU JUGA WASIAT.
 
Q: Kita orang Islam tak guna wasiat.
A: ADA AYAT-AYAT QURAN YANG MENCERITAKAN TENTANG WASIAT, BAGAIMANA PULA DIKATAKAN WASIAT TIDAK TERPAKAI KEPADA ORANG ISLAM?
 
Q: Sebab wasiat yang sebenar adalah wasiat untuk amal jariah berbanding hibah.
A: FAHAMI KEDUA-DUA FUNGSI WASIAT DAN JUGA HIBAH. PENERANGAN SAMA DI ATAS, ULANG DAN ULANG.
 
Q: Hibah is fully shariah compliant. Asalkan dokumen hibah tersebut menepati rukun dan syarat dalam Islam berbanding wasiat.
A: MANA-MANA DOKUMEN ASALKAN MENGIKUT SYARAK DAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA IANYA MASIH TERPAKAI DI MALAYSIA NI.
 
Q: Maaf sekadar share. Tak guna kita sediakan wasiat sebuah dokumen yang boleh dicabar dan tak laku dalam perundangan masa kini.
A: FAHAMI FUNGI-FUNGSI WASIAT DENGAN JELAS. SETAKAT INI DOKUMEN WASIAT OLEH AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD TIADA LAGI YANG GAGAL MENDAPATKAN PROBATE.
 
Q: Dokumen wasiat yang hanya tertulis semasa hidup pemilik harta dan tak boleh di guna pakai selepas kematiannya kerana konsep wasiat dalam Islam tu perlu difahami dengan jelas.
A: DOKUMEN WASIAT MEMANG PERLU DISEDIAKAN SEMASA MASIH HIDUP. BILA DAH MATI, WARIS TAK BOLEH BUAT WASIAT ON BEHALF OF SI MATI.
 
PENYEDIAAN DOKUMEN WASIAT MEMANG SEMASA HIDUP, TETAPI PERLAKSANAANNYA DIBUAT SELEPAS BERLAKU KEMATIAN UNTUK MENDAPATKAN PROBATE (SURAT KUASA).
 
Q: Dokumen yang akan bercakap sebaiknya-baiknya adalah hibah mengikut rukun dan syaratnya yang sempurna bukan wasiat.
A: INI TERBALIK. DOKUMEN HIBAH TIDAK BOLEH BERCAKAP MEWAKILI SI MATI SEBAB DOKUMEN HIBAH HANYALAH DOKUMEN PEMBERIAN ASET TERTENTU KEPADA WARIS TERTENTU.
 
“WASIAT IS ONLY DOCUMENT THAT SPEAKS FOR US WHEN WE ARE NO LONGER AROUND.”
 
Q: Sebab Islam juga kita dah ada hukum faraid yang tak boleh dinafikan melainkan pemilik harta telah menyediakan atau menghibahkan harta mereka.
A: FARAID ADALAH ASAS PUSAKA DAN TIDAK BOLEH DINAFIKAN. RANCANG PUSAKA MELALUI HIBAH ATAU WASIAT TIDAK BOLEH ATAS NIAT MENIDAKKAN FARAID.
 
Q: Saya just nak share sebelum kita nak ajak umat Islam buat wasiat better kita fahami konsep wasiat yang sebenar dalam Islam dan mengikut perundangan Islam.
A: SEMOGA PERKONGSIAN DIBERIKAN KEPADA MASYARAKAT JELAS DAN TIDAK MENGELIRUKAN.
 
Q: Terima kasih😇
A: SAMA-SAMA. SEMOGA YANG MEMBACA ATAU TERBACA JUGA CERAH PEMAHAMANNYA.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
error: Content is protected !!