Kenapa Kita Digalakkan Menulis Wasiat?

agihan-wasiat
Agihan Wasiat

Kenapa Kita Digalakkan Menulis Wasiat?

 
Tujuannya adalah untuk memudahkan waris-waris kita menguruskan harta pusaka selepas kematian kita nanti. Biasanya isi kandungan yang penting dalam dokumen wasiat ialah:

1) Kata-kata berbentuk nasihat, amanat dan pesanan yang baik kepada isteri/suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain

2) Senarai nama isteri/suami, anak-anak dan ahli keluarga yang boleh mewarisi. Ini penting untuk memudahkan wasi melaksanakan wasiat kepada sesiapa yang berhak. Kalau suami ada 3 orang isteri, senaraikan lah semua walaupun isteri pertama baru dapat tau saat wasiat tu dibacakan. Inilah gunanya tulis wasiat. Isteri pertama pun tak boleh nak marah dah sebab suami pun dah meninggal.

3) Senaraikan semua hutang piutang  yang kita ada. Ingat, hutang wajib dibayar. Walaupun ada hutang kat kedai runcit dlm buku 555 pun kena tulis juga. Tak tenang roh kita nanti kalau hutang tak selesai. Dah selesai hutang kalau ada baki baru boleh laksanakan wasiat yang seterusnya.

4) Barulah nyatakan hasrat nak bagi harta kat orang yang kita sayang tapi ingat ye, yang bukan waris sahaja. Sebagai contoh, nak bagi kat
anak angkat atau nak bagi kat adik-beradik. Adik beradik bukanlah waris kalau si mati ada anak lelaki. Contoh je. Anda kena kenalpasti dulu siapa waris-waris anda.

5) Kalau nak bagi untuk tujuan kebajikan lagi digalakkan tapi pastikan jumlah pemberian kepada bukan waris dan untuk tujuan kebajikan tu mestilah tak lebih dari 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta.

mudah-wasiat
mudah dengan wasiat
 
6) Masukkan juga nama orang yang nak dilantik sebagai Wasi atau Pentadbir. Kalau nak lantik Pemegang Amanah atau Penjaga untuk anak-anak di bawah umur pun boleh ditulis sekali.

7) Pewasiat juga boleh masukkan sekali peruntukan kos untuk melaksanakan wasiat dan larangannya supaya tidak menggunakan hartanya bagi tujuan yang tidak bermanfaat kepada dirinya dan waris-waris yang ditinggalkan.

8) Dokumen Wasiat mesti ditandantangani oleh Pewasiat dan disaksikan oleh 2 orang saksi yang berkelayakan. Ini bagi mengelakkan pertikaian kesahihan dokumen Wasiat selepas kematian Pewasiat. Tapi jika ada pertikaian dari segi pelanggaran rukun sah wasiat, pihak yang tak berpuashati boleh merujuk wasiat tersebut ke Mahkamah Syariah.

9) Selepas selesai semua yang di atas barulah boleh bahagi-bahagikan baki lagi 2/3 harta kepada waris-waris yg layak mengikut bahagian masing-masing yang telah ditetapkan mengikut hukum faraid.

Sebenarnya samada kena buat wasiat atau hibah, keperluan setiap orang tak sama. Situasi dan keadaan yg berbeza memerlukan jalan penyelesaian yang berbeza. Yang penting, buatlah sesuatu dengan ilmu dan maklumat yang betul bukan sekadar ikut-ikutan. Dapatkan penjelasan dari yang pakar.

Sumber: Roslina Sabiyah & Co 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat? (Bahagian 1)

Hibah atau wasiat?

Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat? (Bahagian 1)

Hibah Atau Wasiat Dulu?

Hibah atau wasiat? Sebenarnya dua-dua ada fungsi dan peranan dia masing-masing. Susah nak faham kalau kita hanya bagi fakta-fakta sahaja. Saya kena buat part demi part sebab saya ada banyak kes dan kisah benar nak dikongsi. Supaya melalui kes dan kisah benar tu lebih mudah orang ramai nak faham aplikasi hibah dan wasiat yg lebih praktikal bukan berdasarkan teori sahaja.

Ok biasanya yang banyak bertanya pasal hibah dan wasiat ni golongan wanita para isteri-isteri. Sebab mereka tahu bahagian mereka paling sedikit. Sampai ada yang minta tolong saya..”Puan tolong la pujukkan suami saya supaya buat hibah.

Kalau saya yang cakap nanti dia ingat saya cuma nak harta dia dan nak suruh dia mati dulu dari saya..” Haa.. siapa yg pernah terfikir dialog di atas? Saya tak boleh pujukkan.. nanti jadi lain pulak. Yang saya boleh bantu hanya tolong bagi kefahaman dan kesedaran sahaja.

Tapi kali ni saya nak kongsikan 1 kes yang melibatkan orang lelaki sendiri. Seorang lelaki yang juga suami dan ayah kepada seorang anak perempuan datang berjumpa saya untuk buat hibah. Umurnya muda lagi tapi dah ada harta 2 biji rumah yang lokasinya agak strategik dan beberapa ekar kebun sawit. Profil kewangannya memag cantik dengan beberapa pakej insurans yang diambil dan beberapa pelaburan yang dibuat. Apa yang membuatkan beliau nekad nak buat hibah?

Ceritanya.. ”Isteri saya surirumah. Saya hanya ada seorang anak perempuan. Adik-beradik saya ramai lelaki dan ibu saya masih hidup. Baru-baru ni saya ada borak-borak santai bagitau nak merancang harta saya dengan keluarga. Adik-beradik saya tak setuju. Katanya diorang pun
ada hak ke atas harta-harta saya. Ibu saya pun ada cakap dia nak bahagian atas rumah saya.

Saya terkejut dan tak sangka! Sebab saya masih hidup dan harta-harta saya belum pun jadi harta pusaka lagi tapi mereka dah berkira-kira bahagian mereka. Hubungan saya dengan adik-beradik pun taklah rapat sangat sebenarnya. Sebab tu saya tak lantik mereka jadi saksi saya pun Puan. Tak sangka apa yang saya baca selama ni tentang perebutan harta terjadi kat keluarga saya sendiri. Bezanya saya masih hidup. Saya tak dapat bayangkan apa nasib isteri dan anak perempuan saya kalau saya tak buat apa-apa..”

Oo patutlah beliau nekad betul nak buat hibah. Betul lah..selagi tak kena batang hidung sendiri memang kita tak akan sedar. Agak-agak kalau si suami ni buat wasiat nak bagi semua harta dia kepada isteri dan anak perempuan dia sahaja..apa akan jadi pada wasiat dia? Cuba bayangkan.. selepas kematian dia dengan struktur faraid yang sama..

Agak-agak adik-beradik lelaki dan ibu dia cabar tak wasiat tu? Sebab mereka pun waris-waris si suami dan berhak dapat bahagian faraid. Kalau mereka tak setuju dengan wasiat tu, mereka boleh cabar wasiat tu di mahkamah syariah. Hanya mahkamah syariah sahaja yang ada bidangkuasa untuk tentukan samada wasiat tersebut boleh dilaksanakan atau tidak bukannya agensi yang menyediakan wasiat tu. Antara perkara penting yang mahkamah akan ambil kira :

1) Adakah wasiat itu mengikut hukum syarak? Tidak.
Kerana wasiat itu dibuat kepada waris iaitu isteri dan anak perempuan. Sedangkan wasiat sepatutnya dibuat kepada BUKAN waris. Tambahan lagi dibuat ke atas semua harta bukan 1/3 sahaja.

2) Jika wasiat dibuat kepada waris, adakah waris-waris yang lain setuju?
Jika waris-waris yang lain setuju tak ada masalah maka wasiat tersebut boleh dilaksanakan. Tapi dalam kes ini, jika ada waris yang mencabar maka wasiat itu akan terbatal dan tak berkuatkuasa.

Maka akhirnya harta-harta si suami tadi akan dibahagikan secara faraid. Dan bahagian isteri hanya 1/8. Apa akan jadi pada nasib isteri dan anak perempuan tadi jika masing-masing akan menuntut bahagian ke atas rumah tu? Adakah itu hasrat si suami tadi semasa menulis wasiat? TIDAK! Perkara tu takkan terjadi Puan..sebab saya masih hidup dan saya nak buat hibah sekarang! Fuhh tersedar dari lena dan igauan mimpi ngeri rupanya..

Adakah hibah tak adil dan melarikan hak waris-waris yg lain? Perlu difahami hibah dibuat semasa hidup. Dan harta tersebut bukan lagi harta pusaka. Kita berhak nak bertasarruf dgn harta kita sendiri. Nak bagi kat orang atau nak jual itu hak kita. Kecuali kalau kita dah mati, harta itu bukan harta kita lagi. Ia akan jadi harta pusaka. Barulah perlu ditadbir mengikut prosedur harta pusaka.

Nota 1 : Suami tu cuma hibahkan rumah2 dan kebun sawit kat isteri dan anak perempuan dia je. Sebab nak pastikan isteri dan anak dia ada tempat tinggal dan pendapatan lepas dia mati nanti. Harta2 dia yg lain macam ASB, saham2, wang tunai dll tu semua dia tak hibahkan pun. Tetap akan diagihkan secara faraid kpd waris2 yg lain.

Nota 2 : Yang saya faham hibah tu hadiah. Habis tu kalau dah hadiahkan semua harta2 kita kat orang, kita dah tak ada apa2 harta lagi
la kan? Kalau isteri dan anak tinggalkan saya macamana? Haa sebab tu nak buat hibah pun kena ada ilmu bukan pakai buat je. Hibah kan ada banyak jenis. Hibah mutlak dan hibah bersyarat. Keperluan setiap orang tak sama.

Hibah tu tak zalim. Yang zalim itu adalah orang yang tak nak cari ilmu yang betul tentang hibah dan wasiat. Hibah bukan melarikan pusaka tetapi merancang harta.

Kredit: Roslina Sabiyah & Co

Hadiahkanlah kepada orang yang kita cinta dan sayang semasa kita masih hidup!

Ikuti sambungannya di Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat (Bahagian 2)

Jom Belajar Faraid:

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Testimoni Dari Kisah Benar Luahan Seorang Isteri (Waris) Tentang Urus Harta Pusaka Suaminya.

Khidmat Urus Pusaka Dari as-Salihin Trustee

TESTIMONI DARIPADA SEORANG WARIS (ISTERI) YANG MANA ARWAH SUAMI BELIAU TELAH MENULIS WASIAT DAN MELANTIK AS-SALIHIN SEBAGAI WASI.

Saya ingin berkongsi kisah benar yang dihadapi oleh diri saya sendiri setelah kematian suami saya.

Maka benarlah kematian itu sangat lah hampir dengan setiap jiwa. Pada tanggal 31/8/2015, suami saya telah meninggal dunia, meninggalkan saya dan tiga orang anak. Kematian beliau berlaku secara mengejut tanpa sebarang tanda tanda awal. Saya dan anak-anak amat sangat sedih dan terkesan dengan kematian arwah suami yang selama ini menjadi tempat
bergantung dan berlindung kami sekeluarga.

Saya panik memikirkan anak-anak masih kecil dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Saya juga dihantui oleh stigma pembahagian harta pusaka yang kebiasaannya mengambil masa yang lama dan rumit. Namun Alhamdulillah, perkara
tersebut tidak berlaku kepada kami sekeluarga. Urusan pentadbiran harta pusaka arwah suami berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan. Arwah suami saya telah melakukan persiapan awal dengan melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai Wasi (pentadbir harta pusaka) bagi pihak beliau. Beliau telah menulis wasiat sebagai persiapan awal bagi memudahkan saya dan anak-anak disamping untuk mengelakkan konflik di kemudian hari.

Pada awalnya, kami sendiri tidak tahu apa tindakan yang harus diambil bagi menguruskan harta pusaka arwah suami setelah kematian beliau. Kami seperti kehilangan arah dan hala tuju. Saya sebagai isteri tidak pasti apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencairkan aset yang terbeku sebaik sahaja arwah suami meninggal dunia.

Namun tindakan pantas dari Islamic Estate Planner (IEP) (Perancang Harta Pusaka Islam as-Salihin) telah memudahkan segalanya. Beliau telah memaklumkan kepada kami sekeluarga bahawa pihak arwah suami telah menulis wasiat dan
melantik as-Salihin sebagai Wasi sebaik sahaja beliau meninggal dunia.

as-Salihin telah melakukan bacaan wasiat kepada saya dan anak-anak serta waris faraid serta memaklumkan mengenai segala proses pentadbiran pengurusan harta pusaka. as-Salihin berjaya menerangkan proses-proses yang rumit dalam pengurusan aset terbeku dalam bahasa yang mudah difahami. Apa yang penting ialah pihak mereka menjadi penunjuk arah kepada kami sekeluarga ketika mana kami amat memerlukannya.

Malah pihak as-Salihin juga bertanggungjawab sebagai wasi yang telah mentadbir harta pusaka, menyelesaikan hutang piutang dan menguruskan pembahagian harta pusaka kepada waris faraid disamping memastikan hak-hak waris terpelihara terutama bagi anak-anak saya yang masih dibawah umur.

Melalui wasiat arwah suami saya, Allahyarham telah melantik saya sebagai pemegang amanah/penjaga harta anak-anak saya yang masih di bawah umur. Dengan perlantikan tersebut, saya boleh mengurus harta bagi pihak anak-anak saya dengan lebih baik dan lancar.

Seandainya tanpa bantuan as-Salihin, saya tidak pasti bagaimana saya akan menguruskan harta pusaka si suami secara bersendirian. Kurang kemahiran dalam selok belok pentadbiran harta pusaka seperti tidak pasti dokumen apakah yang diperlukan, apakah yang perlu dilakukan seandainya geran telah hilang, pejabat manakah yang perlu dituju dan sebagainya merupakan cabaran utama bagi saya di dalam hal ini, dan saya berasa amat bersyukur kerana telah dipertemukan dengan as-Salihin Trustee Berhad dan amat-amat berterima kasih kepada mereka kerana telah bertungkus lumus membantu saya dan anak-anak dalam melancarkan pengurusan harta pusaka Allahyarham suami saya.

Yang benar,

Nor Hazami Binti Harun

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Kenali Siapa Waris Faraid Anda

MAKLUMAT PERIBADI

Setiap maklumat anda tidak akan dikongsi, didedahkan kepada pihak ketiga. Data ini adalah hanya untuk kegunaan admin laman web ini sahaja.
Nama Penuh Anda
No Telefon Anda
Alamat Email Anda
Nyatakan Lokasi atau Tempat Tinggal Anda
Nyatakan apakah pekerjaan anda sekarang
Nyatakan berapa pendapatan bulanan anda

MAKLUMAT PERIBADI UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila jawab Ya atau Tidak untuk setiap soalan dibawah

MAKLUMAT AHLI KELUARGA UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila isi maklumat dibawah dengan kiraan yang betul untuk dapatkan peta faraid yang tepat.
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak perempuan anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik beradik lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik-beradik perempuan anda
Nyatakan berapa anggaran jumlah harta pusaka anda untuk diagihkan

Wasiat Hanya Kepada Bukan Waris?

Hanya 1/3 untuk bukan waris

 WASIAT HANYA KEPADA BUKAN WARIS?

Wasiat bukan hanya 1/3.Yang 1/3 itu adalah limit untuk berikan kepada bukan waris faraid yang tak boleh ditentang. Tapi kalau nak bagi kepada bukan waris faraid lebih daripada 1/3 pun takpa asalkan waris faraid setuju.

Pastu keseluruhan pusaka boleh diagihkan ikut hasrat (tak ikut faraid), tapi memerlukan persetujuan waris-waris faraid. Kalau ada waris yang tidak setuju, contohnya sorang, maka yang sorang tu berhak untuk tuntut bahagian dia sahaja. Ertinya waris lain yang tak tuntut, setuju untuk teruskan agihan harta ikut hasrat pewasiat. 

Siapa wasi kita?

 Tapi yang pentingnya wasiat ini ialah perlantikan wasi. Yakni sesiapa yang akan uruskan segala urusan nanti termasuk selesaikan hutang dan amal jariah serta pengagihan pusaka.

Nilai aset itu akan ditentukan masa berlaku kematian nanti. Masa sekarang ini tak perlu nilai sebab kita tak tau tarikh bila kita mati, mungkin berapa puluh tahun lagi nilai dah berbeza. Itu nanti syarikat amanah yang akan tentukan.

Contoh: Dalam wasiat, kita boleh nyatakan rumah bagi anak. Tanah bagi mak dan kakak. Wang tunai diagihkan mengikut faraid atau nak gunakan wang tunai tersebut untuk diri kita balik sebagai amal jariah kita contohnya sedekah atau waqaf.

Dalam wasiat boleh nyatakan apa perancangan kita dengan harta kita. Ramai yang disalah fahamkan tentang 1/3 ini sampai semua orang ingat wasiat tak boleh kepada waris.
Penilaian semula fatwa wasiat

 Ini fatwa tentang kebolehan berwasiat kepada waris jika semua waris setuju.

Artikel VII dalam klause wasiat as-Salihin Trustee

 Ini adalah antara klause dalam wasiat as-Salihin Trustee yang mengikut hukum syarak dan undang-undang yang mana waris-waris perlu diminta persetujuan dulu sebelum melaksanakan wasiat.

Oleh itu semua waris perlu tahu dulu. Jika setuju, wasiat boleh dijalankan.

Bila ramai yang disalah fahamkan tentang wasiat, hibah mula disebut-sebut dan dicanang-canangkan. Tetapi sebut tak habis. Bukan semua benda boleh hibah ikut undang-undang. Ada syarat-syaratnya antaranya kena bebas hutang. (Harta tak alih iaitu rumah atau tanah).

Oleh itu wasiat sebenarnya dokumen sementara kita. Kita rancang siap-siap, andaikata tak sempat dilaksanakan masa kita hidup. Kalau sempat nak hibah masa hidup, boleh buat pertukaran nama siap-siap.

Wasiat ialah kes dimana kita rancang begitu begini. Kalau semua waris bersetuju selepas kita mati dan tak jadi isu untuk dilaksanakan. Credit to Sufyan Bakir.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Apa Itu Harta Batil?

“Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil. Dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian dari harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui” (QS. al-Baqarah: 188).

Read More »

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Realiti Penama KWSP

kemaskini penamaan waris

REALITI PENAMA KWSP

Rekod KWSP menunjukkan masih ramai pencarum yang tak mengemaskini ‘Penama’ waris kepada yang terkini.
 
Selalunya meletakkan nama waris ibu atau bapa ketika mula bekerja diawalnya sehingga telah beranak pinak.
 
Ada juga yang langsung tak letak maklumat waris.
 
Juga elakkan letak anak-anak bawak umur sebagai penama sebab ianya bakal diurus oleh ARB by default dan akan melibatkan extra caj.
 
Bila kita tak faham nanti kita mula salahkan ARB ke atas caj yang dikenakan. 
 
Ada pewaris lama kepada adik-beradik, setelah meninggal susahnya hendak memujuk adik-beradik yang diwariskan wang tersebut supaya diberikan sedikit ehsan kepada balu dan anak arwah..!! 
 
Jadi rajin-rajinlah kemaskini ‘Penama’ KWSP kita.
 
“Tiada orang yang sayangkan seseorang itu kemudian tinggalkan orang yang disayang dalam keadaan susah & menderita. Rancang kerana sayang.”
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Kenali Siapa Waris Faraid Anda

MAKLUMAT PERIBADI

Setiap maklumat anda tidak akan dikongsi, didedahkan kepada pihak ketiga. Data ini adalah hanya untuk kegunaan admin laman web ini sahaja.
Nama Penuh Anda
No Telefon Anda
Alamat Email Anda
Nyatakan Lokasi atau Tempat Tinggal Anda
Nyatakan apakah pekerjaan anda sekarang
Nyatakan berapa pendapatan bulanan anda

MAKLUMAT PERIBADI UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila jawab Ya atau Tidak untuk setiap soalan dibawah

MAKLUMAT AHLI KELUARGA UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila isi maklumat dibawah dengan kiraan yang betul untuk dapatkan peta faraid yang tepat.
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak perempuan anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik beradik lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik-beradik perempuan anda
Nyatakan berapa anggaran jumlah harta pusaka anda untuk diagihkan

25 Hikmah Anda Perlu Berwasiat Dengan Segera.

hikmah-wasiat
Hikmah Berwasiat

25 Hikmah Anda Perlu Berwasiat

  • Berharap supaya dapat meninggal dunia di dalam Islam dan iman.
  • Melantik wasi yang amanah bagi menguruskan harta.
  • Mendidik waris agar taat kepada perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW.
  • Memenuhi kehendak al-Quran dan as-Sunnah dan sebagai tanda taat kepada perintah Allah SWT dan sunah Nabi Muhammad SAW.
  • Mengelakkan penipuan dan penyelewangan di dalam pentadbiran harta pusaka.
  • Sebagai satu dakwah (seruan) kepada waris-waris supaya mengerjakan kebajikan dan meninggalkan kebatilan.
  • Mengelakkan waris-waris daripada memakan harta orang lain secara batil.
  • Persediaan menghadapi sakaratulmaut dan ajal yang dijanjikan oleh Allah SWT.
  • Mengelakkan kekeliruan dan kekecohan mengenai tempat yang sepatutnya jenazah dikebumikan.
  • Menyucikan harta melalui pembayaran zakat harta sebelum harta dibahagikan.
  • Perancangan dari segi rohani dan jasmani ke alam baharu atau alam barzakh yang kekal selama-lamanya.
  • Membuat peruntukan harta sepencarian bagi suami atau isteri anda sebagai tanda perhargaan di dalam mengharungi suka duka alam rumahtangga.
  • Meninggalkan pesanan yang baik kepada anak-anak supaya saling menghormati, bekerjasama dan mengasihi antara satu sama lain.
  • Menyatakan bagaimana akaun pentadbiran harta pusaka patut ditadbir
  • Mengharapkan keredhaan Allah SWT dan tanda redha dengan qadak dan qadar Allah SWT.
  • Tanda keinsafan, taubat dan mekanisme koreksi diri.
  • Membuat secara bertulis bagi menguatkan lagi hasrat pewasiat.
  • Menjalankan tanggungjawab agama dengan menghidupkan sunat muakkad iaitu sunah yang sangat dituntut.
  • Arahan kepada ahli waris tentang maklumat peguam yang tahu mengenai latar belakang anda dana harta anda.
  • Mengambil pengajaran daripada kisah Luqman al-Hakim dan anaknya, seperti yang dikisahkan di dalam al-Quran.
  • Tanda tawakal dan berserah diri kepad Allah SWT.
  • Mengingatkan waris-waris tentang pertemuan pada masa hadapan ketika dihimpunkan di Padang Masyar kelak.
  • Tanda bersyukur kepada Allah SWT tentang nikmat yang dianugerahkan-Nya
  • Memperuntukkan sebahagian harta pusaka untuk diberikan kepada bukan waris seperti anak angkat dan anak tiri.
  • Memperuntukkan sebahagian daripada harta pusaka untuk dijariahkan bagi tujuan kebajikan dan ganjaran pahala yang berterusan.

Dapatkan Segera

Buku Kaedah Pembahagian Harta Pusaka dan Kepentingan Wasiat

Ditulis oleh Ustaz Ghazali Ibrahim

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

HIBAH atau FARAID : BIAR TAHU, JANGAN KELIRU

 
 
Hibah vs Faraid?

HIBAH atau FARAID : BIAR TAHU, JANGAN KELIRU


Berikut adalah rumusan ringkas apa yang telah dibincangkan di dalam Seminar Hibah atau Faraid: Biar Tahu Jangan Keliru anjuran HartaGuam dan Fakulti Syariah & Undang-undang USIM semalam.

1. Hukum tentang perlaksanaan dan pembahagian faraid telah jelas dinyatakan di dalam AlQuran. Ia dianggap sebagai Hududullah yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang beriman.

2. Pembahagian faraid terhadap harta pusaka si mati dibuat selepas ditolak kos urusan jenazah, hutang simati, harta sepencarian dan wasiat si mati. Baki daripada harta pusaka si mati barulah dibahagi bahagikan mengikut faraid.

3. Pembahagian sama rata terhadap harta pusaka simati boleh dibuat dengan syarat semua waris perlu tahu bahagian faraid masing- masing terlebih dahulu dan kesemua waris telah bersetuju dan redho pembahagian dibuat secara sama rata.

4. Hukum pembahagian faraid datang dengan tanggungjawab. Bahagian faraid untuk waris lelaki lebih tinggi berbanding dengan waris perempuan kerana waris lelaki bertanggungjawab untuk menjaga waris-waris perempuan dengan harta pusaka yang diterima, sedangkan waris perempuan hanya bertanggungjawab untuk dirinya sendiri sahaja dan harta faraid yang diterima hanyalah lah untuk dirinya sahaja.

5. Sijil faraid diperlukan untuk mengesahkan waris yang sah yang berhak menerima harta pusaka si mati dan untuk mengesahkan bahagian sebenar yang berhak diterima oleh setiap waris. Walau bagaimanapun ada pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia yang tidak mengiktiraf sijil faraid untuk urusan pendaftaran perletakanhak atau turun milik di pejabat tanah.

6. Hibah tidak boleh dilakukan semata-mata bertujuan untuk mengelakkan daripada faraid atau sebagai langkah untuk lari daripada faraid kerana merasakan pembahagian faraid adalah tidak adil. Hibah sepatunya dilakukan atas dasar rasa kasih sayang kepada ahli keluarga ikhlas kerana Allah.

7. Hukum hibah yang dibuat untuk tujuan mengelakkan daripada melaksanakan faraid tetap sah dari segi hukum fekah dengan syarat ianya mematuhi semua rukun dan syarat hibah. Cuma dari segi akhlaq sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah ianya sangat tidak patut dilakukan.

8. Harta yang telah dihibah tidak boleh ditarik balik sekiranya setelah berlakunya penyerahan (qabad), melainkan hibah daripada ibu/bapa kepada anak.

9. Hibah digalakkan dibuat secara bertulis untuk mengelakkan perbalahan di kemudian hari. Dan sebaik-baiknya dapatkan pengesahan hibah daripada Mahkamah Syariah terus untuk mengesahkan hibah tersebut supaya tidak timbul masalah dan perbalahan di kemudian hari terutamanya selepas pemberi hibah meninggal dunia.

10. Hibah hartanah yang tidak didaftarkan pindahmilik, masih dianggap sah asalkan telah berlaku qabad (penyerahan) kepada penerima hibah.

11. Terdapat khilaf dari segi hukum syarak dan juga perlaksaan undang-undang di Malaysia untuk hibah bersyarat atau Hibah hartanah yang masih digadaikan kepada bank. Setakat ini tiada peruntukan undang-undang bertulis yang khusus tentang hibah bersyarat. Undang-undang yang ada hanyalah berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Syariah yang berbeza-beza bergantung kepada fakta seuatu kes dan bergantung kepada sejauh mana pihak peguam dapat berhujah meyakinkan hakim tentang hibah bersyarat tersebut.

12. Walaupuan secara amalannya Mahkamah syariah cenderung merujuk kepada pendapat mazhab Syafie dalam memutuskan sesuatu kes berkenaan faraid atau hibah, tetapi Mahkamah Syariah tidak semestinya terikat untuk menerima pendapat Syafie dalam memutuskan sesuatu kes berkaitan faraid atau hibah.

13. Perunding pusaka/hibah hendaklah diberikan ilmu dan kefahaman sebenar tentang penghayatan dan perlaksanaan sebenar faraid dan hibah supaya tidak mengelirukan masyarakat atau dilihat untuk mempromosi dan menjual produk hibah mereka semata-mata.

15. Tiada peruntukan undang-undang khusus tentang Hibah bersyarat terhadap hartanah tetapi sudah ada peruntukan khusus di dalam undang-undang yang membenarkan hibah bersyarat pada manfaat takaful.

Moga sedikit perkongsian ini dapat memberi kesedaran dan pemahaman sebenar kepada masyarakat tentang perlaksaan faraid dan hibah di Malaysia.

Kesimpulannya, hibah bukanlah cara untuk mengenepikan faraid tetapi hibah sewajarnya menjadi pelengkap kepada faraid itu sendiri.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Kredit Artikel:

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Hibah Untuk Kemashlahatan Umat

Hibah Untuk Kemashlahatan Umat

Antara Fungsi Wasi dan Hibah

WASI

Soalan: Apa itu Wasi ?
Jawapan : Wasi adalah Seorang yang dilantik oleh pewasiat untuk mentadbir harta pusaka peninggalannya semasa beliau masih hidup

Soalan: Adakah waris menjadi seorang Wasi ?
Jawapan: Ya. Pewaris boleh menjadi Wasi

Soalan: Bolehkan melantik Syarikat menjadi Wasi ?
Jawapan: Boleh, tetapi Syarikat tersebut mestilah sebuat syarikat Trustee. Tambahan pula, lebih elok untuk menamakan sebuah Syarikat Trustee sebagai Wasi tambahan kerana Wasi individu mungkin meninggal dunia semasa pewasiat masih hidup.

Soalan: Adakah perlantikan Wasi boleh dicabar ?
Jawapan: Tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun didalam peruntukan undang-undang di Malaysia

Soalan: Apakah yang terjadi sekiranya tiada Wasi dilantik ?
Jawapan: Semua waris-waris simati hendaklah bersetuju untuk melantik seorang pentadbir harta. Biasanya proses ini mengambil masa yang lama kerana semua waris-waris mesti dikumpulkan dan semuanya kena bersetuju dengan lantikan pentasbir harta tersebut.

Soalan: Apakah kesilapan-kesilapan yang biasa terjadi berkaitan dengan Wasi dan pembahagian harta di Malaysia ?
Jawapan: Ramai yang beranggapan penama/benefisiari insurans atau KWSP atau tabung haji atau akaun perbankan adalah sama dengan Wasi. Sebenarnya, penama/benefisiari adalah orang yang ada hak untuk mengeluarkan wang pampasan. Wang tersebut sepatutnya diserahkan kepada Wasi untuk diagihkan.

Contoh:
Abdullah semasa bujangnya telah menamakan Ibu dan adik bongsunya sebagai penama KWSP. Tetapi, beliau tidak menukarkan penama KWSP sehinggalah dia meninggal dunia dan beliau telah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

Memandangkan ibu Abdullah juga meninggal dunia, adik bongsu beliau telah ke KWSP dan mengeluarkan semua wang simpanan Abdullah dan diagihkan diantara adik beradiknya tanpa se-sen pun diberikan kepada balu dan anak-anak Abdullah.

Akibatnya – Nasib waris Abdullah iaitu isteri dan anak-anaknya tidak terbela dan adik beradik Abdullah telah memakan harta anak-anak yatim.

Apa yang sepatutnya berlaku;
a) Abdullah hendaklah sama ada memberi tahu Wasi wasiat beliau tentang penama KWSP atau menukarkan penama kepada Wasi tersebut.
b) Wasi kemudian mengeluarkan dan mengagihkan wang KWSP mengikut wasiat Abdullah atau mengikut kiraan Faraid.

Dengan ini, nasib keluarga Abdullah akan terbela. Senario yang sama boleh digunakan untuk wang insurans, tabung haji and harta mudah alih simati yang lain (credit to tuliswasiat.blogspot)

HIBAH

Pengertian Hibah adalah pemberian yang dilakukan oleh seseorang kepada pihak lain yang dilakukan ketika masih hidup dan pelaksanaan pembagiannya biasanya dilakukan pada waktu penghibah masih hidup. Biasanya pemberian-pemberian tersebut tidak akan pernah dicela oleh sanak keluarga yang tidak menerima pemberian itu, oleh karena pada dasarnya seseorang pemilik harta kekayaan berhak dan leluasa untuk memberikan harta bendanya kepada siapapun.

Adapun Menurut Asaf A. A. Fyzee, Pengertian Hibah ialah penyerahan langsung dan tidak bersyarat tanpa pemberian balasan. Selanjutnya diuraikan dalam Kitab Durru’l Muchtar memberikan definisi Hibah sebagai pemindahan hak atas harta milik itu sendiri oleh seseorang kepada orang lain tanpa pemberian balasan.

Salah satu syarat dalam hukum waris untuk adanya proses pewarisan ialah adanya seseorang yang meninggal dunia dengan meninggalkan sejumlah harta kekayaan. Sedangkan dalam hibah itu sendiri, seseorang pemberi hibah itu harus masih hidup pada waktu pelaksanaan pemberian.

Di dalam Hukum Islam dipebolehkan untuk seseorang memberikan atau menghadiahkan sebagain atau seluruhnya harta kekayaan ketika masih hidup kepada orang lain disebut “intervivos”. Pemberian semasa hidup itu sering disebut sebagai ‘hibah”. Di dalam hukum islam Jumlah Harta seseorang yang dapat dihibahkan itu tidak dibatasi. Berbeda halnya dengan pemberian seseorang melalui surat wasiat yang terbatas pada sepertiga dari harta peninggalan yang bersih. (credit to pengertianpakar.com)

Rukun Hibah
i.Pemberi – Sempurna Akal, Baligh, Rushd

ii.Penerima – Sesiapa Sahaja Asal Ada Keupayaan Terima Harta

iii.Barang2 – Halal, Milik Penuh, Ada Nilai

iv.Ada Ijab & Kabul

Kenapa Pentingnya Hibah
i. Waris Meneruskan Kehidupan – Tanpa Perlu Meminta Dengan Orang Lain.

ii. Menyelesaikan Hutang & Badal Haji

iii. Untuk Mengelakkan Daripada Waris Melakukan Dosa; eg:- guna harta anak yatim, guna hak orang lain

iv. Pengganti Pendapatan Ketua Keluarga

Apa Implikasi Jika Tiada Hibah? (Jika Meninggal)

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
error: Content is protected !!