Implikasi Satu Rumah Dua Nama.

Ini salah satu contoh yang dapat saya terangkan pada klien minggu lepas. Rumah bernilai lebih RM 300,000 dibeli atas nama bersama, suami & isteri. 

Tetapi yang membayar sepenuhnya adalah suami. Gabungan nama itu adalah cuma untuk melayakkan jumlah pinjaman. Biasalah di zaman sekarang ni, trend 1 rumah 2 nama sudah jadi kebiasaan kerana atas faktor-faktor ekonomi dan kewangan. 

Tujuan rumah tersebut dibeli adalah atas dasar kasih sayang kepada isteri dan anak-anak, dengan harapan jika beliau tidak ada lagi di dunia ini, isteri dan anak-anak ada tempat untuk berteduh. 

Belum ada apa-apa perancangan dibuat ketika bertemu saya. Katanya faraid saja. 

Lalu saya tunjuk pecahan faraid padanya. 

Air mukanya berubah. Yang disangkakan waris faraid cuma anak-anak dan isteri sahaja. Rupanya ibu dan ayah ada sekali. Beliau terlepas pandang. 

Termenung beliau sejenak bagaimana hendak dibahagikan jika dalam situasi sebegini. 

Kawan-kawan ada beli rumah atas nama bersama? Boleh ambil situasi ini sebagai contoh.

Senaraikan aset anda, dan fikirkan sebenarnya apa perancangan rakan-rakan dengan aset-aset tersebut. Kita boleh merancang ketika hidup. Tetapi tidak lagi setelah dijemput kembali.

Semoga bermanfaat buat semua.


Suami isteri beli rumah bersama, Macamana kalau salah seorang meninggal dunia?
 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Apa Itu Harta Batil?

“Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil. Dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian dari harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui” (QS. al-Baqarah: 188).

Read More »

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

Rumah nama bersama. Milik siapakah rumah ini?

Rumah nama bersama. Milik siapakah rumah ini?

Ada di antara kita pasangan suami isteri yang sering membeli rumah secara bersama. Kebiasaannya kita beli rumah tersebut untuk memastikan anak dan pasangan yang ditinggalkan ada tempat untuk berteduh. 

Tapi yang kita selalu terlupa, selepas berlaku kematian, ada waris faraid yang berhak ke atas harta tersebut. Jom kita tengok contoh ini. 

Fattah, seorang suami, Fazura seorang Isteri. Mereka memunyai 2 orang anak perempuan. Kedua-dua ibu bapa Fattah & Fazura sudah meninggal dunia tetapi Fattah mempunyai seorang adik lelaki yang berkerja sebagai Jurutera. Mereka berdua ini mempunyai sebuah rumah berharga RM 500,000 yang dibeli bersama. 

Memandangkan itu adalah rumah pertama mereka dan dimiliki secara bersama, mereka berhasrat untuk menghadiahkan
rumah tersebut kepada anak perempuan pertama mereka. Namun mereka tidak membuat sebarang perancangan. Hanya mereka berdua yang mengetahui perkara tersebut.
Ditakdirkan Fattah meninggal, bahagian faraid Fattah adalah seperti berikut:

1) Fazura – 1/8
2) Anak perempuan pertama – 1/3
3) Anak perempuan kedua – 1/3
4) Adik lelaki – 5/24


Ketika Fazura mahu menguruskan pusaka suaminya, Fazura telah memberitahu pada adik ipar lelakinya bahawa arwah Fattah ingin
menghadiahkan rumah tersebut kepada anak mereka. Tetapi adik lelaki Fattah mahu menuntut haknya ke atas rumah tersebut.

Lalu Fazura diberikan dua pilihan, sama ada membayar bahagian faraid adik ipar lelakinya dan Fazura serta kedua anak perempuannya boleh terus menetap di rumah tersebut. 

Atau, menjual rumah tersebut, pindah ke rumah lain dan membayar bahagian faraid adik ipar lelakinya.

Ini antara masalah yang sering berlaku apabila kita membeli rumah secara bersama, tidak membuat perancangan dan waris tidak mahu melepaskan hak dan sepakat dalam pembahagian harta.

Anda ada beli rumah secara bersama? Jangan lupa buat perancangan. Jangan aniaya waris anda.


“Merancang awal lebih baik dari mentadbir di kemudian hari”



Baca artikel yang berkaitan di bawah:
Implikasi Beli Rumah Bersama

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

Proses tuntutan harta Pusaka Dengan Wasiat dan Tanpa Wasiat

Kesedaran Orang Islam Tentang Wasiat Masih Rendah
 

Proses tuntutan harta Pusaka Dengan Wasiat dan Tanpa Wasiat

Antara kepentingan utama yang dinyatakan adalah memudahkan pengurusan harta pusaka selepas kematian, menjimatkan masa dan mengurangkan kos.

Jadi, untuk artikel kali ini, saya ingin berkongsi berkenaan proses tuntutan harta pusaka dengan wasiat dan tanpa wasiat.

Dengan itu, kita akan dapat meneliti mengapa pentingnya membuat urusan pewarisan harta semasa masih hidup.

Pengurusan Harta Pusaka Tanpa Wasiat

Apabila berlaku sahaja kematian, semua harta si mati samaada harta alih dan tak alih diletakkan sebagai status harta beku.

Jadi, untuk mencairkannya, perlu melalui proses-proses yang berikut:

1. Waris-waris perlu berkumpul dan melantik seorang pentadbir. Pelantikan pentadbir hendaklah secara bertulis, disahkan dan dipersetujui semua waris.

2. Kumpul maklumat berkenaan semua harta yang ditinggalkan. Oleh kerana si mati tidak membuat wasiat, kemungkinan dokumen-dokumen berkaitan hartanya juga tidak disimpan dengan baik. Maka, pentadbir perlu mendapatkan semua dokumen tersebut.

3. Kumpul maklumat berkenaan semua waris. Semua waris perlu dikenalpasti dan dijejaki. Jika waris telah mati, dapatkan sijil kematian. Bagi waris yang hilang, perlu mendapatkan Perintah Anggapan Kematian daripada Mahkamah Tinggi.

4. Buat penilaian ke atas harta pusaka. Nilai harta akan menentukan ke mana tempat untuk memohon Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration, LA). LA boleh dimohon di:

– Mahkamah Tinggi – Harta alih dan tak alih melebihi RM 2 juta / Harta alih sahaja melebihi RM 600,000

– Pejabat Pusaka Kecil – Harta alih dan tak alih bersamaan atau kurang RM 2 juta

– Amanah Raya Berhad – Harta alih sahaja bersamaan atau kurang RM 600,000

5. Bagi orang Islam, perlu memohon Sijil Faraid di Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Sijil Faraid mengandungi maklumat berkenaan nilai harta pusaka, nama waris-waris yang berhak dan kadar bahagian setiap waris. Sijil Faraid memastikan tiada kezaliman dan keciciran ke atas setiap waris yang berhak.

6. Selepas mendapatkan Sijil Faraid, perlumemohon Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration, LA) di mana-mana institusi bergantung kepada nilai harta pusaka. Jika melibatkan Mahkamah Tinggi, dua orang penjamin yang memenuhi syarat tertentu dan peguam diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.

7. Selepas mendapatkan LA, barulah pemegang LA boleh mencairkan harta pusaka, membayar hutang si mati dan membahagikan kepada waris-waris mengikut kadar yang ditentukan. Pemegang LA juga boleh melakukan permohonan pindahmilik di semua institusi yang berkaitan.

Pengurusan harta pusaka tanpa wasiat memang satu proses yang panjang dan memakan masa, boleh menjangkau sehingga 3 ke 5 tahun.

Proses yang panjang ini juga boleh menyebabkan kos yang lebih tinggi.

Lebih parah lagi jika ada masalah-masalah seperti yang berikut:

– Waris tidak sepakat untuk melantik pentadbir/dalam pembahagian harta

– Waris hilang tidak dapat dijejaki

– Dokumen-dokumen tidak lengkap

– Waris tidak punyai masa/sibuk untuk menguruskan proses tuntutan

– Waris tidak tahu cara/proses membuat tuntutan harta pusaka

– Terdapat tuntutan daripada pihak lain

Sebab itulah pentingnya wasiat disediakan semasa hidup, supaya proses tuntutan yang panjang ini tidak dilalui dan masalah-masalah lain tidak timbul.

Beza wasiat vs tanpa wasiat

Pengurusan Harta Pusaka Dengan Wasiat

Orang yang menyediakan wasiat sebelum mati kebiasaanya akan melakukan dua perkara penting, iaitu mengumpul semua dokumen yang diperlukan (berkaitan harta dan waris) dan melantik pentadbir(wasi).

Pentadbir yang dilantik boleh terdiri daripada waris, bukan waris, peguam atau institusi pengurusan harta pusaka seperti Amanah Raya Berhad dan as-Salihin  Trustee Berhad.

Dengan adanya dua perkara ini, proses tuntutan harta pusaka akan menjadi lebih mudah.

1. Pentadbir (wasi) yang dinamakan dalam wasiatmembuat permohonan Geran Probet di Mahkamah Tinggi. Geran Probet ini seolah-olah LA yang membolehkan pentadbir menguruskan harta pusaka tersebut.

2. Pentadbir juga boleh memohon pengesahan wasiat di Mahkamah Syariah .
Mahkamah syariah diberi kuasa untuk mengesahkan sesuatu dokumen pewarisan seperti wasiat, hibah, deklarasi harta sepencarian, penyerahan amanah dan pengisytiharan wakaf.

3. Selepas Geran Probet diperoleh, pentadbir boleh mencairkan harta pusaka tersebut dan menggunakannya untuk membayar hutang-hutang si mati.

4. Pentadbir juga boleh membahagikan harta pusaka mengikut wasiat yang ditinggalkan atau mengikut faraid dan memohon pindahmilik di institusi berkaitan.

Proses tuntutan harta pusaka yang mempunyai wasiat boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat dalam masa sekitar setahun sahaja.

Bahkan, kosnya lebih murah.

Walaupun, proses tuntutan dengan wasiat lebih mudah dan murah, namun masih tidak terlepas daripada masalah (terutamanya untuk orang Islam) yang mungkin timbul seperti:

– Wasiat melibatkan jumlah harta melebihi 1/3 daripada nilai keseluruhan harta pusaka

– Wasiat tidak dipersetujui oleh waris-waris yang berhak

– Wasiat tidak memenuhi syarat seperti tidak mempunyai dua saksi

– Wasiat diragui kerana pembahagian tidak munasabah atau disediakan dalam keadaan tenat/hampir mati

Maka, di sinilah peranan Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti ini.

Mahkamah Syariah diberi kuasa untuk mengesahkan wasiat yang dilakukan oleh orang Islam.

Sekiranya wasiat tersebut disahkan, Perintah Pembahagian akan dikeluarkan oleh Mahkamah Sivil atau Pejabat Pusaka Kecil sepertimana peruntukan dalam wasiat.

Namun, jika Mahkamah Syariah mendapati wasiat tidak sah atau dipertikaikan, maka wasiat boleh terbatal dan harta akan dibahagikan mengikut hukum faraid.

Penutup

Begitulah secara ringkasnya proses-proses yang terlibat dalam pengagihan harta pusaka.

Mohon Wasiat Secara Online? Klik link di bawah ini untuk memudahkan anda buat dokumen wasiat secara online tanpa banyak halangan.
 
 
Borang untuk set temujanji bersama Perunding Harta Pusaka Islam.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

Kelebihan melantik syarikat Amanah berbanding Individu sebagai Wasi.

syarikat amanah yang dipercayai
as-Salihin Trustee Berhad – Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam.
Post asal dipetik dari Laman Rasmi as-Salihin Trustee Berhad.

OK! JOM AMBIL TAHU!

Di dalam undang-undang hanya INDIVIDU atau SYARIKAT AMANAH sahaja yang boleh dilantik sebagai Wasi.

Kelebihan melantik syarikat Amanah berbanding Individu sebagai WASI

1.Kewujudan yang berkekalan.
-Syarikat Amanah tertakluk kepada Akta Syarikat Amanah 1949, manakala individu boleh jatuh sakit ataupun meninggal dunia dahulu sebelum pewasiat.

2. Amanah dan Bertanggungjawab
-Tidak seperti pemegang amanah individu, Syarikat Amanah sebagai badan yang dikawal oleh undang-undang mesti memastikan wang yang diamanahkan diurus, dijaga serta diagihkan dengan baik.

3. Pengecualian daripada Bon Pentadbiran
-Bagi kes-kes tidak berwasiat dan si mati meninggalkan harta pusaka bernilai 2 juta ke atas Mahkamah memerlukan dua orang penjamin di mana harta penjamin mestilah sama atau lebih banyak daripada harta si mati. Persoalannya siapakah yang ingin menjadi Penjamin tersebut?

Dapatkan penjelasan lebih lanjut dengan menghubungi Perancang Pusaka Islam berdekatan dengan anda..

INILAH CRITERIA UNTUK NAK LANTIK ‘2ND MAN’ URUS PUSAKA KITA.

Bukan saja-saja syarikat amanah ni ditubuhkan.

Kalau belum apa-apa dah fikir tentang kos, boleh mula fikir untuk lantik indovidu sebagai ‘2nd MAN’. Pun ada kos cuba tak dinyatakan specifically.

Tapi yang paling penting pastikan la ciri-ciri di atas dapat dipenuhi agar mudah urusan kita di ‘sana’ kelak.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

Mewariskan Harta Kepada Orang Tersayang


Penulisan wasiat merupakan perkara yang sering dianggap sebagai sesuatu yang remeh. Hanya kira-kira 2% daripada penduduk Malaysia yang telah menulis wasiat. Majoriti penduduk ‘terlepas pandang’ tentang kepentingan menulis wasiat.
Berdasarkan rekod Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, kira-kira RM60 bilion jumlah harta tidak dituntut oleh waris si mati sehingga tahun 2016.
Adakah penulisan wasiat benar-benar diperlukan? Mari kita lihat beberapa persoalan umum dan akibat tidak menulis wasiat.
Kebaikan Mempunyai Wasiat
A. Secara Konvensional
Jadual di bawah menunjukkan kelebihan menulis wasiat dan akibat meninggalkan keluarga anda tanpa menyediakannya.
Jika seseorang meninggal dunia dengan wasiatJika seseorang meninggal dunia tanpa wasiat
Harta pusaka akan diberi kepada waris pilihan anda.Tanpa mempertimbangkan keperluan waris, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958 dan bukannya mengikut kehendak anda.
Anda berhak memilih pentadbir aset yang bakal melaksanakan wasiat. Anda juga boleh melantik penjaga yang boleh menjaga kebajikan anak-anak anda sehingga mereka matang.Mahkamah akan membuat keputusan untuk anda
Kos untuk memproses pembahagian harta adalah rendah dan hanya mengambil masa beberapa bulan. Wasiat akan memastikan orang tersayang mendapat jaminan daripada sudut kewangan, selain mengelakkan konflik antara ahli keluargaProses pembahagian mungkin melibatkan kos yang tinggi, dan dalam kes yang melibatkan konflik kekeluargaan, yuran guaman boleh melonjak berlipat kali ganda kerana kes-kes sebegini boleh mengambil masa sehingga beberapa tahun untuk diselesaikan. Keadaan ini menyebabkan keluarga anda menghadapi masalah kewangan dan persengketaan sebelum dapat mewarisi pusaka anda.
 
Sering kali, pertikaian tentang pembahagian harta si mati menyebabkan perselisihan sesama ahli keluarga. Persediaan wasiat boleh menggelakkan konflik yang mungkin berlaku pada masa depan apabila berlaku kematian.
B. Secara Islam
Bagi orang Islam, wasiat hendaklah ditulis mengikut undang-undang Islam. Wasiat perlu bagi orang Islam. Tanpa penyediaan wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut kaedah Faraid, yang menyebabkan anak angkat atau anak tiri tidak layak mewarisi apa-apa harta.
Jika seorang Muslim meninggal dunia dengan wasiatJika seorang Muslim meninggal dunia tanpa wasiat
Selepas menolak hutang dan liabiliti, seorang Muslim boleh memilih untuk menyumbang 1/3 daripada harta pusakanya kepada bukan waris, dan bakinya akan diberi kepada waris Faraid (mengikut undang-undang).Harta akan diagihkan mengikut undang-undang Faraid. Andaikan kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia, 1/8 daripada harta pusaka si mati akan diberi kepada isteri, dan selebihnya akan diberi kepada anak lelaki dan anak perempuan (dengan pertalian darah tetapi tidak termasuk anak luar nikah) dengan nisbah 2:1.
Sesiapa boleh menjadi waris anda, (pengagihan lebih daripada ½ harta pusaka kepada bukan waris memerlukan persetujuan daripada waris, tetapi walaupun tanpa persetujuan mereka, pengagihan boleh dilakukan sebagai Hibah semasa anda masih hidup).Ahli keluarga bukan Islam tidak berhak mewarisi harta pusaka ahli keluarga Muslim. Anak angkat atau anak tiri tidak berhak mewarisi harta pusaka.
Kebaikan lain adalah sama dengan wasiat secara konvensional.Kesan-kesan lain adalah sama dengan tidak mempunyai wasiat konvensional.
 
Penyediaan wasiat bertujuan untuk memastikan harta pusaka tersebut akan diagihkan mengikut keutamaan dan kehendak si mati.
Siapakah Yang Perlu Menulis / Memperbaharui Wasiat?
Wasiat perlu dikemas kini dari semasa ke semasa untuk merangkumi semua aset yang baru diambil alih atau perubahan dalam waris.
Berikut beberapa keadaan yang memerlukan anda menulis atau mengemas kini wasiat anda:
  • Perkahwinan, perkahwinan semula atau perceraian
  • Memulakan atau menamatkan perniagaan
  • Kematian ahli keluarga atau benefisiari
  • Pembelian atau pelupusan aset
  • Pertukaran agama; contohnya kepada agama Islam, iaitu wasiat terikat kepada Undang-undang Syariah
 
Kesimpulan
Lebih penting lagi, anda tidak mahu harta anda diambil alih oleh kerajaan akibat tidak dituntut oleh sesiapa. Beri perhatian untuk menulis fasal-fasal dalam wasiat tersebut dengan jelas dan sempurna kerana wasiat yang tidak sah atau boleh dicabar adalah sama seperti anda tidak membuat wasiat.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

Video Tutorial Pengurusan Pembahagian Harta Pusaka Kecil (JKPTG)

Video Tutorial Pengurusan Pembahagian Harta Pusaka Kecil (JKPTG)

Panduan Mengurus Pusaka Kecil

Panduan penting:

  • Elakkan daripada sifat suka bertangguh dalam hal berkaitan harta pusaka.
  • Masalah tidak akan selesai jika tiada usaha yang gigih
  • Pengurusan harta pusaka adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh waris.
Pengurusan pembahagian harta pusaka perlu diuruskan dengan segera lebih-lebih lagi jika si mati tiada berwasiat semasa hidupnya, ini kerana proses pusaka kecil mengambil masa yang lama untuk diselesaikan sekiranya tiada perancangan yang teratur.
 
Oleh itu, kita jangan suka bertangguh kerana masalah tidak akan selesai dengan sendirinya. Pengurusan harta pusaka adalah tanggungjawab semua waris.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

SANGGUPKAH JADI PENTADBIR?

pentadbir atau wasi
 

SANGGUPKAH JADI PENTADBIR?

Bila tak merancang pusaka ianya bakal membebankan waris-waris untuk uruskan.

Bagaimana?

1. Waris perlu senaraikan semua aset-aset dan hutang yang ada. Dah dapat senarai perlu cari dokumen original tentang aset-aset tersebut. Kalau melibatkan hartanah perlu buat land search di mana hartanah tu berada.

2. Waris perlu buat kiraan dan anggaran untuk nak menentukan nilaian harta bagi nak mohon surat kuasa samada di Pejabat Pusaka Kecil, Mahakamah Tinggi atau Amanah Raya Berhad.

3. Waris perlu melantik salah seorang individu untuk menjadi seorang pentadbir. Kerja pentadbir bukan kerja mudah. Waris tu sendiri ada kerja dia selagi hidup, nak ditambah pulak dengan kerja sebagai pentadbir pusaka.

4. Bila dah lantik sesama waris pentadbir tersebut perlu buat permohonan untuk nak lantik dirinya sebagai pentadbir atas persetujuan waris-waris lain.

5. Kalau melibatkan kes Mahkamah tinggi perlu dapatkan khidmat peguam pulak.

6. Bila dah buat permohonan tunggulah si pentadbir untuk dapatkan perintah surat kuasa.

7. Dah dapat surat kuasa apa nak kena buat? Inilah permulaan kerja-kerja pentadbir untuk uruskan segala macam peninggalan harta pusaka si mati.

Biasa dengar pentadbir ‘give up’?

Ada dengar pentadbir buat kerja tak selesai-selesai?

Pernah jumpa kes pentadbir meninggal separuh jalan sebelum urusan pusaka selesai?

Harta kita tanggungjawab kita, buatlah perancangan pusaka sendiri.

Lantik lah wasi yang berkelayakan dan profesional yang mampu uruskan pusaka kita dengan sempurna.

Ada yang berpengalaman pernah jadi pentadbir? Berapa tahun baru selesai urusan pusaka secara keseluruhan?

Urustadbir pusaka melibatkan MASA, TENAGA dan WANG RINGGIT serta dapatkan KERJASAMA sesama WARIS.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

KERJASAMA WARIS BAGI MENGURUSKAN HARTA PUSAKA

konflik waris
Konflik Waris

[ KERJASAMA WARIS BAGI MENGURUSKAN HARTA PUSAKA ]

Dalam pentadbiran pusaka kerjasama daripada ahli waris amatlah penting bagi melancarkan pentadbiran harta pusaka.
Waris-waris perlulah menyediakan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh pihak wasi/pentadbir yang dilantik untuk proses permohonan surat kuasa dan sijil faraid.
Prosedur pertama yang wajib dilalui adalah permohonan sijil faraid (bagi muslim) di mahkamah syariah dan surat kuasa mentadbir atau probate di mahkamah tinggi sivil.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan Sijil Faraid di mahkamah Syariah dan permohonan surat kuasa mentadbir di mahkamah tinggi atau unit pusaka kecil pejabat tanah adalah Senarai harta terkini yang ditinggalkan beserta dokumen sokongan beserta jumlah, senarai hutang termasukcukai pendapatan, zakat, haji yang belum ditunaikan dan fidyah puasa, salinan kad pengenalan atau surat beranak setiap waris faraid.
Jika salah seorang waris telah meninggal dunia sebelum si mati maka salinan sijil kematian diperlukan sebagai bukti kematian dan salinan sijil nikah. Bagi permohonan sijil Faraid ada negeri yang perlukan laporan penilaian hartanah daripada penilai berdaftar.
Kegagalan menyediakan dokumen-dokumen diatas meyebabkan proses permohonan tersebut didak berjalan lancar.
Pembaca-pembaca semua dinasihat untuk menyimpan dokumen-dokumen berkenaan dengan baik dan silalah berkongsi maklumat tersebut dengan pasangan masing-masing supaya apabila kita maka tiada suami/isteri tidak susah mencari maklumat-maklumat tersebut.
Oleh Puan Amna Fazillah (Naib Presiden as-Salihin Trustee Berhad)

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

TESTIMONI DARIPADA SEORANG WARIS (ISTERI) YANG MANA ARWAH SUAMI BELIAU TELAH MENULIS WASIAT DAN MELANTIK AS-SALIHIN SEBAGAI WASI

kematian, waris, tujuan, urus pusaka
Ke Mana Arah Tuju Waris?
 

TESTIMONI DARIPADA SEORANG WARIS (ISTERI) YANG MANA ARWAH SUAMI BELIAU TELAH MENULIS WASIAT DAN MELANTIK AS-SALIHIN SEBAGAI WASI

 

Saya ingin berkongsi kisah benar yang dihadapi oleh diri saya sendiri setelah kematian suami saya.

 
Maka benarlah kematian itu sangat lah hampir dengan setiap jiwa. Pada tanggal 31/8/2015, suami saya telah meninggal dunia, meninggalkan saya dan tiga orang anak. Kematian beliau berlaku secara mengejut tanpa sebarang tanda-tanda awal. Saya dan anak-anak amat sangat sedih dan terkesan dengan kematian arwah suami yang selama ini menjadi tempat bergantung dan berlindung kami sekeluarga.
 
Saya panik memikirkan anak-anak masih kecil dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Saya juga dihantui oleh stigma pembahagian harta pusaka yang kebiasaannya mengambil masa yang lama dan rumit. Namun Alhamdulillah, perkara tersebut tidak berlaku kepada kami sekeluarga. Urusan pentadbiran harta pusaka arwah suami berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan. Arwah suami saya telah melakukan persiapan awal dengan melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai Wasi (pentadbir harta pusaka) bagi pihak beliau. Beliau telah menulis wasiat sebagai persiapan awal bagi memudahkan saya dan anak-anak disamping untuk mengelakkan konflik di kemudian hari.
 
Pada awalnya, kami sendiri tidak tahu apa tindakan yang harus diambil bagi menguruskan harta pusaka arwah suami setelah kematian beliau. Kami seperti kehilangan arah dan hala tuju. Saya sebagai isteri tidak pasti apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencairkan aset yang terbeku sebaik sahaja arwah suami meninggal dunia.
 
rancang harta, khidmat nasihat, wasiat
Khidmat dari as-Salihin Trustee Berhad

Namun tindakan pantas dari Islamic Estate Planner (IEP)(Perancang Harta Pusaka Islam as-Salihin) telah memudahkan segalanya. Beliau telah memaklumkan kepada kami sekeluarga bahawa pihak arwah suami telah menulis wasiat dan melantik as-Salihin Trustee sebagai Wasi sebaik sahaja beliau meninggal dunia.
 
as-Salihin Trustee telah melakukan bacaan wasiat kepada saya dan anak-anak serta waris faraid serta memaklumkan mengenai segala proses pentadbiran pengurusan harta pusaka. as-Salihin berjaya menerangkan proses-proses yang rumit dalam pengurusan aset terbeku dalam bahasa yang mudah difahami. Apa yang penting ialah pihak mereka menjadi penunjuk arah kepada kami sekeluarga ketika mana kami amat memerlukannya.
 
Malah pihak as-Salihin Trustee juga bertanggungjawab sebagai wasi yang telah mentadbir harta pusaka, menyelesaikan hutang piutang dan menguruskan pembahagian harta pusaka kepada waris faraid disamping memastikan hak-hak waris terpelihara terutama bagi anak-anak saya yang masih dibawah umur.
 
Melalui wasiat arwah suami saya, Allahyarham telah melantik saya sebagai pemegang amanah/penjaga harta anak-anak saya yang masih di bawah umur. Dengan perlantikan tersebut, saya boleh mengurus harta bagi pihak anak-anak saya dengan lebih baik dan lancar.
 
Seandainya tanpa bantuan as-Salihin Trustee, saya tidak pasti bagaimana saya akan menguruskan harta pusaka si suami secara bersendirian.
 
Kurang kemahiran dalam selok belok pentadbiran harta pusaka seperti tidak pasti dokumen apakah yang diperlukan, apakah yang perlu dilakukan seandainya geran telah hilang, pejabat manakah yang perlu dituju dan sebagainya merupakan cabaran utama bagi saya di dalam hal ini, dan saya berasa amat bersyukur kerana telah dipertemukan dengan as-Salihin Trustee Berhad dan amat-amat berterima kasih kepada mereka kerana telah bertungkus lumus membantu saya dan anak-anak dalam melancarkan pengurusan harta pusaka Allahyarham suami saya.

Yang benar,
Nor Hazami Binti Harun
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)

ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM – PENJAGA HARTA ANAK BAWAH 18 TAHUN

 
penjaga harta anak-anak bawah umur
Isteri bukan penjaga harta anak-anak bawah umur
 

ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM – PENJAGA HARTA ANAK BAWAH 18 TAHUN

 
Kenapa isteri tidak mendapat hak penjagaan harta anak bawah umur secara terus?
 
Merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam,

“bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada datuk lelaki di sebelah bapa (iaitu ayah kepada suami atau ayah mertua isteri). Jika datuk sudah meninggal, hak penjagaan berpindah kepada wasi yang dilantik oleh bapa kanak-kanak tadi.”

Jika bapa tidak meninggalkan WASIAT pada waktu kematiannya dan ayahnya juga sudah meninggal, maka isteri tidak berhak dari sudut undang-undang syarak untuk menjaga harta anaknya yang masih bawah umur.

Maka harta pusaka yang diterima oleh anak akan dibekukan oleh Amanah Raya untuk di jaga sehingga anak mencapai umur dewasa.

“SUAMI, LANTIKLAH ISTERI sebagai penjaga harta anak-anak dalam WASIAT”

Oleh itu, suami jangan alpa, jangan leka dan jangan ambil mudah. Islam telah menggariskan keperluan berwasiat untuk melantik penjaga harta bagi anak yang masih bawah umur.

seksyen 89
Enakmen undang-undang keluarga Islam
 
Rujuk Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam yang jelas menyatakan bahawa:
 
“Bapa adalah sentiasa mempunyai kuasa paling luas untuk membuat melalui wasiat apa-apa perkiraan yang difikirkannya baik sekali berhubung dengan penjagaan anak-anaknya yang masih kanak-kanak dan berhubung dengan hal memperlindungi kepentingan-kepentingan mereka.”

Kepada suami, lantiklah isteri sebagai penjaga harta bagi anak-anak anda agar isteri dan anak-anak anda tidak terbeban jika ditakdirkan anda pergi dahulu ketika usia anak-anak masih kecil.

Bila suami melantik isteri sebagai penjaga harta anak-anak di dalam wasiatnya, selepasckematian suami, bahagian pusaka yang diterima oleh anak-anak akancdiserah kepada isteri untuk diguna secara berhemah sebagai pemegangcamanah atau penjaga harta bagi manfaat anak-anak tersebut sehingga cukupcumur.

Dengan itu, anak-anak anda membesar dengan hasil titik peluh yangctelah anda usahakan selama hayat anda.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
error: Content is protected !!
Verified by MonsterInsights