![]() |
| Isteri bukan penjaga harta anak-anak bawah umur |
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM – PENJAGA HARTA ANAK BAWAH 18 TAHUN
“bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada datuk lelaki di sebelah bapa (iaitu ayah kepada suami atau ayah mertua isteri). Jika datuk sudah meninggal, hak penjagaan berpindah kepada wasi yang dilantik oleh bapa kanak-kanak tadi.”
Jika bapa tidak meninggalkan WASIAT pada waktu kematiannya dan ayahnya juga sudah meninggal, maka isteri tidak berhak dari sudut undang-undang syarak untuk menjaga harta anaknya yang masih bawah umur.
Maka harta pusaka yang diterima oleh anak akan dibekukan oleh Amanah Raya untuk di jaga sehingga anak mencapai umur dewasa.
“SUAMI, LANTIKLAH ISTERI sebagai penjaga harta anak-anak dalam WASIAT”
Oleh itu, suami jangan alpa, jangan leka dan jangan ambil mudah. Islam telah menggariskan keperluan berwasiat untuk melantik penjaga harta bagi anak yang masih bawah umur.
![]() |
| Enakmen undang-undang keluarga Islam |
Kepada suami, lantiklah isteri sebagai penjaga harta bagi anak-anak anda agar isteri dan anak-anak anda tidak terbeban jika ditakdirkan anda pergi dahulu ketika usia anak-anak masih kecil.
Bila suami melantik isteri sebagai penjaga harta anak-anak di dalam wasiatnya, selepasckematian suami, bahagian pusaka yang diterima oleh anak-anak akancdiserah kepada isteri untuk diguna secara berhemah sebagai pemegangcamanah atau penjaga harta bagi manfaat anak-anak tersebut sehingga cukupcumur.
Dengan itu, anak-anak anda membesar dengan hasil titik peluh yangctelah anda usahakan selama hayat anda.

Penyakit Kritikal Paling Banyak Dituntut Di Malaysia
Dalam artikel ini, kita akan melihat beberapa penyakit kritikal paling banyak dituntut di Malaysia berdasarkan data industri takaful dan insurans.

Perbezaan Takaful dan Insurans Konvensional: Mana Satu Pilihan Anda?
Takaful dan insurans konvesional bertujuan melindungi kewangan, tetapi perbezaan utamamya terletak pada prinsip asas. Semoga artikel ini membantu anda memahami perbezaan utama antara takaful dan insurans konvensional

Kos Perubatan Semakin Mahal? Betul Ke?
Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menjelaskan kos penjagaan kesihatan swasta adalah mahal di mana-mana saja di seluruh dunia.

Dilema Isteri Kematian Suami
Mati adalah Pasti. Setiap yang hidup akan merasai kematian. Tetapi bila, dimana dan bagaimana kematian itu berlaku tiada kepastian keadaannya.
Borang Quotation

























































