Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat? (Bahagian 2)

 

wasiat atau hibah?

Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat? (Bahagian 2)

Ramai Tidak Jelas Ilmu Faraid

Rentetan posting saya dari Part 1, saya dapat buat kesimpulan penting tentang punca utama yang menyumbang salah faham tentang wasiat dan hibah. Ramai rupanya yang masih tak jelas perkara asas tentang ilmu FARAID!

Sebelum anda pening kepala sama ada nak buat hibah atau wasiat, perkara utama yang paling penting kena tau dulu ialah perkara asas
tentang faraid. Kena tau dulu struktur faraid anda sebab struktur faraid setiap orang tak sama. Dalam ertikata lain, kena tau dulu kalau kita mati nanti siapa waris-waris kita yang layak untuk mewarisi harta kita.

Kenapa penting nak kena tau dan belajar faraid? Supaya takkan ada pihak yang teraniaya dan kita tau hak masing-masing. Supaya tidak ada
yang termakan harta batil kerana menafikan hak orang lain. Supaya mudah nak urus dan rancang pembahagian mana yang sesuai bila dah tau siapa waris-waris kita yang berhak.

Ini kisah benar. Seorang isteri kematian suami datang berjumpa saya untuk buat faraid. Katanya untuk urusan nak keluarkan KWSP sebab tak ada penama. Saya tanya arwah suami ada harta lain tak? Katanya ada sebuah rumah dan tanah, tapi gerannya keluarga suami dah ambil sebab mereka yang nak uruskan. Puan ada anak lelaki? Ada. Anak saya 2 lelaki 2 perempuan.

Seriously? Keluarga suami tak tahu ke kalau puan ada anak lelaki, adik-beradik suami takde hak faraid kat atas rumah dan tanah tu?
Seriously puan? (Dia pulak tanya saya balik dengan nada teruja). Of course la saya serius. “Ok saya akan ambil semula geran-geran tu dari
mereka..” Rupa2nya, si isteri pun tak tau siapa yg boleh jadi waris suami. Dia ingat adik-beradik suami pun ada hak. Tu yang murah hati surrender geran terus. Adik-beradik suami pun tak tau, yang hak mereka dah terhalang oleh anak lelaki si mati..

Puan, saya tak ada waris. Saya tak berkahwin, saya anak tunggal dan ibubapa pun dah tak ada. Siapa waris saya? Kalau anda tak ada buat hibah atau wasiat, semua harta anda akan ke Baitul Mal. Alhamdulillah harta anda akan diuruskan untuk kepentingan umat Islam.

Tapi sepanjang anda hidup, takkan tak ada seorang pun yang anda rasa nak balas jasa dia? Mungkin ibubapa angkat, saudara-mara, kawan baik yang banyak membantu ke, atau anda nak tolong orang susah yang anda kenal. Sedekah kepada orang yang terdekat dengan kita itu kan lebih baik? Puan, saya nak buat hibah sebab nak elak supaya adik-beradik saya tak dapat harta pusaka saya. Ok, encik ada anak lelaki? Ada puan. Anak saya semua lelaki..*tepuk dahi*.

Encik.. sebenarnya kalau encik ada anak lelaki..adik-beradik encik tak ada bahagian faraid pun dalam harta pusaka encik. Ohh yeke? Saya baru tau.. Lagi satu..tolonglah jangan buat hibah dengan niat nak elak faraid. Memanglah hibah tu sah tapi secara etikanya salah. Betulkan niat buat hibah untuk nak selesaikan masalah dan nak elakkan sengketa. InsyaAllah niat kita Allah redha dan dapat pahala.

Dah kalau ada anak lelaki..tak perlulah pening-pening nak buat hibah. Memadailah buat wasiat lantik pentadbir dan wasiat 1/3 kpd bukan waris. Lantik penjaga anak kalau bawah umur. Anak lelaki tu kan ada sebagai asobah. Tak lari kemana dah harta pusaka anda tu.

Tapi kalau nak buat hibah juga boleh takde masalah. Contohnya nak bagi harta kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan bahagian yang samarata. Cuma anda bukanlah golongan kritikal yang perlu sangat buat hibah. Melainkan anda nak buat hibah sebab nak mempercepatkan urusan pusaka waris-waris anda nanti.. Melalui perintah hibah, anda dah tak perlu berurusan dengan pejabat harta pusaka kecil atau mahkamah tinggi sivil lagi. Bab tu kita cerita lain nanti.

Puan, asobah tu apa pula? Asobah ialah waris yg akan menghabiskan baki faraid. Bahagiannya tidak ditentukan seperti waris fardhu yg lain
sebagai contoh anak lelaki.

Contoh, simati meninggalkan seorg isteri dan seorang anak lelaki. Ibu bapa simati telah meninggal dahulu. Si mati ada 3 abang dan 2 adik
perempuan. Siapa yg akan jadi warisnya?

-isteri ialah waris fardhu yg bahagiannya dah ditetapkan 1/8 (kerana si mati ada anak).
-anak lelaki adalah asobah yg akan menghabiskan baki iaitu 7/8.
-adik-beradik si mati tidak akan mewarisi kerana bahagian faraid telah dihabiskan oleh anak lelaki (waris terdinding).

Pengajarannya.. penting tak untuk kita ambil tau dan belajar pasal ilmu faraid? Kalau bukan yang advance pun at least tau yang asas pun dah memadai. InsyaAllah kita belajar sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Yang penting ada niat dan usaha nak tambah ilmu. Usah bicara soal hibah dan wasiat kalau ilmu faraid pun tak nak ambil tahu.

wasiat & hibah ada fungsinya

Harap Dah Jelas Sekarang

Kalau masih kurang jelas, silalah rujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang pewarisan harta ini. Takut nanti bila kita mati, jiwa tak tenang memikirkan waris yang bergaduh sebab berebut harta dunia yang tak seberapa. Sedangkan harta akhirat yang sepatutnya dikumpul banyak-banyak.

Kredit: Roslina Sabiyah & Co

Dah baca Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat? (Bahagian 1) artikel lepas?

Jom belajar ilmu faraid: 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Kenali Siapa Waris Faraid Anda

MAKLUMAT PERIBADI

Setiap maklumat anda tidak akan dikongsi, didedahkan kepada pihak ketiga. Data ini adalah hanya untuk kegunaan admin laman web ini sahaja.
Nama Penuh Anda
No Telefon Anda
Alamat Email Anda
Nyatakan Lokasi atau Tempat Tinggal Anda
Nyatakan apakah pekerjaan anda sekarang
Nyatakan berapa pendapatan bulanan anda

MAKLUMAT PERIBADI UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila jawab Ya atau Tidak untuk setiap soalan dibawah

MAKLUMAT AHLI KELUARGA UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila isi maklumat dibawah dengan kiraan yang betul untuk dapatkan peta faraid yang tepat.
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak perempuan anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik beradik lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik-beradik perempuan anda
Nyatakan berapa anggaran jumlah harta pusaka anda untuk diagihkan

Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat? (Bahagian 1)

Hibah atau wasiat?

Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat? (Bahagian 1)

Hibah Atau Wasiat Dulu?

Hibah atau wasiat? Sebenarnya dua-dua ada fungsi dan peranan dia masing-masing. Susah nak faham kalau kita hanya bagi fakta-fakta sahaja. Saya kena buat part demi part sebab saya ada banyak kes dan kisah benar nak dikongsi. Supaya melalui kes dan kisah benar tu lebih mudah orang ramai nak faham aplikasi hibah dan wasiat yg lebih praktikal bukan berdasarkan teori sahaja.

Ok biasanya yang banyak bertanya pasal hibah dan wasiat ni golongan wanita para isteri-isteri. Sebab mereka tahu bahagian mereka paling sedikit. Sampai ada yang minta tolong saya..”Puan tolong la pujukkan suami saya supaya buat hibah.

Kalau saya yang cakap nanti dia ingat saya cuma nak harta dia dan nak suruh dia mati dulu dari saya..” Haa.. siapa yg pernah terfikir dialog di atas? Saya tak boleh pujukkan.. nanti jadi lain pulak. Yang saya boleh bantu hanya tolong bagi kefahaman dan kesedaran sahaja.

Tapi kali ni saya nak kongsikan 1 kes yang melibatkan orang lelaki sendiri. Seorang lelaki yang juga suami dan ayah kepada seorang anak perempuan datang berjumpa saya untuk buat hibah. Umurnya muda lagi tapi dah ada harta 2 biji rumah yang lokasinya agak strategik dan beberapa ekar kebun sawit. Profil kewangannya memag cantik dengan beberapa pakej insurans yang diambil dan beberapa pelaburan yang dibuat. Apa yang membuatkan beliau nekad nak buat hibah?

Ceritanya.. ”Isteri saya surirumah. Saya hanya ada seorang anak perempuan. Adik-beradik saya ramai lelaki dan ibu saya masih hidup. Baru-baru ni saya ada borak-borak santai bagitau nak merancang harta saya dengan keluarga. Adik-beradik saya tak setuju. Katanya diorang pun
ada hak ke atas harta-harta saya. Ibu saya pun ada cakap dia nak bahagian atas rumah saya.

Saya terkejut dan tak sangka! Sebab saya masih hidup dan harta-harta saya belum pun jadi harta pusaka lagi tapi mereka dah berkira-kira bahagian mereka. Hubungan saya dengan adik-beradik pun taklah rapat sangat sebenarnya. Sebab tu saya tak lantik mereka jadi saksi saya pun Puan. Tak sangka apa yang saya baca selama ni tentang perebutan harta terjadi kat keluarga saya sendiri. Bezanya saya masih hidup. Saya tak dapat bayangkan apa nasib isteri dan anak perempuan saya kalau saya tak buat apa-apa..”

Oo patutlah beliau nekad betul nak buat hibah. Betul lah..selagi tak kena batang hidung sendiri memang kita tak akan sedar. Agak-agak kalau si suami ni buat wasiat nak bagi semua harta dia kepada isteri dan anak perempuan dia sahaja..apa akan jadi pada wasiat dia? Cuba bayangkan.. selepas kematian dia dengan struktur faraid yang sama..

Agak-agak adik-beradik lelaki dan ibu dia cabar tak wasiat tu? Sebab mereka pun waris-waris si suami dan berhak dapat bahagian faraid. Kalau mereka tak setuju dengan wasiat tu, mereka boleh cabar wasiat tu di mahkamah syariah. Hanya mahkamah syariah sahaja yang ada bidangkuasa untuk tentukan samada wasiat tersebut boleh dilaksanakan atau tidak bukannya agensi yang menyediakan wasiat tu. Antara perkara penting yang mahkamah akan ambil kira :

1) Adakah wasiat itu mengikut hukum syarak? Tidak.
Kerana wasiat itu dibuat kepada waris iaitu isteri dan anak perempuan. Sedangkan wasiat sepatutnya dibuat kepada BUKAN waris. Tambahan lagi dibuat ke atas semua harta bukan 1/3 sahaja.

2) Jika wasiat dibuat kepada waris, adakah waris-waris yang lain setuju?
Jika waris-waris yang lain setuju tak ada masalah maka wasiat tersebut boleh dilaksanakan. Tapi dalam kes ini, jika ada waris yang mencabar maka wasiat itu akan terbatal dan tak berkuatkuasa.

Maka akhirnya harta-harta si suami tadi akan dibahagikan secara faraid. Dan bahagian isteri hanya 1/8. Apa akan jadi pada nasib isteri dan anak perempuan tadi jika masing-masing akan menuntut bahagian ke atas rumah tu? Adakah itu hasrat si suami tadi semasa menulis wasiat? TIDAK! Perkara tu takkan terjadi Puan..sebab saya masih hidup dan saya nak buat hibah sekarang! Fuhh tersedar dari lena dan igauan mimpi ngeri rupanya..

Adakah hibah tak adil dan melarikan hak waris-waris yg lain? Perlu difahami hibah dibuat semasa hidup. Dan harta tersebut bukan lagi harta pusaka. Kita berhak nak bertasarruf dgn harta kita sendiri. Nak bagi kat orang atau nak jual itu hak kita. Kecuali kalau kita dah mati, harta itu bukan harta kita lagi. Ia akan jadi harta pusaka. Barulah perlu ditadbir mengikut prosedur harta pusaka.

Nota 1 : Suami tu cuma hibahkan rumah2 dan kebun sawit kat isteri dan anak perempuan dia je. Sebab nak pastikan isteri dan anak dia ada tempat tinggal dan pendapatan lepas dia mati nanti. Harta2 dia yg lain macam ASB, saham2, wang tunai dll tu semua dia tak hibahkan pun. Tetap akan diagihkan secara faraid kpd waris2 yg lain.

Nota 2 : Yang saya faham hibah tu hadiah. Habis tu kalau dah hadiahkan semua harta2 kita kat orang, kita dah tak ada apa2 harta lagi
la kan? Kalau isteri dan anak tinggalkan saya macamana? Haa sebab tu nak buat hibah pun kena ada ilmu bukan pakai buat je. Hibah kan ada banyak jenis. Hibah mutlak dan hibah bersyarat. Keperluan setiap orang tak sama.

Hibah tu tak zalim. Yang zalim itu adalah orang yang tak nak cari ilmu yang betul tentang hibah dan wasiat. Hibah bukan melarikan pusaka tetapi merancang harta.

Kredit: Roslina Sabiyah & Co

Hadiahkanlah kepada orang yang kita cinta dan sayang semasa kita masih hidup!

Ikuti sambungannya di Yang Mana Satu: Hibah Atau Wasiat (Bahagian 2)

Jom Belajar Faraid:

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

SULTAN JOHOR: RAKYAT PERLU UTAMAKAN KESIHATAN, PASTIKAN DILINDUNGI INSURANS

SULTAN JOHOR: RAKYAT PERLU UTAMAKAN KESIHATAN, PASTIKAN DILINDUNGI INSURANS

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah rakyat perlu sentiasa menitikberatkan kesihatan, selain melabur dalam insurans kesihatan demi kebaikan diri sendiri dan keluarga.
 
Baginda bertitah rakyat Malaysia mesti mengutamakan kesihatan dan melabur dalam insurans kesihatan bagi melindungi diri jika mereka menghadapi sebarang penyakit dan kelak tidak beban dengan kos kewangan yang tinggi.
 
“Insurans kesihatan kini amat berpatutan kadarnya. Jika rakyat mampu untuk membayar langganan bulanan untuk televisyen, mereka patut mampu membayar untuk insurans kesihatan juga.
 
“Walaupun perkhidmatan kesihatan kerajaan adalah bagus, masalah kesesakan masih menjadi isu. Jika ada insurans, rakyat mempunyai pilihan untuk pergi ke pelbagai hospital swasta yang ada kini,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO).
 
Tuanku Sultan Ibrahim bertitah demikian selepas menerima pelbagai komen serta aduan rakyat termasuk di laman sosial Facebook rasmi Baginda mengenai jumlah pesakit yang tinggi di sesebuah hospital awam sehingga menyebabkan berlaku kesesakan di wad.
 
Tuanku Sultan Ibrahim bertitah bahawa beban kewangan yang ditanggung keluarga juga dapat dikurangkan jika mereka dilindungi dengan insurans kesihatan.
 
“Contohnya, jika ada sesuatu yang buruk menimpa satu-satunya pencari nafkah bagi sesebuah keluarga, bukankah ia sesuatu yang meringankan beban jika ada insurans kesihatan untuk membiayai kos perubatan.
 
“Sekurang-kurangnya, ia akan memberi sedikit kelegaan kepada keluarga sementara mereka membuat keputusan seterusnya. Justeru, saya amat berharap semua rakyat dapat melabur dalam insurans kesihatan,” titah Baginda.
 
#sultanjohor #royalpressoffice #johor #daulattuanku #junjungperintah #takaful #insurans
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

MEDICAL CARD COMPANY BUKAN INSURANS?

Medical card satu pilihan

 MEDICAL CARD COMPANY BUKAN INSURANS?

Medical card company hanyalah OUTSOURCE kemudahan tuntutan bayaran perubatan (pesakit luar) kakitangan yang diguna pakai oleh HR Department (Sumber Manusia) bagi memudahkan pentadbiran organisasi.

Cuba imbas kembali..ERA 80-90an – KLINIK PANEL

~Sekiranya ibu bapa anda kerja Petronas, MAS atau Bank~

Pihak majikan akan menyediakan BUKU KLINIK dan SENARAI KLINIK PANEL kepada kakitangan untuk kemudahan perubatan (pesakit luar) seperti demam,batuk & selesema.

Kakitangan akan mendapatkan kemudahan perubatan diklinik panel sahaja dan segala tuntutan dibuat oleh KLINIK kepada HR Department.

MASALAH.
Sistem Buku Klinik Panel yang ditadbir oleh HR Department mempunyai beberapa masalah seperti:

1. HR
– Beban kerja kakitangan HR
– Tuntutan perubatan yang banyak tetapi dalam jumlah yang kecil (bawah RM50)
– Sukar mendapatkan INFO Klinik bagi perlantikan klinik panel.
– Sukar menjangka kawasan tempat tinggal kakitangan.
– Perlu melantik kakitangan khas untuk membuat tuntutan perubatan.

2. Klinik swasta
– Lewat dapat bayaran.
– Sukar memasarkan perkhidmatan
– Setiap company panel mempunyai kaedah atau borang tuntutan yang berbeza serta melecehkan pihak doktor

MEDICAL CARD INSURANCE COMPANY.

Inisiatif yang dilakukan oleh Insurance Company bagi menyelesaikan masalah ini adalah dengan menawarkan perkhidmatan OUTSOURCE SETEMPAT bagi tuntutan perubatan PESAKIT LUAR bagi COMPANY di Malaysia dengan menawarkan :

1. Rangkaian klinik panel yang banyak diseluruh negara
2. Klinik Panel yang mempunyai Standard & piawaian yang terjamin.
3. Borang tuntutan yang Standard
4. Bayaran claim secara pukal dan pantas.
5. Penyata kira-kira yang lengkap.
6. KAKITANGAN DIBEKALKAN KAD

ERA 90an-kini
PERTUMBUHAN HOSPITAL SWASTA.

Bagi menyokong pertumbuhan Hospital Swasta.

Kemudahan MEDICAL CARD Perubatan (Pesakit Luar) Company juga menawarkan kemudahan perubatan HOSPITAL dengan LIMIT/HAD TERTENTU SETAHUN yang dipersetujui antara Syarikat Insurance & Company bagi kakitangan SEPANJANG PERKHIDMATAN mereka

Kesimpulan:
Kita seharusnya bersyukur dengan kemudahan perubatan majikan NAMUN janganlah terlalu selesa kerana ianya BUKAN SEGALA-GALANYA.

Kemudahan tersebut hanyalah untuk pesakit luar – itupun kerana KERAJAAN menetapkan supaya company perlu menawarkan perkhidmatan perubatan kepada kakitangan.

BERINGATLAH!!

Medical Card itu hanyalah untuk sakit pening saja..
kalau penyakit berat nak kena ward punyai HAD TERTENTU.

Jika penyakit itu terlalu lama dan kamu tak datang kerja..
Pasti HR akan memberhentikan kamu dan kemudahan Medical Card itu akan ditarik balik.

Lagipun SAMPAI BILA KITA BEKERJA DENGAN COMPANY TU.

Janganlah jadi melayu yang sentiasa berharap pada belas kasihan orang.

BERINGATLAH!!

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

BICARA HIBAH!!??

 

hibah
Apa itu Hibah?

BICARA HIBAH?

“SAYA NAK TAHU PASAL HIBAH JE. SAYA TAK NAK TAHU PASAL WASIAT.”

Kata client mula-mulanya. Hibah ni HADIAH. Hibah ni pemberian aset tertentu kepada orang tertentu semasa kita masih hidup. Dalam keadaan sekarang, secara umum dan layman term-nya, hibah ni terbahagi kepada 3:-

1. HIBAH MUTLAK

Tukar nama siap-siap masa hidup, pergi ke Pejabat Tanah, buat permohonan tukar nama. Bayar kos-kos tertentu, selesai.

Risikonya kalau penerima nak jual ke nak halau ke apa ke pemilik dah takde hak.

Lagi satu risiko kalau penerima mati dulu, aset tu akan jadi pusaka penerima. Ada je kan kes yang anak mati dulu dari mak ayah.

2. HIBAH BERSYARAT (CONDITIONAL)

Contohnya nak bagi aset ni kepada anak, tapi mensyaratkan penerima hibah terima harta selepas kematian pemberi.

Kalau nak buat cara ni perlu ada dokumen, dan dokumen tersebut perlu melalui pengesahan hibah di mahkamah syariah.

Buatlah dokumen kat mana-mana pun. Nak buat sendiri pun boleh takde masalah.

Risikonya apa? Bila perlukan pengesahan, waris-waris lain perlu ditanyakan persetujuan dulu, kalau semua setuju tak jadi masalah.

Kalau ada waris yang tak bersetuju akan ada risiko nak transfer aset tu nanti.

Lagi satu nak kena tunggu surat kuasa ataupun probate untuk nak transfer aset tu nanti.

Dokumen memang boleh buat, tapi perlaksanaan itu masih uncertain dan boleh timbul isu juga.

Dan siapa yang nak pergi uruskan semuanya tu pun perlu diambik kira.

Hibah bersyarat ni pemberian secara terus, tak perlu melalui pihak ketiga. Terus nyatakan dalam dokumen tu aset ni nak bagi kepada orang ni.

Contoh lagi satu ialah hibah takaful. Pemberi hibah menyatakan nama penerima hibah siap-siap dalam sijil takaful.

Syaratnya pemberi kena mati dulu, bila mati barulah pampasaan takaful tu akan dapat ke penerima hibah yang dinyatakan.

3. HIBAH AMANAH

Aset yang nak diberikan tu di amanahkan kepada pihak ketiga sebagai pemegang amanah.
Contoh: ASB, TH dan juga as-Salihin pun menggunakan konsep yang sama.

Dokumen hibah tu tadi disertakan sekali dengan PA (power of attorney) dan pihak as-Salihin akan buat pertukaran nama selepas kematian pemberi kepada penerima hibah.

Dokumen hibah yang disertakan sekali dengan PA tidak perlu disahkan lagi di mahkamah syariah. Sebab PA yang dah diberikan tersebut akan terus didaftarkan di mahkamah tinggi sivil.

Bila dah daftar, aset tersebut boleh terus ditukarkan nama tanpa perlu mintak persetujuan waris-waris lain.

Perlu difahamkan juga, pertukaran nama aset melalui hibah akan dikenakan stem duty oleh pihak LHDN.

Cara pengiraan boleh tengok di bawah ni. Contoh aset 1 juta, nak buat pertukaran nama jumlah kos stem duty adalah 24k.

https://www.jpph.gov.my/mobile/pengiraandutisetem.php…

Kereta boleh dihibahkan? 

Boleh kalau secara mutlak. Pergi je buat pertukaran nama siap-siap kat JPJ masa hidup ni.

Kenapa kereta tak boleh dimasukkan dalam dokumen hibah bersyarat atau dokumen hibah amanah?

Sebab kita nyatakan nak bagi hibah ni bila mati, mana tahu bila kita dah mati nanti kereta pun dah jadi besi buruk.


Jadi tak sesuai lah nak masukkan kereta tu dalam dokumen hibah sebab dah susut nilai.


Itulah penjelasan secara ringkas mengenai hibah. Ramai yang nak hibah semua aset tetapi tak ramai yang betul-betul faham tentang hukum dan undang-undang hibah.

Dapatkan buku “Praktis Hibah Di Malaysia sekarang sementara stok masih ada.

Praktis Hibah di Malaysia
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

10 Tanda Kewangan Sihat

10 Tanda Kewangan Sihat

 10 Tanda Kewangan Sihat

“Korang nak tahu keadaan kewangan kita okay ke tak?”

Mari kita semak 10 ciri kewangan dibawah dan tanda mana yang telah kita lakukan.

1. Sudah memiliki simpanan kecemasan 3 ke 6 bulan gaji.

Jika gaji anda RM2,000 anda ada simpanan kecemasan RM6,000 ke RM12,000.

Dana ini diperlukan jika keadaan luar jangka berlaku misalnya diberhentikan kerja secara tiba-tiba atau hilang punca pendapatan.

Sekurang-kurangnya anda ada masa kecederaan untuk hidup 3 ke 6 bulan untuk hidup normal, sebelum mendapat pekerjaan yang baru.

Kalau tiada dana ini, tidak mustahil kereta atau rumah terpaksa dijual dek kerana tak mampu bayar bulanan. Ada kisah sahabat kita sehingga bercerai berai akibat diberhentikan kerja dan tiada backup.

2. Konsisten simpan minimum 10% gaji setiap bulan

Jika anda bergaji RM2,000 maka untuk menyimpan RM200 setiap bulan adalah wajib.

Bagi mereka yang masih single, simpan at least 30% daripada gaji. Takde komitmen kan? Saving mesti lebih besar.

3. Sudah ambil caruman takaful

Ambil perlindungan hibah yang menepati kehendak anda terutamanya bagi yang sudah berkeluarga.

4. Rajin bersedekah dan zakat

Semua orang nak kaya dan semua orang nak masuk syurga. Maka bersedekah lah. Tak pernah lagi saya dengar orang bankrap sebab rajin sedekah dan bayar zakat.

Jangan sesekali sebut “tunggu kaya baru aku sedekah”. Sampai ke sudah anda takkan kaya.

Pastikan dalam poket ada RM10 setiap hari Jumaat untuk sedekah kepada surau, masjid atau tempat tahfiz Al Quran.

5. Hutang bulanan kurang 50% gaji

Jika gaji RM2,000 maka komitmen hutang anda sepatutnya tak lebih dari RM1,000.

6. Tiada hutang kad kredit

Ini adalah punca orang muda bankrap. Mudah di ‘swipe’ tapi susah nak bayar balik. Hati-hati dengan bom jangka masa ni.

7. Tak berhutang dengan kawan

Ini adalah musibah bagi mereka yang ada kawan macam ni. Kalau hidup bergaya dalam facebook dan masih nak berhutang, saya takkan bagi.

Orang macam ini suka ambil kesempatan atas usaha orang lain. Tak mampu bayar dia block kita di whatsapp dan facebook.

8. Menyimpan emas minimum 1 gram sebulan

Menyimpan wang memang bagus, tapi kita perlu ingat nilainya pasti merosot akibat inflasi.

Aset adalah kalis inflasi, dan emas adalah kategori yang paling murah! RM100 pun dah boleh mula kumpul emas.

Kalau anda mampu dan tak nak beli emas – boleh la beli satu bijik rumah setiap bulan. Haa tak mampu kan?

9. Malam dapat tidur lena

Jam 9 malam dah mengantuk dan tidur lena. Ada ketenangan dalam jiwa dan hati. Cewaaahh.

Bangun pagi jam 4:00 siap sedia dengan tahajjud pastu terus dengan solat subuh. Kalau takde impian hidup macam ini, saya saran untuk anda mulakan.

10. Mentaliti save first, spend later

Macam mana nak tahu kita konsisten? Dapat gaji, terus simpan 10% untuk simpanan.

Dapat gaji, terus alih ke tepi simpanan 1 gram emas. Lepas itu baru settlekan komitmen hutang.

Lebihan itu baru kegunaan belanja bulanan kita.

Sampai bila nak biar gaji bulanan hilang tanpa jejak kan? Cepat-cepatlah insaf.

Rendahkan taraf hidup. Mulakan simpanan dari sebahagian besar gaji. Tambahkan ilmu kewangan dengan bacaan buku yang bermanfaat.

 
BUKU FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY (FIRE) + BUKU BIJAK MERANCANG WANG (BMW)
………………………………………………………………..
 
HAI SEMUA
JOM UPGRADE ILMU KEWANGAN ANDA!
 
NAK TAHU BAGAIMANA CARANYA?
KENAPA PERLU UPGRADE ILMU KEWANGAN?
 
Jom saya bantu anda
dengan klik butang di bawah
 
 

 

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Urus Daftar Milik Harta Pusaka Kepada Waris; Sijil Faraid Dan Surat Akuan Bersumpah Sahaja Tak Cukup

Sijil faraid boleh dapatkan di mahkamah syariah

Urus Daftar Milik Harta Pusaka Kepada Waris; Sijil Faraid Dan Surat Akuan Bersumpah Sahaja Tak Cukup

 
Masih ramai di antara kita tidak faham dan tidak mengetahui cara yang betul tentang Sijil Faraid atau Surat Akuan Bersumpah tidak mencukupi untuk menguruskan daftar turun milik harta pusaka kepada waris.

Sedikit perkongsian cara yang betul tentang pendaftaran turun milik harta pusaka kepada waris daripada Salkukhairi Abd Sukor, Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam).

1. Ramai orang ingat, apabila sudah dapat perintah atau sijil faraid daripada Mahkamah Syariah atau ada surat akuan persetujuan pembahagian harta pusaka secara sama rata, atau ada surat cara wasiat dan sebagainya, maka urusan turun milik nama si mati dalam geran kepada nama waris boleh terus didaftarkan di Pejabat Tanah.

2. Sebenarnya TIDAK. Pentadbir Tanah/ Pendaftar Hakmilik pejabat tanah tidak mempunyai bidang kuasa untuk TERUS MENDAFTARKAN turun milik kepada nama waris si mati walaupun waris-waris telah mengemukakan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah.

3. Ini kerana Perintah/Sijil Faraid tersebut hanya sekadar mengesahkan bahagian waris masing masing terhadap harta pusaka tersebut mengikut hukum faraid sahaja bukannya satu perintah yang mengikat Pentadbir Tanah/ Pendaftar Hakmilik pejabat tanah.

4. Begitu juga, walaupun katakan semua waris setuju untuk membahagikan harta pusaka simati secara sama rata, persetujuan tersebut tidak mencukupi untuk membolehkan pejabat tanah terus mendaftarkan turun milik kepada nama waris-waris yang dipersetujui, walaupun mereka buat perjanjian bertulis di hadapan peguam atau buat surat akuan bersumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah, dan walaupun mereka mendapatkan perintah pengesahan daripada Mahkamah Syariah sekalipun.

5. Jadi, apa yang patut waris-waris lakukan adalah, setelah mereka mendapatkan perintah/sijil faraid tersebut daripada Mahkamah Syariah atau setelah mereka menandatangani sebarang surat cara persetujuan sesama mereka, mereka perlu memfailkan permohonan untuk mendapatkan PERINTAH PEMBAHAGIAN PUSAKA atau SURAT KUASA MENTADBIR daripada Pejabat Pusaka Kecil (untuk hartanah yang bernilai bawah RM2 Juta) atau daripada Mahkamah Tinggi (untuk hartanah yang bernilai atas RM2 Juta).

6. Hanya dengan PERINTAH PEMBAHAGIAN atau SURAT KUASA MENTADBIR SAHAJA, Pejabat Tanah boleh mendaftarkan turun milik kepada nama waris atau pentadbir harta pusaka si mati.

7. Perkara ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 346 (1)&(2) dan Seksyen 348 (1) Kanun Tanah Negara.

Harap maklum dan sila war-warkan supaya masyarakat faham tentang perkara ini.

(Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk pekeliling yang di keluarkan oleh Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, bil 7/2017
sebagaimana lampiran).

Sekian, terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Lampiran gambar.

perintah sijil faraid 1
perintah sijil faraid 2
perintah sijil faraid 3
 
Cara Mendapatkan Sijil Faraid

Permohonan SURAT KUASA dari Amanah Raya, memerlukan SIJIL FARAID yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah sebagai syarat utama mereka.

Pertama sekali, apa itu Sijil Faraid?

Sijil Faraid adalah dokumen perakuan ahli waris yang beragama Islam bagi menyatakan kesahihan ahli-ahli waris yang berhak dan kadar bahagian yang diperoleh mereka. 
.
Antara dokumen yang diperlukan dalam permohonan Sijil Faraid ialah:

1) 2 Salinan IC waris-waris yang disahkan.
2) Surat Beranak waris-waris dan si mati.
3) 2 Salinan surat beranak waris-waris dan si mati yang di sahkan.
4) 2 salinan surat mati ayah dan ibu si mati yang disahkan. *Jika sudah meninggal.
5) Surat Mati.
6) 2 Salinan Surat mati yang disahkan.
7) IC pemohon
8) 2 Salinan statement/pernyataan jumlah wang bank Islam yang disahkan. 
9) 2 Salinan surat nikah mak dan abah yang disahkan. *Ini bergantung kepada pertalian pemohon dan si mati. (Dalam kes ni, abah yang mohon duit mak, so…Faham tak?)
10) 2 Borang dari Mahkamah Syariah yang lengkap diisi. *Borang ni dapat 1 set je. satu lagi sila potostat siap-siap.

Itu sahaja.

Jika tiada item ke-4, ,maka perlu buat satu surat sumpah yang menyatakan bahawa ibu dan ayah si mati sudah meninggal dunia. Hanya perlu dapatkan di mana-mana pejabat Guaman Surat Sumpah. Dokumen yang diperlukan ialah:-

1) Surat beranak si mati
2) Salinan fotokopi IC pemohon
3) Maklumat kematian si mati
4) Fee anggaran bayaran dalam RM15

Bila lengkap semua dokumen, bolehlah serahkan kepada kaunter Mahkamah Syariah. Bayaran yang dikenakan dalam anggaran RM20-RM25.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

WASIAT, NAMPAK KELEBIHAN DAPAT KELEBIHAN

Jika berwasiat

WASIAT, NAMPAK KELEBIHAN DAPAT KELEBIHAN

Al Kisah…

“Tiap sorang waris dia dapat RM 2 – 3 juta sorang…”

“Tau berapa diorang sedekah kan bagi pihak arwah ???”

‘RM 1,000’ !!

Bayangkan jika arwah buat WASIAT

WASI akan laksanakan sehingga 1/3 bahagian daripada harta arwah tu untuk tujuan sedekah untuk diri arwah tu sendiri. Takkan nak bagi waris enjoy semua sekali kot.

Berapa banyak tu?

Wasiat kepada waris dan bukan waris
Wasiat bukan pekara sia-sia.

Mula-mula kena faham dulu fungsi wasiat.

1. Perlantikan wasi nak lantik siap-siap siapa yang akan urus nanti, bukan biarkan waris pilih sesama depa. Tang tu pun silap-silap belum apa-apa dah boleh gaduh. Samada berebut nak buat atau takde sapa pun nak buat, semua lepas tangan.

2. Perlantikan penjaga harta anak bawah umur. Sebab isteri bukan penjaga harta automatik anak bawah umur. Isteri perlukan perlantikan di dalam wasiat.

Kalau tak lantik, harta anak bawah umur samada ada pegi ke datuk sebelah bapa atau kalau datuk takde, pergi ke Amanah Raya sehinga anak tersebut berumur 18 tahun.

3. Senaraikan siapa waris faraid, dan harta apa yang ada nak dibagi kepada waris yang mana. Atleast waris-waris ada lah guideline nak bahagi harta dia macam mana.. Setuju tak setuju bila dah mati esokbaru dimintak  persetujuan.

Kalau tak nyatakan dalam wasiat kepada waris, waris nak rujuk dokumen apa? Dokumen Hibah? Yang tu bukan
dokumen pernyataan. Hibah adalah dokumen pemberian harta siap-siap semasa masih hidup lagi.


4. Senaraikan hutang-hutang yang ada agar senang waris atau wasi nak uruskan. Hutang dibawak mati. Hutang bukan tanggungjawab waris. Hutang dunia dan juga hutang akhirat.

5. Tinggalkan pesanan-pesanan kepada waris. Masa nilah nak pesan itu ini. Suara akhir kita. Pesanlah yang baik-baik. Waris dengar pun sedap sikit.

6. Allocatekan harta-harta kita untuk kita balik sebagai amal jariah. Sekurang-kurang nya 1/3 bahagian. Kalau kita tinggai 1 juta untuk waris, takkan nak bagi semua waris enjoy. Kita pun nak la merasa kan? Bukan selalu dapat duit sejuta sedepuk. So buat sebagai amal jariah yang tak boleh ditentang oleh waris-waris.

Banyak sebenarnya kebaikkan wasiat ni tapi bila asyik ditekankan keburukan dia, asyik-asyik isu boleh ditentang, buat wasiat tak guna, wasiat tidak sah, wasiat sia-sia, pastilah akan nampak keburukannya sahaja

Takde masalah pun kalau ada waris yang tak nak ikut, itu pilihan dia. Tapi dia tak boleh halang pun keseluruhan wasiat tu. Dia hanya boleh menuntut hak faraid dia sahaja.

Bukan kata bila sorang waris tentang, habis keseluruhan wasiat terbatal.

Ok dah fahamkan fungsi wasiat? Bila faham yang paling penting ambik tindakan awal.

Fahami fungsi instrument perancangan pusaka, hukum faraid dan undang-undang pusaka…

“Why worry on uncertainties when u have an option to make it certain.”

#wasiat #hibah #hartasepencarian #assalihintrusteeberhad #iep
 
 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Tips: Senarai Tuntutan Khairat Kematian

Tuntutan khairat kematian

Tips: Senarai Tuntutan Khairat Kematian

Untuk pengetahuan PEWARIS

Ramai waris TAK TUNTUT KHAIRAT KEMATIAN sebab tak tahu dan gara-gara sikap si mati (termasuk kita yang hidup ni) tak pernah cerita join apa-apa skim pada ahli keluarga masa hidup.

Berikut saya senaraikan khairat kematian yang boleh waris terdekat tuntut setelah berlaku kematian si mati.

1. Khairat Kematian Khariah Masjid
– Sekitar Rm 500 – Rm 5,000
– Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah

2. Khairat Kematian PERKESO
– RM 2,000
– Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

3. Khairat Kematian KWSP
– RM 2,500
– Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP

4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
– RM 3,000
– Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam

5. Khairat Kematian BRIM
– RM 1,000
– Syarat: si mati adalah penerima BRIM

6. Khairat Kematian ASNB
– RM 200 – RM 2,000
– Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

7. Khairat Kematian Skim Takaful
– RM 2,000 – RM 5,000
– Syarat: si mati pencarum takaful

8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi
– RM 500 – RM 5,000
– Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi

Khairat kematian ini bertujuan untuk perbelanjaan mengurus jenazah yang telah ditanggung waris si mati.

Prosedur tuntutan dia tak rumit dan mudah. Dan proses bayarannya juga cepat sesuai dengan fungsinya untuk bantuan kewangan urusan
pengekebumian jenazah.

Dapat sesuatu ?
Boleh tolong saya share post ni supaya dapat bantu waris yang ditimpa kematian ahli keluarga.

#pewaris #khairatkematian #urusanhartapusaka 

Dapatkan penjelasan mengenai amalan dan keadaan yang diiktiraf sebagai mati syahid yang sebenar menurut hadith-hadith sahih di dalam buku ini. Dapatkan segera sebelum kehabisan stok. Stok adalah terhad!

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Kenapa saya perlu tulis Wasiat?

Wasiat instrumen perancangan harta pusaka

Kenapa saya perlu tulis Wasiat?

Orang ramai amat digalakkan menulis wasiat. Persoalan yang selalu diajukan ialah kenapa?

1) Jika saya belum berkahwin, saya perlu menulis wasiat untuk melantik pentadbir (Wasi) harta pusaka saya supaya saya tidak membebankan ibu bapa dan saudara terdekat saya. Saya juga boleh membuat sedekah jariah daripada sebahagian harta pusaka saya.

2) Jika saya telah berkahwin, tetapi belum mempunyai cahayamata, saya perlu menulis wasiat untuk mengelakkan konflik diantara pasangan saya dengan ibu bapa dan ahli keluarga saya yang lain. Proses pentadbiran juga lebih mudah. Di samping itu, saya dapat memastikan semua waris mendapat hak mereka dengan cara yang betul.

3) Jika saya telah berkahwin dan mempunyai anak, saya perlu menulis wasiat untuk melantik pentadbir (Wasi) dan penjaga untuk anak saya yang masih di bawah umur 18 tahun. Saya boleh mengarahkan penjaga yang bertanggungjawab untuk menggunakan harta pusaka saya yang diwarisi oleh anak dengan sebaik mungkin dan mengelakkan penyelewengan.

4) Jika saya berpoligami, saya perlu menulis wasiat untuk mengelakkan konflik diantara kedua-dua keluarga saya dan melantik pentadbir (Wasi) yang boleh dipercayai untuk mentadbir harta pusaka saya agar hak semua waris saya iaitu isteri-isteri dan anak-anak saya dapat diberikan dengan adil.

5) Jika saya mempunyai anak angkat, saya perlu menulis wasiat untuk memberikan sebahagian daripada harta pusaka saya sepertimana yang dibenarkan Syara’ iaitu tidak melebihi 1/3. Dengan cara ini, kebajikan dan sara hidup anak angkat saya terutamanya mereka yang dibawah umur akan terjaga dan tidak terbiar sahaja.

6) Jika saya tidak mempunyai anak lelaki, saya perlu menulis wasiat untuk melantik pentadbir (Wasi) dan mengelakkan konflik di kalangan ahli keluarga saya iaitu pasangan dan anak perempuan saya dengan ahli keluarga yang lain seperti ibu bapa dan saudara kandung saya. Saya juga boleh memastikan hak mereka terjaga dan diuruskan dengan adil.

7) Jika saya berhutang, saya perlu menulis wasiat untuk memastikan hutang saya dijelaskan dengan menggunakan harta pusaka saya terlebih dahulu sebelum diagihkan.

8) Jika saya mempunyai perniagaan, saya perlu menulis wasiat untuk memberi arahan dan panduan kepada waris dan juga rakan kongsi saya berkenaan pengurusan saham dan pemilikan lain dalam perniagaan saya. Dengan cara ini juga dapat mengelakkan penyelewengan oleh rakan kongsi dan memastikan hak waris saya kepada pegangan di dalam perniagaan adalah terpelihara.

9) Jika saya mempunyai banyak harta, saya perlu menulis wasiat untuk memudahkan agihan harta pusaka kepada waris dengan memberi panduan yang baik selagimana tidak bercanggah dengan Syari’ah. Melalui wasiat juga saya boleh menyenaraikan semua aset dan hutang dan menjelaskan kepada waris bagaimana cara hendak menguruskannya.

10) Jika saya seorang muallaf, saya perlu menulis wasiat untuk memberikan sebahagian daripada harta pusaka saya kepada ahli keluarga yang bukan Islam seperti ibu bapa kandung dan saudara kandung saya. Islam membenarkan Wasiat kepada bukan Islam (iaitu bukan waris) untuk menerima tidak melebihi 1/3 harta pusaka. Islam tidak menghalang hubungan muallaf dengan ahli keluarga malahan menggalakkan berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Inilah sebab utama penulisan wasiat. Orang yang menulis wasiat ialah orang yang bijak kerana mengingati mati. Apabila kita mengingati mati, maka kita akan membuat perancangan supaya kehidupan kita di dunia ini tidak sia-sia dan apabila mati, tidak pula memberikan beban kepada waris yang masih hidup. Di samping itu juga, kita boleh membuat pelaburan akhirat melalui sedekah jariah dan ini menjadi pencen kubur, kehidupan di akhirat kelak.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
error: Content is protected !!