Tips: Tuntutan Pampasan Kematian.

 

Tips: Tuntutan Pampasan Kematian.

 
Perlukah Post-Mortem Dijalankan?
 
Kematian boleh berlaku di dua tempat.
 
1) Hospital.
2) Diluar hospital seperti rumah.
 
Untuk proses tuntutan claim;
 
Sacara am-nya, pihak syarikat akan buat penyiasatan ‘investigation’ bila timbul keraguan untuk memastikan tiada ‘non-disclosure’ sakit yang ‘significant’ dan tiada unsur bunuh diri kurang 1 tahun. Dengan kata lain, untuk mengelakkan penipuan berlaku.
 
Ok, sekarang isu disini pasal ‘post-mortem’.
 
1) Jika kematian berlaku di hospital, doktor akan mengeluarkan permit pengebumian yang mana diagnosis sebab kematian juga akan diberitahu.
 
Tiada post – mortem bakal dilakukan jika diagnosis dapat di beri. Dan biasanya majoriti kes selesai hanya disini.
 
Jika pihak syarikat tidak berpuas hati dengan diagnosis, maka laporan perubatan akan diminta.
 
2) Jika kematian berlaku di rumah. Hendaklah membuat laporan polis. Permit pengebumian akan dikeluarkan oleh pihak polis. Jika pihak polis tidak berpuas hati dan syak berlaku jenayah, maka post-mortem akan dilakukan.
 
Didalam permit pengebumian polis biasanya tidak ditulis diagnosis spesifik. Hanya tulis sebab kematian ‘sesak nafas, kencing manis, darah tinggi dan etc’.
 
Diceritakan oleh sahabat saya yang bertugas di unit forensik, banyak berlaku silap faham. Jika mati di rumah, bila tahu si-mati ada insuran, maka polis akan keluarkan borang Pol61, yang mana mengarahkan doktor untuk membuat post-mortem dengan alasan untuk tuntutan insuran.
 
Jika yang berpengalaman, terus keluarkan permit pengebumian macam biasa. Tidak perlu post-mortem.
 
Maka terkebil-kebil lah ahli keluarga. Kena buat post-mortem.
 
Sebenarnya, perlu atau tidak post-mortem untuk tuntutan insuran jika kematian di rumah?
 
Jawapan nya TIDAK. 
Dan syarikat insuran tiada kuasa arah post-mortem dilakukan.
 
Maka tuntutan insuran boleh dilakukan walaupun tiada diagnosis yang specific dan guna borang pengebumian polis.
 
Jika pihak syarikat tidak berpuas hati, mereka akan lakukan siasatan.
 
3) Ada berlaku kes yang mana kematian dirumah. Dan post-mortem dilakukan. Tetapi punca kematian tidak dapat dikenal pasti. ‘Undetermined cause of death’.
 
Syarikat akan tetap bayar walaupun tiada diagnosis, dengan syarat tiada unsur bunuh diri dalam tempoh 1tahun polisi dan non-disclosure.
 
Ok jelas??
 
Share jika bermanfaat. Penat saya bertanya kepada yang pakar.😂
 
Credit: Dr. Muhammad Rahmat
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Kenali Siapa Waris Faraid Anda

MAKLUMAT PERIBADI

Setiap maklumat anda tidak akan dikongsi, didedahkan kepada pihak ketiga. Data ini adalah hanya untuk kegunaan admin laman web ini sahaja.
Nama Penuh Anda
No Telefon Anda
Alamat Email Anda
Nyatakan Lokasi atau Tempat Tinggal Anda
Nyatakan apakah pekerjaan anda sekarang
Nyatakan berapa pendapatan bulanan anda

MAKLUMAT PERIBADI UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila jawab Ya atau Tidak untuk setiap soalan dibawah

MAKLUMAT AHLI KELUARGA UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila isi maklumat dibawah dengan kiraan yang betul untuk dapatkan peta faraid yang tepat.
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak perempuan anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik beradik lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik-beradik perempuan anda
Nyatakan berapa anggaran jumlah harta pusaka anda untuk diagihkan

Sum Covered Tu Tak Perlulah Tinggi Sangat, Bukan Saya Dapat Pun…

takaful hibah
Jom Hibahkan Takaful Anda Kepada Waris Anda.

Sum Covered Tu Tak Perlulah Tinggi Sangat, Bukan Saya Dapat Pun…

 
“Pampasan kematian tu tak payah lah tinggi-tinggi. Bukan saya dapat pun. Dah mati nanti orang dok berebut harta saya”
 
Sebenarnya.. ramai yang tak sedar, bila diterangkan pun kurang kefahaman..
 
Meh admin nak share sikit.. admin share dengan penuh kasih sayang agar lebih ramai yang faham 🤗
 
Dalam sijil takaful hayat.. pampasan kematian bukan hanya dibayar bila orang yang dilindungi meninggal dunia. Di bawah benefit yang sama, pampasan juga akan dibayar sekiranya orang yang dilindungi disahkan HILANG UPAYA KEKAL KESELURUHAN.
 
Kalau meninggal, pampasan tu boleh tolong bayar hutang piutang, boleh buat anak-anak meneruskan hidup, boleh buat sedekah ataupun boleh diguna pakai untuk kos pengurusan harta pusaka korang nanti. 

Kalau tak ada sangat sesapa nak dibagi duit tu, bagi kat admin ejen ni pun boleh 😂😂 … ataupun boleh serahkan pada baitulmal..😇
 
Tapi…Kalau sakit terlantar tak mati-mati?  Terkebil-kebil mata. Itu je yang mampu…

Jangan kata nak kerja… nak makan pun kene orang suap, nak buang air kena orang pakaikan pampers… macam mana? 
 
Itu lah pentingnya pampasan hilang upaya kekal keseluruhan. Nak beli pampers orang tua bukan murah. Nak beli susu khas, nak beli suppliment bagi tambah tenaga sebab tak lalu makan, nak beli katil orang sakit, macam-macamlah nak dibeli. 

Lepas tu kalau perlu bayar jururawat datang rumah. Orang yang jaga kita tu pun silap-silap kene berhenti kerja sebab nak jaga kita. 
 
Tinggi kosnya. Tapi income dah tak ada… mana nak dapat duit?

Melainkan kita berharta seperti Ismet Ghulam Raja..😄😁
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

PEMBATALAN WASIAT

Borang Quotation Kerjaya & Affiliate as-Salihin Trustee Berhad PEMBATALAN WASIAT Pewasiat boleh membatalkan/menarik balik Wasiat beliau pada bila-bila masa semasa hayat beliau. Walau bagaimanapun, apabila

Read More »

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Testimoni Dari Kisah Benar Luahan Seorang Isteri (Waris) Tentang Urus Harta Pusaka Suaminya.

Khidmat Urus Pusaka Dari as-Salihin Trustee

TESTIMONI DARIPADA SEORANG WARIS (ISTERI) YANG MANA ARWAH SUAMI BELIAU TELAH MENULIS WASIAT DAN MELANTIK AS-SALIHIN SEBAGAI WASI.

Saya ingin berkongsi kisah benar yang dihadapi oleh diri saya sendiri setelah kematian suami saya.

Maka benarlah kematian itu sangat lah hampir dengan setiap jiwa. Pada tanggal 31/8/2015, suami saya telah meninggal dunia, meninggalkan saya dan tiga orang anak. Kematian beliau berlaku secara mengejut tanpa sebarang tanda tanda awal. Saya dan anak-anak amat sangat sedih dan terkesan dengan kematian arwah suami yang selama ini menjadi tempat
bergantung dan berlindung kami sekeluarga.

Saya panik memikirkan anak-anak masih kecil dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Saya juga dihantui oleh stigma pembahagian harta pusaka yang kebiasaannya mengambil masa yang lama dan rumit. Namun Alhamdulillah, perkara
tersebut tidak berlaku kepada kami sekeluarga. Urusan pentadbiran harta pusaka arwah suami berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan. Arwah suami saya telah melakukan persiapan awal dengan melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai Wasi (pentadbir harta pusaka) bagi pihak beliau. Beliau telah menulis wasiat sebagai persiapan awal bagi memudahkan saya dan anak-anak disamping untuk mengelakkan konflik di kemudian hari.

Pada awalnya, kami sendiri tidak tahu apa tindakan yang harus diambil bagi menguruskan harta pusaka arwah suami setelah kematian beliau. Kami seperti kehilangan arah dan hala tuju. Saya sebagai isteri tidak pasti apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencairkan aset yang terbeku sebaik sahaja arwah suami meninggal dunia.

Namun tindakan pantas dari Islamic Estate Planner (IEP) (Perancang Harta Pusaka Islam as-Salihin) telah memudahkan segalanya. Beliau telah memaklumkan kepada kami sekeluarga bahawa pihak arwah suami telah menulis wasiat dan
melantik as-Salihin sebagai Wasi sebaik sahaja beliau meninggal dunia.

as-Salihin telah melakukan bacaan wasiat kepada saya dan anak-anak serta waris faraid serta memaklumkan mengenai segala proses pentadbiran pengurusan harta pusaka. as-Salihin berjaya menerangkan proses-proses yang rumit dalam pengurusan aset terbeku dalam bahasa yang mudah difahami. Apa yang penting ialah pihak mereka menjadi penunjuk arah kepada kami sekeluarga ketika mana kami amat memerlukannya.

Malah pihak as-Salihin juga bertanggungjawab sebagai wasi yang telah mentadbir harta pusaka, menyelesaikan hutang piutang dan menguruskan pembahagian harta pusaka kepada waris faraid disamping memastikan hak-hak waris terpelihara terutama bagi anak-anak saya yang masih dibawah umur.

Melalui wasiat arwah suami saya, Allahyarham telah melantik saya sebagai pemegang amanah/penjaga harta anak-anak saya yang masih di bawah umur. Dengan perlantikan tersebut, saya boleh mengurus harta bagi pihak anak-anak saya dengan lebih baik dan lancar.

Seandainya tanpa bantuan as-Salihin, saya tidak pasti bagaimana saya akan menguruskan harta pusaka si suami secara bersendirian. Kurang kemahiran dalam selok belok pentadbiran harta pusaka seperti tidak pasti dokumen apakah yang diperlukan, apakah yang perlu dilakukan seandainya geran telah hilang, pejabat manakah yang perlu dituju dan sebagainya merupakan cabaran utama bagi saya di dalam hal ini, dan saya berasa amat bersyukur kerana telah dipertemukan dengan as-Salihin Trustee Berhad dan amat-amat berterima kasih kepada mereka kerana telah bertungkus lumus membantu saya dan anak-anak dalam melancarkan pengurusan harta pusaka Allahyarham suami saya.

Yang benar,

Nor Hazami Binti Harun

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Kenali Siapa Waris Faraid Anda

MAKLUMAT PERIBADI

Setiap maklumat anda tidak akan dikongsi, didedahkan kepada pihak ketiga. Data ini adalah hanya untuk kegunaan admin laman web ini sahaja.
Nama Penuh Anda
No Telefon Anda
Alamat Email Anda
Nyatakan Lokasi atau Tempat Tinggal Anda
Nyatakan apakah pekerjaan anda sekarang
Nyatakan berapa pendapatan bulanan anda

MAKLUMAT PERIBADI UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila jawab Ya atau Tidak untuk setiap soalan dibawah

MAKLUMAT AHLI KELUARGA UNTUK PEMBAHAGIAN FARAID

Sila isi maklumat dibawah dengan kiraan yang betul untuk dapatkan peta faraid yang tepat.
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan anak perempuan anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik beradik lelaki anda
Selected Value: 0
Nyatakan berapa bilangan adik-beradik perempuan anda
Nyatakan berapa anggaran jumlah harta pusaka anda untuk diagihkan

Wasiat Hanya Kepada Bukan Waris?

Hanya 1/3 untuk bukan waris

 WASIAT HANYA KEPADA BUKAN WARIS?

Wasiat bukan hanya 1/3.Yang 1/3 itu adalah limit untuk berikan kepada bukan waris faraid yang tak boleh ditentang. Tapi kalau nak bagi kepada bukan waris faraid lebih daripada 1/3 pun takpa asalkan waris faraid setuju.

Pastu keseluruhan pusaka boleh diagihkan ikut hasrat (tak ikut faraid), tapi memerlukan persetujuan waris-waris faraid. Kalau ada waris yang tidak setuju, contohnya sorang, maka yang sorang tu berhak untuk tuntut bahagian dia sahaja. Ertinya waris lain yang tak tuntut, setuju untuk teruskan agihan harta ikut hasrat pewasiat. 

Siapa wasi kita?

 Tapi yang pentingnya wasiat ini ialah perlantikan wasi. Yakni sesiapa yang akan uruskan segala urusan nanti termasuk selesaikan hutang dan amal jariah serta pengagihan pusaka.

Nilai aset itu akan ditentukan masa berlaku kematian nanti. Masa sekarang ini tak perlu nilai sebab kita tak tau tarikh bila kita mati, mungkin berapa puluh tahun lagi nilai dah berbeza. Itu nanti syarikat amanah yang akan tentukan.

Contoh: Dalam wasiat, kita boleh nyatakan rumah bagi anak. Tanah bagi mak dan kakak. Wang tunai diagihkan mengikut faraid atau nak gunakan wang tunai tersebut untuk diri kita balik sebagai amal jariah kita contohnya sedekah atau waqaf.

Dalam wasiat boleh nyatakan apa perancangan kita dengan harta kita. Ramai yang disalah fahamkan tentang 1/3 ini sampai semua orang ingat wasiat tak boleh kepada waris.
Penilaian semula fatwa wasiat

 Ini fatwa tentang kebolehan berwasiat kepada waris jika semua waris setuju.

Artikel VII dalam klause wasiat as-Salihin Trustee

 Ini adalah antara klause dalam wasiat as-Salihin Trustee yang mengikut hukum syarak dan undang-undang yang mana waris-waris perlu diminta persetujuan dulu sebelum melaksanakan wasiat.

Oleh itu semua waris perlu tahu dulu. Jika setuju, wasiat boleh dijalankan.

Bila ramai yang disalah fahamkan tentang wasiat, hibah mula disebut-sebut dan dicanang-canangkan. Tetapi sebut tak habis. Bukan semua benda boleh hibah ikut undang-undang. Ada syarat-syaratnya antaranya kena bebas hutang. (Harta tak alih iaitu rumah atau tanah).

Oleh itu wasiat sebenarnya dokumen sementara kita. Kita rancang siap-siap, andaikata tak sempat dilaksanakan masa kita hidup. Kalau sempat nak hibah masa hidup, boleh buat pertukaran nama siap-siap.

Wasiat ialah kes dimana kita rancang begitu begini. Kalau semua waris bersetuju selepas kita mati dan tak jadi isu untuk dilaksanakan. Credit to Sufyan Bakir.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

PEMBATALAN WASIAT

as-Salihin Trustee Berhad

PEMBATALAN WASIAT

Pewasiat boleh membatalkan/menarik balik Wasiat beliau pada bila-bila masa semasa hayat beliau.

Walau bagaimanapun, apabila pewasiat telah meninggal dunia, tiada pembatalan boleh dilakukan kerana Wasiat tersebut telah berkuatkuasa. Begitu juga waris-waris juga TIADA KUASA untuk membatalkan Wasiat dan/atau membatalkan perlantikan wasi di dalam Wasiat tersebut.

Hanya PERINTAH MAHKAMAH sahaja boleh membatalkan Wasiat atau perlantikan wasi sekiranya Wasiat dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Juga, menjadi satu kesalahan jika waris-waris menafikan bahawa pewasiat mempunyai Wasiat sedangkan mereka mengetahui tentang kewujudan Wasiat tersebut.

Berikut adalah peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 (pindaan 2016 ):

Bahagian III- Pembatalan wasiat

SS 12 (a). Sesuatu wasiat hendaklah menjadi batal jika Pewasiat menarik balik wasiatnya

Bahagian IV– Perlaksanaan Wasiat

SS 15 (2) Sesuatu wasiat hendaklah dianggap sebagai ditarik balik :

(a) Jika pewasiat melakukan sesuatu perbuatan atau mewujudkan suatu
keadaan yang menunjukkan dengan qarinah atau urf bahawa dia telah
menarik balik wasiatnya.


SS 16- Seseorang hendaklah tidak dianggap sebagai menarik balik wasiatnya atas sebab:

(a) Penafian wasiat tersebut oleh orang lain

Wasiat yang lengkap adalah sah semasa hayat pewasiat dan akan berkuatkuasa apabila beliau meninggal dunia. Ini bermakna Wasi yang dilantik wajar melaksanakan wasiat tersebut serta membuat permohonan geran probet di Mahkamah Tinggi Sivil bagi mengesahkan perlantikan wasi tersebut di sisi undang-undang.

 Walau bagaimana pun, wasi yang telah dilantik berhak dan boleh menggunakan budibicara untuk menolak
perlantikan tersebut (Renunciation) atas alasan-alasan yang munasabah.


SS 8. Probate and Administration Act 1959 :

“Any person who is or may become entitled to representation may expressly renounce his right to the representation “

Dari segi perlaksanaan, as-Salihin boleh menggunakan budibicara untuk membuat penolakan perlantikannya sebagai wasi atas alasan munasabah seperti harta pusaka yang ditinggalkan oleh pewasiat tidak memadai atau mencukupi untuk membayar kos guaman bagi permohonan geran probet, sijil faraid serta kos-kos pentadbiran seperti yuran pentadbiran pusaka, yuran pindah milik, setem duti dan sebagainya. Dimana waris perlu menanggung kos-kos berkenaan dan waris tersebut tidak berkemampuan. Penolakan perlantikan ini wajar dibuat untuk kebaikan serta tidak membebankan waris.

Setelah as-Salihin menolak perlantikan, wasiat yang asal akan diserahkan kepada pentadbir pusaka yang telah
dipilih dan dipersetujui oleh semua waris pewasiat.


as-Salihin turut mengenakan bayaran minimum yang munasabah bagi menampung kos perjalanan serta masa yang telah digunakan oleh pegawai kami untuk majlis pembacaan wasiat, penerangan serta khidmat nasihat kepada waris untuk menguruskan pusaka pewasiat dengan cara yang betul.

Ditekankan bahawa, bayaran yang dikenakan semasa hayat pewasiat adalah bayaran untuk penyediaan dokumen wasiat dan bayaran tersebut tidak meliputi bayaran pelaksanaan wasiat dan pentadbiran harta pusaka pewasiat selepas kematian beliau.

Semasa hayat pewasiat, selain daripada bayaran penyediaan wasiat, as-Salihin tidak mengenakan sebarang bayaran lain samada bayaran bulanan atau tahunan untuk memastikan wasiat boleh dilaksanakan selepas kematian pewasiat serta membiayai kos pentadbiran pusaka. Bayaran pentadbiran pusaka hanya akan dikenakan apabila as-Salihin memulakan pentadbiran pusaka selepas kematian pewasiat dan kos tersebut akan ditanggung/dibiayai oleh harta pusaka pewasiat.

Amna Fazillah Ismail
Timbalan Presiden
as-Salihin Trustee Berhad

Credit Copy to FB Page as-Salihin Trustee Berhad

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Perancangan Kewangan Adalah Suatu Ibadah

 
Instrumen Kewangan Islam

Perancangan Kewangan Adalah Suatu Ibadah.

 
Firman Allah swt: “Hendaklah kamu menanam bersungguh2 tujuh tahun berturut2, kemudian apa yang kamu potong biarkanlah dia pada tangkai2nya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur,zaitun dan sebagainya)” (Yusuf:47-49)
 
Ayat tersebut dikenali sebagai ayat perancangan yang mengungkap betapa pentingnya untuk merancang sama ada untuk diri sendiri atau untuk masyarakat awam apabila berhadapan dengan kejadian yang pasti datang di masa hadapan.
 
Perkara yang pasti berlaku adalah kematian. Apabila berlakunya kematian, pelbagai aktiviti harian akan terhenti. Tanpa perancangan yang sempurna, akan berlaku kepayahan kepada ahli keluarga yang telah ditinggalkan dan juga kepada si mati dalam kehidupannya di alam akhirat.
 
Dalam konteks mengelak kesusahan inilah kerja-kerja perancangan yang dibuat menjadi satu bentuk ibadah. Sebenarnya tiada syak untuk menganggap perancangan kewangan sebagai suatu ibadah kerana bukan sahaja boleh dielak tetap al-Falah (kejayaan) juga boleh dicapai melalui perancangan yang baik dan perlaksanaan yang sempurna.
 
Berbalik kepada ayat perancangan, pengajaran yang boleh diambil secara dasarnya ialah: seseorang itu mesti bekerja untuk mendapat hasil dan mengumpulkan harta; dan mesti membelanjakan hartanya dengan bijak dan menabung untuk masa hadapan.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Apa Itu Harta Batil?

“Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil. Dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian dari harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui” (QS. al-Baqarah: 188).

Read More »

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Bagaimana Menyediakan Bajet?

Rancang Kewangan

Bagaimana Menyediakan Bajet?

Apa Itu Bajet?

Bajet adalah suatu pelan mengurus aliran tunai dan digunakan untuk membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan anda di masa hadapan. Secara ringkas, bajet menyenaraikan semua aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai yang dijangkakan untuk membantu anda membuat keputusan kewangan secara berhemat.
 
Kenapa anda perlukan bajet?
Berapa kalikah anda telah membuat pengeluaran daripada mesin ATM tanpa menyedari bahawa anda telah menggunakan kesemua wang anda dalam tempoh sehari dua? Lazimnya agak sukar untuk kita mengingatkan kembali ke manakah wang itu dibelanjakan. Kebiasaannya ramai orang tidak menjejaki perbelanjaan dan berbelanja lebih daripada pendapatan mereka. Itulah sebabnya bajet adalah penting.
 
Kebaikan mempunyai bajet?
  • Hidup mengikut kemampuan
  • Memupuk tabiat menabung
  • Menabung untuk digunakan semasa kecemasan kewangan
  • Menambah nilai harta bersih

Hidup mengikut kemampuan.

Keperluan dan kehendak.
Ingat, bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Oleh sebab pendapatan dan perbelanjaan berbeza mengikut seseorang individu, maka bajet anda seharusnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak anda.
 
Jadi, bagaimanakah caranya anda membezakan antara keperluan dan kehendak?
 
Keperluan adalah sesuatu yang anda perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya. Sementara kehendak pula adalah sesuatu yang anda inginkan tetapi tidak semestinya perlu.
 
Panduan menyediakan bajet.
Setelah mengetahui manfaat menyediakan bajet, sekarang anda sudah bersedia untuk membuat bajet sendiri. Semuanya dapat dilakukan melalui tiga langkah mudah berikut:
 
1) Senaraikan semua sumber pendapatan anda.
  • Catatkan gaji bersih selepas ditolak potongan KWSP, cukai dan PERKESO.
2) Senaraikan semua perbelanjaan anda.
  • Bahagikan perbelanjaan kepada tiga kategori – tetap, berubah-ubah dan berdasarkan budi bicara.
  • Simpan 10% daripada jumlah pendapatan anda sebelum berbelanja.
3) Tentukan kedudukan aliran tunai bersih anda.
  • Jika ada lebihan, syabas! Pastikan perbelanjaan anda yang sebenar mengikut bajet yang disediakan.
  • Jika terdapat defisit, semak semula bajet anda dengan mengurangkan perbelanjaan budi bicara sehinggan kedudukan aliran tunai menjadi positif.
  • Sebaiknya anda mempunyai lebihan wang untuk membina dana kecemasan.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

20 Mitos Tentang Takaful Yang Popular dan Menyeramkan Orang Ramai

mitos, fakta
Mitos atau fakta
 

20 Mitos Tentang Takaful Yang Popular dan Menyeramkan Orang Ramai

 
Kalau kita tidak tahu hakikat sebenar, kita yang RUGI.
 
Moga bermanfaat untuk semua.
 
Jom Ambil Tahu!
 
1) AMBIL DUIT
 
-> Mitos – “Takaful nak ambil duit kita”
 
-> Hakikat – Takaful bantu uruskan duit kita.
 
2) ANAK KECIL
 
-> Mitos – “Anak masih kecil, Alhamdulillah sihat walafiat. Jauh lagi masa untuk berpenyakit. Lambat lagi nak tua”
 
-> Hakikat – Anak kecil sekarang berisiko tinggi untuk menerima penyakit berjangkit yang sukar untuk diubati dan memerlukan kos perubatan yang tinggi.
 
3) JAMIN ASET
 
-> Mitos – “Takaful manfaatnya bila dah mati atau sakit”
 
-> Hakikat – Kita boleh insuranskan kewangan dengan jumlah pinjaman bank untuk pembelian aset-aset kita. Ia memudahkan waris menjelaskan baki pinjaman.
 
4) BAYAR
 
-> Mitos – “Kalau buat takaful kita jadi miskin, agentnya jadi kaya raya”
 
-> Hakikat – Duit kita yang selamat kerana tidak perlu keluarkan duit sendiri bila ditimpa musibah. Dan tiap-tiap bulan kita bayar ke syarikat ins/takaful bukan ke agent.
 
5) BELAH BADAN
 
-> Mitos – “Kalau mati nanti, kena belah perut untuk siasat kematian sebab nak claim insurans”
 
-> Hakikat – Pampasan kematian hanya perlu sertakan sijil kematian. Proses bedah siasat adalah prosedur kes Polis bukan untuk claim takaful.
 
6) BELANJA
 
-> Mitos – “Ada duit lebih nanti barulah boleh buat takaful”
 
-> Hakikat – Menyimpan dahulu. Ada baki baru berbelanja. Agar tidak menyesal di kemudian hari kerana tiada perlindungan kewangan bila ditimpa musibah.
 
7) HOSPITAL
 
-> Mitos – “Hospital kerajaan kan ada, buat apa nak membazir dapatkan rawatan di hospital swasta”
 
-> Hakikat – Oleh kerana terlalu ramai yang datang untuk dapatkan bantuan perubatan, bantuan perubatan diutamakan untuk pesakit yang kritikal dan kronik.
 
8) KEMALANGAN
 
-> Mitos – “Kalau ambil takaful, biasanya orang tu mesti accident atau mati lepas tu”
 
-> Hakikat – Mati dan kemalangan itu sudah ketentuan Illahi. Syukur Allah dah detik kan hati untuk ambil takaful sebelum itu supaya ada dana untuk waris teruskan hidup.
 
9) KENAL
 
-> Mitos – “Tak nak lah jumpa dia sebab dia tu agent takaful tu”
 
-> Hakikat – Untung ada kawan atau saudara mara yang merupakan agent takaful kerana mudah untuk kita dapatkan bantuan dan pampasan bila diperlukan.
 
10) KUKUH
 
-> Mitos – “Takaful ni penipu. Bila kita dah sakit nak claim susahnya”
 
-> Hakikat – Kaji dulu syarikat takaful tersebut sebelum mohon. Pilihlah syarikat takaful yang sudah kukuh dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
 
11) MAJIKAN
 
-> Mitos – “Syarikat kan boleh tanggung kos perubatan dan beri pampasan pada kita dan keluarga jika kita sakit atau kemalangan”
 
-> Hakikat – Kos perubatan yang ditanggung oleh syarikat ada limitnya. Jika kita kritikal syarikat terpaksa berhentikan kita dari kerja kerana mereka tidak mahu rugi.
 
12) PENDIDIKAN
 
-> Mitos – “Kenapa perlu fikir tabung pendidikan? Kitakan ada biasiswa dan PTPTN untuk biaya anak ke sekolah hingga ke universiti”
 
-> Hakikat – Bila anak habis belajar, mereka terpaksa bekerja keras untuk membayar balik hutang pendidikan mereka kepada institusi peminjam wang pendidikan terdahulu.
 
13) SAKIT
 
-> Mitos – “Kalau sakit atau hilang upaya kekal, insya’Allah kita ada kawan-kawan dan saudara mara yang ramai untuk membantu”
 
-> Hakikat – Kawan-kawan dan saudara hanya mampu ziarah dan sedekah kan doa kerana mereka juga ada tanggungan untuk dibiaya.
 
14) SIASAT
 
-> Mitos – “Semua penyakit boleh dirawat di hospital kerajaan”
 

> Hakikat – Kena tunggu “waiting list” (berbulan) untuk set temu janji dengan doktor pakar bagi menyiasat apakah penyakit yang sedang kita hadapi.
 
15) SIHAT
 
-> Mitos – “Bila mati baru dapat takaful. Itu pun waris yang dapat”
 
-> Hakikat – Bukan sahaja kos perubatan di tanggung bagi menyembuhkan malah diberikan elaun harian inap di hospital dan pembedahan untuk galakkan sihat kembali.
 
16) BELUM SAKIT
 
-> Mitos – “Alhamdulillah sekarang sihat walafiat. Kalau dah sakit nanti barulah ambil takaful”
 
-> Hakikat – Syarat layak menerima pampasan dan pembiayaan perubatan adalah sihat tubuh badan ketika memohon takaful.
 
17) SIMPANAN
 
-> Mitos –  “Bazir bayar takaful setiap bulan. Baik simpan duit di bank aje. Nanti banyaklah simpanan kita”
 
-> Hakikat – Apabila sakit atau hilang keupayaan kekal sudah tidak mampu bekerja maka tidak dapat menambah simpanan malah perlu keluarkan simpanan.
 
18) SUSAH
 
-> Mitos – “Susah nak berurusan dengan pihak takaful bila kita nak masuk hospital atau buat claim”
 
-> Hakikat – Hanya perlu berikan kad perubatan ke kaunter pendaftaran hospital apabila mahu dimasukkan ke hospital.
 
19) TUA
 
-> Mitos – “Kalau buat takaful, kita kena bayar sampai tua”
 
-> Hakikat – Bayar takaful sehingga 70 tahun. Takaful lindung sehingga umur 80 tahun. Baki 10 tahun sudah tidak perlu bayar sendiri kerana sudah ada simpanan terhasil.
 
20) TUNTUTAN
 
-> Mitos – “Mana-mana agent takaful boleh tolong buatkan tuntutan kita”
 

> Hakikat – Hanya agent takaful yang telah kita lantik terdahulu yang boleh bantu uruskan hal tuntutan kita. Pilihlah agent yang terbaik dan mudah berurusan.
 
Hakikatnya Perlindungan Takaful meruapakan keperluan setiap individu masa kini di mana segala kos telah meningkat demi jaminan menampung dan menjalani kehidupan akan datang kerana sakit, hilang upaya atau meninggal dunia pasti terjadi. Sediakan dana sebelum kita atau waris benar-benar memerlukannya.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Panduan Memupuk Tabiat Menabung

tabiat menabung

Panduan Memupuk Tabiat Menabung

 
1) Menabung sebelum berbelanja
  • Menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda.
  • Menabung secara automatik dengan menggunakan skim potongan gaji, auto debit atau cara lain yang serupa.
2) Dorong diri anda dengan menetapkan matlamat kewangan
  • Tetapkan matlamat yang bermakna dan penting untuk menggalakkan diri anda menabung. Anda boleh menetapkan matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.
3) Jadikan tabiat menabung suatu cabaran
  • Selepas meanbung 10% daripada pendapatan anda, cabar diri anda untuk meningkatkan jumlah tabungan secara beransur-ansur.
4) Simpan sebahagian daripada ‘durian runtuh’
  • Setiap kali anda menerima wang seperti bonus atau hadiah wang tunai, masukkan sebahagian wang itu ke dalam akaun simpanan anda.
  • Jika anda menerima kenaikkan gaji, tingkatkan jumlah tabungan bulanan anda.
Menabung untuk kecemasan kewangan
 
Dalam kehidupan seharian, kadang kala kejadian tidak diduga atau kecemasan boleh menyebabkan anda hilang keupayaan untuk mencari pendapatan. Malah ada kalanya anda mungki memerlukan sejumlah wang yang banyak dalam masa yang singkat untuk menangani masalah tersebut.
 
Lazimnya, tabungan kecemasan digunakan untuk menampung perbelanjaan sekiranya anda kehilangan pekerjaan atau mengalami masalah kesihatan serius dengan tiba-tiba ataupun perlu membaiki kerosakan rumah atau kereta. Jika anda kehilangan pekerjaan, semua bil masih perlu dibayar!
 
Dalam keadaan begini, adalah penting bagi anda mempunyai tabungan untuk menanganinya. Sebagai panduan, anda perlu mempunyai simpanan yang boleh menampung perbelanjaan asas anda untuk tiga hingga enam bulan. Keadaan akan bertambah buruk jika anda terpaksa meminjam untuk mengatasi masalah yang timbul.
 
Selain menabung untuk tujuan kecemasan, ia juga boleh membantu anda membeli barangan atau perkhidmatan yang bernilai besar sambil meningkatkan nilai harta bersih anda.
 
SELAMAT MENABUNG!!
 
Sila kongsikan jika bermanfaat.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

7 Sebab Mengapa Harta Pusaka Menjadi Harta Puaka

Urus harta anda sebelum meninggal dunia

 7 Sebab Mengapa Harta Pusaka Menjadi Harta Puaka

1) Ramai umat Islam tidak faham Konsep Pemilikan Harta dalam Islam
  • Semua harta di dunia ini adalah milik Allah SWT
  • Manusia hanya sebagai Pemegang Amanah
  • Manusia akan disoal tentang harta yang dipegangnya; bagaimana diperolehi, bagaimana digunakan dan bagaimana diagihkan selepas ketiadaannya.
2) Pewaris (orang yang akan meninggalkan pusaka) tak faham Hukum Faraid
  • Hukum Faraid adalah Hukum Allah SWT yang telah ditetapkan ke atas harta orang Islam apabila berlaku kematian ke atasnya.
  • Hukum Faraid telah termaktub di dalam ayat 11, 12 dan 176 Surah An-Nisaa’.
3) Pewaris salah faham konsep Wasiat
 
Wasiat yang bercanggah dengan Hukum Faraid.
  • Wasiat pesanan (selalunya secara lisan).
  • ‘Mengamanahkan’ seseorang yang dipercayai untuk membuat pembahagian harta mengikut hasratnya yang jelas bercanggah dengan Hukum Faraid.
4) Pewaris membuat Hibah yang tidak cukup syarat
 
Hibah (Pemberian semasa hidup) yang tidak jelas atau tidak cukup syarat.
  • Di dalam kes pemberian tanah, apabila terdapat hibah yang tidak tukar nama, kemungkinan besar pemberian tersebut akan dipertikaikan kerana bukan hanya pindahmilik tidak dilakukan, kawalan ke atas harta pun tidak dapat dibuktikan.
5) Pentadbir pusaka tidak amanah, tidak berkeupayaan atau tidak pro-aktif (tidak bersungguh)
 
Masalah yang berkaitan dengan Pentadbir Pusaka.
  • Pentadbir Pusaka tidak amanah
  • Pentadbir Pusaka tidak pro-aktif (tidak bersungguh)
  • Pentadbir Pusaka tidak berkeupayaan
6) Waris (orang yang berhak menerima pusaka) tidak berkerjasama
 
Masalah yang berkaitan dengan waris.
  • Waris terlalu sibuk
  • Waris tidak mahu harta pusaka dijual
7) Penama (Wasi) yang tidak amanah atau tidak tahu Hukum/Fatwa Penama
 
Masalah dengan isu Penama
  • Penama tidak faham Hukum Faraid
  • Penama tidak amanah
  • Penama tidak tahu tentang Fatwa Borang Penama.
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
error: Content is protected !!