Sambungan…..MRTA vs MLTA (Takafulink Investment)

Sambungan…..MRTA vs MLTA (Takafulink Investment)

sambungan dari page MRTA VS MLTA (INVESTMENT LINK)

Perbandingan antara Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Takafulink bagi tujuan perlindungan hartanah anda…..

Biar saya tunjukkan dalam bentuk graf, mungkin lebih membantu.

1. Gambarajah menunjukan peminjam mengambil MRTA dan meninggal dunia sebelum pinjaman dilunaskan.



MRTA akan bertindak sebagai perlindungan kewangan kepada pinjaman kita. Jumlah perlindungan akan menurun mengikut baki pinjaman kita. Premium perlu dibayar sekaligus dan biasanya bank akan tawarkan pinjaman dan apabila premium tersebut dimasukkan ke dalam pinjaman, ia juga akan dikenakan interest. So, bank akan dapat untung lebih hasil dari interest premium MRTA tersebut.

Sekiranya berlaku kematian, baki pinjaman akan dibayar ke bank dengan menggunakan pampasan MRTA. Pewaris tidak perlu membayar baki pinjaman yang tertunggak selepas kematian peminjam.

2. Pinjaman dilunaskan sehingga habis tempoh meminjam dan tiada kematian berlaku.

Sekiranya tiada kematian berlaku sehingga tempoh akhir pinjaman, duit MRTA tidak akan dipulangkan, dan rumah tersebut menjadi hak milik peminjam

3. Takafulink digunakan untuk menggantikan MRTA.

Berbeza dengan Plan Takafulink, jumlah perlindungan tidak menurun mengikut baki pinjaman. Premium boleh dibayar secara bulanan, dan peminjam tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar untuk mengambil plan MRTA dan tidak terdedah dengan interest sekiranya premium MRTA dimasukkan sekali dalam pinjaman.

Sekiranya berlaku kematian, jumlah pampasan akan dibayar mengikut jumlah perlindungan dan boleh digunakan untuk membayar baki pinjaman. Lebihan dari pampasan tersebut boleh digunakan oleh pewaris terutama sekiranya yang ditinggalkan adalah isteri yang tidak bekerja dengan anak2 yang masih kecil. Sudah tentu lebihan pampasan ini amat bermakna bagi mereka.

Selain itu, waris juga dapat jumlah nilai tunai (simpanan) yang ada dalam plan takafulink pada tahun kematian.

Premium Takafulink sekata tidak seperti MRTA yang akan berkurangan mengikut nilai pinjaman,namun apa bila peminjam meninggal dunia.Syarikat takaful akan menyelesaikan baki pinjaman yang ada.Waris akan mendapat baki dari bayaran pampasan yang dibayar sebagai contoh.

PINJAMAN – RM500,000

NILAI PERLINDUNGAN – RM500,000

HIBAH – WARIS 100%

selepas 20 tahun peminjam meninggal dunia atau hilang upaya kekal (Total Permanent Disable), maka waris akan mendapat

NILAI PERLINDUNGAN – RM500,000

BAKI PINJAMAN – RM200,000(dibayar kepada bank)

BAKI NILAI PAMPASAN – RM300,000 + NILAI SIMPANAN PADA MASA ITU.

Sekiranya tiada berlaku kematian, jumlah perlindungan tetap sama, dan nilai tunai (simpanan) juga meningkat. Jadi, simpanan tersebut boleh dikekalkan dalam account takafulink sambil mendapat pulangan pelaburan. Lihat graf dibawah.

4. Sekiranya peminjam hidup dan membayar pinjaman sehingga tamat tempoh pinjaman.

kita lihat bagaimana jika pembeli melangsaikan/melunaskan pinjaman,pembeli bukan sahaja memiliki rumah yang dibeli malah akan mendapat kembali premium MLTA yang dibayar selama ini.

Atau dikeluarkan untuk mengurangkan baki pinjaman, so, tempoh pinjaman dapat dipendekkan. Lihat graf di bawah.

5. Nilai Simpanan

kita lihat rajah diatas dimana pada suatu masa baki pinjaman akan sama banyak dengan simpanan,pada masa ini peminjam boleh surrender polisi MLTA dan selesaikan semua baki pinjaman yang ada maka tempoh pinjaman akan menjadi lebih pendek.

Jadi terpulang kepada anda untuk menentukan apa yang anda nak buat dengan akaun takafulink anda. Ia menawarkan flexibility kepada pemegang polisi bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan mereka.

Maklumat ini hanya memberi penjelasan secara ringkas. Untuk mendapatkan maklumat lengkap sila hubungi saya Mohd Syaihan Sirotin, 012-6727957 atau email: syaihan@ctfg.com.my

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Apa Nak Dikata…? (Testimonial Rakyat Malaysia)

Apa Nak Dikata…? (Testimonial Rakyat Malaysia)

“A total of 93,914 contributors have withdrawn RM500.8mil from EPF since the health withdrawal scheme was introduced on Nov 1, 1994”, Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak.

“Based on reply, more and more people are making withdrawals from their retirement fund to finance medical expenses. The Goverment cannot allow this to go on as it may lead to these people having financial problems later in life,” Senator Zamri Yusof.

“Every year, there are 40,000 people suffers with stroke,” Sin Chew newspaper 10 mac 2010.

“Detecting and treating diabetic eye disease with laser therapy can reduce the risk for loss of eyesight by 50% to 60%,” The Star, June 2010.

“If Breast Cancer is detected as early as 1st stage, chances of surviving another 5 years is 100%,” 2011, American Cancer Society.

“If Colon Cancer is detected as early as 1st stage, chances of surviving another 5 years is 11 times higher than end stage cancer,” 2011, The American Joint Committee on Cancer.

“Doctors say 80% of diabetes-related cases are preventable,” StarMetro 5 may 2009

“Year 2010, 11,812 death cause by heart diseases,” Oriental Daily newspaper 29 Sept 2011.

“Every year we have 30,000 new cancer patients registered,” Sin Chiew newspaper 23 april 2009

“80% of liver cancer patient was diagnosed at late stage and missed out the opportunity to cure at early stage,” Sin Chiew newspaper 23 april 2009

“Befriend your insurance takaful agent. Don’t treat your insurance takaful agent as pests. They are potentially crucial source of help in an emergency,” Jennifer Jacobs, writer New Straits Times.

“Some think they’re already saving 20 per cent in their EPF and that will see them through their retirement. But in reality, the EPF contribution is not enough. Just look at your statement to see how much you’ve saved, then calculate how much money you will need to carry you through to 80,” Joselin Ooi, senior wealth manager of Ultimate Planning Network Sdn Bhd.

“Insurance is something you purchase when you don’t need it yet. But when you finally need it, you can’t buy it immediately. So it’s very important to have a good financial planner to advise you,” Raymond Wong, Financial Services Consultant.

“Saya memang percaya anak memerlukan perlindungan dan keselamatan terbaik. Satu cara utk memberikan anak kami perlindungan itu adalah melalui insurans. Ini peluang unik utk berganding bahu bersama Prudential bagi mendidik lebih ramai ibu bapa mengenai kepentingan insurans utk kanak2,” Datuk Sheila Majid, Duta & Pelanggan Prudential.

“Kos rawatan oleh pusat perubatan swasta ditetapkan Majlis Perubatan Malaysia, masih dianggap tinggi oleh orang ramai,” Muhamad Sha’ani Abdullah, Setiausaha Agung FOMCA.

“Bertindaklah awal ketika usia masih muda dan sihat, kerana apabila usia sudah meningkat senja, agak sukar utk mendapatkan polisi insurans yg sesuai selain harga premium yg ditawarkan agak tinggi,” Heng Zee Wang, chief product & marketing officer of Prudential Assurance Malaysia Bhd.

“Membeli insurans bukan seperti membeli barangan di kedai. Polisi insurans adalah jaminan yg dibeli bagi melindungi perkara yg belum pasti bila dan di mana ia berlaku, namun kesedaran awal terhadap kepentingan polisi insurans mampu mengelakkan insiden sudah terhantuk baru nk terngadah,” Heng Zee Wang, chief product & marketing officer of Prudential Assurance Malaysia Bhd.

“The cost of hospitalisation is very high, so it’s important that you have a medical card. You can have a basic insurance plan that comes with medical card for as low as RM100 a month, so it will cover room and board for that amount,” Heng Zee Wang, chief product & marketing officer of Prudential Assurance Malaysia Bhd.

“Plan for your child’s future. Parents need to start early and choose the right policy so that their child is taken care of in any eventuality,” Jennifer Jacobs, writer New Sunday Times.

“Wasiat adalah penting dalam pengurusan pusaka. Ia adalah sebahagian daripada perancangan kewangan. Adalah benar bahawa dengan mempunyai wasiat bukan suatu perkara yg muktamad, tetapi ia akan membantu dlm menyelesaikan pentadbiran hartanah,”Ahmad Saruji Abd Aziz, Ketua Pegawai Pemasaran Amanah Raya Berhad (ARB).

“Perlu diingat, kad perubatan tidak boleh digunakan utk tujuan kemasukan wad jika polisi insurans itu sudah tamat tarikh luputnya. Jadi, sebagai pemegang polisi mereka perlu sentiasa ingat membayar premium insurans tepat pada masanya utk mengelak polisi daripada luput,” Mohd Haniff Mohd Ramza, Pengurus Kewangan & Eksekutif Kanan Prudential Assurance Malaysia Berhad.

“Saya mempunyai syarikat sendiri dan kita tidak tahu kedudukan syarikat dan keadaan diri saya sentiasa baik selamanya. Kita tidak boleh berharap kpd KWSP saja. Ia mungkin tidak cukup utk menampung perbelanjaan kita selepas bersara,” Shaharul Ridzuan Shamsuddin, Perunding Utama Human Capital Development Services.

“Kos rawatan bagi penyakit seperti jantung berlubang, kanser dan penyakit kronik lain adalah tinggi. Tanpa bantuan daripada kerajaan dan pertolongan penderma, orang kebanyakan tidak mampu membiayainya,” Awang Sulung, wartawan Mingguan Malaysia.

“Tidak kira syarikat mana anda lebih percaya, takaful atau konvesional, buatlah perancangan kerana yg penting, kita melindungi kebajikan diri dan keluarga terlebih dulu. Jangan buang masa terlalu lama hanya kerana sayangkan duit. Bila kesihatan sudah tidak mengizinkan, susah nak mohon insurans walaupun kita menawarkan wang sejuta ringgit atau seribu peti sejuk,” Ibu Yang Bersyukur.

“Berbanding barah lain, barah payu dara mempunyai peluang utk terus hidup lebih tinggi kerana payu dara adalah organ yg terletak di atas permukaan badan dan ketulannya mudah dikesn pada peringkat awal lebih2 lagi jika seseorang wanita itu kerap melakukan pemeriksaan,” Dr Nur Aishah Mohd Taib, Pakar Bedah Am, Pusat Perubatan UM

“Polisi insurans kesihatan bukan utk dibeli oleh individu yg sedang menghidap penyakit kritikal seperti sakit jantung dan strok. Sebaliknya hanya orang yg sihat boleh mengambilnya dengan andaian mereka mungkin mendapat penyakit itu pada masa akan datang,” Kosmo, Ahad 24 okt 2010.

“Seorang pesakit kanser memerlukan sekurang2nya RM40,000 sehingga RM300,000 utk mendapatkan rawatan yang sesuai bagi mengubati penyakit mereka,” Presiden Majlis Kanser Malaysia (MAKNA)

“Barah payu dara sememangnya satu berita yang cukup menakutkan bagi kebanyakan wanita. Ia bagaikan hukuman mati walaupun hakikatnya pengesanan awal dapat membantu merawat barah berkenaan. Namun ia memerlukan kos rawatan yang amat tinggi,” Fadzlena Jaafar, wartawan berita harian.

“Syarikat hanya menanggung kos utk penyakit tertentu sahaja, tetapi jika membabitkan penyakit kronik yang memerlukan kos rawatan tinggi, syarikat tidak dapat membantu. Dalam keadaan ekonomi sekarang perlindungan insurans kesihatan amat penting bagi mengelakkan bebanan kewangan yang lebih teruk jika sesuatu tidak dijangka berlaku,” Faizal Mahmood,33,Eksekutif pemasaran.

“Apabila seseorang membeli polisi insurans takaful, terutama insurans takaful hayat, bukan bermakna dia meletakkan risiko ke atas hidup atau hayatnya. Sebaliknya dia menyediakan satu jaminan perlindungan dalam kewangan kepada mereka yang akan ditinggalkan apabila berlaku kematian kelak,”Rubayah Yakob, Pensyarah Jabatan Kewangan Fakulti Pengurusan Perniagaan UKM.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Risiko Tak Bayar Insurans dan Takaful

Apa pilihan yang ada?

Risiko Tak Bayar Insurans dan Takaful

Anda berdepan kesempitan kewangan? Apakah pilihan yang ada atau boleh dipertimbangkan supaya anda dapat terus membayar premium? Adakala, sesetengah perkara di luar kawalan kita, terutama ketika ketidaktentuan ekonomi. Apabila ekonomi meleset dan ada hilang kerja, antara perkara pertama yang dikurangkan adalah premium insurans mereka. Adakah tindakan ini bijak?

Apakah akibatnya tidak membayar premium anda dalam tempoh tangguh?
Kontrak polisi memperuntukkan ‘Tempoh Tangguh’ (biasanya sehingga 30 hari) yang memberi anda tempoh masa tambahan selepas tarikh genap tempoh bayaran premium. Dalam tempoh ini, anda masih boleh membayar premium dan polisi hayat anda masih berkuat kuasa. Bagaimanapun, jika anda masih tidak membayar premium selepas tempoh itu, bergantung sama ada polisi anda mempunyai nilai tunai mencukupi atau tidak, anda akan menerima makluman daripada penanggung insurans mengenai akibat berikut:

1. Polisi Luput, jika nilai tunai tidak mencukupi (biasanya dalam tahun polisi pertama). Jika ini berlaku, anda tidak lagi menikmati sebarang perlindungan dan menyebabkan anda seisi keluarga terdedah kepada risiko kewangan.

2. Pinjaman Premium Automatik (APL) sudah digunakan menurut polisi hayat supaya polisi anda terus berkuat kuasa jika nilai tunai tidak mencukupi. Bagaimanapun, anda haruslah peka terma dan syarat pilihan itu serta pilihan lain yang ada.

Kemalangan berlaku di mana sahaja

Apakah pilihan yang ada?

Fasal ini dimasukkan dalam polisi insurans hayat anda yang dinamakan fasal Opsyen Tidak Lucut Hak (NFO) yang bermaksud anda dibenarkan berhenti membayar premium dan tidak kehilangan sebarang ekuiti/nilai dalam polisi. Fasal ini dimasukkan untuk melindungi anda sebagai pemegang polisi, jadi jika polisi anda berdepan risiko luput, syarikat insurans dikehendaki memberikan empat pilihan berikut:

1. Memilih Pinjaman Premium Automatik (APL) – jika tiada arahan lanjut.
2. Menukar polisi anda kepada Insurans Berbayar Terkurang (RPU)
3. Menukar polisi anda kepada Insurans Sementara Lanjutan (ETI)
4. Menyerah polisi anda untuk nilai tunainya tetapi anda tiada perlindungan lagi (tidak digalakkan)

Apakah akibatnya membenarkan polisi saya menggunakan Pinjaman Premium Automatik (APL)?
Ini pilihan yang ditetapkan jika anda tidak memilih mana-mana NFO. APL ialah apabila syarikat insurans memberikan pinjaman daripada nilai tunai anda untuk terus membayar polisi anda bagi memastikan terus ‘hidup’. Ini mungkin memberi anda sedikit kelegaan tetapi perlu ingat bahawa pinjaman yang diberikan kepada anda itu dikenakan faedah. Kadar faedahnya ditentukan penanggung insurans (biasanya di antara 6-8 peratus) tetapi boleh berubah dari setahun ke setahun. Walaupun anda boleh terus menikmati perlindungan sepenuhnya daripada semua manfaat polisi semasa anda, manfaat itu akan dikurangkan oleh jumlah atau amaun pinjaman tertunggak berserta semua caj faedah yang dikenakan kemudian jika ia masih tertunggak. Ini akan mengurangkan amaun manfaat kepada ahli keluarga anda dan oleh itu lebih baik jika anda membayar balik pinjaman polisi anda sebaik saja kedudukan kewangan anda mengizinkan.

Bila sakit kritikal terlantar di hospital

Apakah kesan menukar polisi anda kepada Insurans Berbayar Terkurang (RPU)?

Ia merujuk tindakan anda melepaskan nilai muka semasa (jumlah asas diinsurankan) polisi dan menggunakan nilai tunai membeli amaun muka lebih rendah tanpa perlu lagi membayar premium masa depan.

Jika anda mengambil pilihan ini:

*Semua rider yang dilampirkan pada polisi asal anda seperti perubatan dan kesihatan, penyakit kritikal, kemalangan diri dan sebagainya akan dibatalkan;
*Anda tidak layak menerima sebarang dividen/bonus yang mungkin diisytiharkan oleh syarikat insurans;
*Anda mungkin dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan jika anda berhasrat untuk menukar polisi kepada terma dan syarat asalnya dan membayar semua premium yang tertunggak;
*Anda mungkin tidak dapat mengembalikan semula atau berbalik kepada pelan insurans hayat anda yang asal.

Apakah akibat menukar polisi anda kepada Insurans Sementara Lanjutan (ETI)?
Ia merujuk keadaan yang mana amaun muka atau jumlah asas diinsuranskan dalam polisi anda tetap sama, tetapi anda menggunakan nilai tunai anda untuk membeli polisi sementara. Tempoh insurans bergantung pada amaun Nilai Tunai yang akan digunakan untuk membeli insurans sementara pada umur tercapai anda berdasarkan tarikh genap tempoh premium yang gagal dibayar. Kesannya sama seperti pilihan RPU.

Apakah akibat menyerah polisi anda untuk nilai tunainya?
Ini jalan terakhir kerana menyebabkan anda kehilangan perlindungan. Amaun yang mungkin anda terima apabila anda menyerah polisi anda sebelum masanya adalah jauh kurang daripada premium yang anda bayar dan seelok-eloknya anda mempertimbangkan tiga pilihan yang dinyatakan di atas.

Artikel dipetik daripada Berita Minggu, Ahad, 30 Oktober 2011.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Adakah kita perlu memiliki insurans takaful dalam kehidupan kita sekarang?

Pentingkah insurans atau takaful?

Adakah kita perlu memiliki insurans takaful dalam kehidupan kita sekarang?

Salam,

Topik ini, sengaja saya persoalkan semula, kenapa kita perlu memiliki insurans takaful dalam kehidupan ini?

Bila sebut pasal insurans takaful ni, ramai orang biasanya refer kepada insurans kereta (sebab wajib ada), insurans kebakaran (sebab kena paksa beli oleh bank yang luluskan loan) dan insurans hospital (sebab tujuannya jelas – nak bayar bil hospital yang mahal tu).

Tapi bila sebut pasal LIFE ASSURANCE, tak ramai orang yang memilikinya. Ramai orang tak nampak bagaimana life assurance memainkan peranan dalam kehidupan  mereka. Peranannya TAK JELAS berbanding insurans insurans lain.

Ada yang cakap, “Life” assurance itu INSURANS NYAWA! HARAM!!! Mana boleh jual-beli nyawa?!! Ada yang cakap, komitmen hidupnya dah banyak sampai tak mampu nak ambil insurans; ada yang nak buat analisis itu ini, tapi tak ambil ambil jugak sampai saat ini; ada yang cakap membazir lah beli insurans ni; ada yang cakap susah buat claim lah dan bermacam macam alasan mereka beri untuk “menyedapkan” hati mereka bila berhadapan dengan ejen insurans macam saya.

TALKING ABOUT LIFE (Kehidupan)

Kalau anda seorang ‘parent’ seperti saya, anda tentu sedia maklum, dari hari pertama anak anda dilahirkan, anda-lah orang yang paling gembira dalam dunia ini. Saya faham perasaan anda, sebab saya pun ada 2  anak sendiri yang saya sambut kelahiran mereka ke dunia ini.

Bila menatap wajah anak anda itu, hati anda berjanji yang anda akan menjaga dia sebaik mungkin. Membesarkan dia dengan penuh kasih sayang, mendidik dia dengan sekolah yang berwawasan dan menaruh pelbagai harapan agar dia menjadi insan yang berjaya. Keseluruhan masa depannya, terletak pada tanggungjawab anda sebagai ibubapa.

Sebagai ibubapa, andalah yang memenuhi keperluan asas keluarga demi kebajikan anak anak. Dari makanan minum, pakaian, tempat tinggal, persekolahannya, bil bulanan, pengangkutan sehinggalah kepada penjagaan kesihatan, semuanya anda sediakan agar kehidupan anak-anak lebih terjaga.

Dan kesemua keperluan asas ini, anda PENUHI dengan SUMBER PENDAPATAN ANDA, tak kira samada anda bekerja atau berniaga. Persoalannya sekarang -ADAKAH INCOME BULANAN ANDA ITU PENTING? KENAPA IA PENTING?

Kebanyakan orang yang saya tanya, menjawab INCOME itu penting kerana mereka perlu menyediakan pelbagai keperluan harian. Ada duit, semua jadi! BETUL CAKAP ANDA!

Masalahnya sekarang, BOLEH ANDA SEKELUARGA HIDUP TANPA INCOME YANG BERTERUSAN?
– Kalau bulan ni, duit tak masuk, apa perasaan anda?
– Bagaimana kalau 6 bulan, duit tak masuk?
– Bagaimana kalau anda sekeluarga hilang income yang berterusan?
– Adakah ini menimbulkan banyak masalah dalam hidup anda?
– Bagaimana anda nak sediakan keperluan asas anda terutamanya tanggungjawab anda terhadap anak-anak anda?

Jadi, soalan saya yang seterusnya – APA YANG SUDAH ANDA LAKUKAN UNTUK MELINDUNGI KEPERLUAN HARIAN ANDA?

Untuk pengetahuan anda, dalam kehidupan harian, ada 5 punca utama yang boleh menyebabkan
anda kehilangan sumber income yang berterusan, iaitu:

1) Kalau anda meninggal awal sebelum tua

2) Kalau anda hilang upaya keseluruhan & berkekalan

3) Kalau anda menghidap penyakit yang teruk (kritikal)

4) Kalau anda ditimpa kemalangan yang teruk (hilang 1 anggota utama)

5) Bersara kerana sudah tua

No: 5 ini, anda boleh kawal dan selesaikan sendiri kerana ia hanya akan berlaku di masa akan datang. Anda mempunyai masa yang cukup untuk buat persediaan awal, dengan melakukan simpanan atau pelaburan dari sekarang.

Tapi 4 perkara pertama itu, anda biasanya TAK BOLEH KAWAL & TENTUKAN. Ia BOLEH BERLAKU BILA BILA MASA mengikut kehendak Tuhan. Dan ia boleh berlaku akibat kecuaian anda, dan kadang-kala ia boleh berlaku akibat kecuaian orang lain, walaupun anda seorang yang sangat hati-hati orangnya.

Keempat-empat perkara ini, jika tidak ditangani dengan betul, boleh menyebabkan anda sekeluarga mengalami BENCANA KEWANGAN (FINANCIAL DISASTER) di mana ia melibatkan jumlah kerugian kewangan yang sangat besar seperti hilang sumber income berterusan. Kerugian yang tak sanggup anda tanggung seorang diri!

Persoalannya sekarang – BAGAIMANA ANDA NAK PASTIKAN ANDA SEKELUARGA MASIH MEMPUNYAI INCOME YANG BERTERUSAN bila berlaku 4 perkara di atas?

PENYELESAIANNYA
 
Katakan, income bulanan anda ialah RM2,500 sebulan. Setahun adalah RM30,000.

Kalau pulangan pelaburan adalah 7.5% setahun, anda memerlukan RM400,000 sebagai modal untuk menghasilkan income berterusan RM30,000 setahun (Formula : RM30,000 bahagi 0.075 = RM400,000 modal)

Bagi anda yang income RM2,500 sebulan, adakah anda mempunyai RM400,000 itu sekarang?? Jarang sekali orang yang jawab ada bukan??

Cara 1 – Buat simpanan, untuk bina tabung kecemasan.

Kalau anda buat simpanan, anda perlukan RM750 sebulan yang perlu dilabur setiap bulan, TANPA GAGAL, sepanjang 20 TAHUN lamanya, barulah dapat RM400,000. Adakah anda sanggup menunggu selama 20 tahun untuk sediakan tabung kecemasan? Adakah anda mampu nak simpan RM750 sebulan kalau income anda cuma RM2,500 sebulan sahaja?

Inilah cara yang paling banyak orang guna, tapi langsung tak berkesan untuk menghadapi bencana kewangan yang mereka hadapi. Sebab letak duit di tempat yang salah, income tak dapat dijana secukupnya, keperluan asas tak dapat dipenuhi!

Cara 2 – Jual harta benda.

Apa harta yang boleh anda jual dalam masa terdekat? Untungkah bila jual dalam keadaan terdesak? Di mana anak isteri nak tinggal kalau rumah sebijik itu yang anda jual?

Cara 3 – Mohon pinjaman

Sapa nak kasi anda pinjam duit bila mereka tahu anda takde sumber income berterusan dan tak mampu untuk bekerja lagi? Kawan kawan pun berkira jugak nak kasi pinjam. Apatah lagi bank bank.

Cara 4- Mohon derma

Ini adalah cara paling popular yang ramai jugak orang guna bila dah terdesak. Tapi persoalannya, adakah masalah kewangan anda ini akan menjadi perhatian orang ramai? Dan adakah sumbangan yang diterima itu kekal berterusan?

BAGAIMANA KALAU, anda boleh bina TABUNG KECEMASAN dengan cara BERPAKAT RAMAI-RAMAI?

Biar kita dalam satu kumpulan peserta yang besar, sama sama tanggung apa jua kerugian kewangan yang berlaku dalam kehidupan kita dengan mencarum/menyumbang seorang sedikit ke dalam satu tabung kecemasan peserta.

Dari hanya RM 200 sebulan, anda boleh berpakat ramai-ramai, menyediakan tabung kecemasan seperti berikut:

RM 2,000 khairat kecemasan yang disediakan dalam masa 24 jam untuk belanja kebumi, majlis tahlil dan lain lain keperluan.

RM 5,000 khairat tambahan sebagai wang amanah untuk upah haji, zakat, fidyah, sedekah atau belanja guaman pusaka

RM 400,000 gantirugi akibat meninggal apa jua punca, yang boleh dilabur semula untuk menghasilkan dividen RM 30,000 setahun untuk keluarga

RM 400,000 gantirugi akibat lumpuh keseluruhan, yang boleh dilabur semula untuk menghasilkan dividen RM 30,000 setahun untuk keluarga

RM 60,000 gantirugi akibat menghidap 36 penyakit kritikal (bersamaan 2 tahun gaji) yang boleh digunakan untuk keperluan asas ketika terpaksa cuti panjang tanpa gaji akibat sakit merbahaya

Pengecualian bayaran (caruman menjadi percuma) bila disahkan menghidap 36 penyakit kritikal

RM200 ini hanyalah 8% dari income bulanan anda RM2,500. Adakah dengan mencarum 8% dari income bulanan anda ke dalam insurans, akan membuatkan keluarga anda JATUH MISKIN DAN MENGHADAPI BENCANA KEWANGAN? TIDAK BUKAN?

Tapi, kalau anda TAK CARUM 8% INI KE DALAM INSURANS, ANDA BOLEH KEHILANGAN 100% INCOME BULANAN ANDA bila ditimpa 4 perkara di atas.

Jadi, persoalannya sekarang, ANDA NAK HILANG 8% KE 100% DARI INCOME ANDA?

Untuk pengetahuan anda, konsep berpakat inilah yang merupakan KONSEP ASAS INSURANS & TAKAFUL di mana sekumpulan peserta yang ramai, BERPAKAT sama sama mengumpul dana secara BERJEMAAH. Syaratnya mudah, jika layak, setiap peserta hanya perlu mencarum sebahagian kecil dari income mereka, ke dalam tabung kecemasan ini dan setiap peserta yang masuk skim ini, akan diberi JAMINAN TANGGUNGAN KERUGIAN serta merta.

JAMINAN inilah yang dipanggil INSURANS / ASSURANCE / TAKAFUL.

INSURANS BUKAN JUAL BELI NYAWA ATAU JUAL BELI WANG PAMPASAN. Ia adakah suatu perkhidmatan kewangan (financial service) yang memberi JAMINAN (ASSURANCE) menanggung KERUGIAN KEWANGAN yang berlaku dalam KEHIDUPAN (LIFE) seseorang. FAHAM??

Jadi sekarang ni, mana CARA YANG PALING BERKESAN untuk anda menghadapi BENCANA KEWANGAN?

Nak TANGGUNG SENDIRI atau nak BERPAKAT RAMAI-RAMAI?

Kalau anda rasa anda nak tanggung sendiri, maka dipersilakanlah, tanggung risiko itu sendirian.

Kalau anda nak berpakat-pakat ramai ramai, anda boleh hubungi saya. Saya boleh berikan pakej yang terbaik untuk diri anda. Itu jaminan saya.

PERHATIAN!

Banyak orang faham dia perlu ambil insurans hayat bagi MELINDUNGI SUMBER INCOME & KEPERLUAN HARIAN mereka, tapi persoalannya adakah INSURANS HAYAT / TAKAFUL yang anda ambil itu, MAMPU MENYEDIAKAN INCOME BERTERUSAN UNTUK ANDA SEKELUARGA?

Kalau anda bayar sama jugak RM200 sebulan, tapi ambil pelan simpanan, coverage rendah RM100,000 sahaja, ADAKAH IA AKAN MENYELESAIKAN BENCANA KEWANGAN YANG ANDA HADAPI TERUTAMANYA APABILA HILANG SUMBER INCOME BERTERUSAN?

Jadi, JANGAN SANGKA DAH ADA INSURANS / TAKAFUL, anda boleh goyang kaki! Semak jumlah coverage anda, ADAKAH IANYA MENCUKUPI?

Orang yang ambil insurans, bayar mahal tapi coverage rendah boleh diumpamakan sebagai orang yang PAKAI HELMET, TAPI TAK DIIKAT DENGAN BETUL.

Bila accident, helmet yang dipakai tak bantu menyelamatkan nyawa sebab helmet pun terbang melayang.

Begitu jugak insurans yang coveragenya rendah! Bila COVERAGE KECIL, ia TAK DAPAT MENGHASILKAN INCOME YANG BERTERUSAN UNTUK KELUARGA ANDA!

Jadi, beringat-ingatlah!
Dalam bab insurans & takaful, berurusan-lah dengan mereka yang arif tentangnya.

Bukan dengan ejen ejen yang sekadar menjual produk ‘ntahapapantah’ saving plan, tapi coverage insurans LANGSUNG TAK DAPAT SAVE KELUARGA ANDA! 
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Apa Itu Harta Batil?

“Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil. Dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian dari harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui” (QS. al-Baqarah: 188).

Read More »

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Mencapai gred yang baik bukanlah kebimbangan utama anak anda……

 

Mencapai gred yang baik bukanlah kebimbangan utama anak anda……

 
Tidak dinafikan pendidikan sememangnya mahal, dan dengan kos yang dijangka meningkat setiap tahun, cabaran kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa bukanlah perkara kecil.

Pertimbangkan angka-angka ini. Ijazah perubatan untuk 5 tahun yang memerlukan RM510,000 pada hari ini boleh mencecah tujuh angka dalam masa 18 tahun akan datang¹. Dan ini adalah untuk pengajian dalam negara! Kelayakan konvensional lain juga memerlukan pelaburan yang amat besar. Kursus berkembar Kejuruteraan contohnya, dijangka meningkat hingga RM400,000²,³ dalam masa 18 tahun akan datang. Untuk pengajian di luar negara pula seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom atau Australia, kosnya akan bertambah beberapa kali ganda pada tahap di mana kebanyakan ibu bapa sukar untuk mencapainya.

Bolehkah kita bergantung kepada bantuan kewangan apabila ia melibatkan jumlah yang  agak  besar? Sebagai ibu bapa kita berharap agar anak-anak kita berjaya didalam pengajian mereka tetapi   kecemerlangan akademik  sahaja tidak menjaminkan biasiswa. Pinjaman pendidikan boleh membantu, walau bagaimanapun graduan mungkin dibebani kos bayaran balik sebaik sahaja mereka tamat pengajian.

Seperti juga komitmen kewangan lain, cara terbaik untuk menyediakan pendidikan untuk anak anda adalah dengan bermula lebih awal dan menggunakan kaedah kewangan yang tepat. Pelan pendidikan takaful dicipta khusus untuk kepentingan anak anda. Disediakan dengan pelbagai manfaat kesihatan, perubatan dan hilang upaya, anda kini boleh membina dana pendidikan disertai dengan peluang pelaburan. Di samping itu, pelan ini akan terus dibayar bagi pihak anda sekiranya sesuatu yang tidak dijangka menimpa anda supaya pendidikan dan masa depan anak anda terjamin.

Pastikan simpanan anda sehebat masa depan anak anda. Untuk maklumat lanjut tentang pelan pendidikan takaful, hubungi 012-6727957 atau sila isi borang yang tertera di bawah untuk sebut harga PERCUMA hari ini!!


¹ Berdasarkan yuran kursus Perubatan Universiti Newcastle (cawangan Malaysia) termasuk kos sara hidup. Andaian kadar
inflasi tahunan: 5% setahun.; Tempoh kursus: 5 tahun; Negara pengajian: Malaysia.
² Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi. Andaian kadar tukaran: 1 Dolar AS = RM3.5.
³ Andaian kadar inflasi tahunan: 5%.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Sumber Pendapatan

 

Sumber Pendapatan

Sumber pendapatan seseorang pada amnya boleh dibahagikan kepada dua. Atau tidak salah saya katakan mempunyai dua langkah.


Langkah pertama adalah, “work for money”. Inilah langkah asas untuk memperoleh wang sebelum kita menggembangkan pendapatan kita. Sumber pendapatan ini adalah samada melalui gaji, royalti, keuntungan atau meminta sedekah. Langkah ini memerlukan kita untuk berkerja.

Lain pula dengan langkah kedua, iaitu “money work for us”. Ramai yang terlepas pandang bahawa melalui duit juga seseorang boleh menambah pendapatanya. Contohnya, anda mempunyai duit lalu membeli rumah, kemudian anda sewakanya kepada orang lain, dan anda akan dapat pendapatan daripada duit sewaan tersebut. Seorang yang bijak menguruskan kewangan tidak akan membiarkan duitnya habis dibelanja sahaja. Tetapi, memikirkan bagaimana duit hasil pendapatanya bertambah dahulu sebelum dibelanjakan.

Mengikut kajian, nisbah ideal untuk perlaburan dan perbelanjan adalah seperti berikut:

1) 10% untuk perlaburan jangka masa panjang.

2) 20%-40% perlaburan jangka masa pendek.

3) 50%-70% untuk perbelanjaan.

Banyak faedah jika anda melabur sambil menyimpan. Antara kegunaan perlabuaran;

1) Perlaburan jangka masa pendek – Untuk melancong, deposit rumah, deposit kereta, renovate rumah, membeli barang idaman dll.

2) Perlaburan jangka masa panjang – Untuk simpanan hari tua.


Tapi bagaimana pula simpanan untuk bil hospital? Semua akan setuju jika saya katakan tiada seorang pun yang akan menyimpan semata-mata untuk membayar bil hospital. Adakah anda mampu jika bil hospital anda adalah RM2,000? Bagaimana pula sekiranya bil hospital anda RM10,000? Bagaimana pula RM70,000? RM450,000?

Di Capspring Temasik Financial Group, kami ada pelan takaful yang dapat membantu anda sekiranya ini berlaku kepada anda. Sekiranya anda mencarum pelan takaful dengan kami, anda bukan sahaja dapat manfaat perlindungan malah dapat melabur dalam dana tunai di dalam pelan takaful tersebut, tapi anda, saya dan ramai lagi akan membentuk sebuah dana yang akan membantu kita sesama insan. Anda tak perlu keluar TV untuk meminta simpati kepada orang ramai, tapi biarkan kami yang uruskannya.

“Merancang sekarang adalah lebih baik daripada merancang di kemudian hari.”

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Saya masih muda dan sihat. Kenapa saya perlu membeli insurans takaful perubatan?

dr beni. kad perubatan, medical card
76% tiada medicalcard – Dr Beni Rusani

Saya masih muda dan sihat. Kenapa saya perlu membeli insurans takaful perubatan?

1) Waktu terbaik untuk membeli insurans takaful ialah ketika anda masih muda dan sihat. Kebanyakan syarikat insurans takaful tidak akan menawarkan perlindungan jika anda mempunyai masalah kesihatan.

2) Jadi, kenapa perlu beli? Kos hospital dan perubatan sangat tinggi dan semakin meningkat setiap tahun. Malah, penyakit kronik atau kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Apabila ia berlaku, anda pastinya ingin memiliki kemampuan untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang sebaik mungkin.

3) insurans takaful boleh membantu anda untuk membayar bilik hospital dan penginapan, yuran doktor, yuran pembedahan, bekalan perubatan dan pelbagai lagi. Sesetengah pelan komprehensif turut merangkumi rawatan perubatan alternatif atau tradisional, ubat-ubatan tambahan, vitamin atau herba-herba nutrisi dan perkhidmatan penjagaan di rumah. Kebanyakan syarikat insurans takaful menawarkan kemudahan Kad Perubatan untuk memudahkan kemasukan ke mana-mana panel hospital yang diluluskan di Malaysia.

4) Dalam soal insurans takaful perubatan, pastinya “LANGKAH AWAL IALAH LANGKAH TERBAIK”

Untuk maklumat lanjut, sila isi borang di bawah untuk mendapatkan sebut harga PERCUMA hari ini!!
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Insurans,Takaful dan Melayu

Insurans,Takaful dan Melayu

Apabila sebut pasal insurans, ramai kalangan kita khususnya orang Melayu dan Islam gemar merujuk pada istilah ‘rezeki ada di mana-mana’ dan setiap seorang telah ditentukan rezeki masing-masing.

Tetapi pernahkah kalangan kita merujuk kepada kalam Allah s.w.t. dan sunah Rasul-Nya yang antara lain mahu umatnya berusaha keras dan baru bertawakal.

Istilah Melayu ada menyatakan ‘sediakan payung sebelum hujan’, tetapi berapa ramai yang menyediakan persiapan sedemikian terutama melibatkan wang ringgit sama ada bagi diri sendiri, anak isteri dan ahli keluarga untuk jangka masa panjang.

Tidak kurang juga yang berpuas dengan membuat tabungan sama ada di Tabung Haji, amanah saham atau mana-mana akuan di institusi kewangan lain yang keluar dan masuk simpanannya tiada batasan masa dan jumlah.

Lalu tersebarlah berita anak cemerlang dan pintar gagal meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi kerana masalah kewangan ibu bapa. Individu menagih bantuan dan simpati untuk tanggung kos rawatan.

Semuanya gara-gara tidak membuat penyediaan melalui skim-skim tabungan jangka panjang dalam bentuk insurans sama ada bagi kesihatan, pendidikan, hayat, keluarga dan seumpamanya.

Sekali lagi kita perlu kembali pada pepatah lama ‘malang tidak berbau’. Ini bermakna sesiapa jua sama ada kaya, miskin, tua, muda, senang atau susah, semua boleh ditimpa musibah.


Malang dan kesulitan itu hanya akan dirasai apabila saat musibah melanda diri, isteri dan anak-anak atau ahli keluarga secara tiba-tiba.

Bagi golongan kaya, soal sebegini tidak timbul kerana segalanya ‘dilindungkan’ melalui pelbagai skim mewah dan lumayan serta terjamin.
 
Masalahnya golongan pertengahan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka ini sering terleka dengan kesenangan tidak terjamin dan sementara yang dikutip pada setiap bulan.
 
Sedangkan tabungan melalui skim perlindungan yang diinsurankan, banyak pilihan mengikut kadar kemampuan dari serendah tidak sampai RM5 sebulan hingga puluhan, ratusan malah ribuan ringgit untuk jangka masa panjang.
 
Lima dan 10 tahun lalu, terlalu sukar untuk kita menarik dan melihat orang Melayu menyertai simpanan melalui skim insurans, sama ada untuk hayat, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
 
“Kini alhamdulillah, cara berfikir dan kesedaran mereka sudah berubah dan semakin ramai yang membeli serta memiliki skim perlindungan insurans,” kata wakil agensi insurans, Mursal Mat Jadi.
 
Menurutnya, pada asanya memang semua skim insurans kelihatan sama, tetapi hakikatnya tidak pada dasar dan konsep operasinya.
 
“Dasar operasi dalam skim takaful adalah berkonsepkan perkongsian secara hibah dan infak secara syariah yang berlandaskan untung dan rugi dikongsi untuk tanggungan bersama. Ia bukan sahaja dijamin halal tetapi terhindar dari unsur riba dan subahat.

Sebab itu cara dan kadar agihan keuntungannya tidak seperti skim-skim insurans konvensional yang tidak diikat oleh cara dan hukum-hukum Islam,” jelasnya.

Menurutnya, pada zahir skim takaful dianggap kurang efisyen kerana kejahilan mereka tentang Islam.

“Tetapi jika faham dan mahu mengamalkan cara hidup yang dituntut oleh Islam dan syarak, inilah pilihan perkongsian menghadapi kesusahan yang insya-Allah akan diberkati dan mendapat keuntungan dunia dan akhirat,” tambahnya.

“Mungkin mereka tidak dapat melihat kesan atau keuntungannya secara terus untuk jangka masa pendek.

Menurutnya, menabung melalui skim insurans ini mempunyai manfaat besar kepada diri dan ahli waris kerana simpanannya hanya boleh dinikmati setelah peserta menerima musibah.

Ini katanya berbeza dengan simpanan di institusi kewangan atau amanah saham yang boleh dijual beli pada bila-bila masa.

Sumber : Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia, 6 Feb 2007 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak.

gejala, diabetis
Tanda dan gejala diabetis

Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak.

 
Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah. diabetes

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang. diabetes

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup. diabetes

Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit. diabetes

Punca Kematian Kelima Tertinggi Dunia

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis. diabetes

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu :

1) Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetis yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong. diabetes

2) Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar 4 kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki). diabetes

Pecahan komplikasi kencing manis :

** 55% kematian kerana komplikasi jantung
** 13% kes kematian kerana paras gula tidak terkawal
** 13% kes kematian kerana kanser
** 19% kes kematian kerana lain-lain penyakit

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=

Penama Insurans Takaful : Jangan Letak Nama Anak! (Mesti Baca!!)

Penama Insurans Takaful : Jangan Letak Nama Anak! (Mesti Baca!!)

Saya  menerima  satu  maklumat yang agak mengejutkan ketika saya menghadiri  satu kursus latihan baru-baru ini.

”Kira-kira 80% suami  akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama”, kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.

Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama  wanita.  Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut. Apabila diimbas sekali polisi-polisi klien-klien saya sebelum ini, memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai penama takaful mereka.

Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), selalunya wanita meletakkan nama ibu atau bapa mereka.

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penama.Dalam kes KWSP pula, nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.

Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima. Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut. Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.

Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja. Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain.

Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid. Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Saya pernah mendengar satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung balu berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka. Maka,  wang  pampasan  tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun.

Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati. Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan  dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.

Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.

Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini, bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu. 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
WhatsApp
Email
Print

Borang Quotation

(nombor yang boleh whatsapp & call)
=
error: Content is protected !!